Setelah upacara pengorbanan itu, Farhana tidak sedarkan diri. Tubuhnya lemah, tenaganya hampir hilang sepenuhnya. Firhan menunggu disampingnya Di rumah warisan Tok Sari, dengan hati yang penuh kerisauan. Tanpa ilmu perbidanan, Farhana kini hanyalah gadis biasa. Tetapi adakah ini benar-benar takdir akhirnya?
Malam itu, dalam lenanya, Farhana mengalami satu mimpi yang sangat nyata. Dia melihat dirinya berada di dalam sebuah rumah lama yang sangat dikenalinya—rumah Tok Sari. Bau herba memenuhi udara, dan di hadapannya berdiri seorang wanita tua yang sangat dihormatinya sepanjang hidupnya.
Tok Sari: (tersenyum bangga, mengusap rambut Farhana) Ana, kau telah melakukan sesuatu yang luar biasa. Kau sanggup kehilangan segalanya demi membebaskan Puteri Mayang Mengurai dari perjodohan silamnya. Aku bangga dengan kau, cucuku.
Farhana: (suara sedikit serak, masih belum percaya dengan apa yang berlaku) Tapi nenek… aku kini tiada apa-apa lagi. Ilmu yang nenek wariskan… semuanya sudah hilang.
Tok Sari: (menggeleng perlahan, suaranya lembut tetapi penuh ketegasan) Ilmu itu bukan hilang, Ana. Ia hanya menunggu untuk dikembalikan.
Farhana: (terkejut, matanya membesar) Maksud nenek?
Tok Sari: (menoleh ke arah pintu rumah, di mana kelibat seorang lelaki berdiri di situ) Itu Pakcik Awang Ana, panggil dia pulang menggunakan cincin permata merah itu Dia anak pertama nenek, darahnya darah suci. Jika kau mahu mengembalikan ilmu perbidananmu, kau hanya perlu minum satu mangkuk darahnya.
Ana terjaga dari tidur, Dia. nenggenggam cincin permata merah Dan membaca satu panggilan."Pakcik Awang, kembalilah....." Awang akhirnya tiba.
Awang: Ana panggil Pakcik .
Farhana menoleh ke arah lelaki itu. Awang, anak sulung neneknya, lelaki yang telah lama dianggap sebagai pelindung keluarga Wan Hamat. Wajahnya tenang tetapi penuh rahsia. Dia melangkah ke hadapan, menatap Farhana dengan mata yang redup.
Farhana : Ana perlukan Satu mangkuk Darah pakcik Awang untuk memulihkan ilmu perbidanan Ana Pakcik.
Awang: (dengan suara yang tenang dan mendalam) Darahku bukan sekadar darah. Ia darah yang diwarisi turun-temurun. Dengan meminumnya, kau akan mendapat kembali segala ilmu yang telah hilang.Awang memutuskan darahnya ke Dalam mangkuk Farhana melihat satu mangkuk Darah itu,
Farhana teringat bisikan Tok Sari Dalam mimpinya.
Tok Sari: (berbisik kepada Farhana) Ingat, Ana. Darah Awang adalah darah suci. Selagi dia hidup, dia akan terus menjadi pelindung keluarga kita.
Farhana menatap mangkuk berisi darah itu dengan perasaan bercampur baur. Ini bukan soal mahu atau tidak. Ini soal menerima kembali takdirnya. Dia menarik nafas dalam, lalu membawa mangkuk itu ke bibirnya. Dengan satu tegukan perlahan, dia merasakan sesuatu yang luar biasa…
Satu tenaga hangat mula mengalir dalam tubuhnya. Cahaya keemasan membalut tubuhnya, dan dia merasakan satu persatu memori ilmu perbidanan kembali ke dalam fikirannya. Doa-doa lama, teknik rawatan, jampi-jampi neneknya—semuanya kembali seperti ombak yang melimpah ke pantai. Tubuhnya kembali segar, dan dia merasakan dirinya kini lebih kuat daripada sebelumnya.
Firhan Yang tadi tidur kini terjaga Dia berdiri di sudut bilik, nafasnya tertahan di kerongkong. Tangannya masih basah dengan peluh, jari-jarinya menggenggam erat buku nota yang selalu dibawa ke mana-mana. Tetapi malam ini, tiada teori perubatan yang dapat menjelaskan apa yang sedang berlaku di
Di atas tilam lama itu, Farhana terbaring lemah. Wajahnya pucat, bibirnya kering, dan degupan jantungnya hampir tidak terasa sewaktu dia memeriksa nadinya tadi. Sumpahan itu telah meragut segala tenaga dalam dirinya, dan Firhan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan paling buruk—kehilangan gadis itu buat selama-lamanya.
Tetapi kemudian, sesuatu yang tidak terjangka berlaku.
Farhana perlahan-lahan mengangkat mangkuk kecil berisi darah Awang. Firhan hampir melangkah ke depan untuk menghentikannya, tetapi sesuatu dalam dirinya membuatnya kaku di tempat. Matanya hanya mampu memerhati saat gadis itu membawa cairan merah pekat itu ke bibirnya.
“Farhana… jangan!”
Dia hampir menjerit, tetapi sudah terlambat. Dengan satu tegukan, darah itu mengalir masuk ke dalam tubuhnya.
Dan saat itu juga, udara di sekeliling mereka berubah.
Mata Firhan membesar saat dia melihat warna merah samar mula menyerap ke dalam tubuh Farhana, menyelinap ke setiap urat nadinya seperti aliran tenaga yang baru. Cahaya keemasan mula membaluti tubuh gadis itu, berkelip-kelip dalam gelombang yang aneh tetapi menenangkan. Rambutnya yang tadi kelihatan kusam kini berkilau semula, pipinya yang pucat kini kembali merona seperti ada nyawa baru yang sedang menyelusup masuk ke dalam dirinya.
Degupan jantung Firhan semakin laju. Ini… mustahil!
"Bagaimana ini boleh terjadi…?"
Dia hampir tergamam, tangannya secara refleks meraba kantung kot putihnya, seolah-olah mencari alat saintifik yang boleh memberikan jawapan. Tetapi dia tahu, tidak ada apa-apa dalam dunia perubatan moden yang boleh menjelaskan fenomena ini.
Tiba-tiba, mata Farhana yang tertutup sejak tadi terbuka. Sinar matanya bercahaya, seakan memantulkan ribuan bintang di angkasa. Nafasnya teratur, malah tubuhnya yang lemah kini sudah kembali tegak. Dia bangun perlahan-lahan, mengangkat tangannya ke hadapan, seolah-olah sedang merasai tenaga yang baru dipulihkan dalam dirinya.
Firhan melangkah ke belakang, dadanya naik turun menahan debar. Dia tidak pernah percaya pada perkara mistik. Seluruh hidupnya dihabiskan dalam bilik bedah dan makmal perubatan, percaya kepada fakta dan sains. Tetapi malam ini, buat pertama kalinya dalam hidupnya, dia menyaksikan keajaiban dengan matanya sendiri.
Dan buat pertama kalinya juga… dia tidak pasti sama ada dia harus takut atau kagum dengan Farhana.
"Farhana… kau… kau okey?"
Suara Firhan sedikit bergetar. Matanya menatap Farhana dengan pandangan penuh persoalan dan kekeliruan.
Farhana tersenyum kecil, matanya penuh ketenangan. “Aku sudah kembali, Firhan.”
Farhana memejamkan matanya seketika, sebelum akhirnya menghela nafas panjang.
"Ski sudah kembali Firhan.
Share this novel