11.Bila Hati Dah Terlewat

Romance Completed 123

Hari Jumaat. Hujan renyai sejak tengah hari. Langit pun macam tahu ada sesuatu yang berat nak berlaku.

Mika baru keluar dari bilik bos. Muka dia tak tunjuk emosi, tapi tangan dia pegang surat — tawaran resign. Bos nampak tenang… mungkin sebab dia dah tahu.

Mitto nampak Mika dari jauh, jalan ke arah pantry. Dia terus bangun. Kali ni, dia tak nak diam lagi.

Dia tarik nafas, langkah laju, sampai berdiri depan Mika.

Mitto: “Aku nak cakap satu benda. Dan kali ni, aku takkan bagi kau lari.”

Mika pandang dia. Mata dia letih. Tapi dia tunggu.

Mitto: “Aku tak pernah pandang kau macam kawan kerja je. Aku suka kau. Aku suka cara kau marah, cara kau ketawa kuat, cara kau ejek aku makan sambal. Aku suka semua benda pelik pasal kau.”

Dia terdiam sekejap. Hati dia berdegup, tapi dia sambung.

Mitto: “Aku lambat sedar. Tapi aku sedar. Dan kalau aku boleh buat apa-apa sekarang untuk bagi kau stay—”

Mika potong. Suara dia tenang, tapi mata dia berkilat.

Mika: “Mitto. Aku dah sign offer letter Rayyan.”

Mitto terdiam.

Mika: “Bukan sebab aku tak rasa apa-apa untuk kau. Tapi sebab aku dah penat tunggu.”

Mitto cuba senyum, tapi senyum tu jatuh.

Mitto: “Kalau aku jumpa kau seminggu lepas... kau akan stay?”

Mika pandang dia — senyum sedih.

Mika: “Kalau kau jumpa aku seminggu lepas... mungkin aku takkan bawa hati pergi jauh sangat.”

Dia langkah pergi. Tinggalkan Mitto yang berdiri kat situ, dengan tangan kosong... dan hati yang lebih kosong.

---

Scene Akhir — Mika Dalam Kereta, Dengan Rayyan

Rayyan tengok Mika dari seat pemandu. “Kau okay?”

Mika senyum, tapi tak jawab. Dia pandang luar tingkap. Hujan makin lebat.

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience