Bab 5

Romance Series 6583

SEBELUM keluar dari bilik, Baizura menempel-nempel bedak pada kedua pipinya terlebih dahulu kerana kesan di tampar Fariz malam tadi mula meninggalkan bekas berwarna biru

Lama juga dia menempel-nempel pipinya

"Macam aku kenal je rupa nie," Baizura berhenti. kemudian dia mengerakan wajahnya ke kanan dan kemudian ke kiri. Kelopak matanya pula sengaja di pejam celik beberapa kali. lama kelamaan kepalanya pula di gerak ke kanan dan ke kiri bertingkah seolah-olah seperti artis cina di atas pentas opera

"Yeah..Yeah.. Yeah.. Yeah...cong, ceng, cong maa.." Baizura ketawa lucu sebaik habis berkungfu di hadapan cermin. tampak jelas dadanya yang turun naik. Nafasnya di tarik panjang lalu di hembus beberapa kali. Raut wajahnya tiba-tiba berubah serius

"Hari nie.. mungkin hari terakhir aku hidup sebagai Baizura.. tapi aku akan tetap hidup sebagai seorang anak dari seorang ayah. Zura janji ayah, Zura tak akan tinggalkan ayah," Ucap Baizura bersungguh-sungguh cuba menenangkan hati yang sebenarnya masih lagi merasa sesak sejak pulang ke rumah lewat malam tadi

Misikpun tidak merasa puas dengan keadaan kedua pipinya. Baizura terpaksa akur. Rambutnya yang ikal panjang cepat-cepat di ikat rapi sebelum di sarung dengan tudung. Pagi-pagi seperti ini dia ingin ke warung kak Puspa terletak di tepi jalan berdekatan laluan masuk ke kampung untuk membeli nasi lemak sambal sotong dengan roti canai kesukaan ayahnya

Pintu bilik di tolak sepelan mungkin. Baizura mengintai di balik daun pintu yang menguak sedikit. Dia tahu sebelum subuh ayahnya sudah pun bangun untuk solat

"Ayah dalam bilik ke?," Bisik Baizura sambil mengintai namun ketika itu dia tidak sedar ayahnya juga sedang mengintai tapi arah yang berbeda

"Kenapa nie Zura?,"

"OPOCOT MAK KAU HIJAU!," Bagaikan di tolak terduduk. begitulah keadaan Baizura kerana terlalu terperanjat apabila ayahnya secara tiba-tiba menegur. "Ya Allah.. Ayahhh.. terkejut Zura,"

Badrul lansung tidak beriaksi sekadar berdiri di hadapan pintu bilik anaknya. Baizura yang sedang mengosok-gosok dada. Cepat sahaja bangun, merasa gusar apabila perasan tingkah ayahnya hanya diam menatap wajahnya

"Ayah nie," Baizura cepat-cepat bangun dengan senyuman mekar di pagi hari "Zura nak gie Warung Kak puspa Yah,"

"Kalau ya pun Zura nak ke sana? perlu ke pakai bedak sampai camnie? dah macam hantu cina. Zura sendirikan tahu waktu-waktu macam nie orang-orang kampung suka sarapan pagi kat sana.. kalau diorang tengok?,"... Badrul mengeleng-geleng kepala tidak menghabiskan kata-katanya

"Hiss ayah nie.. apa salahnya. manalah tahu kalau abang jafar yang terkenal banyak harta tu ada kat sana.. boleh anggau bila nampak kecantikan anak ayah nie," Baizura sengaja berseloroh sambil mengoyang-goyangkan badan

"Amboi kamu nie zura... mentang-mentanglah si jafar tu memang gatal.. jantan macam tu kamu suka ya,"

"Hiss tak baik ayah cakap bakal menantu ayah macam tu tahu.. kesihan dia.. abang jafar tu dahla kaya, botak pulak tu,"

"Dia tu bukan setakat botak je Zura.. tapi rabun, buta pekak..,"

"Hah! itulah yang terbaik Yah,"

"Hiss menjawab pulak kamu nie..,"

Baizura mengelak-ngelak saat ayahnya acah-acah mahu memukul.

"Ayah nak ikut zura tak?,"

Bandrul tidak terus menjawab. Kakinya mengorak langkah ke ruang tamu

"Ayah. kan dah lama kita tak makan berdua?," Pinta Baizura sambil mengekori dari belakang

"Ayah nak duduk rumah je Zura. tak akanlah ayah nak keluar dengan rupa macam nie.. nanti apa pulak diorang pikir,"

"Alah..," Baizura tersengih nipis "selama nie pun memang diorang dah pikir lain Yah,"

"Kalau zura dah tahu, buat apa zura suruh ayah ke sana," Balas Badrul sambil menoleh memandang anak gadisnya. Semenjak orang kampung mendapat tahu dia memijam duit dengan along, banyak khabar-khabar yang kurang enak mula tersebar seperti angin di seluruh penjuru kampung, sehingga ada dari kalangan kawan-kawan rapat Badrul di kampung secara terang terangan menjauhkan diri darinya

"Saja nak tengok ayah berani ke tak,"

Tatapan Badrul lansung tidak teralih, dia terus menatap wajah anak gadisnya itu seakan dirinya di cabar..

"Jomlah ayah ikut sekali,"

Kening Baizura bertaut hampir bersambung bila ayahnya benar-benar ingin mengikut padahal niatnya hanya sekadar bergurau

"Zura gurau jelah Ayah," Baizura cepat-cepat mengorak langkah cuba mendahului ayahnya di depan namun Badrul pula seolah-olah cuba menghalang dan belakulah tolak menolak antara anak beranak sehinggalah ke luar rumah "Ayah nie!," Baizura memuncungkan bibir

"Tak payah nak ayah2, jom cepat nanti habis pulak sambal sotong tu,"

Baizura menghentak-hentak kaki saat melangkah mendekati belakang motorsikal. Badrul yang masih memerhati mengeleng pelan dengan tingkah anak gadisnya itu

"Dah besar-besar nak merajuk,"

SUASANA Jam 8.45 pagi di kawasan penempatan kampung baru kuala lumpur benar-benar terlihat sibuk dengan perlbagai jenis kenderaan yang ingin keluar dari kampung untuk memulakan perkerjaan masing-masing

Badrul tanpa mengenakan helmet membonceng motorsikal bersama Baizura. Setiap kali motorsikalnya menyelit atau pun sedang memintas sesebuah kereta, pasti akan ada kedengaran bunyi Hon yang di tekan namun Badrul tidak pernah sekali pun mengankat tangan

"Ramainya orang Yah," Ucap Baizura yang memerhati dari belakang ayahnya beberapa buah gerai di tepi jalan sedang di penuhi pelanggan yang sedang duduk bersarapan dan ada juga yang sedang beratur

"Tak semua penuh,"

"Tapi gerai kak Puspa dah penuh,"

"Gerai lain'kan ada,"

Baizura diam tidak membalas kerana hatinya ketika itu masih di belenggu perasaan bersalah.. dia bimbang jika ada orang kampung perasan dengan kehadiran ayahnya di situ, mereka pasti akan cuba memalukan ayahnya

"Turunlah Zura,"

Baizura bagaikan tersentak dari lamunan sebaik di tegur ayahnya yang sudah pun memberhentikan motorsikal di hadapan sebuah gerai

"Ayah.. jomlah kita balik," Baizura terus mendesak

"Dah kenapa pulak nak balik.. tadi beria ajak ayah makan kat sini,"

"Ya itu zura ngaku. Tapi zura rasa tak sedap badanlah Yah,"

"Hiss kamu nie zura.. Tunggu sini. Biar ayah gie bungkus,"

Dan pada waktu itu juga Baizura dapat melihat ada beberapa orang lelaki yang seusia ayahnya sedang memerhati dengan raut wajah kurang menyenangkan

"Tak payah ayah.. jomla kita balik," Hati Baizura mendesak kuat supaya membawa ayahnya pulang kerana di belenggu perasaan bimbang

"Woii Badrul!," seseorang memanggil. Badrul menoleh. Seorang lelaki bertubuh besar mengankat tangan "Sinila dulu,"

Baizura cepat-cepat merangkul lengan ayahnya. Badrul pula seakan teragak-agak mahu turun dari motorsikal

"Kenapa dengan muka kau tu Badrul.. lembam sana sini. Kau kena pukul ke?,"

Tatapan Baizura terus teralih. Giginya digetap geram dan marah apabila mendengar suara dari ketua kampung padahal pada malam ayahnya di pukul, rumah pertama yang di cari baizura adalah rumah ketua kampungnya malah ketua kampungnya itu mendesaknya pula supaya pulang

"Sinilah bila orang panggil,"

Nak tak nak Badrul terpaksa turun dari motorsikal. Kakinya terus mengorak langkah tanpa ada perasaan takut. Ketika itu pula ada beberapa penduduk kampung diam-diam memerhati, Lain pula dengan penduduk luar seakan tidak perduli.

"Kau nak apa Azhar?,"

"Amboi kau nie Badrul.. salah ke kalau aku panggil? dahla muka kau tu sana sini membulat macam kena sengat tebuan.. ada hati nak belagak," Habis bicara Azhar yang bertubuh besar ketawa dengan kuat bahkan orang yang duduk bersamanya turut tergelak

Badrul mengeleng pelan, Baizura terus memerhati dari dekat andai belaku sesuatu yang tidak di ingini

"Muka aku nie lebam ke, muka aku pecah ke? bukan masalah kau Azhar,"

"Ya bukan masalah aku Badrul.. tapi sikap kau yang kuat berjudi, kuat berjoli, main perempuan sana sini dah jadi masalah kita orang Badrul. Di tambah lagi dengan sikap kau yang kuat memijam along..,"

"Kenapa? aku minta kau bayar ke?,"

Azhar yang bertubuh besar dengan usia lima belas tahun lebih muda dari Badrul bangun dari kerusi "Itu pun aku tak perduli Badrul," azhar mengalih anak matanya memandang Baizura "Aku cuma kesihankan Zura,"

"Takde sebab pakcik Azhar nak kesihankan saya?," Cepat sahaja Baizura mencelah

"Bila orang tua bercakap jangan menyampuk..Perangai anak dengan bapak sama je," Kali ini ketua kampung pula yang mencelah

"Alhamdullilah.. memang sama Jafar, sekurang-kurangnya perangai anak aku takdelah teruk macam anak kau,"

"Mulut kau jaga baik-baik sikit Badrul!,"

Keadaan mula menjadi kecoh apabila ketua kampung tiba-tiba bangun dari duduk, acah-acah mahu menumbuk badrul tapi di halang Azhar

"Aku cakap benda yang betul, kau marah kenapa? Ya.. Ya!," Badrul memandang setiap wajah di depannya dengan terangguk-angguk "Memang betul aku pinjam dengan along.. tapi itu masalah aku, tak payahlah korang nak tunjuk hero depan anak aku nie. Kerja pun takde,"

Azhar tergelak lagi "Sekurang-kurangnya aku boleh lindungi Zura dari along-along tu Badrul. Kalau bukan aku, siapa lagi?,"

"Jomlah ayah!," Melihat sahaja Azhar semakin rapat berdiri di hadapan ayahnya. Baizura terus merangkul lengan ayahnya supaya menjauh

"Korang jangan fikir selama nie, aku tak tahu kenapa korang marah sangat pada aku.. pendirian aku tetap jelas. Aku tak akan jual tanah pusaka tu.. mati pun aku tak akan jual,"

"Oooo.. mati pun kau tak nak jual. Okay. okay.. mari kita tengok bila diorang dah mula usik anak kau nanti.. kau jangan sampai berlutut depan aku Badrul,"

Kata-kata ketua kampung tadi serba sedikit mengertarkan hati Badrul

"Dah! tak usah layan dua orang beranak nie. dua tiga hari nanti.. confirm kita dengar ada penduduk kampung mati kena pukul.. kita perlu bersedia.. untuk kain kapan, tanah,"

"Woi Jafar!.. kau nie nama je ketua kampung, tapi tak guna. Dah tua-tua ingatla kubur bukannya duit!,"

"mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Amboi!," Ucap Jafar sambil menolak tubuh azhar supaya ke tepi "Kau tu dah tahu miskin tapi tak sedar diri.. suka memijam dengan along. Mentang-mentanglah kau ada anak dara.. Bila tak dapat bayar itulah cagarannya'kan,"

"Mulut kau tu jaga baik-baik jafar!,"

"Kau tengok sendirilah muka anak kau tu Badrul.. macam dah tak sabar nak kena tanam kat kubur cina.. daripada dia mati kena bunuh baik kau bagi je dia kat aku.. Sekurang-kurangnya aku boleh settle'kan semua hutang kau,"

"Ayah.. Jomlah balik. Zura takut," Baizura sedaya upaya menarik lengan ayahnya namun tubuh ayahnya keras bagaikan pohon

Di saat itu suasana di gerai paling hujung mulai berubah panas miskipun waktu masih pagi. Badrul, Jafar dan Azhar saling tatap-menatap ada juga beberapa penduduk kampung turut berdiri di belakang Jafar

Tubuh Baizura sudah pun mengigil-gigil sambil tangannya dengan kudrat wanita cuba menarik ayahnya supaya pergi dari situ namun tetap gagal

"Ayah! jomlah balik!,"

"BUK!,"

Baizura yang sedang memaling ke belakang sambil menarik lengan ayahnya tiba-tiba di kejutkan dengan sekujur tubuh terlentang di tanah

"Ya Allah! ayah!!," Dengan perasan geram, Baizura menoleh "Kenapa kau pukul ayah aku Azhar!!, apa salah ayah aku dengan kau!!,"

"Banyak sangat salah ayah kau tu Zura. Kalau bicara kat mahkamah 10 tahun pun tak selesai. Salah satu kesalahan ayah kau tu sebab dia jadi penghalang hubungan kita,"

"BIla masa pulak aku ada hubungan dengan kau.. jantan tak sedar diri!," Raung Baizura dengan tangis esak sambil membantu Ayahnya bangun

"Vromm.. vromm.. vromm!!," Baizura yang sedang menangis teresak-esak sempat juga mengalih pandang di jalan malah bukan dia sahaja

"Ya Allah! kenapa pulak dia ada kat sini?," Ucap Baizura dengan kelopak mata yang sedang terbeliak luas miskipun masih menangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience