BAIZURA BERDIRI kaku.. wajahnya tampak kaget bila melihat para staf bahagian loan tiba-tiba menyambutnya setiba di pejabat
"Congratulations Zura.. i'm proud of you," Ucap Madam Yun dengan raut wajah kagum kemudian memeluk Baizura.. Para staf yang lain menepuk tangan "Tomorrow, kalau you nak cuti, i benarkan,"
"Betul Madam,"
"Of course yes I'm your manager,"
"Thank you madam,"
"So now, you dengan Najwa ikut i masuk pejabat. i nak dengar lebih detail tentang tu,"
Najwa paling excited di saat mengekori madam Yun dari belakang. Baizura pula masih memikirkan keadaan ayahnya di rumah. Dia sempat menghubungi ayahnya ketika dalam perjalanan pulang tadi. Suara ayahnya kedengaran lemah
Di dalam pejabat Madam Yun. Najwa pula yang lebih banyak bercerita berbanding Baizura. Najwa tidak habis-habis memuji sahabat baiknya itu
Madam Yun mendengar penuh kagum. Bibirnya tidak lengkang dengan senyuman manakan tidaknya selama dia menjadi pengurus bahagian loan tidak pernah ada staf'nya mendapat loan lebih dari 4 juta dalam sehari hanya Baizura sahaja satu-satunya yang berjaya
"Okay. Dengar sini Baizura. I bangga sangat dengan you. For your information. Salah satu buyer yang you dapat adalah seorang Dato. Dia adalah customer tetap bank kita. Duit dia ada berpuluh juta dalam bank kita nie. So.. i still can't believe bagaimana you boleh dapat dia?,"
"Saya pun tak tahu Madam. sebab kesemua buyer tadi cuma kenalkan diri dengan nama je takde pangkat,"
"Yes i understand.. Dato tu memang humble orangnya. kalau dia datang sini semua orang tak akan tahu kalau dia seorang dato. but i have good news for you,"
"Apa dia Madam?," Najwa bertanya
"Sebelum you berdua sampai, staf syarikat hartanah ehsan ada call i, mereka tanya tentang you zura. Dan diorang pun ada bagitahu i, ada seorang dato nak beli dua unit rumah. So sekarang nie bila kita tolak buyer dari Singapore. You ada 4 customers yang comfirm akan buat loan dengan kita untuk lima unit rumah seharga 1.4 juta ringgit,"
"Maksudnya Zura dapat loan lebih dari 5 juta,"
"Yes correct,"
"Wow zura.. banyak gila komisyen kau nanti,"
Baizura turut tersenyum gembira namun di dalam lubuk hatinya, duit yang akan dia dapat nanti masih belum cukup untuk membayar keseluruhan hutang ayahnya
"I ada satu lagi berita baik untuk you Zura,"
"Apa dia madam?,"
"Pengurus besar ada call i, jika semua nie berjalan dengan lancar. Pihak bank akan berikan you jawatan sebagai staff permanent,"
Baizura menekup mulut.. hatinya tersentak tanpa mampu Mengucapkan kata.. dia benar-benar terkejut dengan berita baik yang baru di sampaikan Madam Yun sehingga air matanya mengalir
"Betul ke Madam,"
"Betul Zura. So congratulations,"
FARIZ berjalan tergesa-gesa sebaik mendengar staff yang bertugas di IOI bejaya menjual 6 unit rumah. Berita itu benar-benar mengejutkannya padahal setiap kali syarikatnya menyertai mana-mana event perumahan pasti akan kembali dengan tangan kosong
"Siapa yang pergi IOI tadi?," Soal Fariz sebaik masuk ke dalam pejabat department bahagian pengurusan jualan
Dua orang lelaki dan seorang perempuan serentak berdiri
"So? ceritalah cepat macam mana you all boleh dapat buyer?,"
"Bukan kami encik fariz,"
Kening Fariz bertaut "Habis tu siapa?,"
"Staff loan dari Bank GM,"
"What!," Fariz berjalan menghampiri staff yang menjawab "macam mana staff bank boleh cari buyer untuk kita?,"
"Sebenarnya begini encik fariz. waktu kami dah siap pasang tapak kat sana. tiba-tiba je staff bank tu datang jumpa kami lepas tu dia volunteer'kan diri untuk carikan buyer tapi dengan syarat. buyer yang dia dapat nanti mesti buat loan dengan dia. So waktu tu kami ya kan je. Sebab kami pun tak pecaya yang dia akan dapat cari buyer,"
"Lepas dua, tiga jam, dia betul-betul datang bawa 5 buyer yang berminat untuk beli unit rumah tu. terkejut jugak kami," Jawab pula salah seorang staff yang lain
"Siapa nama staff tu?,"
"Baizura,"
"Baizura..," Fariz mengangguk-angguk kepalanya "So bagaimana dengan buyer tu?,"
"Esok semua buyer dah buat appointment untuk datang tengahari. Nanti esok kami akan bawa mereka semua ke site untuk tengok rumah contoh,"
"Okay..," Fariz menghela nafas lega sambil menepuk-nepuk peha "Esok sebelum buyer tu datang inform pada i dulu okay,"
"Baik encik fariz,"
"Baizura ya,"
DENGAN langkah yang lemah, Baizura berjalan ke arah parking motorsikal. Otaknya berserabut memikirkan kerja di club malam. Dia sebolehnya tidak mahu berkerja akan tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membayar hutang
Hujung bulan pula masih berbaki dua minggu. Baizura mengeluh berat sebaik berdiri di sisi motorsikalnya
"Macam mana nie.. apa aku nak buat? kalau aku tak datang. Diorang mesti pukul ayah aku lagi," Baizura berbisik gusar "Pasrah jelah,"
Baizura membonceng motorsikalnya dengan otak yang kosong.. Penat sudah dia berfikir tetap juga tiada jalan keluar. Nak tak nak malam ini dia terpaksa jua berkerja di club malam itu
Setibanya di rumah. Anak mata Baizura di balik visor mencerlang luas saat melihat ayahnya berada di luar rumah
"Ayah!," Baizura bergegas turun sebaik sahaja memarkir motorsikalnya "Kenapa ayah keluar?,"
"Ayah nak ambil angin. Sakit belakang ayah nie kalau asyik terbaring je,"
"Ayahkan sakit lagi,"
"Muka ayah je sakit Zura, badan ayah tak," Badrul tersenyum dengan bibir yang masih bengkak "Macam mana dengan kerja Zura hari nie. Okay tak,"
"Alhamdullilah. Okay je ayah," Jawab Baizura sambil menanggalkan helmet. Berat sungguh hatinya mahu menceritakan apa yang belaku di tempat kerja. Dia takut ayahnya semakin merasa bersalah
"Malam nie Zura jadi tak kerja part time,"
"Jadi,"
"Pukul berapa Zura kerja?,"
"Dalam pukul 9 malam. Balik tu Zura tak pasti lagi,"
"Kerja apa tu?,"
"Zura pun tahu lagi ayah. Sampai sana nanti baru boleh tahu,"
Badrul mengeleng kesal.. Dengan keadaannya sekarang. Dia tidak mampu membantu anak gadisnya bahkan tubuh tuanya tidak lagi sekuat dulu untuk berkerja berat
Melihat sahaja wajah ayahnya yang murung. Baizura cepat-cepat merangkul lengan ayahnya "Ayah janganlah risau ya. Pandai-pandailah zura jaga diri,"
Badrul mengangguk lemah
"Ayah dah makan?,"
"Belum,"
"Zura pun belum,"
FARIZ berdiri di hadapan cermin sambil membutang bajunya. Rambutnya yang berminyak di sikat rapi ke belakang tampak segak dan kacak
Setelah itu dia menyentuh-yentuh pipi dan dagunya pula
"Kacak jugak aku nie," Fariz ketawa selepas memuji dirinya sendiri. Pintu bilik di buka. Belum pun sempat kakinya melangkah keluar. Dia menoleh. Dompet dan handphone'nya masih berada di atas katil
Suasana kediaman rumah Fariz sangat luas dan mewah namun hening. Bukan hanya itu, di luar rumahnya pun begitu sepi. Sebaik menuruni tangga. Dia terus berjalan ke arah sebuah pintu. Apabila pintu itu di buka secara automatik lampu di balik pintu itu turut terpasang lalu menampakan beberapa kenderaan mewah tersusun cantik
"Nak pakai kereta apa? Ferrari," Fariz mengeleng "Sempit. sakit pinggang aku," Fariz menapak lagi sambil memerhati setiap kenderaan mewah miliknya "Bawa GTR jelah,"
Kereta di pandu Fariz memecut laju membelah laluan lebuh raya menghala ke petaling jaya. Jarak perjalanan hanya mengambil masa 45 minit
Kereta di pandu pelahan sebaik masuk ke lorong deretan kedai yang agak sibuk. Di luar kelihatan bermacam jenis ragam manusia sedang berhibur bercampur baur dengan penduduk tempatan dan juga warga asing
Fariz memarkirkan keretanya di hadapan sebuah bangunan. Setelah keluar dia terus naik ke atas salah satu pusat hiburan di situ
"Fariz! lama wa tarak nampak lu,"
Fariz menolak lengan lelaki berbangsa cina itu dari bahunya "Aku datang sini tagih hutang,"
Wajah lelaki cina itu terus berubah "Lu duduk dulu sana bilik nanti wa datang,"
"Kau jangan lari,"
"Lu gila apa.. wa puya club lagi mahal dari lu puya utang,"
Fariz menyenget bibir sebelum berjalan menuju ke sebuah bilik VIP di saat itu anak matanya sempat mencuri pandang perempuan-perempuan cantik berpakaian seksi keluar masuk dari bilik
Selang beberapa minit. Pintu bilik di buka. Lelaki cina itu masuk dengan bibir tersengih-sengih.. "Wa bayar lu ini jumlah dulu," Lelaki cina itu menaruh sampul surat tebal di atas meja
"Berapa?,"
"15 ribu looo,"
"Baki,"
"Dua ratus tiga puluh lima ribu looo,"
"Okay good," Fariz memandang ke arah pintu
"Woi Rambo.. kau takde perempuan baru ke.. aku tengok tadi semua perempuan sama je..,"
"Ada.. ada, ini fresh puya pelempuan,"
"Apa bangsa,"
"Melayu looo. hari ini baru start keja,"
"Cantik,"
"Manyak cantik.. Wa confirm lu mesti suka,"
"Okay i nak,"
"Lu tunggu.. sekalang wa panggil,"
"Melayu wow..," Fariz tersengih sendiri
Tidak berapa lama kemudian lelaki cina tadi membuka pintu dari luar
"Masuk,"
Baizura yang berbaju kurung lengkap bertudung terpingga-pingga mengikut arahan lelaki cina itu
Sebaik Fariz melihat Baizura.. Raut wajahnya serta-merta berubah "You kutip mana perempuan nie Rambo,"
"Wa tarak kutip loo.. ini pelempuan datang wa puya club looo,"
"Bangsat punya perempuan!," Fariz bangun dari duduk terus menerpa ke arah Baizura "Berani kau datang tempat nie pakai macam nie,"
"Hey Fariz apa lu buat?," Lelaki cina itu kaget sebaik melihat Fariz menarik tudung Baizura sehingga terlepas
"You jangan masuk campur Rambo.I tak kisah you ada 10 perempuan melayu tapi i paling pantang kalau ada perempuan melayu kerja club you pakai macam nie," Fariz memandang Baizura yang sudah terduduk di lantai "Hey betina Sial.. kau sanggup jual agama kau dengan pakai macam nie sebab duit,"
Baizura diam tidak menjawab namun tampak jelas tubuhnya terketar-ketar ketakutan
"PAK!," Satu tamparan tepat mengenai pipi Baizura "PAK! di susuli satu lagi tamparan mengenai tepat di pipi sebelah
"Stop fariz!.. kalu lu taknak ini pelempuan lu jangan pukul dia maa,"
Fariz tidak mengendahkan kata-kata lelaki cina itu. Rambut Baizura di tarik kasar "Aku tanya, baik kau jawab!,"
Baizura tidak mampu berbicara kerana terlalu takut.. di dalam fikirannya saat itu hanya memikirkan kematian yang akan datang menjemput
Melihat Baizura masih diam.. Fariz mengankat tangannya seraya mahu menampar wajah Baizura lagi namun tindakannya itu di halang
"Nanti fariz.. ayah ini pelempuan ada hutang sama wa.. sekarang ayah dia tarak mampu bayar looo.. wa yang suruh ini pelempuan kerja wa puya club maa,"
"Berapa hutang dia?,"
"Seratus tiga puluh ribu loo,"
Fariz masih tidak melepaskan cengkaman tangannya dari rambut Baizura. dia masih menarik kuat. Baizura tetap diam miskipun sakit
"Berapa hutang i dengan You?,"
"Dua ratus tiga puluh lima ribu looo,"
"I nak perempuan nie. I tebus dia dari hutang you,"
"Mana bole Fariz..,"
"Maksud i semua hutang you dengan i kira langsai,"
"Okay.. luu boleh ambil ini pelempuan,"
"Jangan cakap mulut je Rambo. bagi i sekarang surat hutang ayah betina nie,"
"Sabar loo wa pergi ambil sekalang,"
Share this novel