Bab yang lalu...
“Khawla! Khawla? ”panggil Alif.Berulang kali nama Khawla disebut namun tiada langsung sahutan.Alif pun memandang Hakim dan Raiz yang berada di kiri dan kanannya.
________________________________________________
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak lari yang sedang berlari berhampiran kawasan kawad.Apabila masing-masing memandang ke belakang.Kelihatan Khawla yang berlari dengan laju menuju ke arah Alif.
“Maafkan saya,tuan.Berikan lah hukuman kepada saya, saya sanggup mengerjakannya.”ujar Khawla yang berasa bersalah kerana lewat menghadiri latihan.
“Kenapa aku kena denda kau? Sedangkan latihan kita belum bermula?”jelas Alif lalu mengenyitkan mata kirinya. Khawla perlahan memandangnya lalu menabik hormat kepadanya. Setelah selesai, Khawla lantas berbaris mengikut barisan.
Tepat pada waktu tengah hari, prebet masing-masing berbaris.Ia menandakan waktu latihan kawad kaki tamat.
“Baik,lepas ni ada latihan apa?”tanya Alif.
“Latihan menembak, tuan!”ujar seorang prebet muda lelaki yang mana ketua prebet muda.
“Korang rehat dulu ke pergi terus latihan?”tanya Alif.
“Rehat, tuan! ”ujar ketua prebet muda itu.
“Hmm, kalau rehat masing-masing laju saja.”ujar Alif lalu menggelengkan kepalanya perlahan.Ketua prebet muda itu hanya tersenyum memandang Alif.Setelah tiada apa yang perlu diperkatakan, Alif pun terus membenarkan prebet-prebet rehat sebentar. Tidak lama selepas itu, Alif mengajak Raiz dan Hakim untuk pergi ke perjabat bagi menyelesaikan beberapa kerja mereka tetapi mereka melihat Khawla berjalan di hadapan mereka lalu Raiz pun memanggilnya.
“Asal lambat?”ujar Raiz. Khawla lantas terpegun lalu memalingkan kepalanya ke belakang.
“Kau pergi mana? Lambat datang latihan.Tak pasal-pasal Alif ni kena back up kau. ”ujar Hakim.
“Maafkan saya, tuan-tuan sekalian.Sebelum itu, tuan-tuan kena ikut saya.”ujar Khawla lalu membawa mereka ke pejabat penyiasatan.Mereka bertiga hanya mengikut saja setiap langkah yang dituju oleh Khawla.
________________________________________________
[Di pejabat siasatan]
“Sila ambil tempat masing-masing. Saya, Khawla akan menerangkan tujuan saya membawa tuan-tuan ke sini.”ujar Khawla sambil memegang laser di tangan kanannya.
“Ok, sekarang.Tuan-tuan sekalian cuba baca yang dipaparkan di skrin ni.”arah Khawla.
“HITAM?”ujar Raiz,Hakim dan Alif serentak.
“Yes, that's right! Jadi kumpulan HITAM ini adalah penjajah sempadan yang telah lama terkenal tetapi sejak kemerdekaan negeri, kumpulan ini tidak langsung kelihatan selepas itu.”ujar Khawla lalu mengimbau masa lalu.
____________________________________
[Pelabuhan Klang, 00:00pm]
“Cepat ambil barang itu. Jangan terhengeh-hengeh! Kita dah lewat ni! ”ujar ketua ahli hitam.Dengan pantas ketua itu berlari ke arah seseorang yang berpakaian kot berwarna hitam ,berdiri di dalam bayang yang gelap.
“Kenapa lambat? Rugi aku hari ni. Kau tahu tak? ”ujar lelaki misteri itu dengan suara palsunya.
“Maafkan saya, tuan! Kami ada kerosakkan enjin kapal.”ujar ketua ahli hitam itu sambil menunduk kepalanya.
“Barang aku mana? ”tanya orang misteri itu dengan suara palsunya.
“Yol! Barang bawa sini! ”jerit Ketua Ahli Hitam itu.
Dengan perlahan-lahan, lelaki bersut hitam serta bertopeng itu pun keluar dari bayang yang gelap itu bersama orang peribadinya lalu membuka beg panjang yang dibawa oleh orang suruhannya.Lelaki bertopeng itu pun mengarah orang peribadinya untuk membuka beg tersebut. Namun tiba-tiba...
“Ahhh!”jerit kesakitan orang peribadi orang misteri itu.Perlahan-lahan orang misteri itu memandang ke arah laser yang terus menuju ke wajahnya lalu dia pun membuat tiga jarinya menjadi bentuk pistol.
“Bang..”ujar orang misteri itu sambil menunjukkan tiga jari berbentuk pistol ke arah laser yang dituju oleh seorang angkatan tentera.Dalam fikiran mereka ia hanya lah gurau,akan tetapi ia rupanya menandakan dia memangil anak-anak buahnya untuk menyerang pasukan angkatan tentera itu lalu tercetus lah peperangan di antara angkatan tentera dengan kumpulan hitam.
Saat peperangan tercetus,suasana begitu hura-hara sehingga ramai ahli hitam gugur ke tanah termasuklah beberapa angkatan tentera.Khawla yang mempunyai kemahiran dalam pertempuran, dalam masa yang singkat dia mampu menewaskan ahli hitam.Tanpa disangkakan,sedas peluru dilepaskan ke arah Khawla pada bahunya.Apabila dia memaling ke belakang dia terlihat orang peribadi milik orang misteri itu memegang sepucuk pistol di tangannya.Namun ditewaskan oleh rakan sepejuangnya, Imran. Masing-masing sedang sibuk berperang, Imran lantas membantu Khawla membalut luka di bahunya dengan sapu muka milik Imran.Dengan kesakitan yang melampau,Khawla ingin menitiskan air mata namun dia hanya menahannya.
“Ruins! Dengar sini.Kau rehat dekat sini dulu.Aku nak jejak Mr.X.Kau jangan pergi mana-mana kecuali kau dah sembuh.Faham ke tak faham?”ujar Imran lalu perlahan melangkah.Namun tiba-tiba, Imran merasai lengan bajunya ditarik oleh Khawla.Khawla kelihatan menunduk pandangannya lalu menitiskan air mata.
Share this novel