Bab 8

Romance Series 6583

"KENAPA tu zura?," Tanya Badrul sudah pun berpakaian pesakit sedang menikmati hidangan petang di ruang tamu bilik rawatannya hairan dengan tingkah anak gadisnya

"Tak ada apa ayah," Baizura tersenyum sejak tadi asyik memperbetulkan tudungnya. ada saja yang tak kena, entah mengapa hatinya berdebar-debar tidak tenang setelah bertemu dengan Fariz tadi

"Marilah makan dengan ayah. Zura tak lapar ke?,"

"Zura kenyang lagi,"

"Kenyang? Zura makan apa?,"

Baizura memerhati hidangan di atas meja.. semuanya menyelerakan namun tiada satu pun yang mampu memikat hatinya untuk menjamah

Badrul sedawa "Alhamdullilah... kenyang,"

Baizura tersengih geli hati bila melihat ayahnya mengosok-gosok perut

"Sedap ke Yah,"

"Sedap. Nasib baik perut ayah nie kecil, kalau tak ayah makan lagi,"

"Ayah nie," Dalam diam Baizura juga turut merasa bersyukur melihat kesenangan ayahnya. Sudah lama dia tidak melihat ayahnya menikmati makanan yang sedap. "Kejap lagi Zura nak balik,"

"Berapa lama ayah kena tahan?,"

"Doktor cakap dalam seminggu,"

"Sekejap juga..,"

"Ayah nak duduk lama kat sini ke?," Baizura membulat kelopak matanya

Badrul tersenyum sehingga ternampak giginya "Sini layanannya best,"

"Tentulah ayah.. bila kita ada duit. inilah kita akan dapat sampai manusia pun kita boleh beli,"

Badrul mengangguk faham "Macam mana zura boleh kenal dengan Encik Fariz?,"

Baizura sedikit tersentak "Kenal macam tu je Yah,"

"tak akan kenal macam tu je.. sampai sanggup dia bayar kos rawatan kita,"

"Zura Janji satu hari nanti Zura akan bagitahu ayah tapi sekarang tak boleh,"

"Selama nie Ayah tak pernah halang dengan siapa zura nak berkawan..,"

"Ya zura tahu Yah.. tapi zura dengan lelaki tu tiada apa-apa hubungan,"

Waktu Baizura sedang rancak berbual dengan ayahnya Kedengaran bunyi ketukan di luar bilik. Baizura bangun namun wajahnya berubah pucat. Fariz sudah pun melangkah masuk

"Assalamualaikum pakcik,"

"Waalaikummusalam...," Cepat sahaja Badrul mahu bangun sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman

"Tak usah bangun pakcik," Tangan Badrul di sambut

"Encik nie?,"

"Saya Fariz kenalan anak pakcik,"

Badrul mengalih pandangannya memandang Baizura kebetulan ketika itu sedang berdiri di sebelah Fariz. Keningnya bertaut saat memerhati wajah anak gadisnya dengan lelaki bernama Fariz itu

"Kenapa pakcik?,"

"Eh takde apa-apa," Badrul tersenyum "Duduklah encik Fariz,"

"Tak perlu encik-encik dengan saya. panggil saja saya Fariz,"

Badrul mengangguk faham. Fariz duduk di hadapan Badrul. Baizura pula masih berdiri

"Tadi saya ada berbincang dengan doktor.. kecederaan pakcik miskipun tak bahaya tapi tak elok di biarkan lama. Mungkin lebih pakcik tinggal dulu kat sini dapatkan rawatan. tentang kos hospital jangan bimbang saya akan tanggung,"

"Tapi kenapa fariz nak tolong pakcik.. pakcik pun tak kenal siapa Fariz,"

"Anggap saja saya sebagai teman anak pakcik..,"

"Teman je?,"

"Ayah," Baizura mencelah

Fariz mengangguk "Hanya teman saja pakcik..,"

"Kalau lebih daripada tu pun, pakcik tak kisah. Janji jaga anak pakcik baik-baik jangan cederakan dia, jangan sakiti hatinya. Dia cuma pakcik je tempat dia mengadu,"

"Ayah..," sekali lagi Baizura mencelah kali ini wajahnya merah padam menahan malu

"Itu pakcik jangan bimbang.. saya tak akan sakiti anak pakcik.. sebagai seorang teman saya akan jaga dia baik-baik,"

"Ceh.. dia dah lupa ke pasal malam tadi," Tajam jelingan Baizura memandang Fariz

Fariz memandang sekitar bilik "Macam mana dengan bilik nie pakcik. selesa tak?,"

"Alhamdullilah.. selesa sangat," Lebar senyuman Badrul memerhati ruang bilik seolah-olah ada sesuatu bermain di fikirannya "Alangkah bagusnya kalau dulu anak pakcik dapat rawatan kat sini. mesti dia selesa sangat,"

"Hiss ayah nie janganlah ungkit lagi semua tu," Berair air mata Baizura saat duduk di sebelah ayahnya "Ayahkan dah banyak berkorban untuk Zura,"

"Itulah angan-angan Ayah dulu nak sangat berikan keselesaan pada Zura tapi ayah tak mampu,"

"Zura tak kisah pun yah..,"

"Ayah terpaksa berkerja.. tiada siapa jaga zura.. zura selalu call ayah, menangis sebab sakit tapi ayah tak mampu buat apa-apa,"

"Cukuplah tu Yah semua tu'kan dah berlalu,"

"Yalah.. yalah,"

Fariz hanya membisu membiarkan saja sambil memerhati jalinan kasih sayang yang sungguh erat antara dua beranak di hadapannya

"Okaylah kalau macam tu. saya akan bawa anak pakcik pulang dulu.. nanti saya hantar semula,"

"Tak menyusahkan Fariz ke,"

"Tak pakcik,"

Badrul mengalih memandang Baizura "Balik tu hati-hati zura, ingat dah sampai nanti jangan bagi Fariz masuk rumah, bahaya.. orang kampung kita ada je memerhati,"

"Ya zura tahu Ayah. Zura tak akan buat macam tu,"

"Ayah pecayakan Zura.. pergilah,"

Baizura mencium tangan ayahnya penuh kasih miskipun hatinya berat mahu mengikut Fariz, nak tak nak dia terpaksa menurut

"Zura balik dulu ya Yah.. nanti Zura datang balik,"

SEBAIK KELUAR dari bilik rawatan Ayahnya. Baizura berjalan sedikit ke belakang. Kepalanya menunduk saat berjalan. anak matanya bagaikan asyik melihat kedua kaki Fariz melangkah

"Jalan cepat sikit,"

"Ya," Baizura mengankat wajah. Langkahnya di cepatkan sehinggalah dia berjalan beriringan dengan Fariz

"Kita akan singgah satu tempat dulu,"

"Nak singgah mana?,"

"Ikut saja," Fariz mengerling sekilas "Sakit mata saya tengok pakaian awak,"

"Kan saya dah cakap tadi tuan.. saya tak sempat,"

Serta merta Fariz menghentikan langkah, mengejutkan Baizura "Jangan panggil saya tuan,"

"habis tu saya nak panggil apa?,"

"Panggil abang Fariz atau abang Riz.. ingat tu,"

Baizura terangguk-angguk faham

"Saya tak suka tengok awak selekeh.. awak miskin sangat ke. setahu saya awak'kan ada rumah kat kampung baru,"

"Ya memang saya ada rumah kat sana. Rumah papan, dua bilik tidur ada satu tandas dengan dapur.. apa kata saya serahkan rumah tu pada abang untuk saya lesaikan hutang ayah saya,"

"Saya tak berminat,"

"Kenapa tak berminat.. rumah tu ada harga,"

"Ya saya tahu.. tapi saya tak berminat. Dah ikut saya cepat," Fariz menyambung langkahnya kali ini lebih cepat,

"Tunggula kejap," Baizura terpaksa mengejar sehingga hampir terjatuh namun pantas di sambut Fariz

"Zura!...cuba hati-hati sikit,"

"Habis tu abang jalan laju sangat,"

Fariz memandang ke bawah "Kaki Zura sakit tak,"

"Tak..,"

Kali ini fariz memerhati kedua pipi Baizura pula "Abang minta maaf tampar zura semalam, tapi lain kali zura pun kena hati-hati,"

Baizura mengangguk mengerti namun di dalam hatinya timbul pelbagai pertanyaan mengapa fariz tiba-tiba begitu baik dengannya

"Handsome'nya,"

DATO Faizan berjalan mundar mandir di ruang pejabatnya sambil mengurut-urut dahi seolah-olah ada sesuatu yang berat sedang di fikirkan

Jam yang tergantung di dinding pejabat menunjukan waktu itu 5.45 petang. Dato faizan mengalih pandangannya ke arah tingkap kaca. Suasana kesibukan kota besar terlihat sangat jelas. Cuaca pula terang berderang

TUK. TUK. TUK. TUK Kedengaran ketukan pada daun pintu di luar pejabat

"masuk,"

pintu pejabat di buka. Seorang wanita free hair bertubuh tinggi lampai melangkah masuk ke dalam pejabat sambil memeluk beberapa fail

"So macam mana Fida?,"

"Fida dah siasat," Balas Fida selaku pengurus bahagian sumber manusia. Fail yang di bawa tadi di serahkan kepada Dato faizan

"Memang betul Dato.. semua perkerja dari sri langka tu di ambil berkerja oleh encik Kamal dua tahun lepas.. bayaran bagi setiap seorang 5 ribu ringgit,"

"5 ribu ringgit?," Ucap Dato faizan sambil menyelak-nyelak muka surat fail "Seratus lima puluh ribu ringgit,"

"Duit yang di bayar lebih daripada tu dato,"

Dato faizan mengeleng kesal sambil kakinya melangkah ke sofa di ekori Fida.

"Agensi mana kamal nie berurusan?,"

"Sebuah syarikat tempatan tapi mempunyai lasen membawa masuk perkerja dari luar,"

"Mereka bersubahat?,"

"Tak Dato.. mereka pun kena tipu dengan Kamal. Dalam laporan tu, kamal bayar setiap seorang sebanyak 5 ribu ringgit tapi sebenarnya dia cuma bayar 2 ribu ringgit untuk setiap seorang. Ada Penjanjian di antara perkerja asing dengan syarikat tu di mana setiap perkerja harus membayar 5000 ringgit dalam tempoh 3 bulan setelah mereka mendapat majikan. Tapi duit yang seharusnya di bayar kepada syarikat tu masalahnya kamal yang kutip lepas tu dia tak bayar,"

"Kamal-kamal. So macam mana? fida dah berbincang dengan syarikat tu?,"

"Sudah Dato.. semua perkerja yang lari tu cuma tiada dokumen dengan kita. Saya pun dah berbincang dengan syarikat tu kita akan bayar balik duit yang tertunggak dan kita akan tanggung semua bayaran pada pihak imigresan. Dalam minggu depan syarikat tu akan kembalikan semua perkerja yang larikan diri,"

"Good job fida.. Uncle betul-betul minta maaf biarkan Fariz tampar muka Fida,"

Fida tersenyum nipis "Memang Dari dulu Fida memang layak kena tampar dengan Fariz uncle,"

"Jangan cakap macam tu Fida.. Uncle pecaya Fariz tak pernah membenci kamu,"

"Uncle.. Fida yang putuskan pertunangan dengan Fariz kerana gilakan lelaki lain.. sampai dia lari ke luar negara kerana kecewa. sudah tentu dia bencikan Fida,"

Dato faizan mengeluh pelan "uncle ingat, uncle nak bagitahu Fariz apa yang Fida dah lakukan untuk dia,"

"Jangan Uncle,"

"Kenapa pulak.. banyak kan jasa Fida yang Fariz tak tahu,"

"No uncle.. apa yang Fida buat selama nie hanya semata-mata nak tebus salah Fida.. Fida tak nak Fariz tahu," Air mata Fida mengalir membasahi pipinya.. begitu berat sebuah kesalahan yang di tanggung apabila sanggup memutuskan pertunangan kerana mencintai lelaki lain

"Fida masih cintakan Fariz?,"

"Kalau ya pun uncle, apa guna. Fida sedar uncle, sampai bila-bila hati fariz tak akan terbuka lagi untuk Fida,"

SEBAIK SAHAJA keluar dari kereta, kelopak mata Baizura mencerlang luas "KITA buat apa kat sini Bang?,"

"Beli pakaian,"

"Tapi Zura dah ada pakaian,"

"Nie?,"

"Tak.. kat umahla,"

"Zura dah lupa ke Penjanjian kita?,"

"Ya zura tak lupa. tapi?..,"

"Zura?,"

Berjalan beriringan dengan Fariz yang kelihatan begitu segak membuatkan Baizura berselindung di balik bahu kanan Fariz. Manakan tidaknya, dia hanya berpakaian t-shirt lengan panjang biasa dengan seluar labuh berjalan pula di sekitar Mall

"Sini Zura,"

"Sini," Baizura mendongak "Kita buat apa kat sini?,"

"Ini kedai butik sepupu abang. masukla,"

Baizura melangkah masuk terlebih dahulu ke dalam sebuah butik kecantikan milik sepupu Fariz

"Azura!,"

Seorang wanita seusia Fariz tiba-tiba memanggil Baizura namun mulutnya di tutup. jelas terketar-ketar dengan kelopak mata terpegun memandang Baizura

"Saya Baizura," balas Baizura terpingga-pingga hairan

wanita itu hanya diam. anak matanya teralih saat Fariz masuk ke dalam butik

"Hai Liza,"

"Fariz.. siapa nie?,"

"Kenalkan ini Baizura,"

"Baizura? tapi," Wanita itu mengesat-ngesat air mata yang tiba-tiba mengalir. Baizura serba salah

Fariz berjalan menghampiri sepupunya itu "Liza.. i tinggalkan dia kat sini dulu.. boleh tak you buat dia seperti?,"

"Azu..,"

Fariz mengangguk dengan raut wajah begitu mengharap "Please?,"

"Tapi Fariz.. siapa?,"

"Nanti i cerita okay,"

Wanita itu memandang Baizura sebelum mengangguk "Okay,"

"Thanks Liza," lebar senyuman Fariz memandang Baizura "Zura,"

"Ya bang,"

"Kenalkan ini sepupu abang. Liza,"

"Hai kak.. saya Baizura,"

"Hai,"

"Zura tunggu sini, ikut saja liza,"

"Abang nak pergi mana?,"

"Tentula abang nak keluar.. tak akan abang nak tunggu sini,"

"Abang nak zura kerja kat sini ke?,"

"Untuk apa,"

"Habis tu.. abang nak suruh zura buat apa kat sini?,"

"Ikut jelah liza tu nanti,"

"Abang jangan lupakan Zura pulak,"

"Of coursela tak. mengarut jela,"

"Zura tak bawa duit,"

Liza bagaikan terpesona saat melihat kemesraan Fariz dan Baizura sehingga tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman yang begitu lebar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience