“Im.Jangan tinggalkan aku sorang-sorang.Please.” ujar Ruins lalu menitiskan air mata. Imran menghentikan langkahnya lalu melutut perlahan di hadapan Ruins lalu berkata,"Ruins,dengar sini.Kita semua akan selamat.Jangan risau.Selagi aku ada, kau akan selamat.Kita kan “bestie”.Susah senang sama-sama. Dah, jangan nangis.Lemahlah siapa yang nangis ni. Balik nanti, aku belanja aiskrim.”ujar Imran lalu menggelapkan air mata Ruins dengan tangan kanannya yang bersarungkan sarung tangan. Dengan pantas dia beredar dari kawasan tersebut.
Beberapa minit kemudian, Ruins terus bangkit lalu beredar dari kawasan tersebut. Suasana kelihatan, sunyi sepi seakan-akan semua telah berakhir. Khawla perlahan-lahan memeriksa kawasan sekitarnya.Tiba-tiba, dia ternampak Imran yang sedang duduk elok di sebuah kerusi.Kelihatan Imran sedang menunduk wajahnya.
Ruins yang bersenjatakan senapang perlahan menuju ke arah Imran. Tidak lama kemudian,Imran pun mengangkat wajahnya lalu melihat Khawla menuju ke arahnya.Imran memberi amaran kepadanya supaya tidak memasuki kawasan tersebut kerana kawasan tersebut merupakan kawasan umpan.Imran cuba berbisik namun tidak didengarinya.
Laser tepat pada dahinya,lantas sedas peluru dilepaskan.Pantas Khawla mengelak lalu melepaskan sedas peluru ke arah ahli hitam yang cuba membunuhnya.Sedas menembus dahi ahli hitam itu.Namun bukan itu sahaja, ahli hitam yang lain langsung serang semula. Dengan itu, bermulalah perlawanan antara Ruins dan ahli hitam yang lain. Ketika Khawla sedang sibuk berlawan Imran cuba membebaskan dirinya dari perangkap yang dipenuhi bom.Sekian lama mencuba,akhirnya dia berjaya.Tidak sempat dia membantu Khawla,dia ditahan oleh beberapa
orang ahli hitam.
“Ruins! Lari!”arah Imran.
“Lepaskan dia! ”ujar Ruins.
“Kau ingat senang saja, aku nak lepaskan dia? Darah dibayar darah."kata orang misteri itu.
“Lari, Ruins!”kata Imran dengan tegas.Ruins cuba meninggalkan kawasan tersebut lantas berpaling lalu menembak orang misteri itu,Mr.X diikuti ahli hitam yang berada dekat dengannya namun rakan sepejuangnya turut terkorban akibat dibunuh.Tanpa Ruins sedari, sedas peluru ketika dia membunuh Mr.X dilepaskan serentak dengan pembunuh tersebut.Kedengaran pasukan tentera yang baru mendarat, lantas menangkap Ruins yang dituduh membunuh rakan sepejuangnya sendiri.
“Tahan,dia! Ruins dari pasukan Elite yang membunuh kapten pasukan Elite, Imran Hazam Bin Ibrahim.”ujar salah seorang ketua pasukan tentera yang baru tiba itu.
Ruins yang masih terkejut dengan pemergian rakan serpejuangnya begitu rapat dengannya.
____________________________________
[Di Mahkamah]
“Oleh kerana, wanita yang bergelar Ruins tidak menunjukkan alasan dan tiada bukti yang kukuh.Tambahan pula,ini adalah satu tuduhan maka dengan ini Ruins dihukum dibuang dari tentera.”ucap Hakim Yang Arif.
____________________________________
Namun tiba-tiba,kedengaran bunyi petikan jari.
“Hoi! Nak cerita ke tak nak cerita?”ujar Raiz.
Share this novel