Bab 11

Romance Series 6583

BAIZURA masih tersenyum-senyum. Selepas selesai solat bersama ayahnya. Dia beria-ria menceritakan kepada ayahnya apa belaku petang tadi.

Badrul mendengar penuh gembira tiada sedikit pun wujud perasaan iri, cemburu bila mengetahui anak gadisnya sudah menjadi anak angkat seorang Dato malah dia pula terlebih gembira

"Zura tak nak balik ke?,"

"Tak nak.. Zura nak teman ayah kat sini. bilik nie kan ada sofa besar. bolehla zura tidur,"

"Esok'kan Zura kerja?,"

"Zura pergi kerja dari sini je. tuu..," Baizura menunjuk ke arah paper bag "Dah ada pakaian untuk esok,"

"Hmm.. baiknya Fariz,"

Baizura mengangguk dengan raut wajah suram..

"Hah kenapa dengan muka tu?,"

"Takde apa-apa," cepat saja Baizura menjawab. Badrul tersengih geli hati.. Baru sekarang dia dapat melihat wajah anak gadisnya kemerahan

"Muka dah merah. tapi taknak mengaku,"

"Ayah nie..,"

"Kalau dah suka sama suka buat ayah tak akan halang.. ayah lagi gembira,"

"Takdela jauh sampai ke situ Yahh.. lagi pun abang Fariz layan Zura dah macam adik sendiri,"

"Oh ya.. ayah lupa pasal tu. Dia takde cerita ke pada zura tentang adik dia,"

"Takde Yah.. yang zura tahu muka arwah adik abang fariz seiras dengan zura,"

"Fariz ada tunjuk?,"

"Takde,"

"Tak apalah Zura.. kalau dia cuma anggap zura sebagai adik saja. Zura kena bersyukur.. sekarang nie zura dah abang. dah ada dua ayah,"

Baizura tersenyum lebar namun wajahnya kembali merah kerana malu

MALAM selalu menghadirkan rasa berbeda. Ada cerita di balik gelap dan dinginnya malam. Entah cerita indah atau cerita buruk. Begitulah yang sedang terjadi di hadapan rumah Badrul

Sebuah kereta yang mencurigakan sejak petang tadi sering melewati di hadapan rumah Badrul. Sesekali kereta itu berhenti. Namun kali ini kereta itu kelihatan memarkirkan kereta tidak jauh dari rumah Badrul

Seorang lelaki bertubuh besar, berjalan bersama tiga orang rakannya masing-masing membawa bekas berwarna merah

"Aku masih lagi tak faham azhar.. kenapa kita kena bakar rumah nie.. apa faedah kita dapat,"

"Kau jangan banyak tanya.. duit dah dapat senyap jelah,"

"Itu aku tahu Azhar.. cuma aku hairan.. kenapa si zarul tu benci sangat dengan Badrul. Bukan ke dia tergilakan Baizura,"

"Kau tahukan Badrul berhutang dengan Along,"

"Semua orang tahu,"

"Baizura memang tak suka dengan zarul.. tapi dengan masalah badrul sekarang Zarul yakin jika dia hulurkan tangan.. Badrul pasti sambut,"

"Maksud kau.. dengan bakar rumah Badrul nie,"

Azhar mengangguk

"Gila betul.. duit dah banyak tapi masih mengejar seorang perempuan,"

"Bila ada duit.. macam-macam kita boleh buat, tengoklah apa kita buat sekarang.. 10 ribu setiap seorang,"

"Itu aku pecaya," Rakan Azhar tersengih-sengih sambil menutup mulut

"Kita bakar ala kadar je.. jangan sampai merebak,"

"Bawak sampai 3 tong minyak.. Setakat nak bakar ala kadar je..,"

"Aku saja beli lebih depan dia..lagi pun dia yang bayar. yang dua tong tu jangan guna. boleh buat topap minyak motor,"

"Dah dapat 10 ribu pun berkira,"

"Keluar nantinya banyak.. masuknya tak. bodoh,"

"Okay bos aku faham,"

BAIZURA cuba melelapkan mata tapi sukar.. miskipun sofa itu sangat selesa namun fikirannya saat itu entah mengapa banyak sungguh berfikir. semuanya tentang Fariz

Rasa rindu mula mencengkam hati padahal baru hari nie dia kehulur ke hilir bersama Fariz. lembut sungguh lelaki itu melanyan kerenahnya

Baizura mengankat handphonenya. Skrin di nyalakan. Jam menunjukan waktu itu 2 pagi. Ayahnya sudah lena di buai mimpi selepas menerima ubat penahan sakit yang mengantuk

Nak tak nak Baizura bangun dari sofa. Ruangan bilik hanya bercahayakan lampu dari luar. Baizura menapak perlahan. Bunyi dengkuran ayahnya benar-benar kuat menunjukan bertapa letih ayahnya ketika itu

Pintu bilik di buka. Seorang nurse tersenyum sebaik melihatnya keluar dari bilik

"Cik Baizura nak pergi mana?,"

"Tak dapat tidur,"

"Kalau Cik Baizura nak beli apa-apa kat bawah tu ada macam-macam mesin jual minuman dengan makanan,"

"Baiklah. terima kasih,"

"Sama-sama,"

Baizura berjalan longlai seakan tidak bersemangat menuju ke eskalator. Dia memandang ke atas. dia berfikir tentang Ayah angkatnya mesti tengah nyenyak tidur seperti ayahnya

Eskalator bergerak ke bawah. Sesampai sahaja di bawah.

"Zura!," seseorang memanggil namanya

Baizura menoleh ke kiri. Fauzi besama Rita sedang berjalan menghampirinya

"Eh Along.. kak long," Baizura tersenyum namun ada seorang wanita seusia ayahnya sedang berjalan laju menghampirinya

Belum pun sempat Baizura menyapa, tubuhnya terus di peluk dengan erat. Baizura terpingga-pingga memandang Fauzi dan Rita

"Ini Bonda. Zura," jelas Fauzi

"Bonda?,"

Rita mengangguk

Datin Azurah tiba-tiba menangis esak dalam pelukan. belakang Baizura di gosok-gosok seperti anaknya sendiri. Baizura hanya mampu mendiamkan diri

"Bonda?," Fauzi terpaksa menegur ibunya, bimbang kerana telalu lama memeluk Baizura

Pelan-pelan Datin Azurah meleraikan pelukan. Rita menghulurkan sapu tangan supaya ibu mertuanya dapat membersihkan air mata yang sudah membasahi seluruh wajah

"Zu.. Zu. Zura tak tidur ke?," Tanya Datin Azurah tersekat-sekat

"Zura tak dapat tidur Bonda,"

Terketar-ketar tangan Datin Azurah apabila mendengar suara Baizura menjawab, benar-benar sama seperti suara arwah anak gadisnya. tingkah pun sama

"Tenang Bonda,"

Datin Azurah menarik nafas dalam cuba menenangkan diri sambil di bantu Rita. Jika tidak pasti dia akan meraung sekuat hati di situ

"Bonda baru sampai?,"

Datim Azurah cuba mengangguk. raut wajahnya berkerut menahan sebak. meluap-luap sejak sampai ke Airport

"Zura lapar?,"

Baizura tersenyum malu "Dah jam 2 Bonda. ada lagi ke restoran buka,"

"Kita makan jelah kat mamak,"

"Okay jugak. Biar zura belanja bonda"

Melihat sahaja senyuman manis yang mekar terukir cantik di bibir Baizura. Tubuh Datin Azurah tiba-tiba terhuyung hayang

"Bonda!,"

"Bonda!," Fauzi pantas membantu

"Tak apa. Bonda tak apa-apa.. mungkin masih pening terbang tadi,"

"Bonda.. kalau bonda letih. lain kali je," Ucap Baizura dengan raut wajah bimbang

"Tak apa sayang.. bonda tak apa-apa. mari," Datin Azurah menghulurkan tangan dan di sambut Baizura

"Fauzi, Rita pergilah berehat. Bonda boleh pergi sendiri dengan Zura,"

"Fauzi dengan Rita nak ikut," Jawab Fauzi. Rita mengangguk

"Hiss korang berdua tak letih ke?,"

"Tak bonda. kami pun nak join jugak,"

"Nak pergi mana tu?," Tiba-tiba Kedengaran suara menanya di atas eskalator

"Ya Allah.. abang. tak tidur ke?," Tanya Datin Azurah kaget sebaik melihat suaminya

"Saya tunggu awak. Rita cakap tadi dah sampai.. itu yang saya hairan," Balas Dato faizan sambil menuruni ke bawah

"Kami nak bawa Zura pergi makan kedai mamak,"

"Abang nak ikut,"

"Hah.. abang? mana boleh keluar pakai pakaian tu,"

"Boleh. Abang Sepatutnya dah boleh keluar," Jawab Dato faizan kemudian mengeyit mata pada Baizura. Baizura tergelak sambil mengeleng

"Sekejap Bonda. Biar along call Doktor Eric,"

"Orang tua nie.. Hisss,"

MALAM DI IBU KOTA KELIHATAN CERAH DENGAN LAMPU BERWARNA WARNI NAMUN SURAM.. di laluan jalan raya hanya terdapat beberapa kenderaan yang lalu lalang

Fauzi tidak pergi terlalu jauh kerana dia tahu ada restoran mamak 24 jam berdekatan dengan Hospital

Di dalam kereta. Datin Azurah tidak banyak bicara. lebih kepada mengusap-ngusap tangan Baizura. ada masanya di merakul lengan Baizura dengan erat

Tingkahnya itu di perhati Dato faizan berpakaian sejuk

"Orang tak ramai," Ujar Rita sebaik sahaja kereta suaminya berhenti di hadapan restoran

"Kita makan goreng-goreng je. time macam nie dah tiada roti canai," Kata Fauzi pula

"Zura tak kisah ke makan makanan goreng,"

"Tak bonda. Janji halal,"

Rita memusingkan badan untuk memandang Baizura "Jangan kerap sangat makan masin tahu,"

"Eh kenapa?," Datin Azurah hairan

"Zura tu ada masalah buah pinggang,"

"Ya Allah. betul ke Zura?,"

"ah. ah bonda. dua-dua dah rosak,"

"Eh kita balik.. bahaya," Datin Azurah mula cemas

"Bonda. Bonda.. Zura dah dapat penderma. Sekarang nie alhamdullilah buah pinggang dia stabil,"

Datin Azurah mengosok-gosok dada.. lega sungguh mendengar kata-kata Fauzi

"Nanti jaga makan tahu.. bukan bonda nak halang. bonda risau,"

"Baik Bonda,"

Mereka berlima keluar dari kereta. Datin Azurah langsung tidak mahu melepaskan tangan Baizura. Di rangkul erat masuk ke dalam restoran

Sebaik sahaja duduk di meja. Fauzi mencadangkan untuk memesan satu menu sahaja supaya cepat. Dan pilihan makanan itu di pilih sendiri Baizura

"Kita makan mee goreng,"

"Setuju-setuju," Jawab mereka berempat dengan serentak

Betul juga cadangan Fauzi untuk memilih satu menu, tidak sampai dua puluh minit, semua makanan di pesan, sampai dengan serentak

"Awak nie.. tahulah zura tu makan sendiri," Ujar Dato faizan bila melihat isterinya mengasingkan bahan-bahan masin di dalam pinggan Baizura

"Ini masin tak elok untuk zura,"

"Bonda?,"

"Ya zura,"

"Maafkan zura ya kalau zura bertanya,"

"Kenapa pula sampai nak minta izin dengan Bonda.. tanya jelah,"

Raut wajah Baizura tampak serba salah bila teringatkan amaran dari Fariz supaya tidak menanyakan tentang Azura

"Zura nak tanya tentang Azura ke?,"

Baizura mengangguk "Tapi kalau masa tak sesuai zura tak kisah,"

"Tak mengapa Zura,"

Datin Azurah menghela nafas dalam kemudian di hembus pelan untuk mencari kekuatan

"Sebenarnya Arwah Azura satu-satunya anak perempuan Bonda, anak yang paling bongsu dan paling manja. Orangnya ceria.. sentiasa tersenyum tapi kuat merajuk,"

"Samala dengan Zura.. kuat betul merajuk," Celah Dato Faizan

"eh takdelah. Ayah nie. buat malu zura,"

"Hah tengok,"

Fauzi dan Rita tergelak geli hati.

"Di besarkan dengan penuh kasih sayang.. bukan sahaja dari Dato, Bonda, anak-anak lelaki bonda tapi saudara mara sebelah bonda sebelah Dato semuanya sangat menyayangi Arwah," Datin Azurah diam seketika sambil mengosok-gosok dadanya

Namun pada masa yang sama. Kedengaran bunyi nada dering handphone milik Baizura

"Ayah zura ke?," Tanya Fauzi memandangkan Baizura keluar tanpa pengetahuan Badrul

"Bukan," Baizura mengeleng "Nombor telefon pejabat," Tanpa membuang masa Baizura terus menjawab panggilan itu

"Hello,"

"Ya saya Baizura,"

"Ya betul itu alamat rumah ayah saya, kenapa encik?,"

"Hah!," Serentak itu juga Baizura bangun dari duduknya dengan raut wajah yang cemas

"Kenapa Zura," tanya Dato Faizan

Wajah Baizura berkerut teruk.. "Rumah ayah kena bakar Argh!!!," lalu meraung

Beristifar Dato Faizan. "Bila?,"

"Tadi. Rumah ayah dah hangus,"

"Ya Allah.. siapa pulak yang bakar," Datin Azurah terus bangun untuk menenangkan baizura

"Zura tak tahu bonda,"

"Dah mari kita gerak.. Zura jangan risau nanti ayah telefon kawan ayah dekat bukit aman,"

Baizura masih lagi menangis.. bukan bimbangkan rumah ayahnya. tapi dokumen-dokumen penting yang di simpan di dalam rumah

"TRING. TRING. TRING.

FARIZ meraba-raba atas almari kecil di hujung sisi katil. Matanya di gosok-gosok kemudian membuka kelopak matanya luas untuk melihat nama pemanggil

"Along?.," Fariz melihat jam di sisi atas handphonenya "Bukan ke bonda dah sampai?,"

"Hello along,"

"Fariz tahukan rumah Zura,"

"Tahu.. kenapa Along?,"

"Rumah zura kena bakar,"

serentak itu juga Fariz bergegas bangun dari katil. Raut wajahnya cemas

"Mana Zura Along?,"

"Ada dengan kami.. sekarang nie kami dalam perjalanan ke sana,"

"Okay.. okay dalam 15 minit Fariz sampai. Bonda ada,"

"Alhamdullilah ada,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience