Bab 7

Romance Series 6583

SELURUH tubuh di balik pakaian yang menutupi tubuh Baizura terketar-ketar ketakutan. Dia duduk di belakang bersama dua orang jururawat wanita yang sibuk memeriksa tubuhnya sementara ayahnya pula begitu kusyuk berbual dengan dua orang lelaki di hadapan

Pada mulanya dia berusaha menghalang ayahnya daripada mengikut namun sebuah panggilan dari Fariz telah membuat ayahnya beria-ria mahu pergi bersamanya untuk mendapatkan rawatan, entah apa yang di bualkan ayahnya dengan Fariz

"Tolong bertenang Cik zura," Pinta salah seorang Jururawat yang mahu memeriksa tekanan darah bila lengan Baizura terketar-ketar

"Bo.Boleh saya tanya?,"

"Boleh,"

"Siapa encik Fariz tu?,"

Dua orang jururawat itu saling pandang memandang agak hairan, bagaimana Baizura tidak mengenali lelaki itu

"Sebenarnya kami pun tak berapa kenal, cuma dia tu kawan baik salah seorang doktor pakar kat hospital kami,"

"Doktor pakar tu perempuan ke lelaki?,"

"Cik Baizura jangan risau. Memanglah Perempuan. tapi kawan baik saja," Dua orang Jururawat itu ketawa kecil mungkin beranggapan Baizura cemburu

"Cik salah faham nie,"

"Bukan ke sepatutnya cik Baizura lebih mengenal encik Fariz tu dari Kami,"

"Kenal malam tadi je," pelan Baizura menjawab

"Apa dia,"

"Tiada apa-apa,"

JAM 10 pagi, Van perubatan Hospital seroja impian memarkirkan kenderaan di tempat yang khaskan dan di luar pula sudah terdapat beberapa jururawat dan dua orang doktor sedang menunggu

Terpingga-pingga Badrul ketika keluar dari Van. Seorang doktor lelaki bersama dua orang jururawat bergegas menjemput dengan menyediakan sebuah kerusi roda

Saat giliran Baizura keluar pula, dia telah di sambut oleh seorang doktor wanita bersama tiga orang jururawat namun Baizura menolak untuk duduk di atas kerusi roda kerana dia mahu menolak kerusi roda ayahnya

Mereka berdua di bawa masuk ke dalam hospital itu. Badrul dengan wajah terpegun menoleh-noleh ke kanan dan ke kiri memerhati begitu luasnya dan mewah suasana di dalam hospital itu

"Saya minta maaf ya Cik Baizura. Dari sini saya akan membawa ayah cik untuk mendapatkan rawatan di bahagian Dermatology,"

"Boleh ke saya ikut?,"

"Cik Baizura dah ada appointment lain yang sudah di buat bahagian Nefrologi. Tapi Cik Baizura jangan bimbang kami akan jaga dan rawat ayah cik Baizura,"

"Pergi jelah Zura, jangan risau pasal ayah. Pandai-pandailah ayah jaga diri,"

"Ayah jangan lupa call zura tahu,"

"Ya,"

Semakin kuat debaran dada seorang anak di saat ayahnya di bawa pergi. Perasaan takut mula membelenggu fikirannya

"Ikut sini ya Cik Baizura,"

Nak tak nak Baizura terpaksa menurut. Tiga orang jururawat berjalan di belakang. Dia berjalan beriringan dengan seorang doktor biasa yang bertugas di bawah seorang doktor pakar

Setibanya di tingkat dua. Seorang wanita tinggi lampai bertudung labuh berbaju serba hijau secara tiba-tiba menghampirinya

"Omg!," Wanita itu menutup mulut dengan kelopak mata yang mencerlang. Kedua kakinya menapak mengelilingi Baizura dengan wajah terpegun "Betul-betul sama,"

kening Baizura bertaut rapat "Sama?,"

"Sorry. Sorry. Saya Doktor Shima best friend kepada Fariz. Siapa nama you?,"

"Baizura,"

Kali ini kening Doktor wanita itu pula bertaut rapat "Baizura?

Baizura terangguk-angguk "Ya Baizura,"

"Oh okay.. come Baizura ikut saya masuk office,"

Baizura menurut. Lengannya di paut oleh Doktor wanita itu lalu di tarik memasuki ke dalam sebuah bilik

Masuk sahaja di dalam bilik. Terdapat dua buah meja yang terpisah di dalamnya.. meja di sebelah kiri ada seorang lelaki yang sedang duduk namun terpisah dengan dinding berkaca.

"I nak berbual dulu dengan patient. Nanti bila i dah siap, I akan call," Kata Doktor shima kepada doktor dan jururawat

"Duduk Baizura. jangan takut.. buatkan diri you selesa,"

Baizura mengangguk mengerti namun dia tetap menunggu doktor shima kembali ke meja terlebih dahulu barulah dia duduk

"Okay.. i tak akan tanya mana you kenal dengan Fariz.. but sebagai best friend fariz, i so happy you kenal dengan dia," ucap Doktor shima dengan senyuman lebar

"Happy? muka aku nampak happy ke?," Bisik Baizura di dalam hatinya

"So Baizura.. I ada dengar dari Fariz kalau you ada masalah dengan buah pinggang you,"

"Ya betul. Bukan masalah lagi.. dua-dua tu dah rosak. Nasib baik ada adik arwah mak sudi dermakan buah pinggang. tapi kena bayar,"

"Yes i understand.. Baizura pun kena faham.. bukan senang nak teruskan hidup bila dah dermakan buah pinggang pada orang. Banyak ke dia minta,"

Baizura tidak menjawab pertanyaan itu memandangkan duit itu datang dari hasil pinjaman dari along. Bukannya malu tapi lebih menjaga maruah ayahnya

Doktor shima mengangguk pelan. Mengerti jika Baizura enggan menjawab "Kalau macam tu.. boleh bagitahu saya bagaimana buah pinggang Baizura boleh rosak?,"

Baizura mengesat-ngesat air mata entah mengapa tiba-tiba berair membasahi kelopak mata.. "Semuanya bermula sewaktu arwah mak saya sakit..Ayah berkerja siang sampai malam. kadang-kadang tak berhenti berkerja semata-mata nak mencari duit bagi rawatan ibu saya. Waktu tu saya masih 17 tahun. Saya cuba membantu tapi ayah selalu marah. ayah suruh saya fokus belajar. Saya pulak bukannya cerdik sangat tapi saya ada tekad untuk dapat keputusan spm yang bagus,"

"Baizura ambil minuman bertenaga ke?,"

"Macam mana doktor tahu?,"

Doktor shima mengeleng pelan "Kes-kes macam tu dah banyak sangat belaku Baizura. Bukan dalam Malaysia je.. tapi dah lama popular kat luar negara. Risikonya sangat besar,"

"Saya terpaksa. Lagi pun saya tak tahu jika ada kesan pada buah pinggang saya. Niat saya cuma mahu cepat membantu ayah," Ujar Baizura teresak-esak

"Berapa lama Baizura ambil minuman tu?,"

"Lama sangat..dekat U boleh di katakan setiap malam saya akan minum tiga sampai empat tin minuman bertenaga,"

"Banyaknya.. Bagaimana dengan darah.. ada kencing manis tak?,"

"Tiada,"

"Baizura tunggu sini dulu. i nak panggil pembantu i nanti buat check up penuhnya,"

"Baiklah doktor,"

"Sebelum tu.. Baizura tolong isi borang nie dulu ya,"

Baizura mengangguk faham. Doktor shima terus menghubungi pembantunya. Memberi arahan untuk menyediakan rawatan untuk Baizura. Dalam tempoh beberapa puluh minit sahaja. Seorang doktor bersama dua orang jururawat memasuki ke dalam pejabat dengan membawa sebuah kerusi roda

"Baizura ikut dulu mereka ya.. jangan risau nanti i akan datang teman you,"

"Baik doktor,"

Baizura keluar dari pejabat dengan duduk di atas kerusi roda itu pun atas pemintaan doktor Shima supaya gadis itu merasa selesa

"Kenapa you soal dia sekejap sangat?," Sebaik sahaja Baizura keluar. Lelaki yang duduk di meja kiri terus bangun dan menyoal doktor shima, rupanya Fariz

"Fariz.., you nak i soal dia apa lagi, you kan dah dengar semua,"

"Not enough okay,"

"Apa yang tak cukup?.. Omg? fariz," Doktor Shima berdiri setelah mengambil beberapa peralatan perubatan "rupa dia memang sebiji macam Azura.. suara sama, tinggi sama, nama pun hampir sama. mana you jumpa dia?,"

"Berapa usia dia?,"

Anak mata Doktor Shima teralih memandang kertas di atas meja "Wait.. umur dia setahun je muda dari Azura,"

"Tolong periksa dia betul-betul Shima,"

"Of course la dah memang tugas i kan. Cuma i nak tahu fariz. You nak anggap dia sebagai apa?,"

"Azura..,"

"What? maksud you, you nak anggap dia seperti adik you sendiri,"

"Yes," Fariz bersungguh-sungguh mengangguk "Ini saja perluang i shima,"

"But Fariz.. dia bukan Azura,"

"I don't care.. i don't care shima. i akan pastikan dia anggap i macam abang dia sendiri,"

"Fariz.. apa yang belaku pada Azura bukannya salah you,"

"Shut up Shima..,"

Doktor Shima mengeleng kesal "suka hati you Fariz. i pun dah malas nak masuk campur urusan hidup you.. tak pernah nak berubah,"

"You tak faham Shima.. first time i nampak dia.. i dah anggap dia sebahagian hidup i,"

"Pikat jelah dia.. jadikan dia isteri you,"

"No.. kenapa i nak kawin dengan adik i sendiri,"

"Dia bukan adik you Fariz,"

"You sendiri cakap shima, rupanya sama, suaranya sama.. hampir semuanya samakan..,"

Doktor Shima mengeleng semakin kesal, terlihat jelas pada raut wajahnya, tidak mampu lagi menerus bicara.. melihat pendirian Fariz yang tak mampu di ubah dia terus mengalah

"Shima.. you satu-satunya kawan baik i, tolonglah, sokong i untuk kali nie saja.. you tahukan bagaimana i merana selepas Azura tiada,"

"Yes Fariz, I know.. i know so much,"

DALAM TEMPOH hampir dua jam. Bermacam-macam jenis rawatan di terima Baizura dan Ayahnya.

Badrul telihat sedikit gembira bila melihat anak gadisnya mendapat rawatan dan layanan yang cukup baik berbeza ketika di hospital kerajaan. Setiap kali dia datang untuk menjaga Baizura keadaan anak gadisnya tidak pernah terurus

Baizura selalu menghubunginya di kala malam ketika dia berkerja, menangis, mengadu sakit di hospital.

"Encik Badrul,"

"Ya saya Doktor,"

"Jauh termenung,"

Badrul tersenyum malu "Tiba-tiba teringat kisah lama doktor,"

"Banyak juga kenangan Encik Badrul dengan hospital,"

"Hiss banyak doktor,"

"Saya faham Encik Badrul. tapi sekarang nie.. saya perlu tahan Encik Badrul dalam wad,"

"Kenapa doktor?," Badrul sedikit kaget

"Sebenarnya. Tulang rahang Encik Badrul retak. begitu juga dengan tulang rusuk sebelah kiri ada yang retak. bahaya kalau biarkan,"

"Tapi doktor.. saya tak pernah rasa sakit pun,"

"Saya rasa kecederaan encik Badrul tu baru je lagi.. sebab tu Encik badrul tak rasa sakit. Encik Badrul ada jatuh ke?,"

Badrul diam tidak menjawab.. sudah tentulah dia ada terjatuh terlentang selepas di tumbuk azhar

"Tapi doktor, saya tak mampu nak dapat rawatan kat sini. saya bukan orang senang,"

Doktor itu tersenyum "Itu Encik Badrul jangan risau. Segala kos rawatan encik akan di tanggung oleh Encik Fariz,"

"Encik Fariz? siapa tu, saya tak pernah kenal dengan orang nama tu,"

"Mungkin Encik Badrul tak kenal tapi anak Encik Badrul kenal,"

Badrul termangu lesu. Hatinya tertanya-tanya bagaimana anak gadisnya boleh mengenali lelaki yang bernama Fariz itu.. apakah hubungan mereka..

BAIZURA duduk bersendirian di dalam bilik pejabat Doktor Shima selepas selesai mendengar sedikit taklimat berkenaan dengan kesihatannya. Fikirannya tenang, Mujur bacaan buah pinggang dalam keadaan normal. begitu juga dengan darahnya.

"Kenapa pakai baju macam tu?,"

Mendengar sahaja suara menegur. Seperti kilat Baizura bangun dari duduknya

"Tu. Tuan!?,"

"Ya saya.. siapa lagi. tak perlulah terkejut sampai macam tu.. saya bukannya hantu,"

"Tentulah saya terkejut tuan,"

"Takde baju lain ke?," Fariz masih tidak berpuas hati dengan pakaian yang di kenakan Baizura agak selekeh

"Saya tak sempat nak tukar,"

"Saya tak suka tengok awak selekeh.. macam orang merempat. saya benci,"

"Saya memang miskin tuan..,"

"Itu dulu.. bukan sekarang. Saya taknak tengok awak pakai macam nie lagi. Saya tak suka,"

Baizura terlihat bingung "Tuan nak suruh saya buat apa sebenarnya?,"

"Tak payah buat apa-apa.. just dengar cakap saya, jangan sesekali melawan,"

"Ya baiklah," Baizura mengesat-ngesat air matanya "Bagaimana malam nie?,"

"Saya akan jemput awak kat sini sebab Ayah awak kena tahan,"

"Apa!.. ayah saya kena tahan. tapi kenapa?," Baizura mula menjadi tak tentu arah

"Pergilah jumpa dia. tanya sendiri. saya bukannya doktor,"

"Boleh ke saya keluar tuan, jumpa ayah saya?,"

Fariz berjalan menghampiri pintu lalu membuka pintu tersebut

"Pergilah,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience