chapter 2

Romance Series 8584

seperti Yang telah dijanjikan,Jovian membawa Kartika Dan Sallyna ke kilang Yang dimaksudkan.
sesampai disana,Sallyna melongo seketika.seperti orang baru bangun tidur,ini lah pertama Kali dia menjejakkan Kaki ke sebuah kilang Yang memproses balak menjadi kepingan papan dengan pelbagai size.
Rata-rata pekerja semuanya lelaki Yang bekerja Di bahagian mesin.bahagian membelah balak smpai lah menjadi pelbagai size papan Yang telah ditetapkan.hanya berapa orang sahaja pekerja perempuan Yang seperti nya menulis sesuatu Di Buku sambil menandai kayu dengan kapur.
Sallyna bingung,adakah nanti dia mampu belajar Dan buat kerja seperti mereka.jovian mengiyakan sebentar tadi,dia Akan bekerja Di bahagian mesin disini dengan mengira size kepingan papan Yang telah siap.
melihat angka size kayu Itu sahaja dah buat Sallyna pusing tujuh keliling kerana dia memang anti sangat dengan matematik.
Rata-rata Yang bekerja semuanya orang asing.selama ini sallyna tiada pengalaman bekerja dengan orang asing.yang kebanyakkan dari negara jiran.
lumrah kalau melihat perempuan memang seperti semut bertemu gula.ada Yang ramah menyapa Ada Yang melaungkan siulan menyakat Dan sebagainya.Sallyna hanya melemparkan senyuman sahaja.

"macamana Sallyna,awak boleh Ka kerja begini"Tanya Kartika sambil memandang wajah Sallyna Yang seperti orang terkena kejutan budaya.

"ermm...boleh agak nya Tika."

"boleh punya lah.try dulu..lama-lama nanti you Akan biasa dengan semua ini"Jovian mencelah.

"Tapi Kita orang tak Ada transpor lah Bos untuk pindah barang"
kartika menggaru kepalanya sambil mengerutkan dahi.

"kalau soal itu Tak payah risau.nanti saya tolong you berdua angkat barang pakai Hilux."

"cantikkk..." kartika tersenyum lebar.

setelah berkeliling Di kawasan kilang smpai Ke bahagian penyusunan papan,Jovian mengajak keduanya untuk berehat disebuah kantin sambil melepas dahaga.kebetulan Ada manager kilang,Jovian memperkenalkan Kartika dan sallyna sebagai pekerja baru dan akan mulai bekerja dua hari lagi.
Di dalam perjalanan balik,fikiran Sallyna menerawang.di dalam Hati berdetik,apakah keputusan untuk bekerja disitu adalah tepat?mampu Ka kerja disitu dengan persekitaran Yang berdebu Dan panas.penuh dengan habuk kayu Dan ruang kerja Yang terdedah.bercampur dengan pekerja asing.disudut Hati Yang lain,memberontak untuk pergi jauh.meninggalkan semua kenangan Yang memberi Luka mendalam dihatinya.
selagi tidak pergi jauh selagi itulah semuanya Masih menghantui Dan menerpa.
Sallyna membulatkan tekad..apa pun Yang terjadi,biarlah...keputusan hanya satu.menerima tawaran kerja Di kilang tersebut.
perlahan-lahan dia bangun mencapai luggage Di atas almari.satu persatu pakaian nya Di lipat rapi lantas memasukkan ke dalam luggage.
selesai bekemas pakaian,Sallyna mengemas barang Yang lain.semuanya Di masukkan ke dalam kotak supaya senang Di angkat.kartika pun turut Sama bekemas Dan menyimpan barang Yang patut dibawa.
selesai bekemas,keduanya menyapu bilik Dan membuang sampah.biarpun rumah sewa,tapi harus menjaga kebersihan Dan rapi Kan sebelum berpindah keluar.
pukul 6 petang semuanya selesai.oleh kerana barang dah dikemas semua termasuk alat memasak,keduanya menjamu selera dengan nasi bungkus sahaja.malas berbongkar lagi kerana awal pagi esok Akan berangkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience