"sall...bebelas tahun Kita hidup berumah tangga.kita hidup bersama pun demi anak-anak.sedang Kan Hati Dan perasaan Kita Tak akur antara satu Sama lain."
suatu petang Azizi berbicara ketika dia Dan Sallyna duduk minum kopi.sallyna Yang mendengar hanya membisu saja.entah angin apa Azizi berbicara begitu.
Azizi merenung kosong ke arah dinding.dia Sudah berfikir semasak nya.bukan tak kesian Kan anak-anak.
"berpisah bukan penyelesaian terbaik.tapi itu saja lah jalan nya.daripada Kita seperti ini.saya tahu awak dah tawar Hati untuk semua ini.saya pun tak dapat paksa diri untuk berubah.namun tanggungjawab untuk anak-anak saya janji Tak abai kan."
panjang lebar Azizi berbicara.sallyna tetap membisu seribu bahasa.dia tak terkejut atau merasa apa bila Azizi mengatakan semua itu.kerana sedari awal dulu dia dah tahu.hanya saja dia Bertahan demi anak.
"selesai urusan penceraian Kita nanti..saya Akan balik kampung.tapi awak jangan risau,biarpun jauh saya tetap menafkahi kedua nya"
entah kenapa nada Azizi berubah sendu bila menyebut anak-anak.sesungguh nya dia memang sayang akan kedua anak nya itu.lagipun kedua nya rapat dengan nya.nak dia bawa balik kampung,Azizi tahu Sallyna tidak Akan menginzinkan.kerana mereka adalah sepenuh nya Di bawah tanggungjawab Sallyna.
"kalau Abang dah buat keputusan begitu.saya pun ikut saja mana Yang terbaik.soal anak..bila-bila Abang boleh jenguk dorang.saya tak pernah melarang."
akhir nya Sallyna berbicara.wajah nya tampak tenang.bukan tak sedih.dia sedih kerana anak-anak kehilangan kasih sayang seorang ayah.untuk menangis saat itu..air Mata nya Terasa kering.tiada apa lagi Yang perlu Di tangisi.air Mata nya sudah tumpah berbelas tahun lama nya.
"nanti,awak panggil lah mak Dan ayah.diaorang abang juga.kita kumpul nanti untuk bagitau pekara ini."
Sallyna hanya mengangguk perlahan.
pagi minggu Yang syahdu dan penuh dengan air Mata.suara riuh rendah orang Di airport tidak Di endahkan Azizi.kedua anak nya Di rangkul ke pelukan Kan nya.serasa belati musk ke tangkai Hati.pedih nya Terasa sekali bila terpaksa berpisah dengan kedua buah Hati nya.apalagi si bongsu Amsyar sibuk Bertanya Bapak nak ke mana.makin sayu Hati nya.
Sallyna hanya berdiri mematung.sesekali tubir Mata nya penuh dengan air Mata.sedih melihat anak nya terpaksa menghadapi semua ini.
Sallyna perlahan menuju ke arah Azizi.tangan Di hulurkan untuk bersalam.
"Abang..maafkan Salah Dan silap sal selama Kita bersama.dan halal Kan makan minum sall juga."
"iya..saya dah maafkan semua nya.saya juga Minta maaf jika selama ini saya Banyak membuat Sall kecewa"
kedua nya saling bersalaman.bisyir menangis sesegukkan.sementara Amsyar memang tidak melepaskan pelukan Di badan Azizi.
"Bapak pergi dulu ya.insyallah Bapak Akan sesekali datang menjenguk kalian berdua.atau nanti cuti sekolah boleh pergi kampung Bapak"
Azizi memujuk kedua anak nya itu.diri nya sudah lencun basah dengan air Mata.
"rajin belajar,solat jangan tinggal.dengar Kata mak ya"
Azizi mengelap air Mata Bisyir dengan telapak tangan nya.amsyar menangis kuat.di umur begitu dia sudah faham Akan keadaan.dia tahu Bapak nya Akan pergi jauh.
dengan langkah longlai,Azizi berjalan ke Pintu masuk.pandangan nya Tak lari dari Bisyir Dan Amsyar.lambaian tangan terus mengiringi.sallyna memeluk kedua anak nya itu.sedih sekali melihat anak nya Yang terpaksa melalui semua ini.
namun apakan daya,jika takdir sampai situ sahaja.bersama pun ibarat tidak berfungsi.segala nya dengan hal masing-masing.
jalani dengan redha.kerana Yang menyusun takdir itu bukan kita.kita hanya menjalani nya saja.
Sallyna mencari rumah sewa.kerana dia Dan Azizi Sudah berpisah,auto dia Tak boleh lagi tinggal Di kilang itu.melainkan dia harus kerja Di situ.
Sallyna bercadang untuk menyewa Dan mencari jalan lain untuk kerja.kerana kalau dia kerja,Susah nanti untuk dia menghantar Dan jemput Amsyar sekolah.dia pun Belum berfikir ke depan nya seperti apa.kerana semua nya spontan.
Azizi Minta berpisah pun spontan.tiada tanda-tanda sebelum ini.sallyna serasa dada nya sesak.mana lagi nak Cari orang untuk pindah barang.
atas pertolongan seorang teman.sallyna akhirnya mendapat rumah sewa.rumah sewa bilik,tapi Di dalam Ada tandas Dan bilik air tidak kongsi seperti kebanyakkan rumah sewa lain.dengan bayaran Lima ratus ringgit sebulan sekali dengan bil elektrik Dan air.
bagi Sallyna harga sewa pun berpatutan.bilik tidak lah besar mana namun cukup untuk mereka bertiga berteduh.
tinggal urusan untuk Cari lori angkat barang.sementara itu,Sallyna bebersih sekejap Di rumah sewa Yang bakal iya tempati nanti.dia menyapu Dan mengemop Dan buang debu.persekitaran pun bersih.kiri kanan Ada penyewa Yang lain nya.
"sall...nak ke mana"
sapa Aminnuddin bila dilihat nya semua barang Di punggah ke lori.dia Sama sekali tidak tahu apa Yang terjadi.kerana beberapa Hari ini mereka berdua tiada chatting.dan Aminnuddin juga tidak sedar Akan ketiadaan Azizi Di kilang itu.kerana tiada heboh.orang ingat Azizi hanya balik kampung saja untuk berziarah.
"pindah...nanti lah Kita cerita-cerita.ne Masih sibuk bekemas barang"
Sallyna berlalu ke arah Lori untuk menyimpan barang Yang telah di angkat ke situ.
Aminnuddin juga turut membantu.benak nya Masih tertanya Tanya Akan semua Yang terjadi.namun dia sabar Kan Hati,pasti nanti sallyna Akan becerita.
Malam tiba,dirumah sewa baru Sallyna terduduk penat.penat berpindah barang.didalam bilik nya Itu barang Masih berantakkan.belum Di kemas apa semua.esok saja lah untuk bekemas.kerana tak mungkin Malam itu kerana badan nya Terasa Di pijak-pijak.
untuk makan Malam,dia Beli Di kedai saja.alat masak Masih Di dalam kotak Dan Tak larat untuk dia berbongkar.sallyna singgah Di kedai runcit Yang berdekatan situ untuk membeli mee Dan telor.takut malam-malam anak nya lapar.boleh lah untuk menggalas perut.
selesai makan Dan Mandi,Sallyna menyusun kotak-kotak ke tepi dinding untuk memberi ruang mereka bertiga tidur.ikatan tilam Di buka.cukup lah untuk membentang tilam buat alas tidur Malam itu.
terasa nyaman sekali bila badan menyentuh tilam Dan bantal.tulang belakang bagai nak rak mengangkat barang berat.kedua anak juga berbaring Sama.
tidak menunggu lama,Sallyna terlelap dek lelah seharian.begitu juga Bisyir Dan Amsyar.mereka penat juga kerana menolong Sallyna mengangkat barang Yang mampu mereka bawa.
Share this novel