Di rumah Bidan Lijah, suasana agak suram. Sejak kebelakangan ini, jarang ada orang kampung datang meminta bantuannya. Hasnah, anaknya, mula perasan perubahan itu.
Hasnah: "Mak, kenapa dah lama tak ada orang panggil mak untuk mengurut atau menyambut kelahiran bayi?"
Bidan Lijah mengeluh, menyandarkan tubuhnya ke kerusi kayu tua. Matanya redup, teringat zaman di mana rumahnya sentiasa dikunjungi orang kampung yang memerlukan bantuannya.
Bidan Lijah: "Dulu, di kampung sebelah sana, ada seorang Bidan Istana. Tapi sebab dia sibuk di istana, orang kampung selalu datang ke sini untuk minta pertolongan mak. Lepas Tok Sari meninggal dunia, mak fikir, makin ramailah yang akan datang cari mak untuk berubat."
Hasnah mengangguk, memahami. Namun, dia masih tidak faham kenapa keadaan berubah sekarang.
Hasnah: "Tapi sekarang, kenapa makin kurang?"
Bidan Lijah menarik nafas panjang sebelum menjawab dengan nada geram.
Bidan Lijah: "Semalam mak dengar, si Rania yang dah sepuluh tahun tak dapat anak tu, akhirnya hamil… lepas mengurut dengan seorang bidan muda bernama Farhana!, katanya budak Tu cucu Tok Sari"
Hasnah tersentak. Keningnya berkerut tanda tidak puas hati.
Hasnah: "Nama pun dah tahu dia tu budak muda, mak! Boleh harap ke budak budak macam tu? Kita ni dah berpuluh tahun dalam bidang ni, tiba-tiba orang kampung percaya dekat dia?"
Bidan Lijah menggenggam kain yang ada di pangkuannya dengan erat, matanya membara dengan rasa tidak puas hati.
Bidan Lijah: "Hasnah, kita tak boleh biarkan dia rampas tempat mak. Cuba kau pergi cakap dengan perempuan-perempuan kampung tu. Hasut fikiran mereka supaya boikot Farhana!"
Hasnah tersenyum sinis. Dia mengangguk, matanya bersinar dengan niat jahat.
Hasnah: "Baik, mak. Biar Hasnah pergi sekarang juga!"
Petang itu, di balai kampung, beberapa orang wanita sedang berkumpul sambil berbual kosong. Hasnah muncul dengan wajah serius. Dia memandang mereka dengan penuh keyakinan sebelum bersuara lantang.
Hasnah: "Puan-puan semua, cuba fikirkan… budak Farhana tu masih muda, belum berkahwin. Layak ke dia jadi bidan untuk kita?"
Wanita A saling berpandangan dengan wanita B, kelihatan sedikit teragak-agak.
Wanita A: "Betul juga… biasanya bidan tu orang yang dah berpengalaman, dah merasa sakit bersalin. Macam mana budak muda tu boleh tahu urusan melahirkan?"
Wanita B: "Kalau dia tak pernah beranak, macam mana dia nak faham sakit kita?"
Hasnah segera menambah minyak ke dalam api.
Hasnah: "Itulah! Mana tahu dia pakai ilmu pelik-pelik untuk buat orang percaya dekat dia?"
Beberapa wanita yang lain mula terpengaruh. Wajah mereka berubah marah.
Wanita C: "Tak boleh jadi! Kita tak boleh biarkan budak tu ambil alih tugas bidan kampung!"
Wanita A (dengan nada geram): "Jom, kita pergi serang dia!"
Tanpa menunggu lebih lama, sekumpulan wanita itu bangun dengan niat mahu bersemuka dengan Farhana. Hasnah tersenyum puas. Perancangannya berjaya.
Kekecohan pun tercetus—suara-suara sumbang menuduh Farhana, mencetuskan pergolakan dalam kalangan penduduk. Bagi Bidan Tua itu, ini adalah peluangnya untuk menjatuhkan Farhana dan mengembalikan kedudukannya sebagai bidan utama di kampung. Namun, Farhana tidak akan berdiam diri. Dia harus mempertahankan maruah dan kepercayaannya terhadap ilmu perbidanan yang diwarisinya.
Petang itu, rumah Farhana tiba-tiba menjadi riuh dengan kedatangan beberapa wanita dari kampung sebelah, Wajah mereka jelas menunjukkan ketidakpuasan hati.
Wanita A: “Macam mana kau boleh jadi bidan sedangkan kau sendiri tak pernah rasa sakit bersalin?”
Wanita B: “Kita ni orang Melayu, dah biasa dengar bidan tu mesti yang dah beranak-pinak! Macam mana kau boleh tahu ilmu bersalin kalau kau sendiri masih suci?”
Farhana menarik nafas panjang, cuba menahan sabar. Dia sudah lali dengan persoalan ini, tapi kali ini mereka datang beramai-ramai ke rumahnya, seolah-olah mahu menjatuhkan maruahnya.
Farhana: “Ilmu yang saya dapat bukan sekadar pengalaman, tapi warisan turun-temurun. Nenek saya adalah bidan istana, dan ilmu yang saya pelajari bukan bergantung pada status saya sebagai isteri atau ibu. Yang penting adalah kemahiran dan keberkatan dalam membantu wanita bersalin.”
Namun, wanita-wanita itu masih tidak puas hati.
Wanita C: “Kalau betul kau pandai, kenapa kau tak kahwin saja? Setidaknya, kau ada pengalaman sendiri.”
Ketika itu, suara lelaki menyampuk dari belakang.
Dr.Firhan: "Doktor Doktor wanita Di hospital Sana pun ramai juga Yang Belum kahwin, saya sendiri seorang Doktor lelaki, tak pernah Ada pengalaman melahirkan tapi Kami dipercayai oleh orang ramai"
Hasnah: Doktor Kan Pergi belajar sehingga dapat sijil untuk melayakkan Doktor untuk bekerja.
Dr. Firhan: Farhana juga mendapatkan ilmu perbidanan daripada Tok Sari konsep Yang Sama saja.
Hasnah:"Tak boleh Farhana mesti berkahwin jika mahu kekal menjadi bidan disini.
Dr. Firhan: “Kalau itu yang menjadi masalahnya, saya akan menyelesaikannya.”
Semua mata tertumpu pada Dr. Firhan yang berdiri tegak di ambang pintu rumah Farhana.
Dr. Firhan: “Farhana, sudikah awak menjadi isteri saya?”
Farhana terkedu. Hatinya berdegup kencang. Dia tidak pernah menyangka akan mendapat lamaran sebegitu secara tiba-tiba.
Wanita A: “Ha, tengok tu! Lelaki terpelajar pun sanggup melamar dia. Kau orang nak kata apa lagi?”
Wanita-wanita tadi terdiam. Mereka saling berpandangan sebelum akhirnya beredar dengan wajah kelat.
Farhana masih tergamam, wajahnya merona merah.
Farhana: “Doktor, apa maksud lamaran ini?”
Dr. Firhan: “Saya serius, Farhana. Saya sudah lama menghormati awak. Saya tidak mahu awak terus dihina hanya kerana status awak sebagai bidan muda. Lagipun… saya memang sudah menyimpan hati pada awak.”
Air mata bergenang di mata Farhana. Adakah ini takdirnya?
Farhana: Bawalah rombongan ke rumah keluarga saya doktor "
Share this novel