BAB 2:Saya Khawla

Action Series 1637

Taman yang luas dipagari oleh tumbuh-tumbuhan.Suasana indah,damai dan harmoni. Langit juga turut cerah.Tanpa tidak sengaja,Raiz terlihat seorang wanita yang tertutup dengan kain putih satu badannya olah-olah seperti bidadari syurga.Kata hati,ingin bertanya di mana dia berada. Namun tiba-tiba saja, dia terdengar suara seseorang lalu memandang ke arah langit,rupanya...


“Raiz! Raiz! Bangunlah,dah subuh ni.Setelah mendengarnya,dia terus bangkit dari tidurnya terus menuju ke bilik air untuk mandi lalu terus bersiap ke surau yang terdapat di dalam kem tentera tersebut.“Eh,dah kenapa dengan si Raiz tu? Kemain laju.”ujar Alif kepada Hakim. Masing-masing hairan dengan karenahnya pada pagi ini.
_____________________________________________

“Assalammualaikumwarahmatulallah,Assalammualaikumwarahmatulallah”ujar si imam memberikan salam pada akhir dua rakaat solat fardu subuh tersebut lalu disertakan dengan doa.Setelah selesai, mereka pun bersurai.Sepanjang perjalanan trio itu ke bilik mereka...

“Hoi, Raiz. Kau ni asyik termenung saja.Semalam termenung,hari ni pun nak termenung?”ujar Alif kehairanan.“Entah!”sampuk Hakim.“Tak ada la,aku ok saja.Cuma...”ujar Raiz kerisauan namun sebelum dia menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kedengaran bunyi siren yang menandakan waktu berkumpul.Mereka dengan sepantas kilat berlari ke arah bilik mereka untuk menukar pakaian lalu terus berlari ke kawasan kawad.
_____________________________________________
(Di kawasan kawad)

“Perhatian! Kita akan memulakan perhimpunan bulanan kita pada hari ini.Namun begitu,perhimpunan ini dijangka tamat lewat daripada waktu asalnya.Jadi,semua bersedia.”jelas jurulatih itu di atas pentas.“Baik,tuan!”sahut pasukan anggota tentera itu.Setelah taklimat telah disampaikan oleh jurulatih itu lalu bermulalah perhimpunan bulanan tersebut.

Dimulakan dengan pembuka bicara yang disampaikan oleh pengacara majlis lalu disusuri dengan lagu kebangsaan.Suasana indah dipamerkan langit yang diwarnai biru cerah.Setelah itu, semua ahli tentera darat itu dikejutkan dengan beberapa ahli tentera baharu. Diri tegak di hadapan mereka. Mata bertentang mata.Perasaan gerun terasa di dalam jiwa ahli tentera baharu itu.


“Baiklah, tiba masanya untuk ahli baharu untuk menerima anugerah sebagai tanda selamat datang ke kem tentera ini.Anugerah akan disampaikan oleh Tuan Jeneral, Tuan Faizuddin Bin Abu Talib serta Puan Hajah Adnin bagi penyampai anugerah Tentera Darat Diraja Wanita.Dipersilakan.”ujar pengacara majlis itu.Setiap seorang menerima anugerah dengan penuh berdisiplin.Tiada langsung kesalahan berlaku walaupun diri mereka terasa terlalu gementar.Setelah selesai,ahli tentera yang baharu tersebut diminta untuk turun semula.“Baiklah tanpa membuang masa,semua anggota tentera kekal boleh bersurai malah ahli baharu harus kekal di kawasan kawad ini.Sekian, terima kasih.”ujar pengacara majlis.
_____________________________________________

Selepas anggota tentera kekal bersurai, kelihatan seperti Tuan Leftenan Kolonel turun lalu bersemuka menghadap ahli tentera baharu.“Senang diri!,rehatkan diri!,”arah Tuan Jeneral kepada ahli baharu tersebut.Lantas menerima arahan,mereka terus melakukan apa saja yang diarahkan oleh anggota tentera berpangkat tinggi itu.“Baik, mulai esok merupakan latihan anda berkaitan semua perkara asas dan juga teras untuk melahirkan anggota askar yang semangat mempertahankan tanah air. Walaubagaimana, siapa yang melanggar peraturan kem, terus dibuang. Faham? ”ujar Tuan Jeneral itu kepada ahli anggota tentera baharu.“Faham,tuan.”sahut ahli tentera tersebut.
_____________________________________________
[Di Bilik Kem Wanita]
“Assalammualaikum.Wow,nampaknya aku orang pertama yang sampai.”ujar Khawla berikutan dengan beg bagasinya begitu banyak.Tanpa membuang masa, dia terus mengambil tempat lalu mengemas barang yang dibawanya itu.Ketika dia sibuk mengemas barangannya itu, tiba-tiba...
“Tok, tok” bunyi pintu tersebut seperti diketuk oleh sesorang.Tidak lama kemudian, Khawla terus berlari menuju ke pintu lalu membukanya dengan segera.Pintu pun terbuka.Kelihatan empat wanita yang berpakaian biasa lalu melambaikan tangan mereka ke arah Khawla sambil tersenyum walaupun dia sedang kehairanan kerana dia seorang sahaja yang berseragam lengkap. “Maafkan saya, saya terkunci pula.”kesal Khawla lalu mengaru kepalanya.“Eh, tidak mengapa, kami baik saja.Sebelum itu, jangan risau. Kami ahli tentera baharu.”jelas Mei Li.“Eh, ambillah tempat masing-masing ya. ”ujar Khawla sambil tersenyum.
_____________________________________________
[Pada waktu malam]
“Fuh, alhamdulillah.Siap pun.”ujar Khawla lalu melepaskan nafas lega setelah siap berkemas barangannya.“Fuh,lega nampak.”ujar Imah yang juga sedang mengemas barang-barangnya.Khawla terus tersenyum sehingga terlihat giginya.“Oh, baru saya teringat. Kita semua belum berkenalan dan saya tertanya macam mana korang boleh pakai baju biasa? ”ujar Khawla lalu mengajukan kehairanannya pagi tadi.“Saya Imah.Sebelah kiri awak tu, Mei Li. Sebelah kanan awak,Yan yi.Sebelah kanan saya pula, Rani,berbangsa india.”jelas Imah.
“Oh, saya Khawla. Awak semua sudah lama kenal ke? ”tanya Khawla.“Eh, tidaklah. Baru sahaja di tandas.Ok macam ini ceritanya.Selepas saja perhimpunan itu,saya terus ke tandas.Saya dah tidak tahan nak kencing.Kebetulan,seluar saya basah. Sebab itu, saya tukar baju. Lepas dah tukar, semua orang pandang saya lalu terus mereka semua tukar baju.Selepas kejadian itu, kami pun berkawan.”ujar Mei Li.Selepas cerita tersebut,tiba-tiba kedengaran seseorang menguap menandakan tenaga di dalam dirinya berkurangan.Selepas mendengarnya, mereka semula memandang ke arah Khawla yang sedang menutup mulutnya.“Nampaknya ada orang ingin masuk tidur.Sudahlah jom kita tidur dah lewat ni. ”ujar Yan yi lalu mengajak ahli yang lain untuk tidur.“Jom!”sahut ahli tentera baharu itu lalu tidur dengan lenanya.
_____________________________________________
Bab 3:Kau menti aku?!

“Kring! ”berbunyi jam loceng analog yang berada di sebelah kanan Khawla. Setelah mendengarnya, dia perlahan-lahan bangkit dari katilnya lalu membawa dirinya ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas selesai, dia pun terus mengejut semua rakannya.“Imah, bangun.Dah subuh ni. Dewi, Yan yi, Mei Li, bangun.Sudah pagi ni.”kejut Khawla perlahan-lahan membangunkan rakan-rakannya.Beberapa minit kemudian, rakan-rakannya pun bangkit dari lena sendiri. “Awalnya awak bangun, Khawla.Kenapa awak kejut semua orang.Kita semua kan berlainan kaum?”ujar Imah yang sedang menegangkan kembali tulang-tulangnya lalu mengemukakan kehairanannya dalam bentuk soalan kepada Khawla.Setelah mendengar, Khawla tersenyum sedikit lalu menjawab persoalan rakannya itu. “Oh begini, tujuan saya kejut korang ialah first kita tak lambat ke surau then second, saya kejut yang lain untuk bersiap.Ingat tak semalam, lepas berjemaah pagi subuh terus ada perhimpunan.Mana tak terkejutnya.Jadi sekurang-kurang, kita semua dah bersedia.”jelas Khawla lalu mengambil telekungnya itu bagi memakai sebagai tudung.“Oh, begitu. Terima kasih. Saya siap sekejap, lepas ni kita gerak. ”ujar Imah lalu terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum bergerak ke surau.

Beberapa minit kemudian, Khawla dan Imah pun bergerak keluar dari pintu biliknya itu lalu disusuri lambaian dari rakan sebiliknya yang berlainan bangsa.Maka bermulalah perjalanan mereka ke surau.Sepanjang perjalanan mereka menuju ke surau begitu banyak cerita yang diceritakan oleh mereka berdua sehingga ketawa terbahak-bahak. Namun tiba-tiba, kedengaran tapak kaki yang berjalan laju.Mereka pun memandang ke belakang serentak.Tiada sesiapa pun.Apabila menoleh ke hadapan semula, kedengaran pula ranting pokok patah seakan-akan ada seseorang telah memijaknya sehingga patah. Setelah itu, mereka pun memandang antara satu sama lain lalu memberi tanda yang mana untuk lari dari lorong tersebut. “Satu, dua,tiga. LARI! ”jerit Imah sekuat-kuat hatinya. Mereka pun terus berlari menuju ke laluan lain untuk ke surau.Namun ketika mereka sibuk berlari, tiba-tiba Khawla terdengar suara ketawa yang garau seperti lelaki.Dia pun terus menarik Imah ke satu simpang yang berhampiran dengan surau itu lalu memberitahunya kejadian yang terjadi beberapa minit tadi lalu dia pun merancang untuk membalas balik perbuatan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience