[Di penghujung lorong]
“Hahaha, kau tengoklah dua orang itu lari.Dah macam biawak pun ada.”ketawa Hakim sehingga perutnya seperti ingin pecah.Selain Hakim, Alif juga di sana.Ketawa terbahak-bahak.Namun selepas itu, perlahan-lahan tangan seseorang memegang bahu mereka. Mereka berdua yang ketawa terus terdiam. Tiba-tiba...
“Hoi! Korang apa hal ketawa terbahak-bahak ni sampai tak ingat dunia. ”tegur Raiz dengan nada yang kuat. Mereka berdua terus terjatuh ke atas tanah. “Uish, terperanjat aku. Kau pun, bagilah salam dulu ke. ”ujar Alif. “Dah, jom gerak. Nanti lambat. ”ujar Raiz lalu menghulurkan tangannya bagi membantu rakannya berdiri semula.
Sewaktu mereka mahu memasuki simpang, secara tiba-tiba mereka ditemukan dengan dua orang yang memakai telekung seakan-akan seperti pontianak.Mereka bertiga terus jatuh ke tanah.Rupanya, yang berupa-rupa menjadi hantu itu, Khawla dan Imah.Setelah melihat mereka jatuh, Khawla dan Imah terus mentertewakan mereka buat seketika. “Tulah, buli orang lagi. Kan dah kena. ”ujar Imah. Mereka bertiga pun terus bangkit lalu memandang mereka dengan wajah yang gerun.“Oh, berani korang kerjakan kami.Kau tak kenal kami siapa. Kami ni... ”ujar Alif.Belum sempat menghabiskan ayatnya. Khawla dan Imah terus berlari ke arah surau kerana azan sudah berkumandang.Mereka bertiga terpegun seketika. “Cis! ”geram Alif.
________________________________________________
[Di Bilik Penginapan lelaki]
“Geramnya aku.Kalau aku jumpa korang, habis aku kerjakan.”luah Alif dalam keadaan geram. “Hmm, korang yang kacau dulu. Mana tak marahnya orang.”ujar Raiz. Selepas mendengar nasihat rakannya itu, mereka berdua terus menyesal.
“Perhatian, semua diminta berkumpul ke padang kawad dengan segera. Pastikan anda mengetahui siapa mentor dan menti anda.Sekian .”kata angkatan tentera wanita tersebut melalui pembesar suara. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.Dengan pantas, mereka berlari ke papan kenyataan bagi mengetahui menti mereka sebelum didatangi oleh angkatan tentera yang lain.
Berlari pantas menuju ke papan kenyataan.Akhirnya,sampai dengan selamat.Jari telunjuknya tepat menunjukkan senarai tersebut lalu tepat mencari namanya. “Ahmad Raiz... Khawla? Jangan-jangan dia P. E. R. E. M. P. U. A. N.” bisik hati Raiz lalu wajahnya terus berubah menjadi pasrah. “Lajunya kau lari, Raiz. ”ujar Hakim.Alif dan Hakim dengan pantas mencari nama menti mereka. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, trio itu terus memandang antara satu sama lain lalu serentak berkata “redha saja lah.”Rupa-rupanya, ketiga-tiga mereka perlu membimbing rekrut perempuan.
________________________________________________
[Di pandang kawad]
“Diminta rekrut menghasilkan satu barisan yang panjang, menghadap pentas.”arah pengacara majlis kepada rekrut tersebut.Pantas para rekrut bertindak lalu menghasilkan satu barisan yang panjang seperti yang diarahkan okeh pengacara majlis.Setelah selesai, seorang demi seorang mentor mencari mentinya.Apabila sampai masanya, perlahan-lahan Raiz berjalan sepanjang barisan rekrut tersebut untuk mencari mentinya.Akhirnya...
“Khawla?”ujar Raiz sambil memandang tag namanya.“Ya, tuan! ”balas Khawla lalu mengangkat sedikit kepalanya ke atas,tepat pada mata Raiz.Tanpa disangkakan, Khawla merupakan mentinya.“Kau?! ”ujar Raiz dengan wajah terkejut. Khawla hanya mampu tersenyum ke arahnya. “Baiklah, kini berakhirlah perhimpunan.Bersurai.”ujar pengacara majlis.
Beberapa minit kemudian, semua anggota telahpun bersurai kecuali Raiz dan Khawla.“Kenalan diri! ”arah Raiz.“Saya Khawla Raudah,tuan.Boleh panggil saya Khawla, tuan!”balas Khawla.Raiz terus memandangnya dengan wajah yang gerun.“Bersurai! ”ujar Raiz.Dengan pantas Khawla mengucapkan terima kasih sambil menabik hormat.
________________________________________________
[Di Bilik Penginapan Khawla]
Khawla perlahan-lahan membuka pintu lalu memasuki biliknya.Dia terus memandang katilnya lalu mehempaskan mukanya ke atas bantalnya. Khawla terus menjerit sewaktu mukanya dihempas.Selepas itu, dia pun duduk dengan tenang lalu berzikir perlahan-lahan.
Rakan-rakannya pun terus berjalan menujunya lalu memeluknya dengan erat.
“Khawla, kenapa ni?”hairan Imah.
“Ada orang buli awak ke?”tanya Dewi.
“Kalau ada orang buli awak, nanti kami uruskan.Tunggulah.”ujar Mei Li dan Yan Yi serentak.
Kelihatan semua rakan-rakannya sangat risau dengan Khawla walaupun mereka baru sahaja berkenalan.“Thanks,korang.Korang nak tahu tak. Mentor saya siapa? ”ujar Khawla.Mereka berempat pun berkumpul rapat-rapat yang mana betul-betul ingin mengetahui mentor Khawla. Namun sebaliknya,...
“Tuan ... . Tak apalah, sambung esoklah.Saya nak tidur.Mengantuklah pula.”ujar Khawla lalu mentertawa kecil.“Khawla! ”geram serentak mereka berempat.
Share this novel