Tanpa disangka, kedua-dua tangannya disambut pantas oleh Alif dan Raiz.Hanya beberapa saat saja, Khawla hampir dilanggar.Namun, dia bersyukur terselamat daripada kejadian itu. Khawla yang sedang duduk termenung lantas sedarkan diri lalu menemui budak lelaki kecil yang masih berdiri di hadapannya.
“Awak ok?”tanya Khawla kepada budak lelaki itu.
“Maafkan saya, kakak.Saya tak nampak kereta tu.”ujar budak lelaki itu lalu menangis.
“Eh! Tak mengapa. Kakak baik saja.Mana ibu awak? ”ujar Khawla.
“Saya tak tahu.”ujar budak lelaki itu.
“Tak apa. Kita bawa saja budak ni ke pentas pesta ni.”ujar Raiz.Idea Raiz langsung sahaja dipersetujui oleh mereka berdua.
________________________________________________
[Dalam perjalanan ke pentas]
Menoleh ke kiri, monoleh ke kanan.Perkara acapkali dilakukan oleh Alif.Perlakuan Alif menyebabkan Raiz kehairanan.
“Alif, kau ni dah kenapa?Dari tadi tengok kiri, tengok kanan. Dah macam hilang anak.”ujar Raiz.
“Ish, tak ada lah. Aku tengah cari Hakim. Dia sepatutnya dengan kita.Tapi dia pula yang hilang. ”ujar Alif.
________________________________________________
Gelap-gelita di sebuah pejabat.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam pejabat itu lalu melaporkan laporan sesama.
“Selamat petang,tuan.”ujar seorang pemuda yang lengkap berbaju hitam dan bertopengkan sehelai sapu tangan bagi menyembunyikan identitinya.Tidak sempat pemuda itu melapor,sedas peluru menembusi bahagian bahunya.
“Ahhhhh”jerit pemuda itu.Apabila dia memandang ketuanya itu, terlihat ketuanya menunjukkan jari tunjuknya lalu meletakkannya ke bibirnya.
“Shhhh,nanti ada yang mendengar.”ujar ketuanya itu dengan suaru garau tiruan.
“Nampaknya,kau bukan lah pembunuh handal.Rugi aku bayar kau.Aku rasa aku patut bunuh saja kau. Tak reti buat kerja! ”ujar ketua misteri itu dengan suara garau tiruan.
“Tuan, berikan saya peluang kedua.Saya janji lebih peka selepas ini.”rayu pemuda itu.
________________________________________________
[Di pentas pesta]
“Maafkan saya, boleh tuan umumkan budak yang hilang ni.”ujar Khawla kepada pengacara pentas itu.
“Baik. Perhatian kepada semua pengunjung Pesta Makanan, saya ingin mengumumkan kepada ibu dan bapa.Seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun,berbaju biru.Jika kanak-kanak ini anak anda,sila berjumpa kami di kawasan pentas.Sekian Terima Kasih. ”ujar pengacara pentas itu.
“Terima Kasih banyak-banyak bantu kami. ”ujar Khawla dengan jiwa yang lega. Raiz memandang Khawla lalu mengukirkan senyuman.
Tidak lama kemudian, seorang wanita berlari ke arah budak lelaki itu lalu memeluknya dengan erat.Ternyata itu lah ibunya lalu si ibu pun berterima kasih kepada mereka bertiga.
“Ok! Jom balik! ”ujar Khawla.
“Jom! ”ujar Alif.
Ketika mereka dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Hakim yang sibuk menjamu selera di sebuah meja yang berpayung.Khawla dan Alif memikirkan untuk mengejutkan dia. Raiz memandang mereka berdua lalu bersetuju dengan perancangan mereka.
Perlahan-lahan mereka bertiga mengejutkan Hakim lantas “Bahh! ”.Serentak mereka bertiga lalu mentertawakan Hakim yang terjatuh dari kerusi.
“Ish! Terkejut aku lah.”ujar Hakim.
“Amboi, penat kami cari kau. Kau ada kat sini? ”ujar Alif.
“Tu lah! Awal-awal tadi, seingat aku kau ada dekat belakang aku.Tiba-tiba, hilang.”ujar Raiz.
“Hehehe, maaf ya semua. Aku tertarik dengan makanan-makanan ni.”ujar Hakim.
“Hahahh, sebenarnya saya ingat Tuan Hakim garang rupanya baik orangnya.”ujar Khawla setelah ketawa kecil.
“Luar ganas tapi dalam hati ada taman.”ujar Hakim.
________________________________________________
[Setelah sampai di kem]
“Terima kasih, semua ajak saya pergi jalan-jalan.”ujar Khawla. Alif dan Hakim menunjukkan tabik santai kepada Khawla.Lantas Khawla pun mula bergerak ke biliknya.
“Aku dengan Alif gerak dulu.”ujar Hakim kepada Raiz.Raiz pun membalasnya dengan menundukkan kepalanya sedikit lalu berlari mengejar ke arah Khawla.
Khawla yang hampir melangkah masuk ke dalam biliknya tiba-tiba berhenti.
“Khawla! ”jerit Raiz.
“Tuan! Boleh saya bantu,Tuan!”ujar Khawla sambil menabik hormat.Setelah sampai di hadapan Khawla,Raiz langsung terdiam buat seketika.
“Raiz, kau boleh Raiz.Cakap saja, bukan susah pun.”bisik hati Raiz lalu menghembuskan nafas perlahan-lahan.
“Khawla.Kau....Khawla...”ujar Raiz tergagap.Khawla memandangnya kehairanan.
“K... haw.. la... Selamat malam.”ujar Raiz.
“Ok, selamat malam.”ujar Khawla lalu melangkah masuk ke dalam biliknya perlahan.Setelah pintu tertutup, Raiz lantas menumbuk tangan kirinya lalu terus berjalan pulang ke biliknya.
Dengan wajah penuh kecewa dan geram di hatinya. Sewaktu dia menuju ke arah biliknya. Raiz ternampak sehelai kertas kecil yang telah koyak di atas konkrit.Dengan pantas,Raiz mengambil kertas itu lalu menyumbatnya ke dalam kocek seluarnya.
________________________________________________
[Pada awal pagi]
Langit yang gelap menjadi terang kebiruan.Masing-masing lantas bangun di awal pagi pantas menyiapkan diri.Lengkap berpakaian seragam. Dengan pantas masing-masing menuju ke kafeteria untuk bersarapan pagi.Kata orang tua, siapa laju, dia di layan dahulu.Dekat dengan sasaran,...
“Pak Sop, mee kari satu !”pesan Khawla dengan kuat.Mereka,ahli tentera yang lain ditewaskan oleh Khawla yang pantas seperti kilat.
“Alright! ”ujar Pak Sop.Setelah dibalas,Khawla lantas mengambil tempat duduk sebelum orang lain mengambilnya.Dengan pantas,dia pun duduk di atas kerusi untuk menandakan itu tempatnya.
Tidak lama kemudian, Mee kari pun siap dihidang. Tidak sempat dia merasai makanan kegemarannya itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi tempukan yang kuat.
“Ha! Tak baca bismillah.”ujar Alif lalu memesan makanan kepada Pak Sop.
“Eh! Tuan Alif.Bukan Tuan Alif biasa turun lambat ke? Awal pula hari ini?”ujar Khawla.
“Setiap manusia di dunia ini pasti ada perubahan.”ujar Alif.
“Banyak lah kau berubah.Mamat yang ada depan mata kau ni bau makanan.Tu lah, berlari kemain laju ke sini.”ujar Raiz menyindir rakan sebiliknya.
“Kau ni, tak boleh harap langsung.”ujar Alif lalu menggelingnya.
“Ha! aku baru teringat.Mana benda tu?”ujar Raiz yang sibuk meraba-raba kocek seluarnya.
“Ha! Ini dia.Aku jumpa malam tadi.”jelas Raiz.
“Ish, kenapa kau kutip. Benda yang kita tak kenal,jangan kutip. Itu kan sihir.”ujar Alif.
“Banyak lah sihir kau.”ujar Raiz.Dia pun lantas membuka ronyokkan serpihan kertas lalu membaca isi dalamnya.Apabila dia membaca isi dalamnya,mata Raiz lantas mengerutkan matanya.
Reaksi Raiz membuatkan Khawla kehairanan lalu menanya perkara yang tertulis di dalamnya.Raiz pun memberikan serpihan itu kepada Khawla.
“Ini... ”ujar Khawla lalu mengimbau masa lalu.
________________________________________________
[Dalam ingatan Khawla]
[Di Bilik Mesyuarat]
“Perhatian! Kita, Pasukan Elite ditugaskan untuk menjejaki organisasi ini yang merupakan penjajah sempadan atau lebih dikenali sebagai ‘HITAM’.Pastikan organisasi ini dihapuskan di tangan kita.”jelas kapten pasukan Elite.
“Baik, tuan!”ujar serentak Khawla.
Khawla yang tergolong dengan pasukan itu terus memandang badan organisasi Penjajah Sempadan itu.
________________________________________________
[Di Kafeteria]
“Khawla, Khawla.Kau ok tak?”ujar Alif yang sedang melambai-lambai Khawla yang asyik termenung memandang serpihan kertas itu.Setelah Khawla sedar, dia menekad untuk menerangkan maksud isi serpihan kertas itu. Namun,..
“Eh! Korang ada dekat sini?”ujar Hakim yang berjalan menuju ke arah mereka.Khawla lantas menyimpan serpihan kertas itu ke dalam koceknya.
“Lambatnya kau turun hari ni? ”ujar Raiz.
“Ada hal kecil tadi.Kecil saja tak besar pun.Dah lah aku lapar.”jelas Hakim lalu duduk di sebuah kerusi yang ada di sebelah kiri Alif.
________________________________________________
[Di latihan kawad]
“Senang diri! Rehatkan diri! Baris, baris sedia! ”arah Alif.
“Satu! Dua! Satu! ”ujar serentak prebet tentera darat.
“Jadi, aku akan kira kehadiran.Sahut waktu nama anda dipanggil.Faham ke tak faham? ”ujar Alif.
“Faham, tuan!”ujar prebet serentak.Tanpa membuang masa Alif pun memulakan merekod kehadiran prebet.Semuanya hadir tetapi...
“Khawla! Khawla? ”panggil Alif.Berulang kali nama Khawla disebut namun tiada langsung sahutan.Alif pun memandang Hakim dan Raiz yang berada di kiri dan kanannya.
Share this novel