8.Makin Dekat Makin Pelik

Romance Completed 123

Hari Isnin datang semula macam biasa, tapi suasana antara Mitto dan Mika... pelik sikit. Bukan pelik yang janggal, tapi pelik yang bila kau tengok orang tu, kau senyum dulu sebelum marah. Macam ada sesuatu… yang belum diaku tapi makin terasa.

Mika duduk kat meja dia, tengah edit grafik untuk presentation. Telinga dia menangkap bunyi tapak kasut yang dia dah kenal — langkah Mitto. Tapi dia buat-buat tak perasan. Sampai satu cawan kopi dari pantry muncul depan mata.

Mitto: “Aku tau kau suka kopi hitam. No sugar. Sama pahit macam attitude kau pagi Isnin.”

Mika pandang atas, angkat kening. “Kalau aku baling cawan ni, aku tak claim insurans.”

Mitto sengih. “Worth it.”

Tapi sebelum sempat mereka sambung ‘perang manja’, pintu pejabat terbuka. Masuk seorang lelaki tinggi, berjaket kulit, jalan penuh konfiden macam tengah catwalk dekat Paris Fashion Week.

Bos: “Guys, meet Rayyan. Dia intern baru. Akan join team korang untuk next project.”

Rayyan: “Hi semua. Especially you.” Matanya terus pandang Mika, senyum confident level Dato’ K.

Mika blink dua kali. “Err... hi?”

Mitto dah senyap. Tangan dia kat mouse, tapi cursor tak bergerak. Mata dia tengok skrin, tapi telinga dia... jelas tengah dengar semuanya.

Rayyan duduk sebelah Mika, siap tolong adjust monitor dia.

Rayyan: “Kalau nak I ajar shortcut Adobe pun boleh. I banyak trick.”

Mika tergelak sikit. “Oh, okay. Cool.”

Mitto batuk kecil. “Shortcut paling bagus: Alt + F4.”

Mika: “Kau tu je la shortcut yang tak membantu.”

Rayyan sambung sembang, dan Mitto diam lebih dari biasa. Tapi bila lunch break, dia tiba-tiba berdiri.

Mitto: “Mika, jom lunch. Sebelum pantry penuh.”

Rayyan: “I boleh temankan Mika, no problem.”

Mitto (senyum separuh): “Dia dah janji dengan aku tadi.”

Mika pandang Mitto. Dia tak janji pun tadi... tapi entah kenapa, dia bangun ikut juga.

Mika: “Yup. Janji.”

---

Lunch Tapi Banyak Soal

Diorang duduk kat mamak bawah office. Order nasi goreng kampung dan teh ais. Tapi tak macam selalu. Kali ni, sunyi. Sampai Mika bersuara dulu.

Mika: “Kau okay ke? Dari tadi senyap je. Biasa kau bising macam radio rosak.”

Mitto: “Aku tak suka orang tu. Rayyan.”

Mika: “Sebab dia pandai Photoshop?”

Mitto: “Sebab dia pandai senyum kat kau.”

Mika tergamam. “Mitto…”

Mitto: “Tak. Maksud aku… aku cuma rasa, dia bukan jenis yang betul-betul minat kerja. Dia macam… datang buat drama.”

Mika: “Kau cemburu ke?”

Mitto pandang dia. Serius. “Kalau ya pun, salah ke?”

Mika terdiam. Dia tak jawab. Tapi kali ni, dia senyum sikit. Perlahan.

---

Kembali ke Pejabat

Petang tu, Rayyan approach Mika lagi. Tapi kali ni, Mika tak banyak layan. Dia cuma senyum sikit, jawab sepatah dua.

Mitto perasan, tapi dia tak cakap apa. Cuma satu saat, waktu Mika toleh ke arah dia dan senyum…

Dia tahu. Dia tak bersendirian dalam rasa pelik tu.

----

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience