WBI 17

Thriller Completed 1447

Faridah menunggu dengan sabar sehingga majlis persandingan selesai. Saat suasana mulai reda dan tetamu beransur pulang, dia segera mencari Farhana. Wajahnya jelas menyimpan keresahan yang sukar disembunyikan.

Farhana yang sedang mengemaskan barang-barang di ruang tamu mendongak apabila melihat Faridah menghampirinya.

Farhana: "Ada apa, Idah nak jumpa Kak Ana ni? Muka Idah nampak pucat semacam."

Faridah menggenggam jemarinya sendiri, seolah-olah cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara.

Faridah: "Kak Ana tahu kan, Idah dah empat tahun kahwin, tapi masih belum ada anak? Bulan Lepas Zamri pergi kerja kapal tu…
Dua minggu lepas tu, Idah sebenarnya mengandung. Kandungan Idah dah nak masuk bulan terakhir. Tapi..."

Dia menelan liur, suaranya bergetar.

Faridah: "Malam tadi, Idah mimpi ada seorang bidan datang ke rumah. Dia tolong Idah bersalin, tapi lepas bayi Idah lahir, dia bawa pergi anak tu. Bila Idah terjaga, perut Idah rasa kosong… macam tak pernah mengandung pun sebelum ni."

Farhana terkedu. Ini bukan kali pertama dia mendengar kisah misteri sebegini, tapi mendengarnya secara langsung dari seseorang yang dikenali membuatkan bulu romanya meremang.

Tanpa banyak bicara, dia menggenggam tangan Faridah dan membawanya ke dalam bilik.

Farhana: "Idah, cuba baring dulu. Kak Ana nak bacakan sesuatu."

Faridah menurut. Matanya terpejam rapat ketika Farhana mula membaca ayat-ayat suci. Saat itu juga, kepalanya terasa berat… pandangannya tiba-tiba berubah.

Mimpi itu kembali.

Dalam samar-samar, Faridah melihat dirinya berada di tepi hutan. Angin dingin menyentuh kulitnya, dan dari balik semak, muncul sesosok makhluk bertubuh besar dengan mata merah menyala. Makhluk itu menghampirinya perlahan, dan sebelum sempat dia melarikan diri, segalanya menjadi hitam.

Kemudian, imej berubah. Dia berada di bilik tidurnya sendiri. Di hadapannya, makhluk yang sama berdiri tegak, kali ini bersama seorang wanita tua yang berpakaian serba hitam—bidan dari alam jin.

Wanita itu berbisik sesuatu sambil mengusap perutnya, dan seketika itu juga, rasa sakit luar biasa menyerang tubuhnya. Dia menjerit… kemudian, semuanya kembali gelap.

Di dunia nyata, Faridah tersentak.

Dia bangun dengan nafas termengah-mengah. Air mata mengalir di pipinya.

Farhana: "Idah, kandungan Idah bukan dari manusia… Anak itu sudah diambil oleh bapanya, jin hutan itu. Sebab tu Idah rasa kosong sekarang mustahil anak manusia boleh mengslembang Dan ready untuk bersalin selepas dua minggu Idah tempoh mengandung seorang manusia ialah sembilan Bulan 10 Hari

Faridah menekup mulutnya. Hakikat itu sukar diterima.

Farhana: "Tapi jangan risau, Kak Ana ada cara. Idah cuba minum air buah zuriat ni. InshaAllah, bila Zamri balik nanti, Idah akan mengandung dengan izin Allah. Kali ini, anak manusia yang sebenar."

Faridah mengangguk lemah, berharap keajaiban benar-benar akan terjadi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience