BAB 7:Dilamun...?

Action Series 1637

“Turunkan senjata,sekarang!”ujar Raiz yang sempat sampai menyelamatkan Khawla yang ditangkap oleh ahli misteri itu.

“Haha.Aku rasa kau yang patut turunkan senjata kau.Satu lawan sepuluh, pasti kami yang menang.”ketawa ketua ahli misteri itu dengan belagak.
“Kini kau saksikan.Sekarang!”ujar Raiz lalu mengarahkan anggota tentera yang lain iaitu pasukan Bravo untuk mula menyerang hendap.Ahli pasukan Bravo masing-masing menahan ahli misteri itu dari melepaskan pincu senapang ke arah mereka.
“Lepaskan mereka! Kalau tidak,aku bunuh dia.”ujar ketua ahli misteri itu.Lantas pasukan Bravo berhenti buat seketika lalu menumpuhkan perhatian mereka terhadap Ketua Ahli Misteri itu.
Raiz cuba menyenangkan Ketua Ahli Misteri namun masih mengugut Khawla.
Khawla terus menekan tangan Ketua Ahli Misteri itu lalu menghempaskan dia ke tanah lantas Pasukan Bravo menangkap Ahli Misteri itu lalu menahan mereka di bilik tahanan buat sementara waktu.
________________________________________________
[Di pejabat Jeneral]

Suasana berubah seram sejuk.Tambahan pula,perasaan risau.Khawla yang tidak berhenti berulang-alik di tempat yang sama kerana risau akan mentornya yang sering dipanggil oleh Tuan Jeneral.Dari saat bertukar minit.Dari minit bertukar jam. Namun akhirnya, terdengar juga bunyi bukaan pintu pejabat Jeneral tersebut. Disangkakan mentornya, Raiz namun Hakim yang memanggilnya untuk memasuki pejabat.

Jiwa Khawla bergetar-getar. Perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam pejabat Jeneral.

“Jadi, dialah Khawla?”tanya Tuan Jeneral kepada Raiz.Khawla dan Raiz lantas menjawab serentak walaupun beliau hanya bertanya soalan kepada Raiz.Perlakuan mereka membuatkan Tuan Jeneral tertawa kecil lalu beliau bangun dari tempat asalnya.

“Jadi, betullah kamu Khawla.Saya ucapkan syabas kerana berjaya membantu pihak angkatan tentera memberkas kumpulan misteri itu. Sebenarnya, kes ini dah lama menghilang malah ia kembali secara tiba-tiba.Saya juga difahamkan kamu yang selesaikan mereka.Betul ke? ”ujar Tuan Jeneral itu.
“Benar,tuan.Saya juga turut dibantu oleh pihak Bravo.”jelas Khawla.Tuan Jeneral memandangnya penuh dengan rasa kagum lalu tidak lama kemudian mereka pun bersurai.

“Kau ok tak?”tanya Raiz dengan wajah yang gerun namun hatinya penuh dengab kerisauan terhadap Khawla.
“Alhamdulillah,saya baik saja. Tuan, boleh saya tanya satu soalan?”balas Khawla lalu mengemukakan kehairanannya dalam bentuk soalan.
“Hmm, soalan apa?”balas Raiz.
“Macam mana, tuan tahu yang saya ada dekat lorong gelap itu?”tanya Khawla.
“Aaaa, kau carilah sendiri.”balas Raiz lalu mentertawakan Khawla.Khawla yang bersungguh ingin mengetahui kisahnya berubah murung.

“Ha, aku dengar cerita kau dah nak tamat latihan kan?”ujar Raiz kepada Khawla.

“Betul itu.Alhamdulillah.Lagi 2 bulan. ”balas Khawla dengan senyuman kecil terukir di bibirnya.Senyuman Khawla membuatkan Raiz terpaku buat seketika lalu meneruskan langkahnya ke biliknya.
________________________________________________
[Di bilik asrama lelaki]

Raiz yang telah selesai mengurus dirinya terus berbaring di atas katilnya buat seketika sambil mengingati peristiwa malam semalam.

“Raiz, Hakim. Aku lapar lah, jom pergi kafeteria.”ujar Alif yang kelaparan.
“Tu lah, aku pun lapar.Jom!”ujar Hakim yang sedang berbaring lantas bangun dari katilnya.Mereka berdua pun memandang Raiz lama. Raiz yang kepenatan pun bersetuju sahaja dengan mereka berdua.
------------------------------------------------------------------------------
[Setelah sampai di kafeteria]

Belum sempat trio itu melangkah masuk ke dalam kafeteria, mereka terdengar suara wanita di belakang kaferia itu.Kebetulan kafeteria itu terletak berdekatan dengan lorong gelap itu.
“Oii! Aku tahu kau menginap dekat sini.Muncullah! Aku dah bersedia.Aku tahu siapa yang kau cari.” Kedengaran seperti suara seorang wanita.
“Siapa pula yang mengingau ni! Aku lapar lah! ”ujar Alif. Setelah mendengar suara wanita itu, Raiz lantas berlari ke kawasan asrama lelaki untuk memanggil ahli pasukannya yang lain iaitu pasukan Bravo.Alif dan Hakim turut mengejarnya sehingga sampai kawasan asrama.
“Kau dah kenapa? Tak tentu arah ni?”tanya Hakim kepada Raiz yang sibuk menyiapkan dirinya untuk membantu wanita itu.
“Korang berdua panggil yang lain,sekarang!”ujar Raiz dengan nada yang kuat.
Setelah selesai mengaturkan pasukan lantas mereka ke lorong gelap itu mengikut jalan yang berlainan.
________________________________________________
[Di asrama lelaki]

“Raiz! Raiz! ”ujar Hakim.Raiz yang nyenyak tidur di atas katilnya perlahan-lahan bangkit apabila mendengar suara rakannya itu.
“Baik kau cepat, solat subuh dah nak mula.”ujar Hakim.
Raiz lantas bangkit dari katilnya lalu bersiap untuk ke surau.

Setelah sampai di surau,Raiz terlihat Khawla baru tiba di surau.Cantik dan lengkap menutup auratnya.Sebelum Khawla melangkah kakinya masuk ke dalam surau, dia juga terserempak Raiz.Lantas dia pun mengukirkan senyuman manis kepadanya lalu melangkah masuk ke dalam surau.Senyuman Khawla membuatkan Raiz terpegun lalu apabila Khawla beredar dari pandangannya, dia lantas memasuki surau sambil mengetuk kepalanya.
________________________________________________
[Dalam perjalanan ke asrama]

“Korang, aku nak tanya soalan boleh? ”ujar Raiz. Alif dan Hakim memandang antara satu sama lain lalu mengelakkan diri mereka jauh sedikit daripada Raiz.Alif menghulur tangannya ke dahi Raiz untuk mengenal pasti sama ada Raiz sakit ataupun tidak.
“Eh, korang ni dah kenapa? Aku nak tanya soalan saja. ”ujar Raiz lalu meletakkan tangan Alif ke bawah.
“Tak ada lah. Biasanya,kami yang tanya soalan. Tapi sekarang kau pula.”ujar Alif.
“Itu lah.Melanggar hukum ni.”sampuk Hakim.
“Macam-macam lah korang ni.Ni sejak kebelakangan ni aku rasa something pelik dalam diri aku. ”ujar Raiz lalu meluahkan perasaannya.
“Cuba bagi contoh. ”ujar Alif.
“Ok, macam ni. Bila kau nampak orang lain, tak ada apa-apa tapi bila kau nampak dia yang special di mata kau, kau terpegun.Aku rasa aku sakit lah. ”ujar Raiz.
“Raiz, raiz. Ini bukan sakit. Ini maksudnya kau tengah dilamun cinta.”ujar Alif.
“Hmm, agak-agak siapa lah lanun itu.”ujar Hakim.
Alif dan Hakim terus meneruskan perjalanan mereka ke asrama mereka.Namun Raiz tinggal berseorangan di sana.
“Aku...dilamun... cinta?”ujar Raiz dengan suara yang perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience