Langit malam itu bertaburan bintang, namun di sekitar rumah peninggalan Tok Sari, suasana tegang dan penuh aura mistik. Angin sepoi-sepoi meniup lembut, membawa bersama bisikan masa silam yang terikat pada sumpahan berabad-abad.
Farhana duduk bersila di hadapan pintu rumah itu, memegang erat kitab peninggalan Tok Sari. Cahaya lilin di sekelilingnya berkelip-kelip, seolah-olah memahami bahawa malam ini bakal menjadi saksi kepada satu pengorbanan besar.
Ketika langkah Doktor Firhan kedengaran menghampiri, Farhana mengangkat wajahnya, matanya penuh ketenangan yang sukar ditafsirkan.
Farhana: (menyerahkan kitab kepada Firhan) “Doktor, saya nak serahkan kitab peninggalan Tok Sari ini kepada doktor. Pelajarilah ilmu di dalamnya dan teruskan warisan Tok Sari ini, ya.”
Doktor Firhan memandang kitab itu dengan ragu-ragu sebelum menyentuhnya. Jarinya menyelak sedikit halaman hadapan yang dipenuhi tulisan tangan lama. Hatinya berbelah bahagi.
Firhan: (terpinga-pinga) “Kenapa awak memberikan kitab ini kepada saya?”
Farhana: (tersenyum nipis) “Saya ada satu misi untuk diselesaikan, dan akibat dari misi ini, mungkin semua ilmu perbidanan saya akan hilang. Oleh kerana itu, saya mahu kitab ini berada di tangan yang lebih layak.”
Firhan: (menggeleng, menolak kitab itu kembali) “Ana... saya masih belum layak untuk menyimpan kitab ini.”
Farhana: (menutup tangan Firhan dengan tangannya sendiri, memaksanya menerima kitab itu) “Doktor, jika bukan awak, siapa lagi? Saya percayakan awak. Jangan sia-siakan warisan ini.”
Firhan menggenggam kitab itu erat, menyedari bahawa kata-kata Farhana bukan sekadar permintaan biasa. Ada sesuatu yang lebih besar menanti di hadapan.
Langkah Farhana perlahan tetapi pasti menuju ke tengah gelanggang pengorbanan. Lilin-lilin di sekelilingnya menyala dengan nyalaan yang semakin terang, seolah-olah bersedia menyaksikan detik bersejarah ini. Di hadapannya, sebuah tempayan air jernih dipenuhi kelopak bunga, dan di tangannya, sehelai kain putih yang bakal menjadi perantara antara dunia manusia dan dunia bunian.
Firhan berdiri di tepi, hatinya berdegup kencang. Dia tahu Farhana sudah nekad, tetapi naluri perubatannya tidak membenarkan dia sekadar berdiri dan melihat tanpa melakukan apa-apa.
Firhan: (risau, memandang sekeliling yang semakin bergetar) “Ana, awak pasti tentang ini? Masih belum terlambat untuk berundur.”
Farhana: (tersenyum sayu) “Ini takdir saya, doktor. Sudah tertulis sejak saya bersetuju untuk mempelajari ilmu perbidanan daripada Tok Sari.”
Dia menutup mata, menarik nafas panjang sebelum berbisik perlahan, membaca jampi serapah yang dihafalnya.
Farhana: (berbisik penuh tekad) “Puteri Mayang Mengurai, kini aku bebaskan engkau dari sumpahan ini… dengan harga yang aku sanggup bayar.”
Dia mencelup kain putih ke dalam tempayan air dan perlahan-lahan meletakkannya di atas kepalanya.
BOOM!
Sekelip mata, angin mula bertiup kencang, meniupkan debu-debu halus dari tanah. Tanah di bawah kaki mereka bergetar hebat. Cahaya putih yang menyilaukan keluar dari tapak tangan Farhana, melingkari tubuhnya dan meresap ke sekeliling kawasan rumah peninggalan Tok Sari.
Jeritan nyaring bergema di udara!
Jeritan seorang wanita yang akhirnya dibebaskan dari rantai takdirnya.
Istana Putera Elias
Di istana lama Putera Elias, kesannya mula kelihatan. Dinding-dinding istana yang megah mula merekah, seperti sejarah yang sedang dihancurkan satu persatu. Api kecil mula menyala di satu sudut dan perlahan-lahan merebak, seolah-olah membakar semua kisah silam yang mengikat Puteri Mayang Mengurai dengan Putera Elias.
Putera Elias tersentak, matanya terbuka luas. Dia terasa seperti sesuatu telah berubah dalam dirinya.
Putera Elias: (bangun dari katil, menarik nafas dalam-dalam) “Sumpahan ini… mungkin akan berakhir?”
Tetapi sebelum dia sempat berbuat apa-apa, tubuhnya diselubungi cahaya terang dan…Putera Elias.... hilang!
Di Dunia Manusia
Firhan masih berdiri di tempatnya, merasakan getaran di bumi semakin kuat.
Firhan: (terkejut, melihat sekeliling) “Ana! Kenapa bumi masih bergegar?”
Farhana, yang tubuhnya kini semakin lemah, hanya tersenyum nipis. Dia dapat merasakan perubahannya. Ilmu yang selama ini mengalir dalam dirinya mula menghilang, satu persatu.
Farhana: (dalam nada lemah tetapi yakin) “Sumpahan ini melibatkan dua dunia… dunia kita dan dunia bunian juga. Itulah sebabnya kenapa bumi masih bergegar. Ada sesuatu sedang berlaku di dunia sana. Sumpahan ini mesti dihapuskan sepenuhnya. Bila bumi berhenti bergetar, maka semuanya telah berakhir.”
Firhan menahan nafas. Dia tidak tahu sama ada dia patut berasa lega atau takut.
Di Sebuah Lorong Gelap
Dalam kegelapan kota raya Kuala Lumpur, seorang lelaki berdiri di bawah cahaya lampu jalan yang malap. Matanya merenung kosong ke hadapan, seolah-olah menunggu sesuatu.
Tiba-tiba, satu cahaya terang muncul, dan dari situ, seorang lelaki tampan Berdiri dengan pakaian bangsawan yang sudah lusuh, dialah Putera Elias.
Putera Elias memandang lelaki itu.
Putera Elias: (suara serak, misteri) “Sudikah kau mewarisi nasib hidupku?”
lelaki asing itu kemudian memandang langit yang kini sudah kembali tenang. Dia menarik nafas dalam, merasakan kelegaan buat pertama kali dalam berabad-abad. Dia dengan perlahan menyebut satu Nama ,Puteri Mayang Mengurai , dan dengan itu, kehidupannya juga akan berubah selamanya.
Putera Elias: (berbisik perlahan) “Sudah selesai…”
Dia menoleh ke langit dan melihat kelibat cahaya putih melayang pergi, seakan-akan roh Puteri Mayang Mengurai akhirnya dapat berehat dengan aman.
Di Rumah Peninggalan Tok Sari
Bumi sudah berhenti begegar.
Firhan menggenggam bahu Farhana yang kini semakin lemah.
Firhan: (cemas) “Ana! Awak okay?”
Farhana: (senyum lemah) “Doktor, jangan risau… saya dah bersedia untuk menerima takdir saya.”
Perlahan-lahan, matanya terpejam. Malam itu menjadi saksi kepada pengorbanan seorang wanita yang bukan sahaja mewarisi ilmu perbidanan istana, tetapi juga menyelamatkan dua dunia daripada sumpahan yang menghantui mereka selama berabad-abad.
Saat jeritan nyaring Puteri Mayang Mengurai bergema di udara, roh yang terperangkap selama berabad-abad akhirnya bebas daripada belenggu sumpahan. Cahaya putih yang menyelubungi kawasan rumah peninggalan Tok Sari itu perlahan-lahan mereda, membawa bersamanya aura kesedihan dan kelegaan.
Farhana yang hampir kehilangan kesedaran dapat merasakan sesuatu—seolah-olah beban yang selama ini mengikat Puteri Mayang Mengurai akhirnya terlerai.
Maya membuka Mata Dan berlari ke bilik Ibu bapanya.
"Ibu, ayah Maya bermimpi aneh"
"Mimpi apa Maya?"soal Wan Zaki
"Ada seorang lelaki berpakaian bangsawan Yang culik Maya dulu datang jumpa Maya, dia ucap
"Selamat Tinggal Puteri Mayang Mengurai, jika jodoh Kita tidak Di kehidupan ini, Kita akan berjodoh Di kehidupan akan datang" Kata Maya.
"Alhamdulillah semuanya Sudah berakhir"ujar Wan Zaki.
Doktor Firhan tertidur berdekatan dengan FSrhana, Dia menunggu sehingga pagi namun Farhana Masih Belum membuka Mata.Doktor Firhan membuka kitab Tok Sari Dan nrncari jdmpi untuk memulihkan Farhana tetapi tanpa panduan dia menjadi buntu.
"Farhana... please bangun.. I need you.
Share this novel