Kepalanya terasa pening.Dengan pantas, dia menahan dirinya daripada terus sambil memegang permukaan meja yang terletak di sebelah kanannya.
Kesakitan itu terlalu mendalam sehingga membuatkan Khawla tidak mampu menahan lagi namun tiba-tiba dia kembali pulih dengan mendengari sesuatu suara.
“Click,”bunyi petikan jari.
“Hoi! Nak cerita ke tak ni? ”merungut Raiz.
“Baiklah, kita teruskan.Sebagaimana yang saya sedia maklum, kumpulan HITAM adalah sebuah penjajah sempadan dan kumpulan ini sangat ganas.HITAM setelah sekian lama ingin menakluki dunia namun disekatkan oleh kemerdekaan negeri.Walaupun mereka sudah disekatkan, mereka tetap ingin mencapai matlamat.Oleh itu,kita harus berhati-hati di mana juga mereka berada. Setiap tahun, akan adanya pertambahan ahli pasukan baharu dari luar negara.Jangan pernah percaya dengan orang luar walaupun di sebuah kelompok yang sama.
____________________________________
“Sebelum saya terlupa, ini adalah kata laluan bagi mengisi perisian keahlian HITAM.”ujar Khawla lalu mengeluarkan serpihan kertas.
“Boleh saya tahu,siapa yang jumpa kata laluan ni yang paling awal?”tanya Khawla dengan serius.
Tidak sempat Raiz membuka mulutnya memberi penerangan namun dihalang Khawla.
“Tuan Raiz menjumpai kata laluan tersebut di laluan menuju ke kawasan penginapan lelaki.Oleh itu, saya pasti, ada yang paling awal daripada Tuan Raiz.”jelas Khawla.
Raiz terasa begitu hairan dengan Khawla yang mana dia mengetahui segala perkara tersebut.Bila diingat semula, Khawla telah memasuki bilik.
"Tuan Hakim,boleh saya tahu.Di manakah lokasi tuan ketika kita berempat pergi ke festival kelmarin?"tanya Khawla sekali lagi dengan serius sambil berdiri di hadapan Hakim.
"Baiklah,aku mengaku.Aku yang jumpa kertas tu di festival itu."ujar Hakim lalu mengimbau kejadian tersebut.
____________________________________
[00:00 p.m-Festival]
"Ha,bang.Singgah bang ! Murah-murah!"kata penjual buah-buah itu.
"Uish,buah.Sedap juga ni.Bolehlah buat tapau kat kem."kata Hakim dengan dirinya sendiri.
"Bang,saya nak dua plastik buah tembikai campur dengan dua buah jambu batu."pesan Hakim.
Pesan Hakim terus diterima oleh penjula buah-buahan itu.Namun setelah selesai,dia dilanggar oleh seorang yang berpakaian serba hitam,bertopi hitam dan bertopeng kain hitam.Mengikut perasaannya,ingin memberi teguran namun tangannya dipenuhi makanan.Oleh itu,dia pun melepaskan pemuda itu.Sebelum dilangkah pergi,dia ternampak serpihan kertas yang ronyok di atas jalan tar dengan pantas,dia mengutipnya lalu beredar dari tempat tersebut.
____________________________________
[Masa kini]
"Bagitulah kisahnya."kata Hakim.
"Baiklah,itu saja saya nak dengar.Sebab,kumpulan ni sangat ganas.Berhati-hati dengan orang sekeliling, kumpulan ni ada di mana-mana.Jangan risau,identiti mereka diketahui.Cuma lokasi pusat mereka sahaja yang belum dikenalpasti."ujar Khawla.
Selepas melangkah keluar dari bilik mesyuarat, Raiz melihat reaksi dua orang rakannya menghempus nafas lega.Raiz terasa hairan.
"Korang berdua ni dah kenapa?Mesyuarat je pun.Letih macam baru lepas lari 500 pusingan."tanya Raiz lalu menyakat kedua-dua orang rakannya.
Dalam perjalanan mereka ke pejabat, Alif dan Hakim pun menceritakan sebab reaksi begitu mereka terhadap Khawla.
"Huu, seram sejuk.Khawla tu nampak saja baik,ayu,comel tapi garang!"luah Alif sambil mengdakap tubuhnya.
"Bila sampai masa aku ditanya, aku dapat rasakan aura yang pelik dalam diri Khawla.Dia seakan-akan lebih pakar daripada kita walaupun dia hanya seorang prebet."luah Hakim.Setelah terluah semua perasaan pelik daripada rakan-rakan Raiz, dia terlihat Khawla yang tergesa ke pejabat utama kem.
____________________________________
[3.00 a. m, Pelabuhan Klang]
"Boss, team ready. Semuanya lancar seperti yang dirancang."ujar ahli hitam yang berbadan tegap.
"Jadi? Apa kau tunggu lagi?"kata orang misteri itu sambil melangkah keluar dari bayangan gelap.Lantas terimbau kenangan yang lalu,...
____________________________________
"Letakkan senjata ke bawah.Ruins,perlahan-lahan letakkan senjata.Tahan dia.Anggota yang terkorban, kita serahkan kepada pasukan lain.Buat masa ni, kita tahan Ruins dahulu."ujar seorang anggota tentera pasukan Charlie yang baru sampai di kawasan kejadian.Setelah menahan Ruins,mereka pun beredar dari kawasan tersebut.
Lelaki misteri itu,Mr.X perlahan-lahan sedar dari pengsan akibat ditembak oleh Ruins pada bahagian bahunya.Dia dengan berhati-hati bangun lantas beredar dari kawasan tersebut.
____________________________________
[Masa kini]
"Aku rindu tempat ni.Ruins! Aku dah kembali! HAHAHA!"kata Mr.X.
Share this novel