Hari demi hari rekrut angkatan tentera berusaha keras untuk mengapai kegemilangan. Namun tanpa disangka, hari itu telah pun tiba iaitu hari tamat latihan perajurit muda.Setelah setahun berusaha keras, kini tibalah hari yang ditunggu-tunggukan.
“Senang diri! Rehatkan diri! Baris! Baris sedia!”arah wakil perajurit muda lelaki itu.Arahannya lantas dilaksanakan oleh perajurit muda yang lain.Masing-masing kelihatan berpakaian seragam lengkap,tag nama turut bersinar disusuri cahaya.Apabila terimbau masa yang lalu, masing-masing merasai seram sejuk. Namun kini, seram sejuk langsung hilang di jiwa mereka. Hanya semangat mampu berbicara.
Seperti biasa, majlis mengalu-alukan ucapan Tuan Jeneral.Walaupun ucapan beliau sungguh tragis namun semangatnya yang membuak-buak memberikan motivasi kepada perajurit muda.Setelah itu, menyampaian anugerah kepada perajurit muda yang layak dilaksanakan.Khawla berasa sungguh gembira ke atas pencapaian rakan-rakannya.Namun tanpa disangka namanya turut dipanggil.Apabila namanya disahut, dia terkejut buat seketika lalu perlahan ke atas pentas mengambil anugerah itu.
“Tahniah, Khawla.”ujar Tuan Jeneral itu lalu mengenyitkan mata kirinya.Khawla terasa ingin menangis namun semangatnya menghalangnya.
________________________________________________
[Setelah tamat majlis]
“Khawla! ”jerit Imah.Khawla yang sedang berseorangan pantas memandang ke arah suara itu. Kelihatan keempat-empat rakannya berlari ke arahnya lalu setelah sampai mereka memeluk Khawla sekuat-kuatnya.
“Korang rupanya. Eh, korang peluk saya kuat-kuat dah kenapa? Macam nak berpisah pula. ”ujar Khawla.Kata-kata Khawla membuatkan mereka berempat memandang satu sama lain.
“Khawla, sebenarnya kita berlima akan berpisah.”ujar Rani dengan nada yang sayu.Kata-kata Rani membuatkan Khawla terkejut.
“Ha! Betul ke ni? Kenapa? ”ujar Khawla.
“Betul.Sebab saya dapat tawaran di Pulau Pinang.”ujar Rani.
“Saya dapat tawaran di Pahang.”ujar Imah.
“Kami berdua dapat tawaran sambung belajar di universiti.”ujar Yan yi.
“Khawla, kamu sedih ke? ”ujar Mei Li.Khawla yang menitiskan air mata lantas mengesat air matanya lalu memeluk mereka berempat dengan erat. Tidak lama kemudian, mereka berempat pun beredar dari situ.Khawla yang sedang duduk di bangku hanya memandang lencana anugerah yang dia dapat sebentar tadi.
“Raiz! Itu bukan menti kau ke? Kenapa dia sorang je?”ujar Alif yang ternampak Khawla yang sedang duduk di bangku itu.Raiz lantas memandang arah yang ditunjukkan oleh jari Alif.
“Biar lah dia. Dia tengah tunggu family dia.”ujar Raiz lalu melangkah lebih maju daripada rakan-rakannya yang lain. Namun tiba-tiba, hatinya tidak merasai senang apabila meninggalkan Khawla berseorangan.Oleh itu, Raiz pun berpatah balik hanya untuk mengucapkan “tahniah” kepadanya.
________________________________________________
[Di Bangku yang terletak di kawasan perhimpuanan]
Apabila sampai di hadapannya, Raiz lantas memulakan perbualan dengan Khawla.Khawla hanya menundukkan pandangannya.
“Tahniah, Khawla.”ujar Raiz dengan nada yang lembut.Ucapan Raiz membuatkan Khawla lantas mendongakkan kepalanya ke arah matanya lalu tersenyum.
“Tersengih-sengih.Mana yang lain?”ujar Raiz.
“Kawan-kawan saya yang lain dapat tawaran di tempat yang jauh dan ada juga yang sambung belajar di menara gading.”ujar Khawla dengan nada yang sayu.
“Dah tu.Mak ayah kau tak kan tak sambut kau? ”ujar Raiz.Apabila Raiz menyentuh tentang ibu bapanya.Reaksi Khawla hanya mengelengkan kepalanya lalu meluahkan perasaan sudut hatinya.
“Mak dengan Abah dah meninggal.Kedua-dua meraka adalah angkatan tentera. Namun,apabila mereka berdua dihantar ke Syria untuk membantu rakyat di sana.Mereka..”jelas Khawla.Belum sempat dia menghabiskan luahan hatinya,Khawla terus mengalirkan air mata.Raiz pun perlahan-lahan memberinya sekotak tisu kepadanya lalu cuba menenangkan hatinya.
________________________________________________
[Di asmara perempuan]
Sunyi sepi, tiada langsung bunyi.Maklum lah,masing-masing pulang ke kampung halaman. Di kem,hanya beberapa orang sahaja yang tinggal termasuklah Khawla yang keseorangan di biliknya.Terlihat kemas dan bersih serta rapi.Tiada langsung habuk. Namun tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan pintu pada pintu milik biliknya.Khawla pun perlahan-lahan membuka pintu lalu terlihat seorang pemuda yang berpakaian T-shirt dan berseluar jeans. Apabila dia memandang ke atas, dia terlihat tuannya Raiz.
“Eh, tuan rupanya.Terkejut saya.Wow,segaknya tuan hari ni.Nak jemput teman hati ke?”ujar Khawla lali mengusik Raiz.
“Hmm, lebih kurang lah.Teman hati.Ni, aku ingat nak ajak kau pergi Pesta Makanan.Alang-alang, kau pun tak ada teman kan? ”ujar Raiz.Perkataan ‘teman hati’ yang dikatakan oleh Raiz kepada Khawla membuatkan jantungnya berdegup laju.
“On tak on? ”tanya Raiz.
“On. ”ujar Khawla dengan nada perlahan setelah diusik oleh Raiz.
Beberapa minit kemudian,...
“Ok, jom!”ujar Khawla.Sahutan Khawla membuatkan Raiz memandang ke belakang lalu melihat Khawla yang berpakaian cantik dan bertudung labuh.
“Ok tak?”tanya Khawla kepada Raiz.
“Awak cantik.”ujar Raiz.Kata-kata Raiz didengari oleh Khawla lalu lantas Raiz berpura-pura batuk untuk menyembunyikan rasa malunya memuji Khawla.
Tidak lama kemudian, mereka pun memulakan langkah ke pesta itu.Namun tiba-tiba pula, terlihat Hakim dan Alif memakai baju kemeja yang kemas dan rapi.
“Kami nak ikut,boleh?”ujar Alif.Raiz lantas memandang Alif lama lalu menggerakkan bebola matanya untuk mengarahkan mereka pulang. Tetapi Hakim hanya mengelengkan kepalanya.
“Elok lah kami ikut sekali.Kan tak manis berdua.”ujar Hakim.
“Ha! Betul, betul, betul.Ok, jom!”ujar Khawla lalu memulakan melangkahnya ke Pesta Makanan tersebut.
________________________________________________
[Di pesta makanan]
“Wow! Banyaknya makanan!”ujar Khawla.
“Tuan, saya nak beli makanan di sana.Nanti saya cari tuan balik.”ujar Khawla.Lantas Khawla pun pergi ke gerai yang diminatinya itu.Setelah selesai membeli-belah makanan. Khawla cuba mencari Raiz namun dia sesat di tengah-tengah pesta itu. Tambahan pula, pergerakan pengunjung lain pun sesak.Oleh itu, Khawla tidak berputus asa. Dia cuba mencari jalan keluar. Beberapa minit kemudian,akhirnya dia dapat mengeluarkan dirinya dari kesesakan itu.Namun tanpa disangkakan,kawasan yang sedang dia berada adalah tempat letak kereta.Oleh itu, terlihat cahaya terang di sebelah kirinya.Namun Khawla bukan melarikan mahupun dia terus berlari ke arah bertentangan kereta lalu cuba menyelamatkan seorang budak lelaki kecil yang sedang memegang sebuah belon di tangannya.
Khawla dengan pantas menolak kanak-kanak lelaki itu ke seberang jalan lalu hanya meninggalkan dirinya menghadapi kejadian itu.Roda berputar semakin laju, masa untuk menyelamatkan dirinya telahpun kesuntukan waktu.Oleh itu, Khawla hanya memandang ke arah cahaya kereta itu seakan-akan memikirkan ini hari yang terakhir baginya.
Akan tetapi,...
Share this novel