chapter 6

Romance Series 8584

Alarm berbunyi menandakan pukul 5 pagi.sallyna mengeliat sambil menarik selimut sampai ke ujung kepala nya.pagi itu Terasa sejuk sehingga ke tulang sumsum.
tadi Malam hujan lebat dengan angin kencang.
Dengan lesu sallyna duduk Di birai katil.badan nya Terasa sakit semua.beberapa Hari ini,selera makan nya tiada.tekak selalu Terasa pahit Dan pening Yang teramat.
segera handphone Di bucu tilam iya capai.kalendar dibuka,hampir 2 Bulan dia Belum period.memang Sallyna mempunyai period Yang tak teratur.terkadang sampai 3 bulan Baru ada period.mungkin itu efek badanya Terasa sakit,desisnya Dalam Hati.
dengan longlai dia melangkah ke bilik Mandi sambil mencapai tuala Di belakang pintu bilik nya.
digagahkan diri untuk Mandi kerana sebentar lagi jam untuk turun kerja.

seusai Mandi Sallyna membancuh Milo untuk Di bawa nanti.rambut nya Yang panjang mencecah pinggang iya bungkus rapi dengan tuala kerana Masih basah.
tiba-tiba tekak nya Terasa sekali ingin makan Yang masam-masam.padahal pagi-pagi buta kenapa craving Yang sangat aneh ,Sallyna terasa pelik dengan selera nya.
segera iya selongkar Di dalam peti sejuk mencari kalau Ada terjumpa Yang boleh Di makan.mata nya tertancap ke arah limau kasturi Yang tinggal 5 biji.biasa dia selalu membeli limau kasturi untuk buat sambal Dan menghilang Bau hayir ikan.

Tanpa berlengah Sallyna segera mengupas limau tadi langsung iya cicah begitu saja dengan garam.tidak Terasa masam Sama sekali Di tekak nya.sekejap saja limau Yang 5 Biji tadi itu habis.terasa puas bagi nya..

"Haiii Sallyna"

Aminnuddin menyapa mesra Sallyna Yang baru sampai Di meja tally nya.

"hii juga"

Sallyna meletakkan beg nya di kerusi belakang lantas iya melabuhkan punggung.

"awak kenapa?pucat saja?tak sihat Ka Sallyna?"

bertubi-tubi pertanyaan dari Aminnuddin memandang ke arah Sallyna Yang hanya duduk termagu didepan nya.

"tak lah.aku ok jak.mungkin sebab terlalu penat menyebabkan selera makan tiada"

Sallyna tersenyum hambar.kepala nya Terasa berdenyut sakit Dan tekak nya Terasa mual sekali.efek beberapa Hari dia Tak makan nasi.hanya makan Yang sebarang saja.

"pergi klinik sallyna.jangan Di tahan-tahan kalau Rasa badan kurang sihat"

usul Aminnuddin lagi.jauh disudut Hati nya,dia merasakan Sallyna Tak seperti biasa nya.wajah nya pucat,Mata cengkung dan badan nya nampak sedikit susut dari biasa .

Sallyna hanya tersenyum Tanpa menjawab.tersentuh juga Hati nya bila Aminnuddin mengambil berat perihal dirinya.berbanding dengan Azizi Yang Sama sekali tidak mempedulikan nya.

"Aku Rasa nak pergi klinik nanti tengahari"

sallyna berkata sewaktu dia dan Azizi beriringan balik untuk Rehat pukul 10.

"kamu sakit apa?kenapa tiba-tiba nak ke klinik?"

pandangan azizi Di alihkan ke arah Sallyna.

"iya..tak sihat badan.selera makan pun tiada.serta period Belum lagi"

detak jantung Azizi mendadak kencang.serta merta fikiran nya kemana mana.
"errr....kamu dah cek ke sendiri"

tergagap-gagap Azizi berbicara.

"cek apa"

dahi Sallyna berkerut memandang Azizi penuh tanda tanya.dia tak faham apa Yang Azizi Cuba sampaikan.

"Kan tadi Kamu kata period hampir 2 Bulan lambat"

"itu Kan biasa Di saya.bukan Kamu baru kenal sekarang klau masalah period saya"

tempelak Sallyna bersahaja.

"ermm...iyalah.bagus juga kalau Kamu pergi klinik.biar segera tahu kalau Ada penyakit atau apa"

keduanya terpisah didepan rumah Sallyna kerana masing-masing menuju ke bilik.
sesampai Di bilik perasaan Azizi sedikit terganggu.
bagaimana nanti kalau Yang dia takutkan benar-benar terjadi.
mampu Kah dia menghadapi nya?
keduanya beda negara.sangat sulit untuk mengurus Segala hal Yang berkaitan.gusar bersarang dibenak Azizi.

Di bilik Sallyna terbaring lemah.dia manfaatkan rehat setengah jam itu untuk berbaring sambil meramas rambut nya Yang Terasa sakit sekali.
perut nya Terasa kembung dek kerana kosong tidak terisi dari semalam.mau dia makan,pasti Akan keluar balik.tekak nya benar-benar tidak dapat menerima.

seharian itu,kerja Sallyna bolak balik ke tandas.kerap membuang air kecil Dan mual Yang teramat.
kad perubatan iya simpan Di kotak Yang telah disediakan.
selang 10 minit Nama nya dipanggil.dan ditanya apakah dia sakit atau memang ada temujanji dengan doktor.

Sallyna menerangkan apa Yang dia alami.

"kalau begitu puan ambil botol kosong ne Dan simpan urine kat sini"

nurse tadi memberikan dia sebotol bekas yg bertutup kuning.
segera iya menuju ke tandas.
setelah itu nurse menyuruh nya untuk ke lab menghantar sample urine tadi.
hampir 15 belas minit menunggu,Nama nya dipanggil masuk ke bilik no 2.

seorang doktor wanita bertudung labuh bewarna biru laut melemparkan senyuman pada nya.
"sihat Hari ne puan"

sapa doktor tadi dengan ramah.

"iya doktor"

Sallyna teragak-agak menjawab.

"Tahniah puan,puan Hamil 4 minggu"

doktor tadi melemparkan senyuman ke arah Sallyna.
Sallyna terkedu.lidah nya kelu seketika.berita Yang baru iya dengar sebentar tadi ibarat bumi menghempap diri nya.
"puan..puan ok Ka"

doktor tadi memegang tangan sallyna.kerana Di lihat nya Sallyna seperti orang terkejut Yang teramat sangat.

"errr...iya doktor."

terbata-bata Sallyna menjawab.antara suka Dan tergaman Sallyna berusaha untuk senyum didepan doktor tersebut.
diri nya tidak menyangka Akan Di hadirkan malaikat kecil Dalam situasi seperti ini.diberi amanah oleh sang pencipta.

"anak pertama Ka puan"

doktor tadi Bertanya lagi.

"iya doktor"

"biasa kalau Di awal trimester begini alahan memang teruk.selepas 4 Bulan semuanya Akan back to basic"

doktor tadi kelihatan menulis sesuatu Di kad perubatan nya.

"kamu bawa ini ke klinik ibu Dan anak Yang disebelah tu.dapatkan Buku pink.sebelum balik ambil ubat Di farmasi ya.saya bagi acid folic,tambah darah Dan vitamin."

"terima kasih doktor"

Sallyna bangun dari duduk nya segera mencapai kad Di tangan doktor tadi.

"iya..sama-sama.jaga kesihatan,makan makanan berkhasiat Dan jangan terlalu lasak"

Sallyna menganggukan kepala lantas berlalu pergi.

selesai urusan Di klinik ibu Dan anak.sallyna berjalan Kaki pulang.kerana jarak Dan klinik dari pasar memang tidak jauh.
sampai Di sebuah kedai,tiba-tiba dia teringin makan laksa Sarawak.sampai terliur dia bila ingat laksa Sarawak.
singgah lah dia sebentar Di warung Pak Haji Din.memesan laksa Dan bepesan supaya dibungkus untuk dibawa pulang.tak lalu dia untuk makan sorang-sorang duduk Di kedai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience