Malam bertukar siang.Disusuri burung-burung berkicauan.Kelihatan seorang yang sedang melangkah menuju ke sebuah bilik di kawasan penginapan lelaki.Insan itu bukan berjalan tetapi berkawad.Beberapa minit kemudian, sampai juga di destinasinya lalu menetuk sebuah pintu.
“Tok! Tok!”bunyi ketukan pintu tersebut.“Uish, siapa pula ketuk pintu ni.Awal lagi ni.”ujar Alif yang masih tidur.Hakim yang sedang membaca novel terus menuju ke pintu lalu membuka pintu.Kelihatan Khawla yang berseragam seakan-akan sudah bersedia untuk memulakan latihannya.
“Assalammualaikum,tuan!”tegur Khawla terus menabik hormat ke arahnya.“Walaikummussalam.”balas Hakim lalu terus menutup pintu.Alif yang sedang tidur terus bangkit lalu menanyakan kejadian yang baru sahaja terjadi. “Siapa pula tu? ”tanya Alif kehairanan.“Entahlah, tiba-tiba saja.”balas Hakim yang sibuk membaca novel miliknya itu.
Khawla yang berada di luar terus kehairanan dengan tindakan yang dilakukan oleh Hakim. Dia pun terus duduk sambil menunggu mentornya, Raiz.Kedua-dua matanya letih menunggu mentornya lalu kepalanya terus terhempas di tepi dinding. Tidak lama, Khawla terus menutup matanya.
Di lorong menuju ke bilik Raiz, kedengaran bunyi kasut mehentam lantai.Perlahan-lahan, ia mendekatkan. Tiba-tiba...
“Hoi! Bangun. Kau dah kenapa tidur sini? ”ujar Raiz yang baru sahaja pulang dari melaporkan diri di ibu pejabat.Khawla yang sedang tidur terus membuka kedua-dua matanya lalu berdiri tegak menghadap Raiz.“Maafkan saya,tuan! Saya ingin melaporkan diri yang mana saya sudah bersedia untuk berlatih,tuan!”ujar Khawla.Setelah mendengar penjelasan itu, Raiz terus masuk ke biliknya tanpa berkatakan apa-apa pun kepada Khawla.Selepas itu, Khawla terus mengeluh lalu bergerak untuk pulang ke bilik sendiri. Selangkah demi selangkah dia berjalan menuju ke biliknya.
“Eh? Dah nak balik ke? ”tegur Raiz yang telah bersiap siaga untuk memulakan latihan.Khaela terus memandang ke belakang lalu menabik hormat kepada Raiz.
________________________________________________
[Di pandang kawad]
“Bagi latihan pertama, aku nak uji daya fizikal kau.Jadi, lari 10 pusingan.Sekarang!”ujar Raiz lalu memberikan arahan kepadanya.Setelah mendengar arahan, Khawla terus bertindak.Beberapa minit kemudian, misi Khawla tamat.Walaubagaimanapun, Raiz berturut-turut memberikan misi kepadanya. Khawla yang kepenatan terpaksa melakukan misi seterusnya.
“Selesai, tuan! ”ujar Khawla yang masih bersemangat walaupun penat melakukan semua misi yang diberikan oleh mentornya, Raiz.“Penat?! ”tanya Raiz dengan tegas.“Tak, tuan! ”balas Khawla.Raiz terus mengangguk kepalanya.“Baik, kita sambung semula selepas ini. Jam satu petang, jadi rehat dulu.Faham?”ujar Raiz.
Tepat jam 10 pagi, Khawla tiba di kafeteria untuk beralas perut.Apabila dia membuka pintu kafeteria tersebut, terlihat ramai rekrut yang sedang berehat buat seketika.Maklumlah rekrut askar, pastilah berlatih kaw-kaw walaupun pada waktu pagi sekalipun.Khawla terus menjadi hairan lalu berbisik dalam hati, “Ingatkan saya seorang saja yang berlatih, rupanya...”.Khawla pun terus menuju ke kaunter lalu memesan beberapa makanan.Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesannamya pun siap dihidang. Aroma makanan di kafeteria tersebut membuatkan Khawla terliur.Dengan pantas,dia mencari tempat duduk.Setelah menjumpainya, dia terus duduk lalu membaca doa makan.Dengan bismillah,dia pun makan dengan tenangnya.Setelah selesai, Khawla terus ke padang untuk latihan tembakan.
________________________________________________
[Di Kawasan Latihan Tembakan]
Berjalan perlahan-lahan sambil memandang persekitarannya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Perlahan-lahan Khawla menarik nafas. Namun tiba-tiba,
“LAMBAT!”jerit Raiz yang berada kira-kira dua meter di hadapannya. Khawla terkejut lantas berlari ke arah mentornya.
“Maafkan saya, tuan!” kesal Khawla lalu terus berada ke posisi sedia.Raiz memandangnya dengan wajah yang penuh gerun.
“Dah, cepat ambil senjata.Malukan aku saja.
”ujar Raiz lalu beredar dari situ. Khawla pantas mengikut jejak mentornya.
“Baik, latihan pertama. Aku nak kau tahu cara pemasangan pistol. ”ujar Raiz. Selepas itu, tanpa disangkakan Khawla telahpun siap memasang bahagian-bahagian pistol.Raiz memandang Khawla seakan-akan tidak percaya apa yang telah berlaku.Bukan Raiz seorang yang terpegun namun rekrut yanh lain pun sama. Maklumlah, kawasan latihan mereka sama.
“Ok, tak apa.Kita teruskan dengan pemasangan senapang.”ujar Raiz. “Siap!”ujar Khawla yang baru sahaja siap memasang bahagian-bahagian senapang tersebut. Reaksia Raiz tidak langsung berubah.Kejutan itu sangat mengejutkan Raiz.
“Bagus. Kita teruskan dengan latihan menembak. Cepat, sedia !”puji Raiz kepada Khawla lalu mengarahkan mentinya, Khawla bersedia untuk latihan menembak.
Tangan perlahan-lahan mengisi peluru ke dalam pistol.Khawla bersiap sedia tangan lurus 90 darjah. Tepat pada target sambil menutup mata sebelah kirinya. Lantas,sedas peluru ditembak ke arah target.
Sekali lagi, Khawla membuat Raiz tergamam.Wajahnya yang serius bertukar wajah yang terkejut. Selepas itu, Khawla pantas menembak ke arah target dengan melepaskan tiga das sekelip mata. Beberapa das peluru yang dia lepaskan, kesemunya tetap pada sasaran.
“Bagus! Baik, ambil senapang tu. Lepaskan lima das ke arah target. ”puji Raiz kepadanya sekali lagi lalu mengarahkannya untuk mengambil senapang.“Baik, tuan! ”balas Khawla.
Selepas mengambil senapang tersebut, Khawla pun pantas mengisi peluru ke dalamnya lalu perlahan mengangkat senapang tersebut ke arah target.Tiba-tiba, kepalanya berdesing seakan-akan mengingati sesuatu.
“Lari, Khawla!”ujar suara pemuda yang berpakaian askar yang kelihatan memaksa Khawla untuk pergi jauh.Pemuda itu kelihatan cuba melindungi Khawla yang sedang cedera terkena sedas peluru di bahagian bahunya. Khawla yang cuba membantu rakannya namun tanpa disangka...“Das! ”sedas peluru dari belakang menebusi dada pemuda itu.
Share this novel