BAB 5: Kelas

Action Series 1637

Bunyi desingan itu terus mengancam fikiran Khawla.Keperitan yang dialaminya terlihat oleh Raiz yang sedang memerhatinya dari jarak jauh.Khawla yang cuba sedaya upaya untuk mengawal dirinya namun perlahan dia jatuh ke tanah.Raiz lantas berlari ke arahnya lalu segera mendapatkan bantuan.Mujurlah, terdapat beberapa rekrut yang membantunya.
________________________________________________
[Di Bilik Sakit Tentera]

Perlahan-lahan Khawla membuka mata.Fikirkan tuah di depan mata rupanya..

“Hoi, dah bangun ke belum?”tanya Raiz.
“Eh, tuan. Maafkan saya menyusahkan tuan pagi tadi.”ujar Khawla.

“Tahu tak apa. Ini ke askar. Pegang senjata pun dah pengsan. Macam mana?”ujar Raiz lalu menyindir Khawla.Hati Khawla terasa ingin memberitahu cerita sebenarnya namun dalam satu sama dia memikirkan waktu ini bukan waktu yang sesuai. Oleh itu, Khawla hanya mampu berbalas senyuman kepada Raiz.

“Dah sihat nanti, roger aku. Aku nak lapor diri kejap.Faham?”ujar Raiz.

“Faham,tuan.”balas Khawla lalu menabik hormat kepadanya.Selepas Raiz beredar, air mata terus mengalir di pipinya.Khawla tidak langsung meraung namun sebaliknya dia hanya berbaring di katilnya sambil mengalirkan air mata.
________________________________________________
[Di bilik Jeneral]

“Selamat pagi, tuan!”ujar Raiz sambil menabik ke arah seorang angkatan tentera yang berpangkit Jeneral itu.

Kerusi Tuan Jeneral itu berada di belakang namun selepas beliau mendengar sapa dari Raiz lantas beliau memusingkan kerusinya ke hadapan lalu tersenyum memandangnya.

“Oh, dah sampai.”ujar Tuan Jeneral.

“Ya, tuan! ”balas Raiz yang masih kekal di kedudukannya.

“Aku terima laporan yang budak bawah kau pengsan.Apahal?”ujar Tuan Jeneral.

“Maafkan saya, tuan. Saya juga tidak dapat mengenal pasti puncanya, tuan!” balas Raiz.

“Baiklah, begini.Kau, selaku kapten pasukan Alfa. Aku nak kau sampaikan kepada yang lain yang mana setiap rekrut akan diaggihkan kelas. Tapi tahun ni, konsepnya lain. Aku nak pasukan kau, Bravo dan Charlie turut serta kelas tu. Faham? ”jelas Tuan Jeneral.

“Tuan, laksanakan program kelas ini berapa lama? ”tanya Raiz.

“Sebulan.”jawab Raiz.
________________________________________________
[Di Bilik Asmara Lelaki]

“Apakah!”jerit Alif dengan wajah yang penuh kepasrahan.
“Hmm, biasalah tu.Kita ni pun kena belajar juga.Bukan hanya tahu bab kemahiran saja.”ujar Hakim.
Raiz pun memandang Hakim setelah dia memberikan motivasi ringkas kepada mereka berdua.Raiz pun lantas menarik seliputnya lalu memejamkan matanya.Fikiran Hakim dan Alif berubah kehairanan apabila melihat Raiz yang lantas tidur tanpa berkatakan apa-apa pun.
________________________________________________
[Keesokkan harinya, di pangkalan pengumuman]

“Assalammualaikum dan salam sejahtera.Pengumuman kepada semua anggota angkatan tentera tetap dan juga rekrut tentera.Anda semua akan diaggihkan kelas bagi akademik tentera.Untuk mengetahui kelas masing-masing, anda boleh rujuk pada papan kenyataan.Harap maklum, terima kasih.”jelas Raiz yang mengumumkan pengumuman tersebut.

Setelah selesai mengumum, Raiz terus keluar dari pangkalan pengumuman itu. Mula melangkah ke kaferia. Namun sewaktu dia sampai di kaferia, dia tidak sengaja melanggar seorang wanita yang sedang membawa semangkuk mee kari lalu kuah kari itu tertumpah di baju wanita tersebut. Raiz yang sedang memandang tempat lain lantas menoleh ke arahnya.Rupanya, itu Khawla.Kuah kari itu bukan tertumpah di baju Raiz malah di baju Khawla.Khawla pun pantas ke tandas untuk membersihkan dirinya.Raiz yang cuba untuk meminta maaf kepadanya tidak kesampaian. Dia pun keluar dari kafe tersebut lalu melangkah terus ke padang kawad.
________________________________________________

“Aduh, panas! Aku kena balik ni.”ujar Khawla yang berada di dalam tandas wanita pantas menuju pulang ke asramanya.

Beberapa minit kemudian, dia pun sampai ke asramanya. kelihatan tiada sesiapapun di dalamnya.Maklumlah rakan sebiliknya sedang menjalankan latihan.Tanpa fikiran panjang dia pun mengurus dirinya.

Selepas selesai,dia pantas berlari ke padang kawad kerana dia sangat lewat untuk latihan kawad yang mana bermula pada jam 11 pagi.Khawla berlari pantas, akhirnya sampai ke padang kawad.Terlihat Raiz yang sedang memandangnya dengan muka yang penuh gerun.

“Asal kau lambat! Kau tahu tak dah pukul berapa? Lari 30 pusingan, sekarang!”ujar Raiz.
“Baik, tuan! ”balas Khawla lalu pantas berlari 30 pusingan mengelilingi padang kawad tersebut dengan menahan malunya di depan orang ramai termasuklah di depan para pelatih.Selepas selesai berlari 30 pusingan, Khawla kembali ke kedudukan asalnya lalu menjalankan latihan tenteranya seperti biasa.

Kelihatan langit yang biru berubah jingga-kekuning yang membawa maksud ia telahpun petang. Khawla yang baru saja selesai menjalankan latihannya terus mencari tempat untuk rehat buat seketika lalu dia pun menyentuh perutnya yang melecur disebabkan kuah kari yang tertumpah di perutnya tengah hari tadi.Sewaktu menyentuhnya, dia berasa sangat sakit.Tapi pada waktu yang sama...

“Nah, ambil ni.”ujar Raiz yang berdiri tegak di hadapan Khawla sambil menghulurkan pek ais kepada Khawla.Khawla lantas memandang ke arah Raiz lalu mengambil pek ais itu perlahan.
“Terima kasih,tuan.”ujar Khawla dengan suara yang lemah-lembut.Raiz memandangnya lalu duduk di hadapannya.
“Aku minta maaf pasal hal tadi.”ujar Raiz dengan nada yang lembut.
“Oh, tak apa tuan. Saya ok saja. Jangan risau.”ujar Khawla sambil tersenyum kepadanya.
“Oh, tuan. Saya nak tanya, kelas tu untuk apa?”tanya Khawla.
“Begini, kelas untuk adalah suatu program akademik untuk setiap tentera.Jadi, ia wajib kepada korang yang rekrut ni.”jelas Raiz.Selepas menerima penjelasan tersebut, akhirnya terjawablah kehairanannya tentang program kelas tersebut.Khawla pun memandang langit lalu bangun.
“Tuan, izin kan saya pulang. Tuan! ”ujar Khawla. Raiz untuk terus bangun lalu berkata..
“Baik.Jangan lupa pakai pek ais tu.Faham?”ujar Raiz lalu memberi pesanan kepadanya.Khawla memandangnya lalu mengukirkan senyuman kepada mentornya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience