Malam yang gelap disusuri angin yang sejuk pada waktu lepas isya'.Begitu dingin seluruh badannya.Tiba-tiba, terasa seperti ada seseorang di belakangnya.Dalam bisik hatinya, dia berzikir perlahan-lahan. Namun begitu, terasa pula dirinya begitu rapat dengan “benda” itu.Kata hati, menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku. Lantas Khawla pun menoleh ke belakang lalu terpegun buat seketika. Rupanya, Raiz berada di belakangnya. Kebetulan pula tujuan mereka untuk pulang ke bilik selepas selesai solat isya'.
“Eh, kau ni dah kenapa.Terpegun pula.”ujar Raiz yang melihat Khawla terpegun apabila memandang dirinya.Selepas mendengar suara Raiz, Khawla pula tersedar dari pegunnya itu.
“Tuan Raiz, rupanya.Saya ingatkan orang lain.”ujar Khawla.Raiz pun mengelengkan kepalanya lalu mengajak Khawla untuk pulang bersama alangkah dekat asrama mereka.Namun secara tiba-tiba, Khawla terdengar bunyi ranting di belakangnya.Lantas dia menoleh ke belakang lalu ternampak lembaga yang rupanya seakan-akan seperti manusia.
“Kau dah kenapa?”tanya Raiz yang hairan apabila melihat Khawla menoleh kepalanya ke belakang.
“Tiada apa, tuan.”ujar Khawla.Mereka berdua pun sambung melangkah ke asrama masing-masing.
________________________________________________
[Di Bilik Khawla]
Perlahan-lahan dia meletakkan badannya ke atas katil yang empuk dan lembut.Tepat pada jam 12 malam, Khawla masih belum melelapkan matanya namun sebaliknya fikirannya terus diganggu oleh lembaga hitam yang dia nampak semalam.Rupanya seperti manusia, pantas berlari.Terus cuba-mencuba Khawla meneka siapa di sebalik “lembaga hitam” itu.
________________________________________________
[Keesokkan harinya, di papan kenyataan]
“Khawla... ha! Kelas B.Alhamdulillah.”ujar Khawla yang sedang sibuk mencari namanya.Khawla pun bertekad untuk pulang ke asrama bagi menukar pakaiannya yang mana hanya memakai telekung.Apabila dia menoleh ke belakang, Khawla terserempak dengan Raiz yang juga sedang sibuk mencari namanya.Raiz yang terlalu peka mencari namanya sehingga tidak perasan ada seseorang di hadapannya.
“Tuan Raiz.Tumpang lalu.”panggil Khawla yang terperangkap.Raiz terus menunduk sedikit kepalanya lalu lantas berudur selangkah ke belakang untuk memberikan ruang kepada Khawla untuk beredar.
“Tuan Raiz buat apa kat sini?”tanya Khawla yang hairan.
“Cari nama, kenapa?”balas Raiz kemalasan.
“Oh.Maaf ganggu.”ujar Khawla lalu melangkah kakinya untuk pulang ke bilik.
“Khawla, apa kelas kau?”tanya Raiz.
“Kelas B, tuan.”balas Khawla.Khawla memandang Raiz penuh kehairanan.Pantas dia pun meninggalkan tempat itu.
________________________________________________
[Pada jam 8.00 pagi]
Suasana indah turut disusuri angin mendayu di pagi hari ini.Terlihat pula burung terbang bebas di langit.Terlihat meja kelas tersusun elok mengikut kedudukannya.Khawla yang sudah sampai terus duduk di tempat yang dia suka mengikut hatinya.Di sana, bukan dia seorang saja malahan ada juga yang sudah sampai lebih awal darinya. Khawla perlahan mengeluarkan buku sementara menunggu guru yang bakal mengajarnya.
Beberapa minit kemudian,tibalah seorang lelaki yang berpakaian lengkap tentera.Terlihat juga pasukan Bravo di belakang lelaki itu.“Perhatian, semua! ”ujar Hakim, rakan sepejuang Raiz.Khawla yang sibuk membaca lantas meletakkan bukunya itu di atas meja lalu wajahnya berubah hairan apabila mentornya juga ada di kelasnya.
“Dengar dengan teliti.Ini ialah guru tentera untuk kelas B.Namanya Muhammad Zahid dari pasukan Alfa.Jadi beliau akan ajar kita tentang strategi atau sebagainya.Sebelum terlupa, kamu juga akan diberikan kumpulan baharu secara berpasangan dengan kami.Jadi,waktu latihan kamu kekal dengan mentor tetapi waktu kelas, kamu akan berpasangan dengan kami selama sebulan.Faham?”jelas Hakim setelah menerangkan perkara tersebut.
“Faham, tuan!”ujar pelajar kelas itu.Tanpa membuang masa lain, sesi agihan kumpulan itu pun bermula.Seorang demi seorang,Hakim agihkan.Dalam sangkaan Khawla, dia akan berkumpulan dengan Raiz alangkah dia mentornya.Seperti yang disangka,
“Ahmad Raiz...Khawla! ”ujar Hakim.Setelah namanya dipanggil dia lantas mengangkat tangannya.Selepas itu,Hakim pun terus menjalankan tugasnya.Khawla yang malu perlahan menurunkan tangan kanannya.
Setelah selesai, akhirnya kelas pun bermula.Mata masing-masing fokus memandang ke hadapan.Tepat pada waktunya, siren pun berbunyi menandakan kelas sudah tamat.Masing-masing lantas berdiri lalu keluar dari kelas itu kecuali Khawla dan Raiz.
Raiz yang bernekad untuk keluar dari kelas berubah fikiran apabila melihat Khawla yang masih ada di dalam kelas.
“Oii! Tak nak makan ke? Kan waktu rehat sekarang.”tanya Raiz.
“Kejap.Baik dah siap,jom makan!”sorak Khawla yang bersusah payah menyiapkan nota yang diberikan oleh Tuan Zahid yang mana tertulis di papan putih itu.
“Dah cepat!”ujar Raiz yang kelaparan.
Akhirnya,mereka berdua pun mula melangkah ke kantin untuk mengisi perut mereka yang kosong.Walaupun kelas sudah tamat,Khawla seakan-akan merasai sesuatu yang tidak kena dengan hatinya.
________________________________________________
[Di kaferia]
Setelah mereka sampai di kafeteria lantas mereka beratur untuk membeli makanan.Kebetulan pula,Raiz juga ingin membeli makanan yang sama seperti Khawla.Oleh itu, Khawla pula meluahkan tentang kejadian itu.
“Tuan,saya nak tanya soalan boleh?”tanya Khawla.
“Hmm, apa?”balas Raiz.
“Tuan,saya rasa dekat kem kita ni ada ‘lembaga hitam’.”ujar Khawla.Setelah mendengarnya, Raiz terus memandangnya lalu mentertawakan Khawla.
“Saya cakap betullah,Tuan.Bukan tipu.”ujar Khawla.
“Kalau ada pun.Kau biarkan sajalah.Tak payah kacau dia.Pandailah dia lari nanti.”ujar Raiz lalu sambung mentertawakannya.Khawla lantas memandang tempat lain.
________________________________________________
[Pada waktu malam]
Suasana gelap gelita.Cahaya yang terpancar hanyalah sedikit.Walaupun dia sering ditertawakan,dia tetap bangkit menegakkan pendiriannya. Berpakaian seragam lengkap bermakna dia bersedia untuk mencabar ‘lembaga hitam’ tersebut.Tanpa membuang masa,Khawla terus menuju ke lorong sunyi itu yang mana berdekatan dengan hutan.
Setelah sampai,perlahan dia melangkah lalu memanggil‘nya’.“Oii! Aku tahu kau menginap dekat sini.Muncullah! Aku dah bersedia.Aku tahu siapa yang kau cari.”ujar Khawla dengan suara yang kuat.Tidak lama kemudian, kedengaran suara suram di sebalik semak-samun. “Jadi, kau dah bersedia?”ujar suara suram itu. Lantas suara itu hilang,namun pantas ‘Lembang Hitam’ itu menyerang Khawla dengan sebilah pisau yang tajam. Khawla terus terperangkap olehnya.Lantas Khawla tersenyum tipis dibibirnya lalu mengemukakan soalan.
“Wow, tak adillah kalau kau seorang saja yang mengenalkan diri.Biarkan aku kenalkan diri aku.”ujar Khawla lalu mencampakkan orang misteri yang mengintip sebagai ‘lembaga hitam’ ke darat.Orang misteri itu kelihatan seperti seorang lelaki yang mempunyai badan yang kurus dan cukup tinggi.Khawla dengan bersungguh-sungguh mengelakkan dirinya dari tercedera. Disangkakan hanya seorang tetapi kelihatan ramai orang misteri yang berpakaian serba hitam serta muka mereka turut disembunyikan.
Khawla yang berseorangan cuba mengundurkan diri namun dapat ditangkap oleh ahli ‘lembaga hitam’ itu.Khawla turut diugut dengan sebilah pisau tepat di lehernya.Ahli-ahli misteri itu berapat-rapat untuk membunuh Khawla.
Namun,...
Share this novel