chapter 3

Romance Series 8584

Rumah kilang Yang ditempati hanya sederhana sahaja luasnya.bahagian dapur Yang muat untuk meja makan,meja tempat masak dan rak-rak yang boleh untuk meletakkan barang yang lain.
Bilik Mandi dan tandas dalam satu ruangan,sederhana Luas.didepan bilik Ada koridor kecil cukup untuk jemur pakaian.
Rumah disini dibina memanjang dengan bilik setiap orang bersambung.
keduanya bekemas bilik seperti menyapu,mengemop lantai,membuang sarang labah-labah Di dinding Dan syiling.cermin tingkap juga Di lap kerana berdebu.maklum lah rumah kosong tiada orang tempati.
Sallyna Yang memang alah dengan debut,berkali-kali bersin sampai merah hidung nya ditenyeh kerana gatal.
setelah selesai semuanya,Kartika baring Di bilik berehat seketika.rasa lenguh badan efek dari bekemas Dan mengangkat barang Yang lumayan Banyak.
sementara Sallyna Mandi membersihkan diri.tidak tahan dengan debu Yang menempel Di baju Dan badan nya.

"Tika,Aku goreng telor saja ya Sama tumis kangkung.lagipun peti sejuk Kita Tak Ada apa untuk Di masak"
teriak Sallyna dari dapur setelah selesai Mandi.

"masak lah apa-apa jak sallyna.aku pon tak kisah sangat.yang penting perut terisi.ehhh..nanti petang Kita ke pasar,belanja barang dapur Dan barang basah.esok dah start kerja,nanti tiada masa Kita nak pergi"

"ok...awk pergi Mandi lah.nanti Kita makan sama-sama.lagipun goreng telor Dan tumis langsung bukan lama.masak langsung makan,baru sedap makan panas-panas"

"yelah Aku Mandi dulu"

kartika mencapai tualanya dari dalam almari.dengan langkah malas dia berjalan menuju ke bilik Mandi.
tak lama kemudian kedengaran keras suara dari pili air di iringi dengan nyanyian.kebiasaan Kartika kalau Mandi memang akan melalak.tak sah kalau ritual Itu dia tak buat kalau Sedang Mandi.

Tumis kangkung dengan belacan,telor Dadar tambah Susu Segar biar gebu Dan lembut rasanya.

"Tika,memang Yang kerja Di kilang-kilang begini kebanyakkan orang dari negara seberang Ka"

Sallyna memecah kehengian Di meja makan.

"Aha..ha..kerana orang tempatan tidak Minat kerja begini.tambahan lagi,kerja begini agak berat.bayangkan pikul balak Yang sudah dibelah dua.dah Tu tolak ke mesin untuk potong."

"iya..memang kerja berat.dan harus tahu skill kerja juga.tapi Ada juga orang tempatan Ku lihat kerja.tapi bahagian lain"
sisa nasi Di pinggan dihabiskan sallyna sambil bangun menuju ke tempat cuci.

"Ada..seperti susun papan,tally,Dan bahagian balak Yang baru sampai.tapi tak seberapa ramai."

kartika meyudahi suapan terakhirnya dengan sisa telor Yang berbaki.

"tapi awak mesti biasakan diri dengan situasi nanti sallyna.kalau Ada Yang ngorat atau ngusik,itu biasa.kerana dsini Kan jarang-jarang perempuan baya-baya Kita Yang kerja.jadi bila dorang melihat Kita..secara automatic memang akan seperti semut nampak gula"

panjang lebar Kartika menerangkan.dia sudah tahu Dan afdal dengan situasi begitu kerana pernah Ada pengalaman kerja kilang.jadi Tak asing lagi bagi dia.berbeza dengan Sallyna Yang agak canggung dengan semua nya.

subuh-subuh Sallyna bangun untuk membersihkan diri.ini Hari pertama nya bekerja sebagai Tally.kartika Masih Di ulit mimpi.kartika turun pukul 7 pagi kerana tally Di bahagian lain.
air masak Di isi ke dalam botol kosong untuk Di bawa nanti ke kilang.sambil itu Sallyna mengeringkan rambut nya Yang basah dengan tuala kecil.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi.sallyna mengenakan kasut,sambil menyandang beg Di bahu.
Embun pagi dingin menampar pipi gebunya.di jalan sudah ramai orang Yang turun jam segini.kerana bahagian mesin memang Yang paling awal turun.
seorang dua menyapa Sallyna dengan basa basi.hayunan langkah Sallyna menuju ke seorang wanita Yang memakai baju warna biru muda.petang semalam,penyelia memberitahu Sallyna supaya berjumpa dengan wanita itu untuk proses belajar size kayu.

"Assalamualaikum kak"
Sallyna menyapa dengan senyuman Manis.

"walaikumsalam...adek Sallyna ya"
ramah sekali wanita tersebut menjawab salam dengan tersenyum .
Sallyna menganggukan kepala tanda mengiyakan.

"nah..ini Buku.dan ini size Yang di buat Hari ini.adek salin dulu size dalam Buku ini.dan Di bahagian depan tulis nama adek,jam orang start kerja dengan tanggal Hari ini"

wanita tadi memberinya pen dan Buku.

"ohh ya..perkenalkan saya sulastri.panggil mbak saja pun boleh"
senyuman Masih terukir Di bibir nya Yang agak kehitaman.orang nya Hitam Manis dan ramah juga.

"iya mbak.."

"mbak..untuk pandai dalam mengenal size ini,Susah Ka"
Sallyna Bertanya sambil memandang tepat Ka wajah mbak sulastri.

"tidak Susah kok...asal basic nya sudah Di hafal..Yang lain nanti Akan senang Di ingat.kerana pelbagai jenis kayu,tapi jarang size hampir Sama "

"ohh gitu...saya takut kalau Salah."

"tak apa kok..nama nya belajar"

"iya juga"

setengah Jam berlalu,Kaki Sallyna mulai terasa lenguh kerana berjalan dari mesin ke mesin.jaga tiga mesin sambil belajar,benar-benar membuat nya senak.
Belum lagi menghafal setiap size dengan pelbagai jenis kayu Yang kadang satu Hari bertukar sampai tiga Kali.
pukul 9 pagi,jam Rehat..pukul 9.30 masuk lagi.sallyna hanya menyantap bread kosong dengan segelas milo.tekak nya hambar untuk makan nasi.

"macamana,ok tak"
sapa Kartika bila melihat Sallyna terbaring diruang tamu sambil menutup rapat kelopak Mata nya.

"agak penat,Dan Masih Susah nak kenal size kayu"
mendatar suara Sallyna menjawab.

"lama-lama Akan pandai juga.dua tiga Hari gitu...biasa nya memang akan ingat dah"
kartika memberi Sallyna semangat.dia tahu Sallyna tak betah untuk semua ini.tapi Hati nya dipaksakan untuk menerima.

kayu bertukar dari pendek ke panjang.adalah masa untuk berehat sambil duduk Di meja tally.
mesin no 2 berhenti untuk menukar gergaji Yang tumpul.
Sallyna membuka phone nya sambil menunduk.datang seorang lelaki berdiri Di depan nya sambil menyapa.

"hai...siap nama". sapa lelaki tersebut sambil tersenyum bersahaja.bertubuh kecil,berkulit sawo matang Dan berambut ikal.

"Sallyna Izara"teragak-agak Sallyna menjawab kerana terkejut dengan kedatangan lelaki itu.

"nama Yang cantik.."balasnya lagi.

"awak Ada boyfriend Ka"dengan tak sempena mena lelaki tadi Bertanya soalan itu.
seketika Hati Sallyna berdenyut kencang.lelaki Di depan nya itu seolah olah memancarkan sesuatu Yang asing pada nya.

"ermm...tiada"
"kalau awak Ada girlfriend Ka"soalan bertukar balik.

"saya...iya ada.saya Sudah Ada amoi"begitu dia menjawab dengan terbata bata.

"ohh...bagus lah"Sallyna seolah olah Rasa sesuatu.apakah itu?dia sendiri tidak tahu,apakah Rasa Yang iya Sedang Rasa Kan saat itu.
lelaki Yang baru menyapa nya sebentar tadi,Tanpa dia tahu nama nya siapa.orang apa Dan sebagainya.
kenapa Hati nya seolah olah terjentik.

pukul 5 petang pekerja berpusu pusu untuk balik.setelah punch card,Sallyna menuju ke tempat Kartika.keduanya beriringan pulang menuju rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience