3.Mimpi

Romance Completed 123

Kejadian Ini seakan-akan takdir yang mempertemukan mereka berdua. Kerana Ini bukan kali pertama mereka bertemu, malah kali ini berkongsi tempat kerja yang sama.

Kau lagi?" Ujar mereka berdua dengan nada yang kuat.

"Apa tu? kenapa bising pagi-pagi ni, buat kerja cepat" Suara En.Endo kedengaran dari dalam pejabatnya.

"Tiada apa-apa bos, Mika ni ahh Dia terkejut sikit" Balas Tina.

Mika Dan Mitto mula duduk sambil membuat kerja.

Mika " Ish Dia ni lagi, Mana-mana aku pergi mesti dia ada, dia ni follow aku ke? Geram betul" Marah Mika didalam hati.

" Aduh dah macam takdir lah pula, Kat mana-mana ada dia, padahal aku harap taknak dah jumpa dia ni" Bisik Mitto didalam hati.

Takpa Mitto Buat Relax je" Bisik Mitto Lagi.

Mereka pun terus membuat kerja sehingga habis waktu bekerja.

Di Malam hari. "Ahhh penatnya, dah siap tolong mak, solat dan buat kerja"Kata Mika sambil berjalan menuju biliknya.

" Huarhhh Ngantuknya, Sekarang dah boleh rehat Esok nak kerja" Bisik Mika sambil Menguap.

" Hmm, rasa macam terlupa sesuatu, apa ye" Kata Mika Didalam hati.

"Ehhh IC aku, Alamak lupa nak buat report masa balik kerja tadi" Kata Mika dengan nada yang terkejut.

" Aduh macam mana boleh lupa ni? Ni mesti Sebab Lelaki tu, Kalau tak mesti aku ingat nak gi buat report" Ungkap Mika Sambil Marah.

"Esok aku kena pergi juga kalau tak nanti Habislah aku, Baik aku tido dulu. Mika pun berdoa dan terus lena".

(Scene Beralih Ke Mitto) "Aihh, Asal aku tak boleh tidur ni, asik fikirkan dia je, adakah ini dinamakan jodoh?" Bisik Mitto didalam hati.

" Hahahah Mengarut, berangan je lebih aku ni, mana ada orang nak aku. Ehh kejap, Aku rasa macam terlupa sesuatu, apa ye?" Bisik Mitto Sambil Memikirkan sesuatu.

"Ahhh, IC Mika ada kat aku, Macam mana ehh aku nak pulangkan. Aku risau karang dia kata aku curi pulak. Aduiii" Kata Mitto lagi yang sedang pening memikirkan apa yang harus dia lakukan.

Baik aku tidur dulu esok aku beranikan diri pulangkan kat dia" Kata Mitto lagi sambil Mula memejamkan mata.

(Scene Berpidah Kepada Mika) "Wah Cantiknya taman ni!!, Banyak betul bunga-bunga, Ehh Kat situ ada bunga mataharilah" Kata Mika sambil berjalan menuju kearah tersebut.

"Wah cantiknya"Kagum Mika Melihat Apa yang Dia Lihat.

" Ehh Siapa Orang tu? Knapa dia berdiri ditengah-tengah Bunga tu?" Bisik Mika Didalam Hati, Sambil terus berjalan menuju lelaki tersebut.

Sebaik sahaja tiba di belakang lelaki tersebut dia pun menegur lelaki misteri itu.

"Assalammualaikum..Encik, Encik buat apa kat sini?" Tegur Mika sambil menyentuh Bahu lelaki tersebut.

Belum sempat lelaki itu menoleh, ada tangan menyentuh bahu Mika.

Mika!!!! Mika!!! Mika!!!!, Suara mula kedengaran seperti seseorang sedang memangilnya.

Mika bangun le dah pagi ni, karang lewat nak pergi kerja" Kejut Ibu Mika.

"Huhh. Ibu? Kenapa ibu ade kat sini" Mika bertanya sambil mamai.

Ibu nak kejut mika lah, dah pagi ni"Balas ibu Mika lagi.

"Hah? Aku mimpi ke?"Ujar Mika sambil terkejut.

" Apa yang kamu merepek ni Mika?" Ibu Mika kebingungan.

Ehh Tiada Apa-apa Bu" Balas Mika.

" Ok lah ibu, Mika siap-siap pergi kerja dulu" Kata Mika sambil bangun dari tempat tidurnya.

Baiklah Ibu tunggu, nanti kita breakfast sama-sama ok" Ujar ibunya sambil berlalu pergi.

(Scene Mitto) Disuatu tempat dimana ada sesosok tubuh kelihatan sedang berlari.

" Arghh!!!! Apa benda yang kejar aku ni?. Apa dia dia nak dari aku? Aku ada hutang dia ke?"Kata mitto sambil berlari dengan kencang.

haa haa haa haaa " Suara mengilai Mengikuti Mitto sepanjang lariannya.

" Huissh Bahaya ni!!! Aku kena cari tempat menyorok, Ahhh lorong tu"Bisik Mitto didalam hati.

Sebaik sampai dilorong itu Mitto menyedari Jalan yang dia lalui adalah jalan mati, manakala sosok misteri itu mula mendekat.

Tanpa berfikir panjang Mitto terus membaca apa yang dia tahu, kemudian meniup kearah sosok tersebut.

Sosok itu makin mendekat sehingga betul-betul di depan muka Mitto.

Alangkah teperanjatnya Mitto Wajah Sosok misteri itu adalah Mika Hatsuya.

Wuarghh!!!"Mitto mula sedar dari mimpinya. Huhh nasib baik mimpi, tapi kenapa aku mimpi dia? Haihhh Mimpilah best sikit, seram jugak yang aku dapat"Keluh Mitto.

"Aihh kat luar garang kat mimpi seram, aihhh tapi bila teringat balik cantik gak walaupun seram mimpi tadi...Hihihihi"Bisik Mitto sambil berjalan menuju ke Bilik Mandi.

Jam Menunjuk pukul 4 Petang.

"Haihh Banyak betul kerja aku ni, Hmm nasiblah aku yang nak kerja kat sini"Keluh Mitto didalam hati.

Ahhh Tina!!! Printer Kau boleh guna ke?"Tanya Mitto Kepada Tina.

Boleh kenapa Mitto? Printer kau rosak ke?" Balas Tina.

"Ahah Rasanya kena hantar servis ni"Balas Mitto kembali.

Guna Aku punya je, aku kan kat sebelah kau je" Sampuk Mika Sambil Meminta kertas kerja Mitto.

" Hmm Malu ahh nak minta Kau" Segan Mitto sambil tersengih.

"Ehhh Meluat aku dibuatnya, ala lagipun kita satu kerja tak salah pun" Balas Mika bersahaja.

Ok lah aku buatkan air untuk kau, kau nak apa?" kata Mitto sambil senyum kearah Mika.

"Apa-apa je ok" Kata Mika sambil print kerja kerja Mitto.

Mitto mula berjalan menuju ke pantri pejabat untuk membuat air.

" Bila tengok dari gaya belakang dia sama macam orang yang aku mimpi semalam"Kata Mika didalam hati sambil memandang Mitto.

"Dia ke dalam mimpi aku? kenapa aku mimpi dia? Huish Tak boleh jadi ni takkan lah dia, Ahh lantak lah bukan kot" Mika pening memikirkan hal tersebut.

Nah Air kau!!!Mitto mengulurkan air kepada Mika.

" Terima kasih buatkan, tak sedap siap kau" Mika mengambil air tersebut.

Mitto hanya tersengih.

" Weh seringgit sebab kau dah guna printer aku"Kata Mika kepada Mitto.

" Ahhh kena bayar ke?" Mitto terkedu mendegar.

" Ye lah mana ada benda free kat dunia ni" Balas Mika bersahaja.

Ishh kau ni berkira dengan aku" Mitto mula mengularkan duit.

Nah ambil ni" Mitto menghulurkan duit kepada Mika.

"Terima kasih lain kali gunalah lagi" Ujar Mika.

Mereka pun duduk dan buat kerja masing-masing. Mika pun memandang kopi yang dibuat oleh Mitto.

" Alang-alang tengah mengantuk ade jugak orang buatkan kopi, hihihi" Bisik Mika didalam hati sambil memegang gelas kopi tersebut.

" Baik aku minum karang sejuk tak sedap pulak"Mika mula meminum.

Fhussss!!!! Mika memuntahkan air itu kemejanya.

"Air apa ni, asal tawar!!!!"Mika memandang Mitto.

"HAHAHAHAHHAHA Padan muka, itu lah kerja nak kenakan orang kan dah terkena" Mitto Menertawakan Mika.

Rancangan Mitto berjaya kerana dia tahu mesti Mika akan berbuat sesuatu untuk kenakan dia.

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience