hampir dua Bulan pernikahan Sallyna Dan Aminnuddin berjalan Tanpa Banyak Yang mengetahui.di luar keduanya seperti biasa sahaja.aminnudin juga tidak tinggal dirumah sewa Sallyna.dia Masih tinggal Di kilang tempat kerjanya.hanya sekali sekala dia bermalam Di tempat Sallyna.
kalau Di ikutkan Hati, Aminnuddin ingin sekali terus tinggal dengan Sallyna Dan tidak peduli apa pandangan orang.namun Sallyna menegah jangan berbuat sedemikian.mereka hanya menikah tanpa Surat.biar lah kehadiran diri nya tidak Di ketahui umum Dan tidak Di anggap.sallyna tidak mahu pernikahan Aminnuddin dengan isteri pertama hancur.
"sall...mertua Ku meninggal tadi petang"
Aminnuddin memberitahu ketika Baru sampai Di depan rumah sewa Sallyna.
"innalillahiwainnailaihirojiun"
Sallyna mengucap sambil memandang wajah gusar Aminnuddin.
"Yang sabar ya bang."
Sallyna memegang lengan Aminnuddin dengan lembut.
"iyaa"
Aminnuddin membalas dengan memegang jemari Sallyna.
"saya turut berduaka cita.sudah telpon ke kampung Ka Tanya khabar orang Di Sana?"
"Ada tadi saya video kol tapi tidak di angkat.mungkin dorang Masih sibuk."
"tak apa lah..nanti Cuba lagi.makan dulu.saya dah masak Tu"
kedua nya masuk ke dalam.
selesai makan Malam..Sallyna menyuruh Aminnuddin untuk menghubungi isteri nya lagi.dia tahu saat begini wulan pasti memerlukan kehadiran Aminnuddin Di Sisi nya.kehilangan orang Tua adalah hal Yang terberat.
Aminnuddin menuju ke depan rumah sewa Sallyna.yang mana Di situ Ada sebuah pondok kecil Dan kerusi.dia Cuba Cuba menghubungi isteri nya lagi.Allhamdulilah Di jawab.wulan menangis sejadi nya ketika dia Dan Aminnuddin video call.dia sedih sekali kehilangan ayah tercinta.apa lagi ayah nya paling rapat dengan nya.aminnuddin berusaha untuk menenangkan isteri tercinta.
Di kejauhan Sallyna memandang ke arah Aminnuddin Yang ralit video call dengan wulan.sejam Sudah berlalu,kedua nya Masih bersembang.sallyna menutup pintu lalu masuk ke dalam.dia menuju ke bilik Mandi mencuci muka Dan memberus Gigi.
Bisyir Dan Amsyar Di dalam bilik bermain game.lampu Di ruang tamu Di tutup Sallyna kerana tiada orang Di situ.kedua anak nya sudah pun masuk ke bilik tidur mereka berdua.begitu juga lampu bilik tidur nya Di tutup nya.
badan Di baring Kan Di atas tilam.terasa nyaman sekali,setelah seharian duduk Dan berdiri berjualan kuih.bantal peluk Di ambil lalu Di letakkan Di tengah.selimut Di tarik ke paras dada.jam menunjukkan pukul sembilan malam.mata nya Terasa berat walau Masih awal.kerana setiap pagi dia bangun awal untuk menyiapkan barang jualan.
"sall...dah tidur Ka?"
bahu nya di sentuh lembut.mata Sallyna terbuka perlahan.
"ermm..iya"
Sallyna menarik selimut lalu membelakangi aminnuddin.hanphone Di sebelah nya Di tekan untuk melihat jam.sudah pukul sepuluh setengah.bermakna hampir dua jam Aminnuddin video call dengan isterinya.
Sallyna menyimpan kembali handphone lalu menyambung tidur nya.
jemari Aminnuddin merangkul mesra pinggang nya lalu mencium pipi nya dengan mesra.
"saya ngantuk bang.penat..jom lah tidur."
Sallyna seolah olah memberi isyarat tidak mahu untuk menjalankan tanggujawab nya.dia tahu Aminnuddin Minta Di layani.entah kenapa Malam itu,Hati nya jadi sebu.mau nya tidur sahaja.
"sekejap saja sall..boleh ya"
Aminnuddin Masih lagi mencuba.
Sallyna menolak perlahan tangan Aminnuddin Yang dari tadi melingkar Di pinggang nya.serentak itu juga dia bangun.di ambil nya Bantal dengan selimut Dan handphone lalu bangun.
"awak tidur lah Di sini.saya tidur Di ruang tamu."
Sallyna menuju ke pintu untuk ke ruang tamu.aminnuddin sedikit terkejut melihat perubahan pada sallyna malam itu.lebih terkejut lagi bila Sallyna membahasakan situ nya awak..sedangkan setelah bersuami isteri Sallyna memanggil nya dengan panggilan Abang.
"sall..kenapa ne?"
Aminnuddin bediri menghadap Sallyna Yang sudah pun Di ruang tamu.
",tak ada apa.saya nak tidur Di sini sendiri.masuk lah bilik.saya ngantuk ne.esok nak bangun awal."
Sallyna meletakkan Bantal Di atas lantas Yang beralas tikar lalu membaring Kan diri.selimut Di tarik nya sampai ke paras kepala.
Aminnuddin semakin bingung dengan sikap sallyna.tadi elok-elok saja.malah suruh lagi untuk menghubungi isteri nya.
Aminnuddin masuk ke bilik tidur lalu keluar semula menjijit Bantal Dan selimut.dia baring Di sebelah sallyna.
"awak kenapa tidur sini pulak?tidur lah kat Dalam Tu."
Sallyna membuka selimut Yang menutup wajahnya.
"biar lah Sama-sama tidur Di sini.dah..jangan bercakap lagi.kata tadi mengantuk.tidur lah"
jawab Aminnuddin dengan Nada mendatar.
Sallyna bergerak agak jauh sedikit dari aminnuddin.dia meletakkan Bantal guling nya Di tengah.lalu membelakang Kan aminnuddin.di Dalam gelap Aminnuddin hanya memerhatikan sahaja gelagat sallyna Yang membuat nya Tak habis fikir.
hari minggu Sallyna tidak berjualan.kerana nanti hendak belanja barang untuk membuat kuih.banyak barang nya telah habis.
Aminnuddin duduk Di atas sofa sambil menikmati segelas kopi dengan kuih talam.
"sall...ermm Bulan depan saya balik kampung."
Aminnuddin memecah keheningan antara mereka berdua.bisyir Dan Amsyar Masih belum lagi kerana Masih awal.
"balik kenapa?bukan Kah permit Masih lama untuk habis"
Tanya Sallyna sambil mengerutkan dahi nya.
"wulan minta Di jemput.kata nya sunyi Di kampung.ayah nya sudah tiada.emak nya dah ikut adik dia tinggal kerana menjaga anak adik nya Itu."
"ohh gitu..."
pendek saja jawab sallyna.jika wulan masuk lagi ke sini..bermakna dia Dan Aminnuddin tidak lagi dapat begini.aminnunddin tidak lagi mengujungi nya.sallyna Terasa dada nya sesak.mahu atau tidak,dia tiada pilihan Dan hak.kerana hak Yang sah bukan pada nya.dia hanya menumpang.
"sall..walaupun wulan nanti ke sini.saya Akan berusaha untuk ke sini.jangan sedih ya.saya sayang awak sall"
Aminnuddin memujuk sallyna.dia tahu Dan faham apa Yang Di rasakan Sallyna saat ini.
"jangan...nanti dia tahu kalau awak selalu menghilang Tanpa dia tahu tujuan.jaga Hati dia..apa lagi dia Baru kehilangan ayah."
Sallyna menahan getar Di dada.
"jadi awak nak Kita macamana Sallyna?bagitau jujur ke dia Yang Kita dah menikah?saya boleh buat kalau itu Yang boleh buat sall tenang"
"jangan!..jangan sesekali Luka Kan Hati dia"
Sallyna tetap terus menahan air Mata dari jatuh.
"Kita pisah saja..kita cerai"
Sallyna menundukkan wajah nya memandang lantai.
"sall...sedar Tak apa Yang awak katakan itu??kenapa mudah sangat nak berpisah bercerai Segala?"
Aminnuddin tegang sambil menatap tajam ke arah Sallyna.
"Itu jalan terbaik untuk Kita bertiga"
Sallyna Tak mampu lagi menahan air Mata nya.manik-manik jernih turun membasahi pipi nya Yang gebu.
"tak..itu bukan jalan nya.saya tak Kan cerai Kan awak"
Aminnuddin tetap bertegas.
"kalau begitu..saya Tak jadi jemput wulan Di kampung.biarkan dia Di sana.nanti tau lah saya bagi alasan."
Aminnuddin menambah.sallyna serta merta menoleh ke arah Aminnuddin Yang Masih kelihatan tegang dengan wajah memerah.jelas sekali dia menahan amarah.namun dia berusaha untuk mengawal emosi nya.
"jemput dia Bulan depan."
Sallyna memberi arahan dengan suara serak.
"untuk apa?supaya Ada alasan untuk Kita bercerai?"!
"tak...jemput lah dia masuk ke sini."
"boleh..tapi dengan syarat,Kita Tak bercerai"
Aminnuddin memberi pilihan Yang seolah mencekik Leher Sallyna rasakan.
"iya"
Sallyna mengalah.air Mata nya laju merembes ke pipi.ya Allah...sehebat ini engkau menguji Ku..desis nya Dalam hati.
Share this novel