"Mama, kakak nak pergi camping untuk pelajar tahun 6 tu tau?” Maya merayu sambil memandang ibunya, Munirah, dengan penuh harapan. Di matanya tergambar keinginan untuk menyertai kem tersebut bersama rakan-rakannya, namun dia tahu ada yang menghalang.
“Mama tak kisah kalau kakak nak pergi, tapi tanya papa bagi ke tak?” jawab Munirah sambil menyambung kerja rumahnya. Wan Zaki, suaminya, yang sedang duduk di ruang tamu hanya mendiamkan diri, namun perasaan tegasnya mulai terserlah.
“Tak boleh, kakak tak boleh pergi camping. Lagi-lagi kalau masuk hutan. Family kita tak boleh masuk hutan, kakak. Ada pantang larang dia,” kata Wan Zaki dengan tegas, mata lelaki itu merenung anak gadisnya dengan serius. Maya terdiam sejenak, mengerti maksud kata-kata ayahnya yang penuh misteri.
Maya merasa kecewa, namun dia tidak mahu berputus asa. "Mama, tolong pujuk papa, please. Kakak janji kakak akan jaga diri," rayunya, memandang wajah ibunya dengan penuh harapan.
Munirah menghela nafas panjang, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan. “Kakak, cuba tanya papa. Kalau dia setuju, baru mama boleh izinkan,” katanya lembut, cuba menenangkan Maya.
Sebelum Maya sempat berkata apa-apa lagi, telefon bimbit Wan Zaki berbunyi. Dengan pantas, lelaki itu menjawab panggilan tersebut, sambil matanya memandang Maya yang masih berharap.
“Wan Zaki, tolong ambil cincin itu dari kakak. Dah sepatutnya gikiran kamu Jaga cincin tu sebagai anak kedua. Wan Limah kata Dia nak Jaga Wan Maya tu pula."Ujar Wan Aishah.
Setelah berfikir Wan Zaki berkata.
"Baiklah Kak Aishah boleh Hantar cincin tu kepada Maya untuk perlindungan dia," suara Wan Zaki di hujung talian terdengar penuh urgensi.
Wan Zaki mengangguk perlahan, menutup telefon dan berjalan ke arah bilik. Munirah memerhatikan dengan tanda tanya, tetapi dia tidak berkata apa-apa.
Beberapa hari kemudian, cincin itu tiba. Wan Zaki mengambil cincin merah yang disaluti emas itu, lalu menyerahkannya kepada Maya.
“Ini adalah cincin warisan keluarga kita, Maya. Sampaikan salam dari Kak Wan Aishah untuk Munirah Dan Maya. Cincin ini untuk perlindungan kamu dan ahli keluarga kita, Sebaik saja pemakai cincin ni melangkah keluar dari rumah ini, Dia tak boleh menanggalkan cincin ini. Faham?” tegas Wan Zaki, wajahnya serius.
Kakak ingat ya bila kakak melangkah keluar dari Rumah ini Kakak tak boleh menanggalkan cincin ini ok "tegas Wan Zaki
Maya memandang cincin itu, terasa berat tanggungjawab yang datang bersama pemberian tersebut. “Papa… kenapa cincin ini? Apa maksud semua ni?” tanya Maya, matanya masih keliru.
“Ini bukan soal kebetulan, Maya. Ini soal keturunan kita. Jangan pandang ringan. Pakai cincin ini, dan jagalah diri baik-baik,” balas Wan Zaki sambil mengusap kepala Maya. "Jangan tanya lebih lagi. Kita perlu ikut takdir."
Hari demi hari berlalu, dan akhirnya Maya mendapat izin untuk pergi berkhemah, tetapi dengan syarat cincin merah itu sentiasa di jari. Walaupun begitu, rasa bimbang masih menyelubungi hati Wan Zaki.
Pada malam sebelum Maya bertolak, keluarga itu pergi membeli keperluan untuk camping. Mereka singgah di sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai barang lama dan antik. Tanpa disangka, semasa mereka berjalan-jalan di situ, Maya terhenti di hadapan sebuah sudut kedai yang dipenuhi barang-barang yang tampak usang namun penuh sejarah.
Tiba-tiba, seorang wanita uzur yang duduk di sudut kedai itu memandang Maya dengan penuh kehairanan. “Ya, Allah… Cantiknya Puteri Mayang Mengurai. Kenapa Puteri dah lama tak balik ke Istana lama? dayang dayang semua rindu nak layan Puteri,” kata wanita tersebut dengan suara yang penuh rahsia, membuatkan Maya terkejut.
Munirah yang berada di sisi, segera memberi penjelasan. "Maaf, makcik, anak saya ni namanya Maya, bukan Puteri," katanya dengan nada tenang.
Wanita itu tidak menjawab, hanya tersenyum sambil memandang Maya dengan penuh makna. Maya terasa janggal, namun tidak berkata apa-apa.
Tiba-tiba, langkah pantas Wan Zaki muncul menghampiri mereka. “Ya Allah, Wan Limah! Ada kat sini juga?” jerit Wan Zaki terkejut melihat seorang wanita yang sudah lama tidak dijumpainya.
Wan Limah, wanita tua itu, mengukir senyum. “Datang dengan Awang ni,” balas Wan Limah sambil menunjuk seorang lelaki yang tidak jauh dari mereka.
“Awang, apa khabar?” Wan Zaki bertanya sambil menghulurkan tangan kepada lelaki itu. Namun, Munirah hanya memandang penuh tanda tanya. Dia tidak tahu siapa lelaki tersebut dan mengapa suaminya begitu akrab dengan mereka.
Wan Limah hanya tersenyum, seolah-olah dia tahu lebih banyak daripada yang mereka sangka. “Bakpo mu lama tak kelik, Wan Zaki Wei?” soal Wan Limah, seakan mengingatkan sesuatu yang lama terpendam.
“Sibuk dengan kerja, Wan Limah, tok leh kelik,” jawab Wan Zaki dengan nada yang agak tegas, cuba mengelak daripada berbincang lebih lanjut mengenai hal tersebut.
Wan Limah merenung Maya dengan mata yang tajam, seolah-olah menyelami isi hatinya. “Ginilah Puteri Mayang Mengurai kelik dengan Wan Limah dan Awang dulu, semula-semula mu bawa la anak bini kelik etek deh,” kata Wan Limah dengan nada yang penuh misteri.
Maya merasa terperangkap, seakan-akan ada sesuatu yang lebih besar di hadapannya, sesuatu yang dia sendiri belum fahami. “Papa kakak tak nak ikut nenek kebayan ni,” Maya menangis, suaranya bergetar, ketakutan menyelubungi hatinya.
Wan Limah menggelengkan kepala. “Wan Limah bukan nenek kebayan, Wan Limah penjaga cincin merah mu ni,” jawabnya dengan tegas, penuh makna.
“Puteri tokleh kelik sore Wan Limah, bonda dia dengan ambo kena ikut juga,” balas Wan Zaki, menyatakan sesuatu yang lebih besar. “Ini bukan sekadar soal kebetulan, ini tentang keturunan kita.”
Wan Limah hanya tersenyum, namun matanya tidak beralih dari Maya. “Hujung bulan ni kelik deh, ada putera nak tengok Puteri. Kalau dia berkenan, gak boleh Puteri kahwin,” ujarnya dengan serius. "Ini soal masa depan Puteri. Jangan main-main."
Wan Zaki mengeluh. “Tok leh gitu, Wan Limah, Mullah mok pesan dah, Puteri kena kahwin umur 30 tahun, Loni dia baru 12 tahun. Mok kata kalau nikah muda boleh dapat bala,” jawab Wan Zaki, mengingatkan kebijaksanaan nenek moyang mereka.
Wan Limah tidak terpengaruh dengan kata-kata itu. “Zaki, kamu tahu tak apa yang kamu cakap ni? Setiap keputusan ada sebabnya, dan kadangkala kita terpaksa membiarkan takdir menentukan,” katanya, matanya tajam memandang Maya.
Maya mendengar semua itu, hatinya berat dengan bebanan takdir yang belum difahami sepenuhnya. Cincin merah itu, dan kata-kata Wan Limah, semakin mengikatnya pada sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Satu perjalanan panjang yang penuh dengan rahsia, dan satu takdir yang belum diketahui.
pun free reading.
Share this novel