Dua bulan telah berlalu.
Tokyo masih sibuk seperti biasa. Tapi hidup Mitto… perlahan.
Dia bekerja sebagai designer freelance sambil ambil gambar untuk kafe kecil di Shibuya. Hari-hari dia lepak dengan sketchbook — lukis bangunan, langit, dan kadang-kadang... senyuman yang dia dah lama tak tengok depan mata.
Hari tu, Mitto duduk di taman Ueno, melakar cherry blossom yang belum mekar penuh.
Nelly datang bawa dua cup kopi.
Nelly Hamura — anak kelahiran Johor, sambung belajar dalam bidang seni bina di Jepun. Peramah, cerdas, dan pandai tangkap gurau kasar Mitto. Mereka jumpa masa event seni komuniti bulan lepas — dan sejak tu, mereka makin rapat.
Nelly: “Kau ni... kalau takde sketchbook dalam tangan, rasa macam Mitto palsu.”
Mitto senyum. “Kalau aku tak sketch, nanti otak aku penuh benda yang aku tak nak ingat.”
Nelly diam. Tapi dalam hati, dia tahu — Mitto belum lepas dari seseorang.
Tapi entah kenapa… dia tetap tunggu.
---
Di Lapangan Terbang Narita
Mika melangkah keluar pintu ketibaan dengan beg sandang dan mata yang kelihatan penat — bukan sebab penerbangan jauh, tapi sebab hati dia penuh rasa yang tak selesai.
Dia pandang langit Jepun.
> “Aku tak tahu dia masih tunggu aku ke tak. Tapi aku nak cuba.”
Dia pegang gambar lama — Mitto dan dia, makan nasi lemak truffle, sambil satu sticky note terlekat atas gambar tu:
> “Kalau aku lambat… maaf. Tapi kali ni aku kejar.”
---
Scene Beralih — Petang Di Kafe Shibuya
Mitto dan Nelly duduk berdua. Nelly tunjuk portfolio dia.
Nelly: “Aku dapat shortlisting untuk internship kat Kyoto. Tapi... aku ragu nak pergi.”
Mitto: “Kenapa?”
Nelly senyum nipis. “Sebab aku rasa aku jumpa orang yang aku suka kat Tokyo.”
Mitto terdiam.
Dia pandang cawan kopi.
Tapi sebelum sempat dia jawab...
Bunyi loceng pintu kedai berbunyi.
Mitto pandang.
Dan dunia dia... berhenti sekejap.
Mika berdiri di situ.
Dengan mata berkaca, senyum kecil.
Mitto bangun. Langkah perlahan, tapi hati dia macam nak terbang.
Nelly tengok. Dan dalam hati, dia tahu.
> “Aku datang lambat lagi.”
---
Akhir Bab 16
Mika berdiri depan Mitto. Dua bulan sunyi, dua bulan penuh luka, dua bulan penuh rindu — semuanya berputar dalam satu saat.
Mika: “Kau okay?”
Mitto: “Aku okay... lepas kau masuk balik dalam hidup aku.”
Dan untuk pertama kali...
Mereka berpeluk.
Bukan peluk cinta romantik.
Tapi peluk dua jiwa yang dah penat lari.
---
Share this novel