6.Projek, Projek, Projek.

Romance Completed 123

Minggu baru, masalah baru. Bos panggil semua staf dalam bilik mesyuarat dan dengan senyuman yang terlalu manis (yang biasanya tanda bala besar), dia umumkan:

> “Kita akan ada projek kolaborasi besar bulan ni. Dan… drumroll please… Mika dan Mitto akan jadi ketua projek bersama!”

Seluruh ofis sunyi. Bunyi kerusi berdecit pun boleh dengar.

Mika tercekik air liur. Mitto terkaku, mata terus tengok siling macam tengah cari signal dari Tuhan.

Bos sambung, “Sebab korang dua ni… err… chemistry kuat sangat.”

Mika bisik perlahan, “Ni chemistry nak bunuh satu sama lain ke?”

---

Hari Pertama Kerjasama

Bilik mesyuarat. Mika buka laptop, Mitto buka bekal. Ya, bekal — nasi goreng sardin yang bau dia boleh sampai ke bilik HR.

Mika: “Serius kau nak makan kat sini?”

Mitto: “Serius kau nak buat kerja dengan perut kosong?”

Mika: “Serius aku nak lempar kau dengan mouse ni.”

Mereka mula berbincang projek. Tapi dalam masa 15 minit, suara dah naik macam dalam debat parlimen.

Mitto: “Kita patut buat ikut design minimalis. Less is more.”

Mika: “Kalau less sangat, nanti client ingat kita pemalas.”

Mitto: “Bukan pemalas, bijak!”

Mika: “Bijak kepala—”

Tiba-tiba pintu terbuka. Bos menjenguk masuk. “Eh, suara mesra korang dengar sampai luar. Good job!”

Mika dan Mitto senyum palsu. Hati masing-masing: Tolonglah cepat pencen, bos…

---

Petang Yang Malang

Masa tengah siapkan fail penting, Mika terklik satu folder misteri dalam laptop Mitto yang tertulis: JANGAN BUKA.

Naluri perempuan dia kata, “Buka. Buka. BUKA!”

Dia klik… dan…

Satu slideshow PowerPoint terbuka. Tajuk besar-besar:

> “Mitto’s Secret Cringe Poems - Don’t Judge Me”

Slide pertama:

> "Kalau kau bintang, aku langitnya,
Tapi kalau kau langit, aku tetap tak sampai.
Sebab aku cuma Wi-Fi pejabat,
Yang kau guna bila bos tak nampak."

Mika terkedu.

Mitto masuk balik bilik dan nampak skrin. Dia jerit, “WEHHH! SIAPA BAGI KEBENARAN?!”

Mika gelak sambil menangis. “Kau tulis ni waktu siuman ke? Wi-Fi pejabat?!”

Mitto cuba tutup skrin, tapi Mika dah print satu salinan. “Aku simpan ni. Bukti kau pun ada hati dan perasaan.”

Mitto garu kepala. “Tolong jangan dedah pada dunia. Aku ada reputasi…”

---

Akhir Hari

Waktu semua dah nak balik, Mika hulur sticky note atas meja Mitto.

> “Jangan risau. Puisi kau selamat dengan aku. Tapi maybe... Wi-Fi tu dah ada yang nak connect.”

Mitto baca, senyum sikit. “Kalau connection kuat, jangan lupa bagi password.”

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience