WBI 05-Bagaimana Farhana menjadi seorang Bidan.

Thriller Completed 1447

Cuti sekolah sepatutnya menjadi masa untuk berseronok, tetapi bagi Farhana, ia terasa seperti satu hukuman.

"Kenapa Ana kena duduk kampung? Ana boleh pergi kelas tambahan jika Ana tinggal dekat bandar," Farhana merungut kepada ibunya sebelum dihantar ke rumah moyangnya, Tok Sari, di sebuah kampung terpencil.

"Tok Sari dah tua, Ana temankan dia sementara cuti sekolah ni. Lagipun, Ana tak pernah kenal asal-usul keluarga sendiri." Kata-kata ibunya tidak mengubah perasaannya. Farhana benci kampung tiada internet, tiada pusat beli-belah, dan yang paling dia tidak suka, rumah Tok Sari sering dikunjungi orang kampung untuk berubat. sarubtumah Tu bsu seperti ubat Dan dipenuhi dengan daun daun herba.

Sejak kecil, Farhana dibesarkan dengan kepercayaan kepada hukum sains,Abang dan kakaknya bekerja sebagai Doktor, Farhana selalu mendengar ibunya berkata.
"Mama tak dapat nak sambung cita cita untuk Hari doktir sebab tak mampu, mama mahu Abang Dan kakak Bantu mama capai cita cita mama Tu ok, oleh itu Farhana juga mahu bergelar Doktor Farhana, tetapi setiap Kali Farhana berjumpa dengan Tok Sari Dia Di beritahu oleh Tok Sari, Ada semangat ghaibyang boleh membantu rawatan Dan konsep semangat ghaib I I bertentangan dengan ilmu sains. Farhana lebih percaya pada ubat-ubatan moden. Baginya, jampi serapah dan perubatan tradisional hanyalah kepercayaan lapuk.

"Kalau sakit, pergilah ke klinik atau hospital! Datang ke sini buat apa?" Farhana mengeluh apabila melihat seorang wanita tua datang meminta Tok Sari mengurut pinggangnya.

Tok Sari hanya tersenyum sambil mengacau ramuan herba dalam mangkuk tembaga. "Farhana, jangan sombong dengan sains."

Farhana mencebik. Dia tidak sombong, cuma bercakap berdasarkan fakta.

Tetapi semuanya berubah selepas satu peristiwa yang menakutkan…

Petang itu, Farhana bosan terperap di rumah, jadi dia keluar berjalan-jalan di sekitar kampung. Dia menyusuri jalan kecil ke sebuah hutan kecil di belakang rumah Tok Sari.

Langit mulai jingga, angin petang bertiup nyaman. Farhana mengikut seekor rama-rama biru yang cantik sehingga tanpa sedar, dia telah masuk terlalu jauh ke dalam hutan.
lama jelmaan Farhana tidak Lagi mendengar bunyi notorsijal atau Kereta lalu lalang.

Burung-burung yang tadi berkicau senyap serta-merta. Angin yang bertiup nyaman tadi berhenti, udara terasa berat dan menekan dada.

Farhana merasakan bulu romanya meremang.

"Tok Sari?!" dia memanggil, tetapi suaranya terasa lemah.

Seketika kemudian, dia melihat sesuatu—sosok hitam tinggi, bermata merah, berdiri di celah pokok, merenungnya dengan pandangan tajam.

Jantung Farhana berdegup kencang. Kakinya terasa kaku, seperti dipaku ke tanah.

Sebelum dia sempat menjerit, kepalanya berpinar dan segalanya menjadi gelap.

Farhana ditemui di dalam semak tebal oleh beberapa pemuda kampung yang sedang mencari lembu mereka yang hilang. Ketika itu, azan Maghrib sedang berkumandang.

Tubuhnya lemah, wajahnya pucat, dan matanya terbuka tetapi kosongseolah-olah semangatnya tidak berada dalam tubuh.
"Budak perempuan ni cicit Tok Sari Yang Nama Ana tu Kan?"ujar seorang pemuda.
"Ya betul jom kita bawa pulang"balas seorang lagi pemuda.

Mereka segera membawanya pulang ke rumah Tok Sari.
Semasa kejadian Ana bertemu dengan makhluk bermata merah itu, Ana Masih dalam.keadaan sedar tetapi tubuhnya tidak mampu digerakkan.Semasa dijumpai oleh Pemuda pemuda kampung itu Ana terpaksa menjerit supaya mereka mendengar suaranya namun nyatanya Ana tidak mengeluarkan suara langsung.
Semasa Di rawatan oleh Tok Sari Ana nampak rohnya terperangkap.
Malam itu, Tok Sari merawat Farhana dengan air penawar dan bacaan ayat-ayat suci. Sesekali, Tok Sari menekan ibu jari Farhana dan membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Bangun, Ana… Pulanglah ke tubuhmu."

Beberapa saat kemudian, Farhana menarik nafas panjang, tubuhnya yang dingin kembali hangat. Dia melihat sekeliling, kelopak matanya berkedip, dan akhirnya dia kembali sedar.

Tetapi ada sesuatu yang berubah dalam dirinya.

Selepas kejadian itu, Farhana tidak lagi memandang remeh ilmu Tok Sari.

Dia mula terfikir—bagaimana Tok Sari boleh menyelamatkannya? Jika ilmu ini tidak penting, bagaimana dia boleh kembali daripada keadaan tidak sedarkan diri itu?

Malam itu, ketika mereka berdua duduk di serambi rumah, Farhana akhirnya bersuara.

"Tok… boleh tok Ajarkan Ana ilmu perbidanan ini. Ana tak mahu sombong lagi."

Tok Sari hanya tersenyum, seolah-olah dia sudah lama menunggu kata-kata itu keluar dari mulut cicitnya.

“Baiklah, Ana. Tetapi ini bukan sekadar ilmu biasa. Sekali kau terima, kau tak boleh berpatah balik.”

Farhana mengangguk. Dia sudah bersedia.
Malam itu, selepas bersetuju untuk belajar, Tok Sari membawa Farhana ke bilik khas di rumahnya. Bilik itu kecil, tetapi dipenuhi dengan herba kering yang tergantung, botol-botol kaca berisi minyak dan akar kayu, serta beberapa kitab lama yang tersusun di rak.

"Ana, sebelum belajar, kau perlu faham satu perkara. Ilmu bidan bukan sekadar menyambut kelahiran, tapi juga menjaga nyawa."

Tok Sari mencapai sebatang rotan kecil dan memberikannya kepada Farhana.

"Rotan ini untuk apa, Tok?"

"Untuk kau rasa sendiri apa itu tenaga dalam."

Farhana menggenggam rotan itu. Ia hanya kayu biasa, tetapi sebaik sahaja Tok Sari memegang tangannya dan membisikkan sesuatu, rotan itu terasa panas—seakan berdenyut hidup di dalam genggamannya.

Farhana tersentak, hampir terlepas rotan tersebut.

"Apa yang Tok buat?" Dia memandang tangan Tok Sari dengan cemas.

"Itulah tenaga dalaman. Ia mengalir dalam tubuh manusia seperti darah, tetapi tidak semua orang tahu menggunakannya. Untuk menjadi bidan yang hebat, kau perlu belajar mengawalnya."

Farhana mengangguk, masih terkesima dengan pengalaman tadi.

"Baik, Tok. Ana nak belajar."

Hari-hari berikutnya, Farhana mula belajar ilmu asas perbidanan.

Pagi-pagi, Tok Sari akan membawanya ke hutan belakang rumah untuk mencari akar kayu dan daun herba.

"Ingat, Ana. Alam ini sudah menyediakan ubatnya. Kita cuma perlu tahu di mana nak cari."

Tok Sari menunjukkan kepadanya akar Tongkat Ali, daun Kacip Fatimah, dan bunga Serai Wangi.

"Setiap tumbuhan ada kegunaannya. Ada yang untuk tenaga, ada yang untuk kesihatan wanita, dan ada juga untuk melawan gangguan halus."

Farhana mendengar dengan tekun, mencatat dalam buku kecilnya.

Hari itu juga, Tok Sari mengajarnya cara membancuh ramuan tradisional menggunakan lesung batu.

"Ana, tolong tumbuk halus akar ini."

Farhana mencuba, tetapi tekstur akar itu keras dan susah ditumbuk. Tok Sari tersenyum melihat usahanya.

"Tak semudah yang kau sangka, kan? Sebab itulah kau kena ada kesabaran. Bidan bukan sekadar kerja tangan, tapi kerja hati juga."

Farhana menarik nafas dalam. Untuk pertama kalinya, dia merasakan ilmu ini bukan lagi satu beban, tetapi satu keistimewaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience