Scene: Selepas Akad — Momen Paling Dinanti
Selesai akad, suasana jadi lebih tenang tapi penuh emosi.
Ada yang tepuk tangan, ada yang lap air mata — terutama Nelly yang dah siap sedia dengan tisu satu pack.
Mitto tunduk, senyum tak lekang dari bibir. Tapi mata dia sebenarnya… cari satu orang je.
Tok Kadi angguk ke arah hujung tirai.
> “Sekarang, boleh bawa pengantin perempuan keluar.”
Langkah pertama Mika melangkah keluar dari sebalik tirai — semua mata tertumpu.
Dia pakai baju kurung moden berwarna Putih dengan Niqab halus di wajahnya yang terletak sempurna, tapi apa yang paling menyerlah… bukan baju, bukan niqab — tapi mata dia yang pandang Mitto macam dunia sekeliling tak wujud.
Mitto berdiri perlahan. Dia macam speechless.
> “Wah…”
“Aku kahwin dengan kau ke, atau bidadari turun dari Syurga ke?”
Mika senyum senget.
> “Kau ni... over. Tapi ya, hari ni aku isteri kau.”
Dia hulur tangan — dan buat pertama kalinya, tangan yang dulu sibuk lempar dokumen masa gaduh... kini genggam erat dengan makna.
Mitto genggam balik, tenang.
> “Kita dah lalui banyak benda… dan aku tak sabar nak lalui lebih banyak — dengan kau.”
---
Scene: Flash kamera, dan pelukan pertama selepas sah menjadi suami isteri
Rayyan:
> “Oii! Pose sikit wehh! Kamera ni bateri dah merah ni!”
Mika dan Mitto berpaling, senyum… dan klik!
Gambar pertama sebagai suami isteri. Dalam pelukan yang canggung tapi tulus.
Share this novel