Waris Bidan Istana mengisahkan perjalanan seorang gadis muda, Farhana, yang mewarisi ilmu perbidanan daripada neneknya, seorang bidan istana yang berkhidmat pada zaman Kesultanan Melayu. Setelah neneknya meninggal dunia, Farhana terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengasah kemahiran perbidanan yang unik dan penuh tradisi itu. Walaupun Farhana menyembunyikan identiti dirinya sebagai waris bidan istana, dia terpaksa mengambil keputusan besar apabila sebuah tragedi melibatkan keluarga diraja terjadi. Farhana bertemu dengan Tengku Amir, seorang anak raja yang menyembunyikan trauma daripada tragedi keluarga. Walaupun pada awalnya mereka tidak bersefahaman, lambat laun mereka terjalin dengan perasaan yang lebih mendalam. Dalam pada itu, Farhana juga mendapat perhatian seorang doktor muda, Doctor Firhan, yang begitu tertarik dengan ilmu perbidanan istana yang dimilikinya. Firhan mula mendekati Farhana dengan niat tersembunyi untuk mempelajari segala rahsia ilmu perbidanan tersebut, namun lama kelamaan dia jatuh cinta kepada Farhana. Apakah Pula kisah unik keluarga Wan Zaki?. Sementara itu, Farhana terpaksa berhadapan dengan ancaman daripada mereka yang ingin merebut rahsia ilmu perbidanan yang diwarisi turun temurun. Dia juga berjuang mengekalkan tradisi, menambah nilai dalam kehidupan moden, dan merungkaikan misteri yang melingkari keluarganya. Terperangkap di antara perasaan cintanya terhadap Tengku Amir dan hubungan yang semakin rapat dengan Doctor Firhan, Farhana perlu membuat pilihan yang akan menentukan masa depannya. Apakah Farhana mampu menggabungkan ilmu perbidanan istana dengan cabaran masa kini, sekaligus mempertahankan warisan keluarga dan cintanya dengan Tengku Amir? Atau apakah Doctor Firhan berjaya memanipulasi perasaannya demi mendapatkan ilmu perbidanan yang berharga itu?
Update 23 March 2025
2025-03-05 2 Replies
hari² update k?
2025-03-04
menarik