tepat pukul 5.45 pagi baby Sallyna lahir ke dunia melalui ceaser...itupun mengambil masa Yang agak lama kerana baby songsang.
"puan...baby telah selamat dikeluarkan"
beritahu seorang nurse Yang disebelah kirinya.
namun Sallyna sedikit hairan kenapa baby nya tiada menangis.biasa baby kalau Sudah melihat pasti tangisan nya nyaring sekali.
"bersih nya ne baby"
kedengaran lagi suara nurse Yang tugas nya mencatat masa pembedahan.
"cepat! tolak incubator ke scn"
agak tegang suara doktor Stella mengarahkan pembantu nya.
Sallyna Yang Masih terbaring Di meja bedah berdebar kencang.pelbagai andaian Dan fikiran nya kemana mana.namun mulut nya terkunci tidak mahu Bertanya.
apakah Yang terjadi dengan baby nya sebentar tadi?Dan kenapa perlu Di kejarkan ke unit scn?Dan kenapa baby nya tidak menangis Sama sekali?Dan kenapa baby nya tidak Di tunjukkan kepadanya seusai melihat dunia?semua persoalan itu bertubi-tubi bermain diruang minda nya.
Diluar Dewan pembedahan,Azizi terkejut melihat incubator Di tolak laju menuju ke unit scn Yang tidak jauh dari Dewan bedah tersebut.dalam Hati kecil nya Bertanya,apakah baby didalam nya tadi adalah anak nya?
desakan Hati membuatnya berlari ke unit scn.sampai didepan pintu dia mengintai melalui pintu Yang separuh cermin Di atas nya.
kelihatan baby tadi Di pegang kedua Kaki nya ke atas sambil menggosok belakang nya.masih lagi belum mengeluarkan tangisan..Matanya Masih tertutup rapat.
"mak cik... baby Yang baru Di bawa masuk sebentar tadi baby isteri saya Ka"
Azizi Bertanya ke security Di depan pintu tersebut.
"iya...perempuan Yang tadi dibawa ke Dewan bedah.baby dia lah ne.anak ne suami dia"
mak cik security Bertanya balik.
",iya mak saya suami nya.itu baby kenapa mak cik?kenapa di bawa ke sini"
"tidak berapa tahu mak cik nak.nanti anak Tanya dengan doktor Yang Di dalam itu kalau dia Ada keluar"
Saran mak cik tadi.
"iya..terima kasih mak cik"
Azizi kembali ke tempat mertua nya menunggu.
"itu tadi cucu mak Ka Azizi"
mertuanya Bertanya dengan tidak sabar.
"iya mak.tapi belum tahu kenapa Dan apa masalah nya dengan Tu baby"
Azizi mengusap wajah nya dengan telapak tangan.udara sejuk pagi itu serasa menyelimuti seluruh tubuh nya.mata nya perih akibat semalaman tidak tidur.
Di lain ruangan,Sallyna dibawa untuk memanaskan badan nya dengan penghangat Yang memang khas untuk orang Yang baru Lepas ceaser.selimut tebal menyelimuti tubuh nya..baru lah iya merasa lega Dan nyaman.semalaman menahan sejuk dari labour room hinggal lh ke Dewan pembedahan.
disisi nya Ada seorang nurse Yang menjaga.
"nurse...baby saya kenapa di bawa terus ke scn"
Sallyna tiba-tiba Bertanya dengan nurse Yang disebelah nya.
"baby puan lemas sewaktu dikeluarkan dari perut.sebab itu dia tidak menangis."
nurse tadi memberitahu nya.serasa petir Di Siang Hari sallyna rasakan saat itu.air Mata nya bergenang jatuh membasahi bantal.dugaan apakah ini ya Allah,Sallyna berbisik Di Hati.
"sabar puan..baby puan kini stabil Di unit rawatan rapi sana.baby puan terlalu lama Di dalam perut,sebab itulah sewaktu Di keluarkan dia sudah lemas"
nurse tadi memegang lembut tanganya.
"terima kasih nurse."
Sallyna bersuara Di dalam weak tangis.
",untuk mengetahui dengan lebih lanjut puan boleh nanti Bertanya dengan doktor Yang bertugas Di unit Sana"
Sallyna menganggukkan kepala sambil menyeka air Mata nya.
tiga puluh minit diruang memanaskan badan,Sallyna Di usung keluar menuju ke wad biasa.
diluar kelihatan mak nya dan Azizi Yang Masih setia menunggu bserta dengan Abang nya Yang baru sampai pagi itu.malam tadi diaorang balik dulu setelah lama menunggu kerana esoknya perlu bangun awal untuk menghantar anak ke sekolah.
seusai dibawa ke wad,nurse disitu langsung memasang alat Di seluruh tubuh Sallyna.untuk cek BP,spo,degupan jantung Dan tekanan darah.
"camana keadaan sall."abangnya Rammy Bertanya sambil duduk Di kerusi disisi Katil nya.
"bius dah hilang...jadi sakit nya terasa semua."
Sallyna mengerutkan dahi nya bila badan nya Di gerakkan sedikit.sakit Di perut nya luar biasa iya rasakan.sedikit batuk atau bersin..serasa semua jahitan terbuka,bertapa sesakit itu dia rasakan.
"sall nak duduk"
emaknya Bertanya lalu memapah Sallyna untuk perlahan lahan menyandarkan badan nya Di tilam Yang sedikit Di tegakkan.
sebentar tadi nurse bepesan supaya dia mulai bergerak atau berjalan perlahan-lahan.jangan selalu baring Dan tidur.harus berusaha untuk bergerak untuk mengelakkan darah beku.
"dah jenguk baby"
Sallyna Bertanya sambil memandang Azizi.
"dah tadi pergi sekejap hantar pampers Yang dorang minta.tak boleh lama kerana doktor Masih jam memeriksa semua baby Di sana.nanti tengahari waktu melawat baru boleh masuk..itupun hanya ibu Dan ayah sahaja Di benarkan."
terang Azizi panjang lebar.
"Ada Tanya doktor baby masalah apa selain dari lemas"
Sallyna Masih memandang tepat ke arah Azizi.
"Ada...ermm...doktor Kata tadi...selain lemas..oksigen beberapa saat tidak sampai ke otak nya.kemungkinan nanti baby Ada masalah terencat akal.tapi Belum Di pastikan sahih kerana Masih Dalam pemantauan."
Sallyna terkedu.mengapa ujian ini Yang harus Di lalui nya melalui anak pertama.sallyna sebak,namun Di tahan nya air Mata untuk jatuh.dia tidak ingin menangis Di depan Abang Dan emak nya.
"sabar sall...doa Yang baik-baik agar baby tidak apa-apa"
abangnya mengusap lembut bahu Sallyna.
emaknya balik dengan Abang nya.semalaman tiada Rehat,Sallyna risau kesihatan emak nya Itu terjejas.azizi balik ke kilang juga Hari itu Dan berjanji esok Akan datang lagi.kerana disitu tidak di benarkan untuk menunggu Di dalam wad kerana Sallyna Sudah sihat.melainkan Ada ibu mengandung atau Sudan melahirkan Yang Susah bergerak setelah melahirkan atau sakit baru lh Di benarkan untuk sama-sama menunggu Di dalam.
sebelum balik,Azizi menjenguk baby ke unit scn.sallyna ikut sekali sambil Di dorong dengan kerusi roda.belum dapat berjalan jauh kerana sakit Di bahagian perut Masih Terasa sekali.berdiri pun Susah untuk dia berdiri tegak.
berlinang air Mata Sallyna melihat buah Hati nya Di atas Katil Yang comel itu Yang hanya bersize segi empat tepat.di Kiri kanan wayar dikelilingi wayar-wayar Yang bersambung ke mesin.
"assalamualaikum sayang..."
Sallyna menyentuh telapak Kaki Yang kemerahan Dan comel itu.
seketika baby bergerak perlahan seolah memberi respon Akan kehadiran Sallyna disisi nya.namum Matanya Masih tertutup rapat.
Sallyna mengelus ngelus lembut jemari Dan pipi buah Hati nya itu.wajah nya Persis sekali dengan Azizi.dipergelangan Kaki nya Ada gelang bewarna biru Yang tertulis Nama nya.ya...buah Hati nya lelaki Dan semoga suatu saat nanti menjadi bahu untuk diri nya menjadi kuat menghrungi setiap ujian Yang mendatang.
didalam sedih bercampur Haru Sallyna rasakan saat itu.haru Dan bahagia kerana lengkap menjadi seorang wanita dengan melahirkan buah Hati nya ke dunia ini.sedih kerana buah Hati nya didalam keaadan seperti sekarang.semoga ke depan nya semuanya baik-baik sahaja Dan buah Hati nya membesar Dalam keadaan Yang sihat.
baby Belum dapat menyusu badan buat masa ini kerana doktor Belum benarkan.baby hanya drip air Dan ubat Yang telah di khas Kan.
kebetulan air Susu nya juga Belum Ada.
setelah menjenguk baby Dan membelikan Sallyna bubur ayam,Azizi pulang dengan menaiki bas.tinggal lh Sallyna sendiri Di wad.
menjelang petang Sallyna terasa tak betah sekali.kiri kanan nya semua ibu-ibu Yang sudah melahirkan Ada anak Di samping diaorang.hanya Sallyna Yang tampak sendiri.mendengar tangisan baby Yang disitu Sallyna teringat Akan buah Hati nya.yang mana sampai sekarang belum iya dengar.
sekarang Ada tiub oksigen Yang masuk melalui mulut nya menyebabkan tangis nya tidak keluar...itu perjelasan doktor ketika Sallyna Bertanya tadi tengahari.
sallya berbaring perlahan sambil melunjurkan Kaki nya.selimut Di tarik sampai ke paras dada.kelopak Mata nya Terasa berat...
Share this novel