Bab 6

Romance Series 6583

SEMUANYA tidak menyangka Azhar akan bertindak di luar dugaan dengan menumbuk muka Badrul sehingga lelaki separuh abad itu terlentang di atas tanah malah jafar yang mampunyai konflik dengan Badrul antara orang yang paling terkejut melihat kejadian tersebut

"Kenapa kau tumbuk dia Azhar?," Soal Jafar kehairanan

Azhar tidak menjawab pertanyaan Jafar, anak matanya waktu itu hanya tertumpu pada sesuatu setelah menjawab pertanyaan Baizura

Suasana mulai kecoh dengan bunyi teriakan kemudian di susuli dengan tangisan Baizura mengejutkan para Pelanggan yang sedang menunggu untuk membeli juadah sarapan pagi bahkan tiada siapa yang berani membantu Baizura ketika itu

Namun dengan kehadiran sebuah kereta sport mewah berwarna hitam secara tiba-tiba memarkirkan kereta di tepi jalan telah menarik perhatiaan seluruh pelanggan di situ untuk melihat lebih dekat

"Ayah... Jom kita balik," Pinta Baizura dengan esak sambil mengesat darah yang mengalir dari hidung ayahnya

Badrul sedikit terhuyung hayang ketika berdiri. Baizura dengan kudratnya sedaya upaya tidak membiarkan ayahnya jatuh

Sementara itu seorang lelaki berkepala botak berpakaian kemas keluar dari kereta serba mewah itu miskipun botak namun wajah lelaki itu tampak kacak dan bergaya sehingga mampu Membuka kelopak mata para wanita di situ untuk melihat pernampilanya yang memukau

"Encik Badrul!," lelaki botak itu memanggil, raut wajahnya seakan bingung, manakala Badrul pula terpejam-celik kelopak matanya mencari orang memanggil namanya

"Ya saya,"

"Ayah.. jom kita balik," Baizura pantas menghalang ayahnya memandang pada lelaki botak itu, tubuh ayahnya itu cepat-cepat di papah ke motorsikal

"Kuat juga si zura nie," Bisik lelaki botak itu sedikit kagum sambil melangkah menghampiri Badrul dan Baizura

"Encik Badrul?,"

"Ya saya Encik,"

Lelaki botak itu berdiri di hadapan Badrul memerhati wajah lelaki itu seolah-olah sudah lama mengenalinya. Baizura pula terlihat mengetap gigi seakan meluat melihat lelaki yang sering menganggunya sejak berada di bangku sekolah menengah sehinggalah sekarang

Zarul Arshim anak lelaki kepada seorang ahli kabinet di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan. mempunyai sebuah syarikat menjual kereta terpakai serba mewah begitu juga dengan barangan spare parts yang sukar di dapati di dalam Malaysia

"Encik kenal saya ke?," tanya Badrul cuba tersenyum miskipun bibir, hidung kelopak matanya masih dalam keadaan lebam

lelaki botak itu diam tidak menjawab. Warna wajahnya sedikit berubah kemerahan seakan sedang menahan marah.. pelan-pelan dia memalingkan kepala memandang ke arah Azhar

"Boleh saya tahu siapa yang pukul encik Badrul nie? sebab saya nampak hidung Encik Badrul berdarah?," Soal lelaki berkepala botak itu dengan bersahaja namun tidak pada raut wajahnya tampak sungguh serius

Azhar ketika itu hanya berdiri membisu, Jafar pula kelihatan sedang menapak mengundur secara pelan seolah-olah tidak mahu mengikut terlibat apa yang di lakukan Azhar tadi memandangkan dia sangat mengenali siapa lelaki botak itu

"Woi!! korang pekak ke! korang tak dengar ke aku bertanya. Atau?,"

"Eh tak apa encik.. tak apa.. ini hal kecil saja Encik," Badrul pantas mencelah agak terkejut juga bila ada lelaki yang tidak di kenalinya memberanikan diri mahu membantu

"Ini bukan hal kecil encik Badrul, ini hal besar..kena libatkan polis. Ganster sangat ke orang kampung nie sampai berani pukul orang depan orang awam.," Balas Fariz dengan senyuman sanget

"Ya saya tahu Encik.. Tapi,"

"Don't worry Encik Badrul.. biar saya saja yang call polis.. kebetulan saya pun ada kenal dengan seorang pegawai polis Ganster bertugas kat Dang wangi,"

"Nanti Encik Zarul.. Nanti Encik Zarul..,"

"Zarul?," Bisik Badrul dengan Kening bertaut sebaik mendengar nama lelaki botak itu di panggil

"Ooo.. Encik Jafar Hassan'kan?," Balas lelaki botak itu sebaik melihat Jafar berjalan melewati Azhar dengan nafas terengah-engah

"Encik Zarul buat apa kat sini?," Jafar tersengih-sengih sambil mengelap peluh.. jika bukan kerana dia terdengar lelaki botak itu ingin menghubungi seorang pegawai polis di Dang wangi, mati pun dia tak akan berpatah semula kerana Azhar adalah orang kuatnya di kampung. Jika belaku apa-apa pada Azhar, itu akan menjejaskan perluangnya untuk menjadi ketua kampung bagi pemilihan seterusnya

"Saya ke sini sebab teringin nak beli nasi lemak.. Tak boleh ke?,"

"Hiss tentulah boleh, kenapa Encik Zarul tak call saya. saya boleh sambut Encik Zarul,"

"Kenapa sampai nak sambut saya encik Jafar? saya nie bukannya orang penting,"

"Hiss encik Zarul nie pentingnya," Jafar tersengih-sengih seperti kerang busuk

"Alang-alang Encik Jafar dah ada kat sini, cuba tanyakan diorang kat sana tu, siapa yang pukul encik Badrul. Saya nak tahu,"

Cepat saja Jafar memandang Azhar yang masih lagi tercegat berdiri bagaikan tugu dan jafar tahu mengapa Azhar bertingkah seperti itu kerana lelaki itu sangat mengenali siapa Zarul

"Kenapa encik Zarul nak tahu?," Jafar memberanikan diri bertanya namun Zarul membalasnya dengan tatapan tajam "Encik Zarul jangan salah faham. Pekara macam nie memang sering belaku kat kampung nie, tapi takdelah sampai nak melibatkan polis,"

"Amboi.. kampung koboi ke nie?,"

"Bukan macam tu encik Zarul," Jafar berdiri sedikit rapat "Yang pukul tu Azhar.. Encik Zarul'kan kenal dengan Azhar,"

Zarul mengerling memandang Azhar. Bibirnya tersenyum nipis dari awal memang dia dah tahu siapa yang menumbuk Badrul kerana dialah orang yang menyuruh Azhar melakukannya

"Dengar sini encik Jafar," Zarul memeluk bahu Jafar kemudian membawa lelaki separuh abad itu menjauh sedikit dari Badrul dan Baizura

"Ya saya Encik Zarul,"

"Berita yang korang sebarkan tu masih tak cukup.. aku tengok orang tua tu masih berani keluar rumah, mangkin berani melawan," bisik Zarul pelahan

"Habis tu encik Zarul nak suruh kami buat apa lagi? pukul?,"

"Apa salahnya,"

"Baizura?,"

"Ayahnya saja, jangan berani sentuh anaknya..,

Pada masa yang sama ketika Zarul dan Jafar asyik leka berbual, Baizura mengambil kesempatan dengan membawa ayahnya cepat-cepat menaiki motorsikal meninggalkan tempat itu

Zarul dan jafar menoleh serentak apabila mendengar bunyi enjin motorsikal. Azhar sejak tadi hanya berdiri sudah pun kelihatan berdiri berdekatan dengan Zarul

"Sorry bos.. aku tak sempat nak halang," Ucap Azhar bersahaja

"It's okay..," Zarul tersenyum lebar. anak matanya masih memandang kelibat motorsikal Baizura sehingga menghilang dari pandangannya "Kerja bagus Azhar," Bahu Azhar di tepuk "Kerja bagus,"

SESAMPAI sahaja di rumah. Baizura masih menangis teresak-esak sebaik sahaja membawa ayahnya masuk ke dalam bilik. Niat baiknya untuk membeli ayahnya nasi lemak sambal sotong tidak kesampaian malah ayahnya pula di tumbuk di hadapan orang ramai

Luluh hati seorang anak bila melihat ayah kesayangannya di perlakukan seperti itu

"Zura minta maaf Ayah! Arghhh.. Zura minta maaf..," ucap Baizura sambil membaringkan ayahnya di atas tilam

"Dah tak usah menangis.. bukannya teruk sangat,"

"Kalau zura tak cakap macam tu pada ayah.. ayah tak akan ikut Zura, ayah mesti tak akan kena pukul. Semua nie salah zura!,"

"Hiss dahlah tu Zura... ayah tak salahkan Zura,"

Melihat anak gadisnya meraung seperti orang yang terkena histeria. Badrul bergegas memeluk anak gadisnya itu seraya memujuk. Bahaya bagi buah pinggang Baizura yang baru di bedah

"Ayah! apa salah kita Yah.. kenapa orang kampung benci kita Yah?,"

"Orang kampung tak bencikan kita Zura.. diorang semua tu termakan fitnah dari Jafar,"

"Kenapa pakcik jafar tergamak fitnah ayah.. dulu pakcik berkawan baik dengan ayah,"

Badrul mengusap lembut tudung kepala Baizura "Tanah nie Zura.. Tanah nie,"

"Kenapa dengan tanah nie.. kitakan cuma sewa je,"

Badrul tidak terus menjawab. Wajah anak gadisnya di tatap hiba sebuah rahsia yang sudah lama di rahsiakan sejak isterinya masih hidup. Mungkin sekarang adalah masa yang terbaik untuk dia berterus terang kepada Baizura siapa sebenarnya pemilik rumah ini

"Rumah nie bukan rumah sewa Zura, Rumah ini sebenarnya milik arwah ibu kamu perninggalan dari turun termurun,"

"Rumah arwah mak?,"

Badrul mengangguk senang, bibir yang masih membengkak di paksa senyum "Sekarang dah jadi milik Zura,"

"Kenapa ayah tak cakap pada Zura!," Baizura kembali meraung. Badrul Kaget Sepatutnya khabar itu mampu menyenangkan anak gadisnya malah lain jadinya

"Bukan ayah sengaja Zura.. arwah mak zura suruh ayah rahsiakan semua nie sampai Zura berkahwin nanti,"

"Untuk apa!.. Sejak arwah mak sakit ayah dah kerja macam orang gila.. bila Zura sakit ayah kerja siang malam langsung takde rehat sampai ayah memijam, sampai ayah kena pukul.. untuk apa semua nie ayah! untuk apa!," Baizura meraung sekuat hati sambil meronta-ronta di atas lantai

"Bawa bertenang Zura..!!,"

"kenapa sekarang ayah bagitahu Zura!,"

"Ayah dah berjanji Zura.. Ayah terlalu sayangkan arwah mak kamu.. ayah tak sanggup kehilangan satu-satunya harta peninggalannya untuk kamu,"

Baizura bergegas bangun. Kasar sungguh saat kedua tangannya mengesat-ngesat air mata yang membasahi wajah

"Zura nak pergi mana?,"

Baizura berdiri termangu. Saat berdiri tadi dia ada terfikir mahu menjual rumahnya dengan segera namun dia teringatkan Penjanjian dengan lelaki malam tadi

"Zura.., Zura,"

"Ayah.. apa kata kita pindah Yah?,"

"Rumah nie?,"

"Biar Zura Jual,"

"Tak boleh Zura,"

"Kenapa tak boleh ayah.. Apa guna kita tinggal dalam rumah nie kalau kehidupan kita tak tenang. lagi pun zura dah ada kerja tetap, dah ada gaji tetap, Zura boleh jaga Ayah,"

"Ayah tak kisah zura.. tapi janganlah jual rumah nie,"

"Ayah..," Baizura kembali duduk "Mulai esok zura kena kerja setiap malam, kalau boleh Zura nak bawa ayah pindah dari sini secepat yang mungkin,"

"Kerja apa?,"

Baizura serba salah.. dia sendiri pun tidak tahu apa perkerjaannya nanti.. apakah dia harus melayan nafsu lelaki itu setiap malam

"Zura?,"

"Ya ayah?,"

"Kerja apa?,"

"Nanti Zura bagitahu ayah ya,"

TUK! TUK! TUK! TUK!

Baizura dan Badrul tersentak serentak. Diam membisu sambil wajah masing-masing mengarah ke pintu

"Zarul ke tu?," Bisik Baizura di dalam hatinya.

Agak lama juga pintu di hadapan di ketuk. Baizura tetap tidak berganjak diam seribu bahasa. Akhirnya Badrul mengankat punggung mahu berdiri

"Ayah nak pergi mana?," Bisik Baizura pelan keget bila melihat ayahnya mahu berdiri

"Buka pintu tu,"

"Tak payah Ayah. Biarkan je,"

"Zura.. orang kat luar tu dah ketuk banyak kali.. ayah takut kalau diorang pecahkan pintu tu nanti,"

"Kejap biar Zura call polis,"

"Jangan," Baru sahaja Baizura mahu bangun namun di halang ayahnya "Ayah risau keadaan lebih teruk kalau kita babitkan polis,"

"Tapi Zura takut Yah,"

"Zura tunggu je sini, biar ayah buka pintu tu ya,"

Baizura mengeleng "Taknak, Zura temankan ayah,"

"Yalah,"

Baizura membantu ayahnya bangun. Dua beranak tersebut melangkah pelan keluar dari bilik dan terus sahaja ke arah pintu utama

Pintu rumah di buka. Badrul dan Baizura sama-sama mengendap di balik daun pintu yang terkuak sedikit

Di luar rumah ketika itu kelihatan 3 orang lelaki berpakaian kemas dan dua orang wanita berpakaian seperti jururawat

"Assalamualaikum," Ucap salah seorang lelaki di luar

"waalaikummusalam," Badrul menjawab sambil menguak daun pintu sedikit lebar "Encik nak cari siapa?,"

"Maafkan jika menganggu. kami semua nie dari hospital Impian Seroja. Kami di arahkan oleh encik Fariz untuk membawa encik dengan anak encik untuk mendapatkan rawatan,"

"Encik Fariz?," Badrul menoleh memandang anak gadisnya "Zura kenal ke?,"

Baizura cepat-cepat mengeleng dengan raut wajah terpingga-pingga "Tak kenal,"

"Mungkin Cik boleh ingat dengan lelaki malam tadi,"

"Ma.. ma.. malam tadi?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience