"Berhenti! jangan pukul ayah saya!, tolong berhenti!!,"
"Wa pun tarak suka pukul olang loo.. tapi lu puya ayah sulah talak bayar hutang wa looo!!,"
"Saya janji.. saya akan bayar, saya akan bayar! tapi tolonglah bagi saya masa!,"
"Masa-masa! sulah berapa kali gua bagi masa ..Lu puya ayah tarak bayar jugak.. sekalang ayah lu puya hutang sekali itu bunga sulah seratus tiga puluh ribu looo..,"
"Tolonglah tauke. berikan saya masa," Zura duduk berlutut dengan tangis esak merayu dan memohon kepada pengutip hutang itu supaya memberikannya masa untuk mencari wang bagi melunaskan hutang ayahnya
Lelaki berbangsa cina itu mengeleng kepala kemudian menjelir lidah ketika memandang wajah Baizura "Lu puya muka mayak cantik looo.. Kalu lu kerja wa puya club..wa confirm talak sampai tiga bulan, ayah lu puya hutang sulah lengsai loo,"
Baizura terdiam membisu.. Dia menoleh memandang ayahnya yang sudah terbaring berlumuran darah..
"Kasi saya alamat you punya club. Bagi saya masa fikir dulu,"
"Haiya.. lu kira lucky.. wa sama wa puya kawan boleh tahan nafsu loo.. lelaki cina itu ketawa dengan kuat bersama kawannya "wa kasi lu tempoh tiga hari. kalu wa tarak nampak muka lu sana wa puya club. Wa akan tanam lu puya ayah hidup-hidup," Balas lelaki cina itu sebelum mencampak bisnes kad tepat mengenai wajah Baizura
Setelah kedua lelaki cina itu keluar dari rumah.. zura bergegas mengankat kepala ayahnya. "Ayah..," Baizura menangis esak sambil membersihkan darah-darah yang mengalir membasahi wajah ayahnya akibat teruk di pukul oleh lelaki cina tadi
"Ma..ma..maafkan ayah Zura,"
"Tak.. bukan ayah yang salah. tapi Zura," Zura memeluk ayahnya dengan sebak bahkan dia sendiri sedar apa yang terjadi bukanlah salah ayahnya. Ayahnya terpaksa meminjam kerana perlu membayar wang kepada adik arwah ibunya bagi mendapatkan buah pinggang untuk dirinya yang menderita kerana kegagalan kedua buah pinggang
"Ayah.. ayah boleh bangun,"
"Badan ayah sakit sangat Zura,"
"Ayah tunggu kejap ya. Zura call ambulan,"
Jam 11 malam. Ayah Baizura di bawa ke hospital kuala lumpur dengan menaiki ambulan. Sebaik sahaja ayahnya selesai mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor yang bertugas menyarankan Baizura supaya membuat laporan polis namun Baizura enggan
"Zura!," panggil seorang wanita sebaik pintu wad kecemasan terbuka
"Najwa..," Baizura bergegas mendapatkan wanita itu dan terus memeluk tubuh wanita itu dengan erat
"Ya Allah.. siapa yang pukul ayah kau Zura?," Tanya Najwa satu-satunya sahabat baik Baizura sebaik melihat keadaan ayah Baizura terbaring di atas katil tidak sedarkan diri setelah menerima rawatan
Baizura tidak menjawab pertanyaan tersebut hanya kedengaran tangis esaknya sahaja
"Along ke?," Najwa cuba mengangak. Baizura mengangguk pelan. Najwa dengan lembut menolak bahu sahabatnya itu "Berapa hutangnya,"
"Banyak sangat Najwa,"
"Berapa?,"
"Seratus tiga puluh ribu,"
Najwa beristighfar beberapa kali sebaik mendengar jumlah hutang yang di tanggung ayah Baizura
"Banyak tu Zura.. aku tak mampu nak tolong,"
"Tak apa najwa.. itu masalah aku. kau datang sini pun dah cukup buat aku tenang,"
"Apa kata kita buat laporan polis Zura,"
"Jangan Najwa,"
"Ini dah melampau Zura. Memanglah ayah kau berhutang tapi nie dah salah,"
"Aku takut Najwa kalau jadi apa-apa pada ayah aku kalau kita buat laporan. tiada sesiapa yang mahu tolong ayah aku,"
"Habis tu zura, kau nak cari duit kat mana? hutang tu bukannya sikit,"
Baizura tidak menjawab. anak matanya menatap sayu wajah ayahnya.
"Mungkin aku tiada pilihan lain najwa. mungkin inilah takdir aku.. aku pasrah,"
SYARIKAT HARTANAH EHSAN
"Tuk. Tuk. Tuk.,"
"Masuk!,"
Pintu bilik pejabat di buka dari luar. Seorang lelaki berbaju kemas pelahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan raut wajah yang tampak cemas
"Tuan Fariz..,"
"Apa benda nie Nazim," Fariz membelek-belek fail di atas mejanya dengan kasar. Dia adalah pengurus bahagian projek syarikat Hartanah ehsan "Aku tanya! apa benda nie!,"
Nazim berdiri dalam keadaan terketar-ketar.. Serba salah mahu menjawab masalah dengan projek perumahan yang sepatutnya siap dalam berberapa minggu ke depan terpaksa di tangguhkah kerana masalah perkerja
"Kebanyakan perkerja yang kita ambil berkerja tiada dokumen yang sah tuan,"
"Salah siapa?,"
Nazim tidak menjawab
"Aku tanya salah siapa? kau pekak ke!,"
"Kalau masalah tu tuan.. bukan bahagian kita yang handle. itu'kan bahagian sumber manusia,"
"Habis tu kenapa fail nie ada atas meja aku!,"
"Bukan saya yang letak tuan,"
"Kalau bukan kau yang letak siapa lagi yang letak.. yang kat luar tu muka je cantik tapi buta!,"
"Bukan saya tuan. Sumpah," Nazim mengankat tangan cuba menafikan tuduhan Fariz
"PUK!," Fariz menghempuk meja dengan kuat lalu berdengus. Wajahnya berkerut bengang
Melihat keadaan Fariz begitu marah, Nazim menapak pelahan-lahan menghampiri meja bos'nya
"Mungkin Cik Fida yang letak,"
Fariz mengeleng pelan sambil mengetap giginya "Sial punya betina.. aku tak faham kenapa ayah aku ambil dia berkerja padahal bapak dia sendiri pun ada syarikat,"
"Mungkin sebab dia nak balas dendam kot. Tak akan tuan dah lupa pasal tanah kat segambut tu,"
"Tentulah aku tak lupa," Fariz menyegih senget "Puas betul hati aku bila tengok muka celaka tu kalah. baru dia tahu siapa aku,"
"Habis tu tuan, macam mana sekarang,"
"Biarkan je.. mungkin sekejap lagi ayah aku panggil. Tahulah aku menjawab.. berani dia main-main dengan aku. Sial puya betina,"
Habis sahaja Fariz bicara kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar.
"Tuan Fariz. Dato nak jumpa," Ucap seorang wanita muda setelah pintu pejabatnya di buka
"Kan aku dah cakap,"
BAIZURA terpaksa mengambil cuti beberapa hari bagi mengurus ayahnya. Dia berkerja sebagai perkerja kontrak dengan salah sebuah bank sebagai staf loan perumahan
Ibunya sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kanser. Dialah satu-satunya anak tunggal yang di besarkan ayahnya penuh kasih sayang
"Ayah.. Ayah.. Bangun makan," Lembut suara Baizura mengejutkan ayahnya
Pelan-pelan Badrul membuka mata namun hanya mampu membukanya sedikit kerana sekeliling kelopak matanya telah bengkak. Ada goresan luka pada bibirnya akibat di tumbuk
Dengan lemah lembut Baizura membantu ayahnya duduk. Di belakang badan ayahnya di letakkan bantal supaya ayahnya merasa selesa
"Zura masak bubur ayam untuk ayah,"
"Zura tak kerja?,"
"Hari nie zura cuti. Esok baru zura kerja," Jawab Zura, sebelum menyuapkan bubur ke dalam mulut ayahnya, dia meniup terlebih dahulu "Makan yah,"
Badrul membuka mulutnya sedikit namun "Aduh,"
"Sakit yah,"
"Pedih,"
"Biar Zura sejukkan dulu bubur nie," Zura segera bangun untuk kembali ke dapur dengan membawa mangkuk bubur. Selang berberapa saat dia kembali semula
"Zura taruh dalam peti ais sekejap. ayah tunggu ya,"
Badrul Mengangguk. Zura mengelap wajah ayahnya penuh kasih. Terlalu besar jasa ayahnya berbanding apa yang di lakukannya sekarang. Ayahnya bertungkus lumus berkerja siang dan malam tanpa henti setelah dia menderita penyakit buah pinggang.
Sudah acap kali ayahnya berlutut bersujud, merayu pada adik-beradik arwah ibunya supaya mendermakan buah pinggang untuknya sehingga sanggup meminjam wang daripada Along untuk membayar kepada salah seorang adik arwah ibunya bahkan seluruh duit simpanan ayahnya yang di kumpul bertahun-tahun lamanya habis di guna pakai untuk merawatnya
"Ayah.. esok lepas kerja.. Zu kena buat kerja part time,"
"Kerja apa Zu?," Wajah Badrul berubah cemas
"Kerja biasa je Yah. Najwa yang tolong carikan untuk Zura,"
"Sampai pukul berapa?,"
"Tak tahu lagi Yah,"
Badrul diam membisu. wajahnya anak gadisnya di tatap sayu "Maafkan ayah Zura," Air mata badrul mengalir membasahi pipinya
"Jangan minta maaf dengan Zura ayah.. Ayah tak bersalah. Zura yang salah,"
PEJABAT PENGARAH HARTANAH EHSAN
Fariz berdiri mengadap tingkap kaca. Wajahnya mencuka masam setelah bertikam lidah dengan ayahnya
Dato Faizan yang sedang duduk hanya mengeleng-geleng kepala sambil memandang anaknya
"Fariz jangan salah faham. Ayah bukannya tuduh Fariz,"
"Bukan tuduh?," Fariz menyegih senget "Fariz masuk je dalam bilik nie ayah terus tanya fariz pasal masalah perkerja tu," Fariz menoleh memandang ayahnya "Fariz nie pengurus projek bukannya pengurus sumber manusia. tugas fariz memastikan projek tu siap,"
"Itu sebablah ayah tanya,"
"Kenapa ayah tak tanya betina kesayangan ayah tu.. bukan ke itu tugas dia!,"
"Fariz! yang kamu bercakap sekarang nie ayah kamu,"
"Apa bezanya. Sekarang ni pun ayah bercakap dengan anak ayah.. tapi kenapa ayah panggil saya kerana masalah perkerja tu. Salah saya ke?,"
"Ayah bukan tuduh kamu Fariz.. ayah cuma tanya,"
Fariz mengeleng kepalanya "Betina yang uruskan perkerja tu, ayah tak nak panggil. Ayah takut ke? atau sebab ayah dah angau dengan betina tu,"
"Fariz!,"
"Dengar sini ayah.. ayah kena ingat, Fariz yang selamat syarikat nie daripada muflis bukan betina tu.. jangan sesekali ayah berani salahkan fariz tentang masalah perkerja tu.. kalau ayah tetap salahkan fariz.. selamat tinggal ayah," habis sahaja bicara. Fariz terus membuka langkah menuju ke pintu
"Tunggu Fariz!,"
"Ah! sudahlah," Fariz terus membuka pintu namun secara tiba-tiba seorang wanita muda bertubuh tinggi, berambut panjang tercegat berdiri di luar pintu itu "Hah! kau nak apa betina!,"
"Mulut you jaga sikit Fariz!,"
"Habis tu kau nak aku panggil kau apa.. perempuan Sial,"
"Fariz! you dah melampau,"
"Ada aku kisah.. Kau ingat aku takut ke, setakat kau mengankang untuk ayah aku, kau masih belum ada hak ke atas syarikat nie,"
"Kurang ajar!,"
"PAK!,"
Belum pun sempat tangan wanita itu mengenai pipi Fariz. Pipinya yang terlebih dahulu terkena tamparan dari Faiz
Wanita itu tergamam kaku.. tangannya mengigil-gigil menyentuh pipinya bahkan ketika itu para perkerja mula berkumpul untuk melihat apa yang belaku
"Kau bukan tandingan aku betina," Dengan sengaja fariz mengunakan jari telujuk menonyoh dahi wanita itu "Jangan sesekali kau berani cari pasal dengan aku. kau belum kenal siapa aku," Fariz menyegih senget
"Fariz!," Tengking Dato Faizan sebaik membuka pintu
Fariz memusingkan badan lalu mendepakan tangannya "Sorry ayah. Tangan fariz licin. Hahahahaha!,"
bab 2000k patah perkataan
Share this novel