2.Pertemuan Tidak Sengaja

Romance Completed 123

Kejadian tadi tidak dapat dilupakan olehnya, disebabkan dia ingin terburu-buru pergi kerja, risau dimarah bosnya.

Mika " Aduh..apa nak jawab dengan ayah nanti kalau aku kena buang kerja sebab masuk lewat ni" bisik mika didalam hati dalam keadaan risau.

" Aku harap bos ok lah tak marah-marah" bisiknya lagi.

Tanpa berfikir panjang mika pun bergegas terus ke pejabat.

Sebaik sahaja tiba, bos sudah pun terpacak didepan pintu masuk pejabat dengan membuat muka seakan- akan sedang marah.

"Aaa..Sudah, ni yang buat aku risau ni" bisiknya didalam hati sambil berjalan menuju pintu masuk.

" Assalammualaikum bos, Maaf saya lewat"kata mika dengan nada yang agak lembut,sambil menunduk risau akan dimarahi oleh bosnya.

Waalaikumsalam..Ehh tak mengapa Saya faham, jalan tadi jem kan? jadi awak terpaksa menaiki LRT betul?" Kata bosnya sambil tersenyum.

Betul bos..Saya masuk dulu ye, terima kasih bos".

Baiklah, nanti suruh Tina buatkan kopi untuk saya" Balas bos Mika.

(Scene Mitto) Diwaktu yang sama. Mitto telah pun sampai ditempat yang hendak dituju.

"Emm.Kak, kat mana ye pejabat? "kata Mitto sambil memandang Akak Cleaner.

Adik ada urusan apa ye? pejabat terus je lepastu adik belok kanan, naik aras 1 terus nampak" Kata akak cleaner sambil memerhatikan Mitto.

Saya ade temujanji harini, saya lewat sebenarnya, hehehhe" kata Mitto sambil tersipu malu.

' Oklah kak terima kasih. Mitto pun berlalu pergi."

Sebaik Sahaja Mitto sampai di pejabat Manga Enterprise, Dia melihat seorang lelaki yang berdiri didepan pintu masuk.

Mitto "Assalammualaikum. Ahh Encik boleh tak saya jumpa En.Endo?" kata Mitto bila sebaik sampai dihadapan pejabat.

Rupa-rupanya bos yang sedang berdiri didepan pejabat tadi adalah bos tempat mika berkerja.

Waalaikumsalam.Ye saya lah tu, saya tunggu awak ni, awak Mitto betul?" Kata En.Endo.

Betul Encik saya lah Mitto yang Encik Hubungi Semalam"Sapa Mitto dengan nada yang agak lembut.

Sila ikut saya pergi ke Pejabat" Ujar En.Endo sambil berjalan dengan Mitto.

(Scene Mika) 'Wehh Mika" Sapa Tina yang mengejutkan Mika.

" Ehhh. Wehh kalau aku kena heart attack nanti cam mana? apahal kau ni Tina?" Kata Mika dalam keadaan Yang agak kesal.

Weh nanti kita akan ada kawan baru hehehehe" Ujar Tina sambil tersengih.

Ahh? Siapa?" Balas Mika dengan keadaan membingungkan.

Entahlah yang aku tahu dia lelaki yihhhhh" Balas Tina dengan riak wajah yang happy.

Ehh Mengedik pulak kau ni Tina, Kau nak ngorat dia ke? Hihihi" Ujar Mika sambil mengusik.

Ehh mana ade kau ni kan Mika, Dah lah aku nak sambung kerja. Aku doakan kau lah yang akan dia ngorat nanti, HAHAHAHAHA" Balas Tina Sambil Ketawa dan Mula Berjalan Menuju Meja Kerjanya.

Mika pun tersenyum sambil menyambung kerjanya.

(Scene Mitto)

En.Endo "Mitto, Awak rasa bila awak akan mula bekerja?" Kata En.Endo sambil Memandang Mitto.

"Esok Boleh ke bos?" Balas Mitto.

"Boleh, Besok awak akan mula bekerja pada jam 8:30 pagi sehingga jam 5 petang, Rehat pula pada pukul 12:30 hingga 1:30 petang". Ujar En.Endo.

"Baiklah Esok saya datang, Terima kasih bos"

Balas Mitto Sambil Berdiri dari kerusi menuju pintu keluar.

"Ehh Satu lagi saya nak cakap, Meja Awak Disebelah Kanan Berhampiran Air tabung" Ujar En.Endo dalam keadaan yang terburu-buru, kerana Mitto Hampir keluar dari pejabat.

Jam menunjuk pukul 5 Petang, Mika pun tergesa-gesa ingin pulang kerana bimbang dimarah ayahnya.

Mika pun Keluar dari pejabat sebaik sahaja punch card keluar menuju Stesen LRT Yang Dinaikinya pagi tadi.Tiba Didalam LRT Mika pun duduk dikerusi sambil LRT mula bergerak menuju Stesen Yang dituju Mika.

"Hurm.Siapa ehh lelaki yang aku jumpa pagi tadi tu?, Kenapa aku tak suka tengok muka dia ehh?" Bisik Mika didalam hati sambil memandang jendela LRT yang dinaikinya.

"Janganlah aku jumpa dia lagi, Kalau jumpa memang aku tumbuk muka dia, Geram je aku dengan Dia tu" Kata Mika lagi didalam hati sambil tangan mencari sesuatu didalam beg tangannya.

"Ehh. Mana IC aku ni? Alamak tercicir kat mana pula..Aduhhh" Bisik Mika dengan Keadaan yang mencemaskan.

" Apa aku nak cakap ni dengan Ayah nanti, kalau polis tahan macam mana? aduhh.Serabutlah Dengan Ic hilang, kerja banyak, dengan jumpa lelaki tu lagi" Katanya dengan Keadaan membimbangkan.

Ahh nantilah fikir" Katanya lagi.

LRT pun sampai didestinasi yang ingin Mika Tuju, Mika pun terus bergegas pulang ke rumah.

Sebaik tiba dirumah, Mika mencari ayahnya.

Ibu!! mana ayah?" Kata mika kepada ibunya.

"Ayah kau ade kat belakang rumah tu, Tengah duduk baca Surat khabar" Balas Ibu Mika.

Mika pun menuju kearah ayahnya, ingin memberitahu apa yang terjadi.

Ayah! Mika nak minta maaf hmm" Ujar Mika dengan nada yang Sedih.

"Kenapa ni mika? Ayah tengah syok baca surat khabar ni" Balas Ayahnya sambil memerhatikan riak wajah Mika.

"Ayah..IC Mika Hilang, Mika taktahu hilang kat mana, Mungkin Mika cuai" Ujar Mika dengan Riak wajahnya seakan Sedih.

"Habis tu macam mana ni? dah buat report?" Katanya Ayahnya Sambil Merenung wajah anaknya.

"Belum Yah, Mika ingat esok balik kerja mika pergi balai buat report" Kata Mika kepada ayahnya.

" Ok jangan tak buat pula, Dah pergi mandi lepastu tolong mak hidangkan makanan, Ayah dah lapar ni" Kata ayahnya.Mika pun Masuk Kedalam rumah.

Keesokkan Harinya. Mitto Mula berjalan masuk ke pejabat.

First day ni, Hihihi Harap-harap aku boleh buat kerja ni" Bisik Mitto didalam hati sambil menuju kearah mejanya.

"Awak Mittokan?"Ujar Tina Dengan nada yang perlahan.

"Ye saya, Awak Siapa ye?" Balas Mitto.

"Saya Tina. Selamat berkenalan, Meja Awak yang itu tau" Kata Tina sambil menunjuk meja Mitto.

" Baiklah Tina, Selamat berkenalan juga, Terima kasih" Mitto Tersenyum dan Berjalan Menuju kearah mejanya.

" Wahh ni ke meja aku, Menarik bolehlah aku gantung lukisan aku kat sini" Bisik Mitto sambil Gembira.

"Bismillah Semoga harini Aku dipermudahkan segala urusan, Aamiin".

Mika "Alamak!!! Aku dah lewat ni, Assalammualaikum Tina" Kata Mika Yang Agak tergesa-gesa kerana Telah lewat masuk kerja.

"Waalaikumsalam, Ahh Mika Lambat lagi? Aihh kau ni" Ujar Tina.

Alaa Kau ni, Aku tolong mak aku tadi tu yang aku lambat ni" Ungkap Mika Sambil menuju meja kerjanya.

" Untung ahh Mika Duduk Sebelah Boyfriend" Tina Mula mengusik Mika.

Ehh Siapa?" Balas Mika sambil melihat Meja Sebelah.

Dimasa yang sama Mitto pun Memandang Kearah Mika.

Ehhh!! Kau lagi?" Ujar Mereka Berdua Dengan Serentak.

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience