Maya termengah-mengah, dadanya berombak kuat. Dia baru sahaja melarikan diri dari serangan bayang-bayang hitam yang menyerangnya sejak beberapa hari lalu. Setiap kali dia cuba bersembunyi, sosok misteri itu tetap menjejakinya. Maya tahu sesuatu yang aneh sedang berlaku, tetapi dia tidak dapat memahami kenapa dia yang menjadi sasaran.
Di hadapannya kini berdiri seorang wanita tua berjubah putih, dengan rambut perak yang bersanggul kemas. Wajahnya penuh ketenangan, namun matanya membawa kisah seribu rahsia.
"Kamu akhirnya datang, Maya," suara wanita itu mendatar tetapi menusuk ke dalam hati.
Maya menelan liur. "Siapa... siapa awak?"
Wanita itu tersenyum. "Aku Wan Limah. Aku penjaga perjanjian ini, seperti yang dilakukan oleh ibuku sebelum ini... dan nenek moyangmu sebelum ini."
Maya mengerutkan dahi. "Perjanjian? Apa yang awak maksudkan?"
Wan Limah menghela nafas panjang sebelum menepuk tempat duduk di sebelahnya. "Duduklah, anakku. Aku akan ceritakan segalanya."
Dahulu, dua kerajaan Kerajaan Timur dan Kerajaan Bunian berperang kerana sempadan dunia mereka semakin kabur. Putera Elias, pewaris takhta Bunian, ditakdirkan untuk berkahwin dengan Puteri Mayang Mengurai dari Kerajaan Timur sebagai tanda penyatuan dua dunia.
Namun, ketika Putera Elias masih bayi, Puteri Mayang Mengurai sudah meningkat dewasa. Perjanjian itu tertangguh kerana perbezaan usia.
Takdir menjadi lebih rumit apabila Puteri Mayang Mengurai disunting oleh Putera Wahab dari Kerajaan Selatan dan dibawa pergi jauh sebelum sempat bersatu dengan Putera Elias.
Ketika Puteri Mayang Mengurai hampir wafat, dia telah memindahkan perjanjian ini kepada keturunannya kerana dia tidak mahu dunia manusia dan bunian terus berbalah. Sejak itu, perjanjian ini sudah diwarisi turun-temurun selama lebih 800 tahun.
Dan kini, waris terakhir perjanjian itu ialah Kamu Maya.
Maya menggelengkan kepalanya, hatinya bergolak hebat.
"Ini semua mengarut! Macam mana saya boleh menjadi waris sesuatu yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu?"
Wan Limah hanya tersenyum. "Darah Puteri Mayang Mengurai masih mengalir dalam tubuh kamu, Maya. Sama ada kamu percaya atau tidak, takdirmu telah ditetapkan sejak kamu lahir."
Maya berdiri dalam keadaan cemas. Jika benar apa yang dikatakan oleh wanita tua ini, maka lelaki yang dia temui Rizqi bukanlah manusia biasa.
"Putera Elias…" bisiknya perlahan, matanya berkaca.
Namun, sebelum Wan Limah sempat menjawab, suatu suara garau bergema di seluruh hutan.
"Akhirnya aku menemui kau, waris terakhir!"
Angin bertiup kencang, dedaunan berterbangan. Dari dalam bayang-bayang gelap, muncullah Hulubalang Lakaruna, hulubalang terkuat dari Kerajaan Bunian Gelap.
Matanya merah menyala, wajahnya penuh parut pertempuran. Dia melangkah ke hadapan dengan sebilah tombak hitam di tangannya.
"Kau tidak sepatutnya hidup, Maya. Jika kau mati, perjanjian ini akan lupus selamanya!"
Maya tersentak, tubuhnya kaku. Dia tahu dia perlu melarikan diri, tetapi kakinya terasa berat.
"Lari, Maya!" Wan Limah berseru sambil melancarkan ayat-ayat perlindungan, cuba menahan Hulubalang Lakaruna.
Namun, hulubalang itu terlalu kuat. Dengan sekali hayunan tombaknya, dia meremukkan perlindungan Wan Limah dan menghala ke arah Maya.
Maya menutup matanya, menunggu saat kematian…
Tetapi angin bertiup kuat, membawa bersama bayang seorang lelaki!
Sebelum tombak itu sempat mengenai Maya, seorang lelaki bertubuh tegap dengan rambut panjang berwarna gangsa muncul dari arah belakang.
Dengan satu tebasan pantas, dia menangkis serangan Hulubalang Lakaruna!
"Kau datang terlalu awal, Lakaruna. Maya belum sedia untuk mati."
Hulubalang Lakaruna menyeringai. "Awang... jadi kau masih hidup rupanya."
Maya membuka matanya dan melihat lelaki yang telah menyelamatkannya. Wajahnya asing, tetapi auranya terasa dekat.
"Siapa... kau?" suara Maya bergetar.
Awang berpaling ke arahnya, sepasang mata tajamnya bersinar dalam gelap.
"Aku penjaga takdirmu, Maya."
Hulubalang Lakaruna mengangkat tombaknya sekali lagi, bersedia untuk menyerang.
"Jangan banyak cakap, Awang. Aku akan tamatkan semua ini malam ini!"
Namun, Awang hanya tersenyum sinis.
"Kalau begitu, mari kita lihat siapa yang akan tumbang dahulu."
Pertarungan antara dua pahlawan bunian pun bermula.
Angin bertiup kencang di medan pertarungan, debu berterbangan memenuhi udara yang tegang. Langit seakan-akan mendung, seolah-olah menyaksikan pertarungan antara dua pendekar hebat—Hulubalang Lakaruna, pahlawan gagah dari Timur yang ditakuti ramai, dan Awang, seorang pejuang rakyat yang menentang kezaliman.
Lakaruna berdiri tegak dengan tombaknya yang berkilauan di bawah sinar bulan. Otot-ototnya menegang, matanya tajam menikam lawannya. Awang pula, meskipun tubuhnya penuh luka dan nafasnya berat, tidak berganjak walau setapak. Di tangannya, sebilah keris warisan turun-temurun, menanti saat yang tepat untuk menyerang.
“Engkau sudah tewas, Awang,” kata Lakaruna dengan suara garau. “Serahkan dirimu dan aku akan berikan kematian yang cepat.”
Awang menyeka darah yang mengalir di dahinya. “Selagi nyawa dikandung badan, aku tidak akan tunduk kepada kezaliman.”
Tanpa amaran, Lakaruna meluru ke depan, tombaknya melibas dengan kekuatan luar biasa. Awang mengelak ke tepi, tetapi hujung senjata itu sempat merobek bahunya. Darah memercik di atas pasir. Rasa perit menjalar ke seluruh tubuhnya, namun dia menggenggam kerisnya dengan lebih erat.
Lakaruna menyerang lagi, kali ini dengan tusukan tepat ke jantung. Awang berpusing lincah, mengelak dengan sepenuh tenaga yang masih berbaki. Dengan pantas, dia merendahkan tubuh dan menghentakkan kakinya ke tanah, melonjak ke atas, menikam rusuk Lakaruna dengan kerisnya.
Lakaruna mengerang, tetapi dia masih teguh berdiri. Dia menghayun tombaknya dalam pusingan besar, hampir mengenai kepala Awang. Namun, Awang sempat menunduk, lalu dengan kekuatan terakhirnya, dia membenamkan keris ke perut Lakaruna.
Lakaruna terhuyung-hayang. Matanya membulat, tidak percaya dia telah ditumbangkan. Dia cuba menyerang sekali lagi, tetapi tubuhnya sudah kehilangan tenaga. Perlahan-lahan, dia jatuh berlutut.
Awang terduduk, tubuhnya berlumuran darah. Nafasnya tersekat-sekat, matanya kabur. Tetapi dia tersenyum—pertarungan ini telah dimenanginya.
Malam itu, legenda seorang pejuang rakyat lahir. Meskipun cedera parah, Awang membuktikan bahawa semangat tidak pernah dapat dikalahkan oleh kekuatan semata-mata.
Dengan sedikit tenaga Yang masih berdisa Awang memejamkan Mata Dan menghilang dari hadapan Maya, saat Awang membuka marahnya Dia sudah pun tiba dihadapan rumah peninggalan Tok Sari, rumah Yang kini dihuni oleh Farhana, Farhana sedang
menutup tubuhnya dengan selinut ketika pintu Rumah Di ketuk.
"Pakcik Awang"ujar Farhana saat membuka pintu Rumah.
"Farhana tolong sembuhkan Luka ditubuhku ini"pinta Awang.
"Baiklah masuk pakcik"Kata Farhana.
"Putera Elias tak akan berdeoan diri sehingga dia dapat memiliki Puteri Mayang Mengurai, Aku hampir tewas berdeoan dengan hulubalang lakaruna itu, siapa Yang boleh nelindungi Puteri Mayang Mengurai jika Aku tewas?"soal Awang.
"Pakcik Awang jangan risau, Ana akan melakukan pengorbanan itu, menurut Kita perbidanan Tok Sari, sumpahan Puteri Mayang Mengurai boleh dipatahkan jika Ana melakukan pengorbanan itu, cuma...."Farhana menggantung perkataannya.
"
Share this novel