10.Fikiran Bercelaru

Romance Completed 123

Malam tu, Mika buka pendrive Rayyan. Dalam folder tu, bukan setakat offer letter.

Ada satu video.
Rayyan tengah bercakap, dengan tone yang tak lagi main-main macam biasa.

> “Mika. Aku tahu kau selesa dengan Mitto. Aku nampak cara kau tengok dia — macam kau cuba sembunyi sesuatu yang tak payah disorok. Tapi tanya diri sendiri... sampai bila kau nak tunggu orang yang tak berani bersuara?”

Mika terdiam. Hati dia rasa... pedih sikit. Bukan sebab Rayyan, tapi sebab setiap perkataan tu macam cermin.

---

Esok Pagi — Di Bilik Meeting Kosong

Mitto ternampak Mika termenung depan laptop. Slide presentation masih kosong. Jari dia kat keyboard, tapi tak tekan apa-apa.

Mitto: “Kau okay?”

Mika: “Aku penat.”

Mitto: “Kerja ke?”

Mika geleng. “Menunggu.”

Mitto duduk sebelah, tak faham. “Menunggu apa?”

Mika pandang dia — mata dia tak seceria selalu.

Mika: “Menunggu seseorang sedar... yang aku bukan sekadar kawan kerja. Tapi hari-hari tengok aku macam aku ni invisible.”

Mitto tersentap. Tapi tak mampu jawab. Dia nak cakap, tapi lidah dia kelu. Dan Mika perasan itu.

Mika: “See? Tu lah jawapan dia.”

Dia bangun, terus keluar.

---

Malam — Di Balkoni Apartment Mika

Mika duduk berselubung hoodie, dengan mug coklat panas. Telefon dalam tangan dia dah ada mesej dari Rayyan:

> “Decision is yours. Tapi I tahu you layak untuk lebih dari sekadar jadi ‘teman project’ dalam hidup orang lain.”

Dia tak balas lagi. Tapi mata dia bergenang.

Mitto buka balik puisi yang dia pernah janji nak tulis untuk Mika.

> "Dia bukan cahaya terang, tapi cukup untuk aku nampak jalan bila semua gelap.
Tapi mungkin... aku dah lambat nak bagitahu dia."

Dia delete ayat tu.
Kemudian taip satu baris baru:

> “Kalau kau masih ada esok, aku akan belajar untuk tak diam lagi.”

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience