9.Siapa Rayyan?

Romance Completed 123

Dua hari berlalu sejak Rayyan mula intern. Nampak mesra, rajin, helpful. Tapi bagi Mitto — something feels off. Dia bukan jenis paranoid, tapi naluri dia kuat. Dan kali ni, naluri tu jerit kuat-kuat: "Ada benda tak kena dengan mamat ni."

Petang tu, Mitto selak-selak dokumen dalam fail klien — preparing for next week’s pitching. Tapi mata dia tertarik pada satu nama dalam senarai vendor.
Nama: R&R Creative Studio.
Pemilik: Rayyan Raziq.

Mitto: “Eh, jap…”

Dia cepat-cepat Google nama tu.
Dan boom.

Website rasmi.
Portfolio.
Dan satu gambar besar — Rayyan, tengah pegang award, dengan kapsyen: "Founder & CEO termuda, R&R Studio."

Mitto: “LAH. Bukan intern ke mamat ni?”

---

Konfrontasi Senyap

Esoknya, Mitto tak tunggu lama. Lepas lunch, dia approach Rayyan kat pantry. Mika tengah meeting dengan bos, so tinggal mereka berdua.

Mitto: “So… ‘intern’, eh?”

Rayyan angkat kening. Tak panik langsung.

Rayyan: “Sebab tu aku letak ‘intern’. Bukan ‘tipu’.”

Mitto: “Kenapa kau nak jadi intern kat syarikat kita?”

Rayyan: senyum nipis “Sebab aku nak tengok sendiri... apa yang Mika nampak dalam tempat ni. Dan dalam kau.”

Mitto bengang. “Apa maksud kau?”

Rayyan: “Mika bakal talent besar. Aku ada tawaran untuk dia join studio aku. Tapi aku nak tengok dulu... siapa yang buat dia stay.”

---

Mika Ditarik Dua Arah

Hari Jumaat, Rayyan bagi Mika satu pendrive.

Rayyan: “Dalam ni ada offer letter. Jawatan senior designer. Gaji dua kali ganda. Kau fikir-fikirkan.”

Mika blur. “Tunggu. Kau bukan intern ke?”

Rayyan senyum. “Kau pun tahu aku bukan. Tapi tawaran tu real.”

---

Akhir Bab

Mika duduk termenung lepas semua orang balik. Mitto lalu tepi meja dia, nak balik, tapi dia perasan Mika tak gerak-gerak.

Mitto: “Kau okay?”

Mika: “Kalau kau jadi aku... kau pilih kerja dengan kawan yang kau selesa, tapi tak tentu masa depan…
Atau tempat yang stabil, tapi tinggalkan orang yang… kau tak tahu sejak bila jadi penting dalam hidup kau?”

Mitto pandang dia. Diam sekejap. Lepas tu dia jawab perlahan:

Mitto: “Aku akan pilih tempat yang ada orang yang buat hidup aku lebih dari sekadar kerja.”

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience