Bab 4 fix

Romance Series 6583

Baizura mengerang sakit. Rambutnya Di sentap dan di tarik, tubuhnya di seret kasar menuruni tangga. Dalam keadaan kesakitan Baizura tertanya-tanya. Apa salahnya, sehingga lelaki ini memukulnya dan apa salahnya sehingga dia di perlakukan sebegini rupa.

"Apa salah saya tuan?," Kerana tak tertahan, akhirnya Baizura memberanikan diri bersuara

"memang kau salah sebab kau pakai macam nie untuk kerja sebagai pelacur,"

"Saya bukan nak jadi pelacur,"

"Habis tu kau buat apa datang sini,"

"Saya bukan nak, tapi saya terpaksa,"

"Kau jangan bagi alasan. Kau masuk dalam kereta sekarang!,"

Baizura meronta kuat ketakutan mula menguasai hatinya. Di dalam benak fikirannya saat itu mula berfikir lelaki itu akan membunuhnya

"Tolong! Tolong!," Baizura menjerit meminta bantuan

"Pak!," Baizura terdiam sebaik pipinya di tampar dengan kuat. Tubuhnya di dorong paksa masuk ke dalam kereta. Orang ramai yang lalu lalang di situ pula sekadar memerhati tanpa mahu menghulurkan bantuan

Baizura memerhati Fariz sedang berpusing untuk ke pintu pemandu dan saat itu juga dia cuba membuka pintu untuk melarikan diri namun gagal kerana pintu itu berkunci

"Berani kau nak lari! Kau nak aku tampar muka kau lagi," Herdik Fariz sambil mengankat tangannya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta

Didalam perjalan. Baizura menutup wajahnya bimbang di pukul lagi.. dia beristighfar tanpa henti Kemungkinan malam ini adalah malam terakhirnya hidup di muka bumi

"Tuan.. sebelum tuan bunuh saya. boleh tak bagi saya perluang ucap selamat tinggal pada ayah saya,"

"Kenapa pulak aku bunuh kau..,"

"Kalau macam tu.. tolonglah lepaskan saya. Saya perlu jaga ayah saya. ayah saya tengah sakit,"

"Diamlah!!,"

Baizura tidak lagi berani bersuara. Hanya Kedengaran tangis esaknya di dalam kereta

Pintu pagar di hadapan rumah terbuka secara automatik begitu juga pagar garage terbuka dengan serentak. Sebaik sahaja Fariz memarkirkan keretanya dia bergegas keluar

"Keluar sekarang!,"

Baizura enggan. Tangannya kuat memegang Pintu kereta. Fariz semakin berang. tangannya di angkat tinggi. Niatnya itu dapat di baca Baizura. Nak tak nak Baizura terpaksa melepaskan tangannya

Baizura merayu-rayu mohon di lepaskan sambil meronta namun semakin kuat dia meronta semakin kuat pula Fariz mencengkam rambutnya

Fariz membawa Baizura naik ke tingkat dua. Selepas pintu bilik di buka. Dia menolak Baizura sehingga wanita itu jatuh tesembam di atas lantai mamar biliknya

"Apa salah saya!," Baizura meraung kuat

"Kau nak tahu apa salah kau..?," Fariz menghempas pintu lalu menghampiri Baizura "Ini salah kau!,"

"Arghhh!!, Tolong jangan!!," Baizura meraung sambil meronta-ronta apabila bajunya direntap kasar sehingga terkoyak, menampakkan belakangnya yang putih gebu

Semakin kuat Baizura meronta, semakin kuat Fariz merentap-retap bajunya seperti orang kerasukan

"Arghhh!!!. Apa salah saya! Apa salah saya!,"

"Ini salah kau betina sial!! ini salah kau," Fariz menghentikan tindakannya kemudian berjalan mundar mandir di hadapan Baizura dengan nafas yang turun naik "Kau ingat tempat tu tempat apa hah! kau ingat orang kat sana akan dengar kau merayu.. kau ingat diorang akan berhenti kalau kau mintak!.. kau ingat kau pakai macam nie orang kat sana akan fikir kau tu suci..!,"

"Saya terpaksa tuan!,"

"Terpaksa? kau pergi sana sebab kau terpaksa itu alasan kau!!,"

Baizura mengangguk

"Inilah akibatnya bodoh.. kau ingat perempuan kat sana tuang air je.. diorang tu pelacur bodoh macam kau!!,"

"Tak!! saya bukan pelacur!,"

"Aku tak peduli.. kau nie kira beruntung sebab pelanggan kau cuma aku je... kalau kau masih kerja kat sana.. pelanggan kau ada macam-macam jenis lelaki, bukan dalam Malaysia je kau tau tak, orang yang kerja dalam club tu pun tak akan tolong kau kalau kau menjerit,"

Baizura yang sedang berlutut di lantai menegakan badan. Fariz memerhati dengan hairan bila Baizura menarik bawah baju naik ke atas seperti mahu menanggalkan baju

"Lihat tuan.. tolong lihat kat pinggang saya nie," Baizura dengan esak menunjukan kesan parut terlihat jelas pada bahagian pinggang sebelah kiri "Ayah saya berhutang sebab nak selamatkan hidup saya.. dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Ayah saya kerja siang dan malam untuk memastikan saya hidup.. duit yang ayah saya pinjam tu bukannya untuk berbelanja, bukan untuk berjudi tapi duit tu ayah saya guna untuk bayar makciknya supaya saya dapat buah pinggang. ayah saya kena pukul sebab tu saya terpaksa kerja kat sana.. saya sayang ayah saya,"

Lama juga fariz menatap kesan parut di pinggang Baizura "Kau pergi mandi sekarang. bersihkan badan kau," Fariz menapak ke arah almari pakaiannya lalu di buka almari itu. Selepas dia menyelongkar. Satu helai t-shirt berwarna hitam termasuk seluar pendek paras lutut di baling ke atas katil "Dalam bilik air tu ada tuala. lepas kau dah siap. kau turun bawah," habis saja memberi arahan Fariz terus keluar dari biliknya

Bagaikan tidak keruan Fariz berjalan mundar mandir di ruang tamu sambil mengurut-urut dahi seolah-olah ada sesuatu yang berat sedang bermain di fikirannya

"Sial betullah..tapi kenapa sama?," Ucap Fariz kemudian berjalan menuju ke dapur pula

Sementara di dalam bilik. Baizura hanya mandi sekejap. Pakaian di atas katil di sarung pada tubuhnya tanpa rela miskipun dia melawan, meronta, menjerit semua itu tiada gunanya "Maafkan Zura ayah,"

Fariz berdiri temangu di sisi meja tabletop. Kaku tidak bergerak. entah apa lelaki itu fikirkan. tidak berapa lama kemudian anak matanya beralih apabila Baizura berjalan masuk ke ruang dapur.

"Mari sini,"

Baizura menurut. Dengan langkah yang pelan dia menapak menghampiri meja tabletop

"Kau sain nie sekarang," Arah Fariz sambil menolak sehelai kertas putih

"Apa nie tuan,"

"Kau bacalah!," Fariz mengherdik sehingga terjongket kedua bahu Baizura kerana terkejut

Baizura diam membaca hanya anak matanya saja terlihat bergerak-gerak. Setelah selesai dia memandang Fariz

"Saya ada ayah tuan. Ayah saya dah tiada sesiapa," Ucap Baizura sebak

"Kau nie dah kenapa.. Ada aku halang kau jaga ayah kau. Kau pandai baca ke tak?," Fariz berdengus geram "Kau dengar sini baik-baik.. sekarang nie hutang ayah kau dengan pemilik club tu dah takde, aku dah tebus hutang tu dengan hutang pemilik club tu. Aku dah banyak rugi tahu tak. sekarang nie ayah kau dah berhutang dengan aku,"

"Saya janji tuan saya akan bayar hutang tu.. saya janji,"

Fariz mengeleng "No. No No. aku taknak duit. Yang aku nak dah terkandung dalam surat tu. Baik kau Sain,"

"Saya tak sanggup..," Baizura menangis esak

"Kau tak sanggup ya.. okay. Aku bagi kau tempoh satu hari. bayar separuh hutang aku.. kalau kau gagal, aku akan hantar orang pukul ayah kau,"

"Boleh tak bagi saya tempoh dua bulan tuan.. saya bersumpah saya akan bayar,"

"No.. Aku cakap sehari je'kan,"

"Mana saya ada duit!,"

"Carilah,"

Baizura menangis esak sambil memandang Fariz.. Akhirnya dia pasrah. Pen di atas meja di ambil

"Siang saya berkerja tuan sampai ke petang. Boleh tak saya balik ke rumah dulu uruskan makan minum ayah saya," Pinta Baizura sambil menurunkan tandatangan

"Kau boleh datang sini lepas isyak dan kau boleh balik bila aku dah tertidur. kau jangan lupa. setiap malam ya, kecuali kalau aku takde kat rumah itu kira hari cuti kau..," Fariz melangkah menghampiri Baizura "Penjanjian nie cuma setahun je, lepas setahun kau bebas dan seluruh hutang ayah kau langsai cuma aku nak ingatkan kau satu hal. Dalam tempoh setahun kau kena dengar cakap aku, kau kena patuh. jangan berani lawan aku sebab kau tak akan tahu apa yang aku sanggup buat,"

Baizura hanya diam membisu

"Pergilah balik,"

"Tapi motor saya?,"

"Kenapa dengan motor kau?,"

"Saya parking kat bawah club tu,"

"kau pergi sana naik motor," Fariz tergelak "Ikut aku naik atas sekarang.. tak akan kau nak pakai macam nie bawak motor,"

Baizura tidak menyangka di dalam rumah Fariz ada sebuah bilik yang pernah di gunakan adik perempuan lelaki itu dan masih ada banyak pakaian yang tersisa. Itu sudah cukup melegakan hati Baizura kerana dia bimbang jika ayahnya melihat dia berpakaian lelaki namun ada sesuatu yang ganjil belaku sebaik sahaja dia siap berpakaian. lelaki itu tersenyum bagaikan bunga yang mekar

Jam 10.30 setengah malam. Fariz menghantar Baizura ke club itu semula. Sebaik sahaja Baizura mengambil motorsikal. dia mengekori Baizura pulang sehingga masuk ke laluan kampung baru

Baizura menoleh ke belakang. Kereta di pandu Fariz tidak lagi kelihatan setelah dia masuk ke kampung baru "Dia tak tanya pun nama aku.. aku pun tak tahu nama dia. tapi kenapa dia buat aku macam nie. kenapa dia pukul aku," Baizura menangis. sakit pada kulit kepalanya, pipinya masih lagi terasa "Mungkin lebih baik aku ajak ayah larikan diri tapi aku takde duit..macam mana nie!," Di balik visor Baizura meraung sekuat hati meluahkan kesemua yang terpendam dalam hatinya

Enjin motorsikal sengaja di matikan. Baizura menolak motorsikalnya masuk ke halaman luar rumah kerana tidak mahu ayahnya tahu. Pelan-pelan Baizura memasukan kunci ke dalam tombol pintu lalu di pusingkan

Pintu di tolak pelan, ruang tamu hanya di terangi cahaya lampu dari dapur. Sebaik sahaja melangkah masuk Baizura menutup pintu sepelan yang mungkin. Kakinya menjongket ketika berjalan ke arah bilik ayahnya

"Huhh Nasib ayah dah tidur," Baizura menghela nafas lega

SUDAH HAMPIR sejam Fariz duduk di birai katilnya setelah pulang menghantar Baizura. Raut wajahnya kelihatan muram. Otaknya sejak tadi asyik memikirkan Baizura

"Kenapa sama?," Itulah ayat yang sering di ucapkannya seperti ada maksud yang tersembunyi

Fariz bergegas bangun kemudian terus keluar dari biliknya. Di tingkat itu ada empat bilik. Kakinya mengorak langkah ke arah bilik yang paling hujung namun dia tidak terus masuk. Lama dia berdiri di hadapan pintu itu dengan kepala menunduk

Kedengaran bunyi air yang menitik miskipun pelan. Air mata Fariz gugur membasahi lantai

"Maafkan abang adik.. maafkan abang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience