WBI 15

Thriller Completed 1447

Di halaman rumah Farhana, Pakcik Awang datang dengan wajah yang kelihatan gusar.

Farhana: Ada apa, Pakcik Awang?

Awang: Ana masih ingat tentang pintu masuk ke dunia Bunian? Pintu itu belum ditutup sepenuhnya, dan ramai manusia dari Dunia Ana telah masuk ke sana dan menimbulkan kekecohan.

Farhana: Apa? Itu bahaya! Kita kena bertindak segera. Jom, kita pergi sekarang juga!

Mereka bergegas menuju ke pintu masuk dunia Bunian. Sebaik tiba, suasana di sekeliling terasa berbeza. Angin bertiup perlahan, dan cahaya di sekeliling berkilauan aneh.

Farhana: Pakcik Awang, bolehkah pakcik membawa semua orang dari Dunia Ana keluar dari sana?

Awang: Baiklah, ana. Aku akan usahakan.

Pakcik Awang membaca mantera halus sambil menghayun tangan ke udara. Beberapa saat kemudian, kelihatan bayangan samar-samar manusia mula keluar dari dunia Bunian, kembali ke Dunia manusia.

Awang: Semuanya sudah keluar, Farhana.

Farhana: Bagus. Sekarang aku akan menutup pintu ini.

Farhana mengangkat kedua-dua tangannya, membisikkan bacaan yang telah diajar oleh neneknya. Perlahan-lahan, pintu masuk ke dunia Bunian mulai bercahaya dan akhirnya tertutup rapat, seolah-olah tidak pernah wujud di situ.

Farhana: Alhamdulillah, selesai juga. Aku harap ini kali terakhir manusia cuba masuk ke dunia Bunian tanpa izin.

Awang: Semoga begitu, ana. Dunia Bunian dan Dunia Ana masing-masing ada batasnya. Kita tidak boleh biarkan percampuran ini berulang.

Mereka berdua menghela nafas lega, bersyukur kerana masalah itu dapat diselesaikan tanpa sebarang kejadian yang lebih buruk.
Setelah Farhana menutup pintu dunia Bunian, angin kencang tiba-tiba bertiup. Suasana menjadi sunyi seketika sebelum suara berat dan berwibawa bergema di sekeliling mereka.

Penghulu Dunia Bunian: Manusia!

Farhana dan Pakcik Awang tersentak. Di hadapan mereka, seorang lelaki berjubah putih dengan mata berkilauan muncul perlahan-lahan. Wajahnya penuh ketegasan, mencerminkan kewibawaannya sebagai Penghulu Dunia Bunian.

Farhana: Penghulu...

Penghulu Dunia Bunian: Farhana, kau telah menyelesaikan masalah ini, tetapi aku datang untuk memberikan peringatan. Jika ada manusia yang berani memasuki dunia kami lagi tanpa izin, mereka tidak akan keluar hidup-hidup.

Pakcik Awang: Itu... terlalu keras, tuan penghulu.

Penghulu Dunia Bunian: Dunia kami bukan tempat permainan. Hari ini mereka masuk dan membuat kekacauan, esok mungkin mereka akan mencuri atau merosakkan keseimbangan dunia kami. Cukup sekali kami memberi peluang.

Farhana: Tapi... tidakkah ada cara lain? Tidak semua manusia berniat jahat.

Penghulu merenung Farhana sejenak, kemudian berkata dengan suara lebih perlahan tetapi tetap tegas.

Penghulu Dunia Bunian: Dunia Bunian dan Dunia Ana sepatutnya kekal terpisah. Aku menghormati kau, Farhana, kerana darah yang kau warisi. Namun, peraturan tetap peraturan.

Dia menoleh ke arah pintu yang telah tertutup dan mengangkat tangan. Cahaya biru berkilauan mengelilingi kawasan itu sebelum lenyap.

Penghulu Dunia Bunian: Sekarang, pintu ini tidak akan dibuka lagi. Jika ada yang cuba memasukinya, mereka akan ditelan kegelapan.

Farhana menghela nafas berat, menyedari bahawa tiada apa yang dapat dilakukannya untuk mengubah keputusan Penghulu. Dia hanya mampu berdoa agar tiada lagi manusia yang cuba menembusi dunia Bunian selepas ini.

Selepas Penghulu Dunia Bunian menghilang, Farhana termenung di hadapan pintu yang kini tertutup rapat. Angin sepoi-sepoi bertiup, namun hatinya terasa berat seperti dihempap gunung.

Pakcik Awang: Farhana, kau nampak gelisah.

Farhana: (menarik nafas panjang) Aku tahu mengapa semua ini terjadi… Ini semua salah aku, Pakcik Awang.

Pakcik Awang mengerutkan dahi, menunggu penjelasan dari Farhana.

Farhana: Tindakanku memutuskan perjodohan Putera Elias dan Puteri Mayang Mengurai telah menyebabkan kekacauan ini. Dunia Bunian tidak pernah mengalami gangguan sebesar ini sebelum ini.

Pakcik Awang: Maksudmu?

Farhana: Dunia Bunian dan Dunia Ana sentiasa terpisah dengan aturan yang seimbang. Perjodohan mereka sepatutnya menyatukan dua puak yang telah lama bersengketa. Tapi aku… aku merosakkan segalanya kerana ingin menyelamatkan Maya.

Farhana menunduk, teringat bagaimana dia mengambil keputusan drastik demi anak Wan Zaki, Maya. Maya hampir menjadi korban dalam perjodohan itu—hanya kerana dia memiliki darah keturunan bangsawan yang istimewa.

Farhana: Aku tidak sanggup melihat Maya menjadi alat dalam permainan politik mereka. Jika aku tidak bertindak, Maya mungkin sudah menjadi mangsa.

Pakcik Awang: Jadi… kerana itu kau sanggup menentang adat Bunian?

Farhana: Aku tidak menyesal menyelamatkan Maya, tetapi aku tidak sangka kesannya sebesar ini. Tanpa penyatuan Putera Elias dan Puteri Mayang Mengurai, ketidakseimbangan berlaku. Dan manusia yang masuk ke dunia Bunian hanyalah permulaan.

Pakcik Awang mengeluh berat. Dia memahami dilema Farhana—antara menyelamatkan seseorang yang dia sayang atau membiarkan dunia Bunian kekal aman.

Pakcik Awang: Apa yang kau akan lakukan sekarang?

Farhana: Aku perlu mencari Putera Elias dan Puteri Mayang Mengurai. Jika ada peluang untuk membetulkan keadaan tanpa mengorbankan Maya, aku akan lakukannya.

Farhana mengepal jemarinya erat. Dia tahu bahawa keputusan ini akan membawa risiko besar. Dunia Bunian bukan dunia yang mudah ditundukkan, dan keputusannya sebelum ini sudah cukup membuatnya menjadi musuh di mata mereka.

Farhana (dalam hati): Aku tidak boleh berpaling sekarang. Jika aku sudah menggoncang keseimbangan, aku juga harus bertanggungjawab untuk memperbetulkannya.

Penghulu Dunia Bunian: Aku telah memberi amaran. Jangan sampai manusia mencabar kekuasaan kami lagi.

Dengan itu, Penghulu Dunia Bunian menghilang dalam sekelip mata, meninggalkan Farhana dan Pakcik Awang dengan perasaan bercampur-baur. Mereka saling berpandangan, menyedari bahawa ancaman ini bukan sekadar kata-kata kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience