"Sall...nanti Lepas maghrib datang ke masjid ya.kita ramai-ramai meriahkan maulidur rasul.sekalian makan nanti disana.pihak masjid Ada pesan catering."
zulaika,sahabat nya sejak iya kerja Di kilang itu dulu.sahabat tapi tidak seberapa akhrab.hanya sahabat biasa saja.
"insyallah ika"
Sallyna masuk ke dalam bilik sambil menggendong pakaian Yang baru iya angkat dari jemuran.
setelah memandikan Bisyir Dan masak,Sallyna membersihkan diri.
"Abang..nanti nak pi masjid.ada Majlis maulidur rasul."
Sallyna memberitahu seraya meminta izin.
"pi lah.saya Tak"
ringkas saja Azizi menjawab.
Sallyna berlalu ke bilik untuk bersalin baju.simple saja dia pakai.jubah warna pink dan tudung bunga-bunga alam Manda.
"mak..Bisyir tak nak ikut.nak dengan Bapak saja"
Bisyir nempel Di tepi Azizi Yang Sedang baring.
"pi lah dengan mak mu.nanti Sana ramai kawan"
pujuk Azizi.
"tak nak"
Bisyir merengek tak nak ikut.
puas Sallyna memujuk..namun Bisyir tak mahu juga.alhasil Sallyna pergi sendiri.
ramai orang memenuhi ruang masjid.bacaan berkumandang Di segenap arah.sallyna duduk bersimpuh Di tepi pintu bersama Yang lain.
setelah selesai,tetamu Yang hadir bergerak ke meja Yang telah di hidang Kan makanan Dan minuman.
Sallyna membuka kotak Yang berisi air mineral cup.dan iya lerai satu persatu straw supaya senang dorang ambil nanti.
Sedang asyik menyusun straw tadi ke Dalam gelas,tiba-tiba ada sepasang tangan Yang menyambut straw Yang hendak iya simpan Di gelas.segera berpaling,Mata nya tertumpu ke arah sosok Yang amat iya kenali.mata bertemu pandang.
serentak Sallyna mengarahkan pandangan nya ke arah lain.Aminnuddin lalu berlalu setelah mengambil straw Dan mineral cup tadi.
Di sudut tepi, Aminnuddin duduk sambil menyantap hidangan.sesekali Mata nya ke arah Sallyna Yang Masih menyusun mineral cup Di meja.dari raut wajah Sallyna, Aminnuddin merasakan wajah itu tiada perasaan Dan beku.seolah olah dia Tak wujud Di Mata Sallyna.
arghhh...peduli lah,pun dia Bukan siapa-siapa untuk saya.yang lalu hanya lah masa lalu.sekarang Aku dah bahagia,punya cinta baru.hati Aminnuddin bermonolog sendirian.
hubungan dengan cinta baru nya Itu sudah beberapa Bulan berjalan.bahagia sekali iya rasakan.apa lagi setiap malam mereka bertemu melepaskan rindu dendam.isteri nya sama sekali tidak tahu,kerana Aminnuddin bersikap biasa saja ke isteri nya kalau dirumah.
*************"*********
tak terasa dua tahun berlalu.pagi itu Sallyna solat subuh seperti biasa.setelah selesai dua rakaat,dia memanjatkan doa.entah kenapa Hati nya Terasa Di jentik sesuatu.
sesuatu Yang selama ini iya Tak rasakan.
sepanjang dua tahun ini,dia menutup pintu Hati untuk menegur Dan bersifat dingin ke Aminnuddin.dia selalu mengelak untuk bertemu Di jalan.jika dari jauh iya nampak kelibat Aminnuddin pasti Sallyna Akan melencong ke arah lain.dia pun tak tahu kenapa.padahal tiada benci Sama sekali.hanya Saja dia mengelak.
Hati kecil nya berbisik,supaya berubah.mau sampai bila begini?balik-balik Masih kerja Dan tinggal Di tempat Yang Sama.
tapi apakah dia mampu?jika ada niat,insyallah boleh.sejadah Di lipat Dan telekung dibuka.seperti biasa dia masak sebelum turun kerja.bisyir sudah sekolah dan Ada seorang kawan untuk Sallyna tumpangkan Bisyir turun ke sekolah.
setelah masak,dia membangunkan Bisyir untuk Mandi Dan sarapan.
begitulah rutin harian nya setiap hari.dari kerja rumah sampai mengurus anak semuanya Di kerjakan sendiri oleh Sallyna.azizi memang tidak pernah membantu nya.kadang balik kerja penat sekali,ingin juga Rasa nya dia langsung nak tidur.apakan Daya kerja dirumah semua menanti.mau tak mau Sallyna gagah Kan diri juga.seperti Kata Azizi dulu,diri nya Yang nak kerja..maka bermula dari situ..harus sendiri Yang menguruskan Segala hal.
kopi Hitam pekat Di bancuh.asap berkepul kepul Naik ke udara menandakan kopi itu panas.tiba-tiba Sallyna terasa mual bila tercium aroma kopi.dengan berlari anak iya menuju ke bilik Mandi.
Di bilik Mandi,dia muntah sejadi jadi nya.namun muntah kosong kerana Masih terlalu pagi.belum makan apa-apa lagi.air liur Terasa pahit.kepala nya tiba-tiba pening.
Sallyna terduduk lemah Di kerusi habis muntah kosong tadi.air suam iya teguk perlahan.
"KO kenapa"
sapa Azizi Yang baru bangun tidur nak menuju ke bilik Mandi.
"entah lah,kepala Terasa pening Dan mual-mual"
jawab Sallyna lesu.
Azizi tidak Bertanya lagi lalu masuk ke bilik Mandi.
Di kilang Sallyna tidak Fokus ke kerja.kepala nya berdenyut sakit.sesekali dia terduduk kerana serasa nak pitam.apakah ini?Sallyna tertanya sendiri.kalau pun dia hamil,Rasa nya Tak mungkin.period dia memang tak lancar seperti kebanyakkan orang.tapi kuat minda mengatakan itu bukan tanda hamil.
balik kerja petang itu,tekak nya Terasa sekali nak makan sagu.kebetulan Ada stok Di peti sejuk.apa lagi,dia langsung membuatnya.
sedar Tak sedar dua mangkuk telah habis iya makan.kuah nya hanya sardin Dalam tin saja beserta cili Dan limau.sallyna Terasa puas.
pagi minggu dia Ke pasar untuk belanja sayur Dan lauk pauk.ketika melintas Di farmasi tergerak Hati nya untuk membeli alat pregnant test.denga segera dia masuk langsung membeli tiga jenis alat Yang berbeza.
sampai dirumah,Sallyna bekemas barang Yang dia Beli tadi.setelah itu dia masak.setelah siap semua nya dia Mandi kerana badan Terasa melekit.
Mata Terasa ngantuk Pula padahal Masih pukul sepuluh pagi.
"Abang...tadi sall ada Beli pregnant test tu.tapi belum Di test.orang Kata awal pagi Dan air kencing pertama bagus untuk test"
Sallyna basa Basi memberitahu ke Azizi Yang sibuk membuat kandang untuk anak ayam Yang baru menetas.
"elok lah cek.kalau Tak hamil,boleh tahu kalau Ada penyakit lain sebab Tak datang Bulan"
Azizi menjawab bersahaja.
"andai kata lah hasil nya positive.abang camana"?
Sallyna Bertanya untuk kepastian.risau Pula kerana mereka tidak pernah memandang untuk Ada anak lagi.pun begitu,Sallyna memang sudah lama lepas perancang sejak dari usia bisyir tiga tahun lagi.sekarang bisyir sudah masuk enam tahun.
"nak camana apa nya.terima saja lah.itu Kan rezeki Dan amanah."
"yelah,takut Abang Tak suka.kerana Kita pun selama ini Tak pernah bahas untuk Ada anak lagi"
Sallyna menjawab dengan memandang Azizi Yang Masih dengan kandang ayam nya itu.azizi Diam Dan Tak menjawab lagi bicara dari Sallyna.
Share this novel