"Awang... oh Awang... kelik lah, Awang... nak gorib dah ni..." Laungan Tok Sari bergema dari ambang pintu rumahnya, suaranya mendayu-dayu dalam kegelapan malam yang semakin pekat.
Mariani, yang kebingungan, berbisik kepada Anisah. "Aku hairan betul... anak Tok Sari seramai sepuluh orang, semuanya perempuan. Tapi siapa pula Awang yang dia panggil-panggil ni?"
Anisah menghela nafas panjang, lalu mendekat. "Kau tak tahu cerita, kan? Tok Sari dulu pernah keguguran anak pertama. Tapi... dia tak merelakan kematian itu. Dengan ilmu yang diwarisinya, dia mengeluarkan janin yang sudah kaku... dan dengan jampi serapah, dia cuba menghidupkannya semula. Kau tahu apa yang berlaku, Mariani?" Anisah menelan liur, suaranya berbisik perlahan. "Janin itu... ia bergerak. Perlahan-lahan, ia membentuk tubuh yang sempurna. Seolah-olah... dilahirkan semula dari kematian. Itulah anak sulung Tok Sari—Awang namanya."
Mariani meremang. "Ya Allah... betulkah ini?"
Anisah hanya mengangguk.
POV penulis :
Malam itu, dalam kesunyian yang dipenuhi bisikan halus angin, Awang, yang kini telah menginjak usia 21 tahun, duduk bersila di hadapan Tok Sari. Di tangannya, mangkuk berisi darah merah pekat—darah Wan Hamat, datuk kepada Wan Zaki.
Tok Sari menatapnya dengan mata yang penuh makna. "Awang... sekarang kau sudah dewasa. Aku telah menyiapkan takdirmu. Mulai dari saat kau minum darah Wan Hamat ni, kau akan menjaga keturunan Wan Hamat. Kau mesti melindungi mereka, memberi mereka keselamatan... selamanya. Kau faham, kan, Awang?"
Awang mengangguk perlahan, suaranya tenang tetapi penuh ketaatan. "Awang faham, mak."
Tok Sari tersenyum tipis sebelum mengangkat sebentuk cincin bertatahkan permata merah darah. "Sekarang, sudah tiba masanya, Awang... masuklah ke dalam cincin ini."
Dan tanpa sepatah kata lagi, tubuh Awang lenyap, menyerap masuk ke dalam cincin itu—meninggalkan dunia nyata, tetapi tetap ada dalam bentuk yang tak terlihat
Di Istana Putera Elias,
Putera Elias: Awang jika Kamu mahu bawa Puteri Mayang Mengurai keluar dari sini Kau Harus minum air teh ini terlebih dahulu "ujar Megat.
"Maaf hamba bukan datang nak minum tapi hamba datang untuk membawa pulang Maya kepada keluarganya.
"Menolak untuk minum bererti satu penghinaan untuk beta, Megat, lawan Awang Sekarang"titah Putera Elias.
"Baiklah hamba sahut cabaran tuanku jika hamba berjaya kalahkan Megat, Tuanku mesti membebaskan Maya"ujar Awang.
Putera Elias duduk di singgahsananya, matanya tajam memandang Awang yang berdiri tegak di hadapannya. Puteri Mayang Mengurai berada di sisi, jari-jarinya menggenggam kain halus busananya, hatinya berdebar melihat ketegangan yang bakal berlaku.
Megat, panglima utama Putera Elias, melangkah ke hadapan. Dia berbadan tegap, berwajah garang dengan parut halus di pelipisnya—tanda banyaknya peperangan yang telah dilalui.
"Awang, jika kau mahu membawa Puteri Mayang Mengurai keluar dari sini, kau perlu buktikan kekuatanmu. Aku akan menjadi lawanmu," kata Megat dengan suara lantang.
"Hamba tidak gentar," balas Awang tenang, kakinya sedikit merendah dalam kuda-kuda silat yang mantap.
Megat melancarkan serangan pertama, tangannya laju menebas ke arah dada Awang. Namun, Awang mengelak dengan mudah, tubuhnya bergerak pantas seperti bayang-bayang. Dia menggunakan Langkah Silat Helang Terbang, mengundur dengan ringan sebelum berpusing dan melancarkan Sepakan Kilat ke arah Megat.
Megat berundur selangkah, matanya terkejut tetapi penuh kagum.
Megat menggertak, "Kau tangkas, tapi sejauh mana ketahananmu?"
Dia mengaktifkan Ilmu Kebal Panglima Hitam, menjadikan kulitnya seakan-akan perisai besi. Dengan satu hayunan tangan, dia menyerang menggunakan Tumbukan Harimau—serangan yang cukup kuat untuk mematahkan batang pokok.
Awang membaca gerakan itu. Dia menggunakan Ilmu Mengelak Bayangan, membiarkan serangan itu hampir mengenainya sebelum memutarkan tubuh dan menghantar Tendangan Siku Beracun ke tulang rusuk Megat.
BAM!
Megat terhuyung, tetapi tidak jatuh. Dia mendengus, merasakan darahnya bergetar akibat serangan itu.
Putera Elias yang memerhati dari atas mulai resah. Dia menggenggam hujung singgahsananya, matanya bersinar merah tanda murka.
"Megat, gunakan ilmu terakhirmu! Awang tidak boleh menang!"
Megat menggertakkan giginya sebelum membaca mantera dalam bahasa kuno. Tubuhnya dilingkari kabus hitam, tenaga gelap mula meresap ke dalam dirinya.
Maya menjerit, "Awang, berhati-hati! Itu ilmu terlarang!"
Namun, Awang tetap tenang. Dia tahu inilah saatnya. Dengan perlahan, dia menutup matanya dan merapatkan kedua-dua tapak tangannya. Mantera warisan Tok Sari mula berbisik di telinganya.
Ketika Megat menyerang dengan tenaga gelapnya, Awang membuka matanya—yang kini bersinar keemasan. Dia membuka jurus akhir—Pukulan Petir Langit!
Dengan satu hayunan tangan, angin kencang bergulung di balairung. Cahaya kuning keemasan menyambar, menembusi kabus hitam Megat.
"ARGHH!" Megat terhumban ke belakang, terhempas ke lantai marmar dengan dentuman kuat.
Balairung sunyi sepi. Megat tidak lagi bangkit.
Putera Elias menghela nafas panjang. "Kau menang, Awang. Seperti yang dijanjikan, kau boleh membawa Puteri Mayang Mengurai pulang. Tapi ingat... Puteri Mayang Mengurai akan kembali ke sini atas kemahuannya sendiri satu hari nanti."
Maya tidak memahami maksudnya, tetapi Awang hanya mengangguk.
"Maya, kita pulang," katanya sambil menghulurkan tangan.
Maya tersenyum lega dan menyambut huluran tangan Awang. Mereka berdua pun meninggalkan Istana Putera Elias.
Namun, jauh di sudut hatinya, Puteri Mayang Mengurai tahu… perjalanannya belum berakhir.
Awang memimpin tangan Maya, membawa puteri itu melangkah pantas melalui jalan yang masih terbuka. Hembusan angin malam mengiringi langkah mereka, seakan merestui kepulangan Maya ke pangkuan keluarganya.
Setibanya mereka di kawasan perkhemahan, Maya terhenti sejenak. Matanya berkaca, hatinya bergetar melihat bayangan seorang wanita yang sedang berdiri di antara kawan kawan sekolahnya, ibunya Munirah.
"Maya...?" Suara Munirah bergetar, seakan tidak percaya anak perempuannya kini berdiri di hadapannya setelah sekian lama terpisah.
Mata Maya basah. Dengan esakan kecil, dia meluru ke arah ibunya, memeluk wanita itu erat. "Ibu! Syukur... syukur Maya dapat kembali!"
Munirah menangis dalam pelukan anaknya, jemarinya mengusap rambut Maya dengan kasih sayang. "Alhamdulillah, anakku... kau selamat!"
Kawan kawan Maya mengucapkan Kata syukur atas kembalinya Maya, Mereka mengelilingi Maya, mengalirkan air mata kegembiraan.
Di sisi, Awang hanya berdiri tegak, wajahnya tenang. Tugasnya telah selesai.
Namun, di dalam hatinya, dia sedar… ini bukanlah pengakhiran. Ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
"Sekarang Kamu faham Kenapa keluarga Kita tak boleh masuk hutan?"Wan Zaki berkata kepada anaknya Wan Maya"Maya mengangguk faham.
"Maafkan Maya ayah, mereka panggil Maya Puteri,"balas Maya.
"Ya Kita Ada darah diraja kakak, "balas Wan Zaki.
tengah-tengah pertemuan itu, Farhana, waris bidan Istana yang dihormati dalam keluarga Wan Hamat, melangkah ke hadapan. Di tangannya, cincin permata merah yang selama ini menjadi tempat bersemayamnya Awang, saka pelindung keluarga mereka.
Farhana mengangkat cincin itu tinggi, suaranya tegas tetapi lembut.
"Awang, Aku bebaskan kau dari dalam cincin permata merah ini, tetapi ingatlah… apabila kau melihat cucu-cicit keluarga Wan Hamat dalam masalah, kau mesti membantu mereka. Terutama sekali… memberi perlindungan kepada Tuan Puteri Mayang Mengurai."
Maya yang masih dalam pelukan ibunya, Munirah, menoleh ke arah Farhana dan Awang.
Awang berdiri tegak, wajahnya tetap tenang tetapi sinar matanya penuh dengan kesetiaan. Dia merendahkan tubuh sedikit, memberi hormat.
"Awang faham, Farhana. Selagi darah keluarga Wan Hamat mengalir, Awang akan menjadi pelindung mereka."
Farhana mengangguk puas. Namun, Munirah yang masih mendakap Maya kini mengangkat wajahnya, pandangan matanya dipenuhi tanda tanya.
"Farhana… kenapa anak kami ditangkap oleh Putera Elias?"
Suasana tiba-tiba sunyi. Semua orang menanti jawapan
Share this novel