masuk bulan jun Sallyna semakin sarat.hanya menunggu hari untuk bersalin.emaknya dari kampung sengaja datang untuk menjaga Sallyna ketika Dalam pantang nanti.
ayahnya hanya semalam Dan Lepas itu balik lagi ke kampung kerana tak dapat lama meninggal Kan haiwan peliharaan seperti ayam,Kucing dan yang lain nya.
dari Siang Sallyna terasa pinggang nya sakit sekali.dia hanya terbaring sahaja.malam nya setelah makan,Sallyna merasakan perut nya seperti mulas nak membuang.dia segera ke tandas.namun tiada apa juga Yang keluar.
dia berbaring semula namun perut nya mulas lagi.sallyna gagah Kan diri juga Ke tandas.kali ini agak lama dia Di dalam.
"sall...kenapa lama sangat Dalam Tu"
emak nya mengetuk pintu.
"sakit mak..serasa sakit betul perut."
Sallyna mengadu dari dalam.
"keluar lah.jangan lama-lama kat Dalam Tu."
emaknya mulai risau.mungkin bukan sakit nak membuang tapi sakit nak bersalin.
"mak..kenapa Ada keluar darah"
Sallyna panik bila darah bercampur lendir Yang keluar.
"haa...dah nak bersalin Tu sall."
Sallyna keluar dari tandas langsung duduk Di dapur.perut nya semakin sakit.
"Azizi! Sallyna dah nak melahirkan tu.cepat Cari kereta untuk ke hospital"
Azizi tergaman seketika.tak tahu nak buat apa.
handphone Di seluk Di saku seluar nya.segera nombor seseorang Di dail nya.setelah beberapa saat dia menuju ke arah Sallyna Dan mertua nya.
"bekemas lah...Ada nanti kawan tolong hantarkan ke hospital"
perintah Azizi sambil menukar baju nya serta mengambil beg galas.sehelai seluar Dan baju iya sumbat Kan ke dalam beg tersebut.
Sallyna menyuruh emaknya mengambil beg sederhana besar Yang di tepi dinding bilik tidur nya Dan satu beg kecil.semua barang keperluan sudah iya siapkan Di situ.
Sallyna tahu,jika Di saat emergency seperti itu..semua nya dh tersedia.selang Lima belas minit kemudian muncul kereta kawannya Azizi didepan rumah.
Azizi membawa kesemua barang lalu memasukkan ke bonet kereta.
kereta pun meluncur laju membelah kepekatan Malam Yang dingin.
didalam kereta Sallyna berpeluh menahan sakit Yang teramat.emaknya dengan sabar mengusap belakang Sallyna dengan lembut.
sesampai Di hospital,Sallyna segera Di usung ke dalam labour room.pakaian nya segera ditukar oleh nurse Di situ.bukaan pintu Rahim segera Di periksa.
"baru terbuka 2 cm puan.puan tunggu dulu Di wad biasa.nanti kalau Ada keluar tanda atau pecah air ketuban bagitau nurse kat kaunter ya"
seorang doktor perempuan Yang bernama Stella Di tag nama Yang melekat Di baju nya berkata dengan lembut.
"baik doktor"
Sallyna bangun dari Katil lalu menuju keluar.
emaknya Dan Azizi menghampiri.
"di suruh masuk ke wad biasa dulu kerana bukaan Masih 2 cm"
Sallyna berjalan menuju ke wad bersalin Di ikuti dengan Azizi Dan mak nya.
sampai depan kaunter,buat pendaftaran dahulu.setelah ITU baru ditunjukkan Katil mana Yang ditempati.
setelah menghantar barang masuk ke dalam,Azizi keluar semula untuk menunggu bersama dengan mertuanya.
"emak nanti balik dulu dengan abang.biar saya Yang tunggu dsini.emak balik Rehat Dan tidur"
usul Azizi ke mertuanya.abang Sallyna Yang sulung Dalam perjalan ke hospital bila mendapat tahu Sallyna nak bersalin.sebulan Yang Lepas hubungan Sallyna Dan Abang nya Rammy kembali jernih.ibarat kata orang,air Yang dicincang takkan putus.walau apa pun Yang terjadi mereka tetap saudara kandung.
"tak apa lah.mak tunggu dsini dengan azizi.risau mak nak tinggal Kan Sallyna Tu"
mertuanya bekeras tak nak balik.
"mak Tu tak sihat.nanti kalau kurang tidur,darah mak naik"
Azizi memujuk lagi.mertuanya hanya membisu.
Di wad bersalin...Sallyna baring sambil menahan Rasa sakit Yang Masih beterusan.
tiba-tiba iya rasakan pahanya basah oleh air.dia segera meraba Dan Rasa berlendir.
segera dia menuju kaunter Di depan untuk bagitau nurse.
Sallyna disuruh masuk ke bilik rawatan untuk mengecek bukaan pintu rahim.
ternyata Sudah 8cm terbuka.cepat-cepat nurse mengusung Sallyna ke labour room.
emaknya Yang diluar bersama Azizi tercengang melihat.kerana sebentar tadi sallyna baru saja masuk ke wad bersalin untuk menunggu.
setelah Di scan Dan semuanya...ternyata Dan ternyata bayi Sallyna songsang.kepalanya Masih Di atas.doktor menyarankan agar menunggu beberapa waktu,berharap kemungkinan bayi Akan berputar ke bawah.
degupan jantung baby normal Dan tekanan darah pun normal untuk si ibu.sallyna semakin kerap mengalami contraction.sehingga membuat nya semakin lemah.air ketuban nya sudah awal pecah.setiap Kali contraction,dia pasti akan meneran.dan jika iya meneran,degupan si bayi melemah.
"puan...puan kena tahan ya.jangan selalu meneran jika contraction,kerana bayi puan kepalanya Di atas.tak dapat untuk puan keluarkan kerana Masih Dalam posisi songsang."
nurse Di sebelah nya memberi nasihat.sambil membetulkan jarum Yang melekat Di pergelangan tangan nya.
jam Di dinding menunjukkan ke angka 2 pagi.namun si bayi Masih juga Belum beralih posisi.
Sallyna lemas selemasnya..sesekali bila contraction hilang iya lelap seketika kerana terlalu penat Dan lemah.
bibirnya merekah Dan Luka kerana sejuk oleh aircond.bayi Di dalam perut nya Makin aktif bergerak..
perut nya Terasa lapar Dan haus.namun doktor bepesan Di awal tadi jangan makan apa-apa kerana jika berlalu kecemasan Sallyna perlu Di bedah.sallyna menelan air liur nya namun Terasa pahit Dan sakit kerana kering.
pukul 4 pagi,degup jantung si bayi mulai melemah.sallyna juga serasa setengah nyawa menahan sakit akibat contraction Yang semakin kerap.
"puan.."
bahu Sallyna Di sentuh lembut oleh doktor stella.sallyna membuka Matanya,sebentar tadi dia terlelap.
"Kita terpaksa ceaser puan kerana baby Masih lagi tidak berputar ke bawah.di tambah lagi degup jantung baby semakin lemah"
Sallyna hanya menganggukkan kepala dengan lemah.
setelah semua dokumen Di tandatangan,Katil nya Di usung ke bilik pembedahan dengan segera.
diluar tampak emaknya terpinga pinga melihat Sallyna Di usung keluar.setelah Di beritahu oleh doktor Baru lah keduanya faham Dan kembali duduk.
Di dalam bilik pembedahan,Sallyna disuruh untuk duduk sambil membongkok sedikit ke depan.sallyna Yang kesakitan oleh contraction Susah berbuat bergitu.
sehingga Di tolong oleh seorang nurse baru lh dapat dia buat.
jarum bius menusuk Di tulang belakang nya untuk membius separuh dari badannya.setelah beberapa saat,dari bahagian bawah payudara nya sampai ke hujung Kaki Terasa kebas.sakit contraction pun tak terasa lagi.
"puan Ada Rasa kebas"
tanya doktor Stella.
,"iya"
"ok..Kita mula sekarang ya"
bunyi peralatan bergemercing.terbit aroma Bau daging terbakar.
"puan...doktor Sudah melakukan proses membuka lapisan pertama kulit perut"
nurse di samping Kiri nya Yang bertugas menjaga tekanan darah nya memberitahu.
sallyna tersenyum pahit.kepala nya Terasa sakit,badan nya lemah sekali.bibir nya Makin banyak Yang pecah akibat Luka.matanya terasa ngantuk Dan berat.namun iya tahan kerana hati nya tidak sabar untuk melihat buah Hati nya sebentar lagi.
Share this novel