Pagi-pagi lagi Baizura sudah menyiapkan sarapan pagi untuk ayahnya. Bubur ayam yang sudah siap di masak di letakan di dalam dua bekas kemudian di masukan ke dalam peti ais
Malam tadi Baizura sedikit merasa tenang kerana ayahnya tidur lebih nyenyak berbanding malam kemarin di sebabkan masih tidak dapat menahan sakit pada cedera di muka dan hari ini pula dia perlu berkerja semula selepas dua hari bercuti
Ikutkan hati dia mahu bercuti lagi namun tidak di benarkan oleh ketua department tempat dia berkerja kerana masih lagi dalam tempoh percubaan. Nak tak nak Baizura terpaksa akur sebab itu awal-awal lagi dia sudah menyiapkan kerpeluan ayahnya sehingga ke petang
"Zura..,"
"Ya ayah..," Mendengar sahaja ayahnya memanggil, Zura bergegas mendapatkan ayahnya
"Ya ayah..,"
"Bubur ayam ada lagi," Tanya Badrul yang sudah duduk menyandar di hujung katil
"Ada.. Ayah tunggu Sekejap ya. Zura pergi ambil," Baizura bergegas ke dapur semula dan ketika itu Badrul cuba meraba-raba keadaan bibir dan matanya
"Ini bubur ayam malam tadi zura dah panaskan sedikit.. ada lagi dua bekas dalam peti ais. Nanti tengahari Insyaallah, zura cuba balik,"
Badrul mengeleng pelan "Tak usah.. zura kerja je. ayah dah boleh bangun. Ayah dah boleh bergerak
"Tapi ayah?,"
"Tak apa. Zura jangan risau. Ayah boleh jaga diri. kamu kerja je,"
Lama Baizura memerhati keadaan wajah ayahnya. hatinya masih di belenggu perasaan bimbang
"Ayah jangan lupa makan ubat ya. Kalau ayah rasa sakit.. cepat-cepat call zura,"
"Ya.. Zura hati-hati bawa motor tu nanti,"
SELEPAS mengurus keperluan ayahnya. Baizura membonceng motorsikal dari kampung baru untuk ke tempat kerja yang terletak di kawasan Dang wangi. Jarak yang di tempuh hanya mengambil masa hampir setengah jam dengan keadaan lalu lintas yang sesak
sesampai sahaja di tempat kerja. Ketua departmentnya menyuruhnya masuk ke dalam pejabat
"Macam mana keadaan ayah you Zura,"
"Ayah saya masih sakit lagi Madam Yun,"
Madam Yun selaku pengurus bahagian Loan perumahan mengeluh pelan "I bukannya sengaja tak nak bagi you cuti. Tapi you masih lagi dalam tempoh percubaan.. yes i mengaku you sangat bagus, bulan lepas you cif target tapi untuk bulan nie masih jauh,"
"Saya faham Madam. Saya akan berusaha,"
"Hari nie you ikut Najwa ke IOI kat sana ada event perumahan. Kalau you dapat 5, 6 customer itu sangat bagus untuk performance You,"
"Baiklah Madam,"
Baizura keluar dari pejabat ketua departmentnya dengan raut wajah murung ikutkan, waktu rehat tengahari nanti dia mahu pulang Sekejap ingin melihat keadaan ayahnya namun sekarang dia terpaksa mengikut najwa ke Puchong
"Weii Zura..,"
Baizura mengankat wajah. Najwa sedang berjalan menghampirinya
"Najwa,"
"Ayah kau macam mana?,"
"Alhamdulillah, setakat nie okay,"
"Alhamdulillah," Najwa menarik tangan Baizura untuk pergi ke tempat meja kerja "Madam Yun cakap apa?,"
"Tak cakap banyak pun. Dia suruh aku ikut kau pergi IOI,"
"Okaylah.. ada jugak aku kawan. kalau tak, mati kebosanan aku kat sana,"
"Bosan sangat ke?,"
"Bosan Zura.. bukan bank kita je ada, semua bank dalam Malaysia nie berkumpul kat sana nanti. Termasuk bank kita yang different cawangan. macam medan perang,"
"Habis tu Dahlan?,"
"Dia dengan Irene kena pergi wisma putra,"
Baizura mengangguk-ngagguk kepalanya
"Dahlah.. jom kita bersiap. Jam 9.30 kita gerak,"
SYARIKAT HARTANAH EHSAN
SUASANA di dalam bilik meeting bagaikan di cengkam perasaan yang kurang enak. Dapat di lihat dengan jelas pada setiap raut wajah yang sedang duduk di dalam bilik itu. Berkerut-kerut seperti dalam ketakutan
Mereka semuanya menunggu tanpa seorang pun yang berani mengeluarkan suara. Tidak lama kemudian pintu bilik meeting di buka dari luar. Semuanya serentak bangun
"Ada aku suruh korang bangun? kau ingat aku nie siapa. Raja, anak raja!," Marah Fariz sebaik masuk ke dalam bilik meeting. Para Staf'nya menunduk takut "Duduk!,"
Serentak itu juga semua Staf'nya duduk. Fariz berjalan mengelilingi meja meeting. Raut wajahnya serius memandang setiap wajah di dalam bilik meeting itu
"Projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 minggu dah terbengkalai. aku tak kisah pun kalau kita bina rumah harga tiga ratus ribu satu unit tapi masalahnya sekarang setiap rumah yang kita bina tu harganya atas satu juta! korang faham tak!,"
Serentak itu juga para Staf'nya mengangguk
"Encik Fariz," Tiba-tiba salah seorang Staf wanita mengankat tangan
"Tak payahlah kau angkat tangan. Kau ingat ini sekolah!,"
"Maafkan saya..,"
"Cakap!,"
"Begini encik Fariz.. bukan ke tugas kami semua uruskan bahagian projek.. mana kami ada masa nak periksa information perkerja. lagi pun diorang semua tu kerja bagus. macam mana kami syak,"
Fariz mengurut-ngurut dahi sambil berjalan ke kerusinya "tinggal berapa lagi perkerja kat site,"
"16 orang. Lapan orang setiap satu unit," Jawab Nazim selaku pembantu pengurus
"Berapa unit yang belum siap?,"
"11 unit,"
"Berapa yang dah terjual?,"
"Baru 18.. masih ada lagi 12 unit tak terjual. Maksudnya kita perlu siapkan baki 7 unit sebab loan buyer dah approved,"
"Kita fokuskan dulu 7 unit tu sementara kita menunggu perkerja baru,"
"Bagaimana dengan event perumahan dekat IOI nak hantar orang ke?,"
"Hantar je.. tak kisahlah ada pembeli atau tak.. kepala aku pun dah serabut sekarang nie,"
"Apa kata kita tarik dulu perkerja dari site Iskandar?,"
"No. No. don't.. itu projek yang di bayar cash..,"
"Nanti kita terpaksa bayar penalti pada buyer encik Fariz,"
"Bayar jelah... apa lagi kita boleh buat,"
IOI MALL PUCHONG
"Letak brochure loan rumah belah sini, insurance kat sini," Arah Najwa kepada Baizura
"Mengapa kita bawa sekali brochure kad kredit nie Najwa?,"
"Itu duit tepi," Najwa tersengih "Kalau kita dapat satu customer, diorang bayar kita 50 ringgit,"
"Betul ke?,"
"Shhh..," Najwa memandang ke kiri dan ke kanan "semua tu rahsia.. jangan bagitahu orang lain,"
Baizura mengangguk-ngagguk faham
Tepat jam 11 pagi, Event perumahan di lansungkan dengan meriah. Terdapat hampir 30 pemaju tidak melepaskan perluang untuk mengambil bahagian. Miskipun waktu itu adalah waktu berkerja namun tidak menghalang para pengunjung untuk datang melihat sendiri unit-unit perumahan yang di tawarkan
"Sini Zura," Panggil Najwa ketika Baizura sedang mengagihkan brochure kepada para pengunjung
"Kenapa Najwa?,"
"Okay. Sekarang nie aku nak tunjukan kau, pemaju-pemaju yang ada link dengan kita. Kau tengok yang kat sana, yang sana, yang sana dan yang sana,"
Baizura memandang setiap pemaju yang di tunjuk Najwa tadi
"Diorang tu banyak projek dekat negeri sembilan tapi buyer banyak dari KL. So Kadang-kadang diorang sendiri yang akan pada kita kalau diorang dapat buyer,"
"Selalu ke?,"
"Tak jugak. Tapi!," Najwa menunjuk ke arah pemaju yang baru mahu menyusun kelengkapan event "Kat sana tu. cuba kau tengok. kalau kau nak tahu itu adalah syarikat pemaju melayu paling top kat KL. Syarikat hartanah ehsan,"
"Aku pun ada dengar nama syarikat tu,"
"Diorang tu TOP sebab rumah yang diorang bina semuanya harga atas 1 juta per unit. Andai kata kau dapat satu buyer je Zura.. komisyen kau bulan nie mesti kau-kau meletup. Tapi tulah..," Najwa menyenget bibir kemudian melangkah ke meja. Baizura mengekorinya dengan tanda tanya
"Kenapa Najwa?,"
"Susah nak dapat buyer.. Diorang tu takde ajen sale tahu tak.. direct terus company. nanti kau tengok lepas je diorang siap.. diorang duduk je,"
"Habis tu diorang dapat buyer daripada mana?,"
"Aku pun tak tahu.. yang aku tahu setiap kali diorang bukak tapak memang takde satu customer pun yang datang tengok.. sebab takde orang layan,"
Baizura menoleh. anak matanya terus menatap ke arah bahagian tapak Syarikat hartanah ehsan seolah-olah ada sesuatu di benak fikirannya sedang berfikir
Jam 3 tengahari Najwa kembali semula ke meja. Dia tercari-cari Baizura, sejak waktu makan tengahari tadi, menghilang tanpa jejak. Dia terpaksa makan sendirian. Panggilan langsung tidak di jawab. Najwa mula cemas, entah kemana sahabat baiknya itu menghilang
"Najwa!,"
Pantas sahaja Najwa menoleh ke kanan dan ke kiri tercari-cari orang yang memanggilnya
"Najwa!,"
Najwa tersentak terkejut tiba-tiba sahaja Baizura memeluknya
"Kenapa nie Zura?,"
"Aku berjaya Najwa.. aku berjaya!," Baizura menjerit gembira
Najwa terpinga-pinga sambil meleraikan pelukan Baizura "Apa yang kau berjaya?,"
"Aku dapat buyer Najwa.. Aku dapat buyer!," jawab Baizura sambil melompat-lompat girang tingkahnya itu menarik perhatian para pengunjung di situ
"Eh. Aku tak fahamlah?,"
"Maafkan saya menganggu," Tiba-tiba seorang lelaki muda berpakaian kemas mencelah "Saya dari syarikat hartanah ehsan,"
Najwa terangguk-angguk kepalanya dengan kelopak mata mencerlang
"So cik Zura. Kami dah nak tutup. tentang buyer tu seperti yang kita sepakat, nanti kami akan hubungi Cik zura,"
"Tolong call saya ya, saya harap sangat,"
"Cik zura jangan risau sebab empat orang buyer tu memang guna Bank dari GM so takde masalah cuma yang satu tu je buyer dari Singapore. itu pun cik zura jangan risau. Nanti kami akan hantar information buyer pada Cik Zura dan Andai kata jika kelima-lima buyer tu punya loan approve. Syarikat kami akan bayar komisyen pada cik Zura,"
"Berapa?,"
"Itu rahsia. Apa pun terima kasih sekali lagi kerana bantu kami," Habis saja bicara lelaki itu terus berlalu pergi. Najwa pula kelihatan melopong memandang Baizura
"Weii Zura.. apa yang belaku sebenarnya.. cuba cerita,"
"Sebelum tengahari tadi.. aku pergi ke tempat diorang.. so aku volunteer'kan diri aku untuk carikan buyer untuk diorang tapi aku bagi syarat kalau aku dapat buyer. Loan bank mesti buat dengan aku. So aku pergi cari buyer sampai kat luar Najwa. Ya Allah. Aku tak sangka Najwa aku boleh dapat lima buyer,"
"Betul ke Zura!,"
"Betul Najwa!,"
"Good job my friend!," Najwa terus melompat-lompat keriangan bersama-sama Baizura
Share this novel