Bab 10

Romance Series 6583

"AZURA!,"

Dato Faizan cuba mengagahkan diri untuk bangun namun pantas di tahan Fauzi

"Mana Azura Fauzi.. tadi ayah nampak dia,"

Melihat keadaan Ayahnya terus mencari Baizura. Fariz cepat-cepat membawa Baizura keluar dari bilik. seboleh-bolehnya dia mahu merahsiakan terlebih dahulu Baizura dari ahli keluarganya

"Itu buka Azura ayah," Jawab Fauzi

"Eh.. itu Azura Along. Dia menyahut bila ayah panggil tadi,"

"Ya betul Yah.. Nama dia hampir sama dengan adik.. tapi itu bukan adik,"

"Mana Fariz!.. panggil Fariz!,"

"Ayah. bawa bertenang,"

"Macam ayah nak bertenang along, ayah yakin tadi tu Azura,"

"Uncle.. Gadis tu nama Baizura. Memang muka dia seiras sangat dengan Arwah Azura..,"

Raut wajah Dato faizan seakan tidak berpuas hati.. "uncle kenal sangat dengan Azura. Uncle tahu bila uncle nampak dia tadi.. muka, suara semuanya sama. jangan cuba bohong dengan uncle,"

Doktor shima diam membisu.. Rita mengeleng

"Ayah.. Adik dah meninggal ayah,"

"Shut up along!.. pergi panggil fariz sekarang. panggil sekarang!,"

Melihat keadaan Dato faizan makin tidak keruan Doktor Shima bergegas keluar dari bilik untuk memanggil Fariz

"Fariz!.. Fariz!," Panggil Doktor Shima sebaik sahaja melihat Fariz bersama Baizura sedang berjalan ke arah eskalator

"Kenapa Shima?,"

"Baik you bawa Baizura masuk jumpa dengan ayah you fariz.. Uncle dah mula meracau,"

Fariz tidak terus menjawab. Dia memandang lama Baizura. Hatinya berbelah bahagi. mahu menurut atau pun tidak.. bahkan ketika itu dia mula merasa menyesal membawa Baizura ke restoran tadi

"Fariz.. i tahu sebolehnya you nak sembunyikan Baizura daripada pengetahuan keluarga you. Tapi ini KL Fariz very small place.. cuba lihat sekarang, ayah you, abang you, Rita, i semuanya dah tahu. You nak sembunyikan apa lagi,"

"Beri i masa sekejap," Fariz mengeleng kesal beberapa kali "Zura.. ikut abang sekejap,"

Baizura mengangguk dan terus menurut langkah demi langkah yang di atur oleh Fariz namun tidak ke bilik Dato Faizan. Fariz membawanya ke satu tempat agak sepi. Sementara Doktor shima pula sudah pun kembali ke bilik Dato faizan

"Kenapa Bang?,"

"Zura. Dengar Sini. lelaki yang terbaring dalam bilik tadi ayah abang. yang tinggi tu, abang sulung abang. yang perempuan kakak ipar abang. Zura just masuk saja dalam bilik tu. layan saja apa ayah abang tanya nanti,"

"Tapi ayah abang panggil zura. Azura?,"

"Ya.. tapi zura kena ingat, Zura jangan sesekali tanya siapa perempuan tu..,"

"Kenapa?,"

"Zura! Zura ingat lagi tak penjanjian kita.. jangan bertanya. ikut saja cakap abang, boleh tak?,"

"Boleh," Baizura hampir menangis

"Abang minta maaf ya.. cuma kali nie je. zura kena buat apa yang abang suruh. zura jangan risau abang tak akan suruh zura buat benda yang bukan-bukan,"

Baizura mengangguk mengerti namun darahnya berderau apabila Fariz mengesat air matanya

"Dah.. jom,"

Satu anggukan di sertakan senyuman sudah cukup menunjukan bahawa ketika itu Baizura benar-benar bersemangat untuk terus berada di sisi Fariz

"Panggil Fariz!,"

"Bawa bertenang ayah,"

Dato faizan masih meronta-ronta untuk bangun namun Fauzi tidak membenarkannya. Rita cuba menenangkan ayah mertuanya

Pintu bilik di buka. Fariz masuk terlebih dahulu mengejutkan Fauzi dan Rita. doktor shima bergegas mendapatkan Baizura

"Ya allah... Azura.," Ucap Dato faizan cuba mengankat tubuh untuk duduk. Fauzi pantas membantu

"Assalamualaikum pakcik.. saya Baizura,"

"Hah!.. samanya. betul-betul sama. Cuba along tengok.. tengok rita. betul tak cakap ayah,"

"Ya sama Yah, tapi itu bukan Adik," Balas Fauzi dengan berbisik di telinga ayahnya

Dato faizan tiba-tiba menangis

"Pakcik?," Baizura meluru ke depan mengejutkan Fauzi dan Rita, tidak sempat berbuat apa-apa

"Kenapa pakcik menangis,"

"Pakcik rindu sangat pada Azura,"

Baizura duduk di birai katil lalu memeluk Dato faizan "Zura tak tahu siapa Azura tu pakcik,"

"Dia seperti kamu nak.. kamu betul-betul seiras dengan dia,"

Dato faizan membalas pelukan bagaikan seorang ayah yang amat merindukan anaknya. Fauzi dan Rita yang melihat tidak sanggup menahan sebak. Cepat sahaja dua pasangan suami isteri itu keluar dari bilik

"Come Fariz..," Pinta doktor shima mengajak Fariz keluar dari bilik. pada mulanya Fariz teragak-agak mahu meninggalkan Baizura namun dia sendiri tidak sanggup menahan sebak

Di luar bilik. Fauzi duduk di kerusi. lelaki itu menangis teresak-esak sambil di pujuk isterinya. Fariz dan doktor shima berjalan menghampiri mereka berdua

"Sabarlah bang,"

"Abang rindukan azura.. sampai sekarang abang tak boleh lupakan dia,"

"Semua orang tak pernah lupakan Arwah azura bang..,"

Fariz hanya mampu mendiamkan diri. Apa yang terjadi sekarang bukanlah rancangannya untuk membuatkan ahli keluarganya bersedih. meratapi kembali satu-satunya adik perempuan yang baru sahaja meninggalkan mereka

"Baizura tu ada keluarga ke Fariz?," Tanya Rita

Fariz mengangguk

"Dia cuma ada ayah je.. ayah dia ada dalam hospital nie," Jawab Doktor shima

"Sakit apa?,"

"I pun tak pasti Rita. Fariz?,"

"Ayah dia kena pukul," jawab Fariz

Secara Tiba-tiba Fauzi mengankat wajahnya "Siapa yang pukul!,"

"Along jangan risau. semua tu fariz dah uruskan,"

"Kalaula Bonda tahu," Rita mengeleng

Serentak itu juga. Bunyi deringan handphone tiba-tiba Kedengaran dalam poket seluar Fauzi

"Bonda?," Fauzi kaget sebaik melihat skrin handphone "Kenapa bonda call abang?,"

"Hiss abang nie, Jawablah cepat,"

"Assalamualaikum Bonda," pantas Fauzi menjawab

"Waalaikummusalam Along.. nie bonda nak tanya.. Ayah kamu bergambar dengan siapa?,"

"Gambar?," Fauzi terpingga-pingga sambil memandang silih berganti isteri, adiknya dan shima "Gambar apa bonda?,"

"Ya Allah. Along!. ayah kamu kirim gambar pada bonda. nyaris bonda tak kena serangan jantung kat sini,"

"Along tak tahu bonda,"

"Tunggu kejap,"

Fariz, doktor Shima dan Rita masing-masing melangkah mendekati Fauzi untuk melihat apa yang ingin di kirim Datin Azurah

Bunyi pesanan masuk. Fauzi bergegas menekan skrin untuk melihat. Keempat-empat mereka tergamam sebaik melihat sebuah gambar terpampang di skrin handphone Fauzi dan setelah itu mereka semua beralih wajah dengan serentak untuk melihat pintu bilik Dato faizan

"Boleh pulak ayah berselfie?," Ucap Fauzi kebingungan

"Along!,"

"Ya bonda,"

"Siapa tu along. ayah kamu beritahu bonda dia dah ada anak angkat?,"

"Anak angkat?," jawab keempat-empat dengan serentak

"Along... kenapa diam?,"

"Ya bonda.. nama anak angkat ayah Baizura bonda,"

"Baizura?,"

"Ya bonda,"

"Memang muka dia macam tu ke?,"

"Ah.. ah bonda. muka dia seiras sangat dengan...?,"

Kedengaran suara tangisan di hujung talian. Datin Azurah tiba-tiba menangis

"Bonda?,"

"Sekarang juga bonda balik.. nanti jangan lupa jemput bonda kat airport,"

"Baiklah bonda,"

Fariz melangkah laju menuju ke pintu bilik sebaik panggilan dari ibunya di tamatkan.. bahkan Fauzi, Rita bersama doktor Shima mengikut dari belakang

Pintu bilik di kuak sedikit. Fariz menghentikan niatnya sebaik mendengar suara gelak ketawa Baizura di dalam bilik begitu rancak berbual dengan ayahnya

"Betul ayah.. Zurala yang dapat cari pembeli tu,"

"Ya ayah pecaya.. tapi bila?,"

"Semalam kat IOI. Zura tengok perkerja ayah duduk je. waktu tula Zura terfikir nak cari perluang. manalah tahu kalau zura boleh dapat seorang customer, itu pun dah cukup. Berjam-jam Zura cari tapi tak dapat. Waktu tu Zura rasa macam nak give up. tapi tiba-tiba ada sorang customer cina berminat nak tahu tentang rumah tu. Happynya zura waktu tu yah.. Lepas dapat satu customer.. entah macam mana zura boleh dapat empat orang customer,"

"Zura kerja dengan Bank mana?,"

"Bank GM,"

Fariz yang sedang memasang telinga mendengar perbualan dari dalam sedikit terkejut

"Kenapa Fariz?," Tanya Fauzi

Fariz mengeleng pelan "Takde apa," jawab Fariz kemudian menghela nafas dalam "Fariz nak pergi tempat parking dulu ada barang fariz nak ambil,"

"Barang apa?,"

"Barang keperluan untuk ayah Baizura,"

"Yalah,"

"Jomlah kita masuk bang. Sampai bila kita nak curi dengar," Pinta Rita sebaik sahaja Fariz pergi

FARIZ berjalan laju dengan raut wajah berkerut seakan cuba mengingatkan sesuatu.

"Baizura?. GM. Macam pernah dengar..,"

"Fariz!,"

Fariz mengankat wajah sebaik mendengar namanya di panggil. Giginya di getap geram. Seorang wanita tinggi lampai berjalan laju menghampirinya

"Kau buat apa kat sini?,"

"I dengar dari shima kalau uncle masuk hospital,"

"Kalau ya pun kau siapa nak ambil berat tentang ayah aku,"

"Jangan cakap macam tu fariz.. Sejak kecil i dah anggap uncle macam ayah i sendiri,"

"Itu dulu.. mungkin sekarang lebih dari tu,"

"Fariz.. please stop. jangan tuduh i yang bukan-bukan. I tahu you bencikan i tapi jangan tuduh ayah you,"

Fariz menyeget bibir entah kenapa hatinya begitu benci melihat wajah wanita yang pernah meninggalkan luka pada hatinya "Kau kan memang hebat rampas lelaki yang dah jadi milik orang..,"

"Ya i mengaku fariz. i perempuan jalang. tapi i tak jalang dengan ayah you..,"

Fariz memandang Fida dengan pandangan serong "Ah sudahlah," Fariz menyambung langkahnya semula, meninggalkan Fida dalam keadaan terpingga-pingga

"I'm sorry Fariz.. bencila i semau you," Ucap Fida sebelum mengorak langkah menuju ke bilik Dato faizan

"TAK!,"

"Betul ke tak?,"

"Ya kak Rita..,"

"Kot-kot..,"

"Tak. Tak. Tak.. Ayah..," Baizura cepat-cepat duduk di sebelah Dato faizan menyembuyikan wajahnya akibat terlalu malu di usik Rita tentang hubungannya dengan Fariz

"Ayah setuju je kalau betul,"

"Eh ayah.. Zura cakap betul. Zura takde apa-apa hubungan dengan abang Fariz,"

"Panggil pun abang Fariz.. nampak sangat dah mesra,"

"Along nie.. Janganlah usik zura macam nie.. Zura malulah,"

"Apa zura nak malu.,"

"Malula yah.hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," jawab Baizura kemudian tergelak besar

Dato faizan turut tergelak gembira sungguh wajahnya.. tingkah Baizura mengingatkannya pada Azura. Memang tidak ubah seperti arwah anaknya yang suka berterus terang bila bercakap

Namun tidak bagi seorang wanita di balik luar pintu, diam-diam mendengar perbualan dari dalam

"Siapa tu?,"

(Bab akan datang)

"Badrul?,"

"Eh. Kak zurah,"

Mencerlang kelopak mata Datin Azurah sebaik melihat Badrul di dalam bilik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience