Bab 9

Romance Series 6583

"Zura tak pernah pergi butik ke sebelum nie," Tanya Liza sebaik melihat tingkah Baizura begitu terpegun memandang ruangan butik

"Tak pernah.. bukan sebab zura tiada duit kak, tapi setiap satu sen bagi Zura sangat penting. Zura kena berhemat,"

"It's okay, zura dah cantik semula jadi, kakak cuma akan buat apa yang patut je,"

Baizura tersengih malu namun "Kakak Liza nak buat apa,"

"Adalah.. duduk sini. nanti kak datang semula,"

Baizura mengangguk dengan raut wajah bingung hanya memerhati Liza keluar dari bilik

"Kak Liza.. tu...?,"

"Shhh..?," Liza menunjukan isyarat jari kepada stafnya yang sedang berkumpul di luar bilik supaya mendiamkan diri sehingga dia menutup pintu

"Cik Azura ke tu," Bisik salah seorang staf sebaik pintu itu tertutup

Liza mengeleng "Bukan,"

"Tapi samalah..,"

"Kak pun terkejut tadi.. mati-mati kak ingat Azura hidup lagi,"

"Encik Farizkan bawa tadi?,"

"Ah. ah. korang semua diam je tahu. anggap saja kita tak kenal dia,"

Tiga orang staf Liza mengangguk serentak mengerti apa yang di maksudkan Liza

SELANG beberapa minit. Liza bersama seorang stafnya masuk ke dalam bilik. Liza menyuruh Baizura membuka tudung kepala..

Tidak banyak yang di lakukan Liza untuk mencantikan wajah Baizura kerana Baizura sudah mempunyai kecantikan semula jadi

"Zura kerja mana?,"

"Zura kerja dengan Bank GM,"

"Oh GM.. bahagian apa?,"

"Bahagian Loan rumah,"

"Macam mana Zura boleh kenal dengan Fariz?,"

Baizura tidak terus menjawab. Hidungnya berkerut-kerut saat liza mengikis keningnya yang tebal

"Kebetulan terjumpa kak,"

"Kebetulan? Hmm so apa hubungan zura dengan Fariz?,"

"Takde hubungan apa pun.. mungkin lebih pada hamba dengan tuannya," Baizura tergelak

Tangan Liza terhenti "Hamba dengan tuan?,"

"Ah. ah, macam zaman dulu-dulu," Baizura tergelak lagi

SEMENTARA ITU Fariz terlihat sedang asyik membelek-belek pakaian muslimah di salah sebuah butik di tingkat dua.. lama juga dia membelek sambil di temani seorang perkerja di situ

"Itu design baru encik. Baru je sampai semalam,"

"sekali dengan tudung ke?,"

"Ya betul encik,"

"Saya ambil yang nie, yang nie, yang nie dan yang nie,"

"Baiklah encik,"

"Bagaimana dengan Accessories?,"

"Ada di dalam. encik boleh pilih sendiri,"

Hampir satu jam lebih Fariz membeli belah seorang diri di dalam Mall.. di tangannya terdapat banyak tergantung beg belian dari pelbagai jenis kedai

Setibanya di hadapan pintu masuk butik kecantikan milik sepupunya Liza. Dia terus melangkah masuk. Baizura ketika itu sedang duduk berbual dengan Liza di ruang menunggu. asyik sungguh mereka berdua berbual

"Abang," Baizura berdiri dari duduk sebaik melihat Fariz berjalan menghampirinya

"Macam mana?," Liza bertanya

Fariz memandang wajah Baizura penuh kagum, hatinya berbisik dengan pujian. dipandang-pandang ke kiri dan ke kanan. Bibirnya tersenyum puas

"Pakai baju nie,"

"Kenapa?,"

"Pakai jelah.. tak akan abang nak ke hulur hilir dengan zura dengan pakaian macam tu,"

"Kata tadi nak hantar zura balik,"

"Abang dah beli semua keperluan ayah zura.. nanti abang hantar zura kat sana,"

"Yalah," Baizura memuncungkan bibir nak tak nak terpaksa menurut. Liza yang melihat tingkah Baizura mengeleng, geli hati

"mari kakak tolong,"

Tidak sampai 30 minit. Liza membawa Baizura keluar dari sebuah bilik setelah membantu gadis itu menukar pakaian. sempat juga dia mengambil kesempatan untuk me'makeup wajah Baizura

"Hmm macam mana sekarang. Abang puas tak?,"

Fariz terangguk-angguk dengan senyuman lebar tanpa mempedulikan tatapan-tatapan dari pelanggan yang mula memenuhi ruang menunggu

"Barulah Zura nampak macam wanita,"

"Habis tu tadi?,"

"Macam orang gaji,"

"Hah!,"

Liza tergelak kecil "Fariz nak bawa zura pergi mana?,"

"Pergi makan.. liza nak ikut?,"

"Eh tak," Liza mengeleng "Customer ramai sekarang nie, mungkin lain kali,"

"Alaa kak nie jom la teman Zura,"

Liza tersenyum lebar.. tubuh Baizura di peluk erat kemudian di gosok-gosok belakang gadis itu penuh kasih "Nanti kalau Zura ada masa.. datangla sini jumpa kakak. kita boleh makan bersama,"

"Boleh je,"

"OKayla. Kalau gitu kami pergi dulu ya,"

Liza mengangguk sambil meleraikan pelukan namun raut wajahnya berkerut teruk seakan menahan sebak yang hampir meluap

"Zura pergi dulu ya kak. terima kasih,"

"Sa..sa..sama-sama," Liza menutup mulut, cuba menahan. sebaik sahaja Baizura keluar bersama fariz dari butiknya. dia bergegas melangkah ke arah sebuah bilik. tingkahnya itu di perhatikan staf-stafnya yang sedang menguruskan pelanggan yang datang

"Kenapa dengan Cik Liza?," tanya seorang pelanggan

"Tak ada apa-apa,"

MENGAPA aku yang tidak setia?
Mengapa akukah yang berdosa?
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama?

lagu dendangan wings berkumandang dari corong radio tablet kereta. Baizura seakan menghayati seni kata lagu itu

sesekali ibu jarinya bergerak-gerak mengikut irama muzik. Sesekali juga dia mengikut menyanyi dengan perlahan.. dalam masa yang sama juga dia mengerling memandang Fariz seakan-akan mencari buah fikiran. apa yang boleh mengisi ruang kosong untuk sedikit merwarnai suasana dingin di dalam kereta

"Kita nak pergi makan kat mana?," tanya Baizura cuba memberanikan diri

"Restoranla kat mana lagi,"

Baizura mengangguk-angguk dengan bibir yang memuncung "Restoran kat mana?,"

Fariz mengeleng

"Laa.. Zura tanya je?,"

"Kejap lagi sampaila. cuba bawak bersabar,"

"Lepas makan nanti?," Baizura masih bertanya maklumlah hatinya sekarang ini berdebar-debar semakin kuat. fikirannya pula asyik bermain dengan pekara yang haram kemungkinan akan di lakukan fariz pada dirinya selepas makan malam

"Abang hantar Zura kat hospital,"

"Betul!,"

"Kenapa? zura nak abang bawa zura ke tempat lain ke,"

"Hiss taklah..,"

Fariz mengeleng lagi. Dia tahu apa yang sedang bermain didalam fikiran gadis di sebelahnya itu "Jangan fikir yang bukan-bukan tahu..,"

"Mana ada. Hiss," Baizura menjeling tajam. ternyata malu dengan kata-kata Fariz tadi seolah-olah tahu apa yang di fikirkannya saat itu

JAM 9.15 MALAM Fariz memarkirkan keretanya di sebuah lot parking yang telah di sediakan untuk pengujung restoran

Namun Fariz tidak perasan jika kebetulan sebuah kereta mewah berhenti di hadapan restoran itu. Dato faizan keluar dari kereta itu bersendirian lalu masuk ke dalam restoran

"Sila kan Dato.. anak Dato dah menunggu kat dalam," Ucap pengurus retoran sudah pun menunggu Dato faizan di pintu masuk

"Lama ke dia tunggu?,"

"Baru je lima minit Dato,"

Dato Faizan tersenyum. Malam ini memang dia tak sabar untuk makan malam dengan anak sulung bersama menantunya memandangkan isterinya Datin Azurah masih berada di mekah mengerjakan umrah

"Assalamualaikum ayah," Seorang lelaki berpakaian kemeja, bertubuh tinggi lampai bangun dari kerusi sebaik melihat Dato faizan

"Waalaikummusalam Fauzi.. Rita,"

"Apa khabar ayah," Seorang wanita bertudung, berjubah moden sudah pun bangun di sebelah suaminya terus menghulurkan tangan

"Alhamdullilah baik je, Rita dengan Fauzi apa khabar,"

"Alhamdullilah kami berdua baik saja Yah,"

"Bila sampai?,"

"Semalam yah.. tapi kami kena bertugas dulu," Jawab Fauzi anak sulung Dato faizan baru sahaja menikah. dia seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di seremban begitu juga dengan isterinya seorang doktor gigi

"Tak menyusahkan kamu berdua ke datang jauh-jauh makan malam dengan ayah,"

"Hiss tak lah yah..," Jawab Rita menantu Dato faizan

Mereka bertiga duduk. Sementara menunggu pelayan datang mengambil pesanan. Mereka bertiga rancak berbual bertanyakan khabar masing-masing

"Fauzi tak ajak Fariz?,"

"Dari semalam Fauzi dah cuba call, WhatsApp tapi fariz tak balas,"

"Hmmm.. sibuklah tu,"

"Kalau dia tak sibuk pun memang dari dulu fariz tu susah nak ajak di berjumpa. Kerja dia kat pejabat macam mana Yah?,"

"Macam biasalah Fauzi.. tak boleh nak di tegur.. cepat betul melenting,"

"Fauzi dengar. Fida kerja dengan ayah,"

"Ah..ah betul. baru je ayah ambil dia berkerja. lagi pun pengalaman dia bagus,"

"Farizkan tak suka dengan fida tu ayah," Rita membalas

Dato faizan mengeluh pelan "Ikutkan ayah.. memang ayah tak nak pada mulanya. Tapi bila di fikirkan pengalaman Fida tu, ayah rasa dia boleh bantu Fariz,"

"Betul juga. Setahu Fauzi, Fida tu dah lama berkerja dengan syarikat ayah dia,"

"Kenapa dia tak berkerja dengan ayah dia?," Soal Rita hairan

"Fida tu ada dua abang, dua-dua tak sebulu. mungkin itulah sebabnya,"

Dato faizan terangguk-angguk setuju dengan jawapan anak sulungnya

"EH!,"

"kenapa sayang?," Fauzi kaget. secara tiba-tiba Isterinya bangun dengan raut wajah terkejut

Rita tidak menjawab.. Hanya tangannya terlihat terketar-ketar menunjuk ke satu arah. Fauzi terus bangun, serentak itu juga dia mengalih pandangannya memandang ke arah tempat yang di tunjuk isterinya

"Ya allah.. Adik!,"

"Adik?," Dato faizan turut terkejut lalu memalingkan kepalanya

Alangkah terkejutnya Dato Faizan sebaik melihat anak lelakinya Fariz berjalan masuk dengan seorang gadis

"Azura!," Jerit Dato faizan sehingga mengejutkan pelanggan-pelanggan yang berada di dalam restoran

Langkah Fariz dan Baizura serta merta terhenti.. Fariz tampak begitu terkejut sebaik memandang ayahnya besama abang dengan kakak iparnya

"Siapa tu bang?," Tanya Baizura kehairanan sambil melihat seorang lelaki seusia ayahnya tergesa-gesa datang ke arah mereka berdua

"Azura?," Panggil Dato faizan dengan raut wajah masih lagi terkejut

"Ya saya," jawab Baizura tersenyum

"Ya Allah. anak aku!,"

"Ayah!,"

"Ayah!,"

Sebaik Baizura menjawab. Dato faizan secara tiba-tiba jatuh pingsan. Keadaan menjadi kecoh. mujur Fauzi dan Rita adalah doktor. Fariz tidak mampu berbuat apa-apa, dia sendiri tidak menyangka ayah, abang dengan kakak iparnya akan berada di restoran itu

HOSPITAL SEROJA IMPIAN

Bulat sungguh kelopak mata Rita memandang Baizura. Sejak sampai di hospital langsung tidak berkalih dari memandang gadis di sebelah fariz

Fauzi pula sibuk membantu seorang doktor merawat ayahnya. Bimbang jika ayahnya terkena serangan jantung

"Mujur ayah you cuma terkejut je Fauzi,"

"Alhamdullilah,"

Pintu bilik di buka. Doktor shima masuk ke dalam bilik dengan wajah cemas

"What happens?,"

"Ayah pingsan tadi kat restoran," Jawab Rita ketika Doktor shima melangkah menghampirinya

"Macam mana boleh pingsan?,"

Rita tidak menjawab, hanya memberi isyarat mata seakan menunjuk ke arah Baizura

"Oh.. patutlah,"

Baizura yang sedang berdiri di belakang Fariz mula ketakutan. manakan tidak semua mata-mata yang berada di dalam bilik semuanya tertumpu padanya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar

Doktor shima tersenyum seakan faham situasi yang belaku

"So bagaimana keadaan uncle?,"

"Pingsan sebab terkejut. bacaan BP semua normal mungkin tak lama lagi akan sedar," jawab Fauzi

"Alhamdullilah,"

"Siapa tu Fariz?," Akhirnya Fauzi bertanya

"Teman saya. Baizura,"

"Mana Fariz kenal?," tanya Fauzi lagi namun anak matanya hanya tertumpu pada Baizura

Fariz tidak menjawab

"Zura baru je kenal dengan abang Fariz," Baizura menjawab entah mengapa jawapannya itu mengejutkan Fauzi dan Rita

"Sama kan," Doktor shima mencelah "Muka, suara, perwatakan semuanya sama,"

"Shima?," kali ini Fariz pula mencelah

"Betulla i cakap,"

Fauzi dan Rita hanya diam membisu namun anak mata masing-masing masih memandang Baizura

"Zura ada buat salah ke?,"

"Eh tak," Pantas Rita menjawab. Air matanya mengalir begitu juga Fauzi cepat sahaja lelaki itu mengalihkan wajah

"Azura!," Serentak itu juga Dato faizan terjaga terus sahaja memanggil nama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience