PIA - 21

Romance Completed 24909

Segalanya menjadi kacau setelah kepergian Arumi secara tiba-tiba. Berkali-kali nombor telefon Arumi didail namun tiada satu pon yang direspon.

"Dapat, Rel?" Tak sabar Puan Suraya menanti jawapan pemuda itu. Jari-jemari diramas sesama sendiri. Gelisah.

Namun hanya gelengan menjadi balasan anak muda itu.

"Macam mana ni, bang?" Puan Suraya pandang suaminya yang duduk disisi.

Encik Arman juga buntu jadinya.

"Cuba hubungi lagi, Rel. Hubungi sampai dapat." Tuan Ezhairi bersuara tegas. "Jangan putus harapan. Jangan sampai terlambat."

Ezrel angguk sahaja. Dia menghela nafas berat. "Mana kau pergi ni, Arumi?" Sejurus itu, dia menjauh dari semua yang berada disitu.

Dia menekan nama Arumi sekali lagi di skrin telefonnya. Sabar menunggu dan beberapa ketika, suara halus menerpa gegendang telinganya. "Assalamualaikum. Cari siapa ya?"

Berkerut seribu dahi Ezrel bila mengesan bahawa suara yang sedang berada di hujung talian bukanlah suara milik Arumi. "Ni siapa? Arumi mana?"

"Arumi?"

"Panggilkan Arumi. Aku ada benda nak cakap dengan dia."

"Maaf. Tapi, siapa Arumi ya?"

"Telefon yang kau pegang tu telefon Arumi. Pass phone ni pada Arumi. Urgent!" Balas Ezrel sedikit melenting.

"Oh, Mika. Mika takde. Mika keluar..."

Ezrel laju memotong kata-kata perempuan di hujung talian itu. "Kau sampaikan pada dia, suami dia tengah sekarat dekat hospital. Kalau tak nak menyesal seumur hidup, datang sini, munculkan diri. Jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri!" Terus Ezrel menamatkan panggilan.

.

"Adib!" Puan Suraya terus melaju mendapatkan menantunya bila melihat jemari lelaki yang sedang terbaring tidak berdaya itu bergerak-gerak. "Adib nak apa-apa, nak?"

Wajah didekatkan bila terasa seperti Adib ingin mengungkapkan sesuatu. "Hm?"

"Rel." Sepatah nama itu yang meniti di bibir Adib.

"Ezrel?"

Adib mengelipkan matanya membalas persoalan itu.

"Kejap, ya. Ibu panggilkan Ezrel." Puan Suraya terus keluar mencari keberadaan Ezrel. "Ezrel! Ezrel!"

Ezrel yang sedang termenung di tempat duduk yang disediakan berpaling kearah bekas ibu mertuanya itu. "Ya, bu." Langsung dia berdiri mendapatkan Puan Suraya.

"Masuk, nak. Adib nak jumpa Rel."

Mendengar itu, Ezrel mengangguk dan terus beredar dari situ.

Pintu bilik ICU yang menempatkan Adib itu dibuka dengan perlahan. Entah mengapa, berat rasanya untuk dia menapak ke dalam bilik itu. Tak sanggup melihat kawan baiknya dalam keadaan seperti itu. Elok sahaja dia berbual dengan lelaki itu petang semalam. Malamnya pula kelihatan sihat sahaja sebelum Adib minta izin untuk keluar. Tapi pagi tadi mendapat panggilan daripada seseorang yang mengatakan Adib sedang dikejarkan ke hospital akibat kemalangan.

Dia melangkah perlahan menghampiri tubuh terbaring Adib itu. "Adib."

Mata Adib pandang lemah ke arah Ezrel. "Rel..." Perlahan. Tangan secara rawak terangkat.

Cepat Ezrel sambut tangan lelaki itu. "Kenapa? Kau nak cakap apa? Aku dengar."

Bibir pucat itu nampak tersenyum nipis. "Aku dah cakap kan, aku dah lama, Rel."

Ezrel geleng kepala. Air mata yang dari tadi cuba Ezrel tahan, perlahan jatuh membanjiri pipi mendengarkan bibit bicara Adib itu. "Tak, kau kena bertahan."

"Macam mana aku nak bertahan, Rel? Kau tengoklah keadaan aku sekarang. Kaki aku ni. Tangan aku. Badan aku. Muka aku hancur, Rel."

"Kau kuat. Aku tahu. Arumi dan Adam perlukan kau, Dib. Mereka perlukan sosok lelaki yang hebat macam kau."

"Lepasni, Arumi lebih bahagia bersama kau, Ezrel. Adam akan lebih bahagia bila ada sosok ayah seperti kau. Aku tahu kau cintakan Arumi. Dan aku yakin, kau akan sayang Adam sama macam kau sayang Elvina. Kan?"

Jeda. "Arumi memang dari dulu lagi dah ditakdirkan untuk kau. Betullah kata kau, Arumi milik kau. Bila-bila masa je kau akan ambik balik apa yang sepatutnya jadi milik aku. Jadi, nilah masanya, Ezrel."

"Jangan merepeklah."

"Jaga dia untuk aku eh, Rel? Aku dah nak mati dah ni."

"Tak. Aku tak nak kau mati. Kau kena ada dengan aku. Kau kena bahagia dan aku masih perlukan doa kau, Dib. Doa dari kau, yang aku akan bahagia, kau akan bahagia, kita sama-sama bahagia."

"Dan bahagia aku ada pada kau. Aku akan bahagia bila tengok kau bahagia dengan Arumi, Ezrel."

Ezrel gelengkan kepala tidak bersetuju dengan apa yang baru diperkatakan lelaki itu.

"Pikat isteri aku, Rel. Make her fall in love with you."

“Kau gila ke apa?” Terlepas genggaman tangannya yang menggenggam tangan Adib.

"Janji dengan aku, Rel. Kau pikat dia untuk aku. Itu je cara boleh buat aku pergi dengan tenang."

"Kau cakap apa ni, Dib? Kau tolonglah kuat, Dib. Aku sayang kau. Aku sayang kawan aku. Aku tak nak kehilangan kau." Ezrel capai semula tangan Adib lalu kucup kekura kawannya itu.

Seseorang merempuh pintu bilik itu. Ezrel laju menoleh ke belakang. Arumi menolak tubuhnya menjauh dari tubuh terbaringnya Adib.

Ya, Arumi. Kalau ikutkan hati, nak sahaja dia hamburkan segala amarahnya kepada wanita itu. Kemana Arumi pergi semalaman tidak pulang ke rumah sehingga menyebabkan Adib kemalangan kerana pergi mencari dirinya?

"Abang..." Tangan Adib dicapai lalu dikucup berkali-kali.

Adib pandang wajah itu redup. Penuh dengan rasa cinta. "Abang mintak maaf."

Cepat Arumi menggelengkan kepala. "Saya yang patut mintak maaf pada abang. Saya banyak buat dosa dengan abang."

Ezrel mrnjadi penonton setia drama air mata itu. Suami dah nak mati macam ni, baru sekarang nak muncul? Baru datang rasa serba salah tu?

Arumi menegakkan tubuh. Berpaling ke arah Ezrel. Air mata yang jatuh membasahi pipi dikesat menggunakan belakang tangan. "Awak baliklah. Biar saya jaga suami saya."

Tanpa banyak bicara, Ezrel melangkah untuk keluar dari bilik itu.

"Rel." Namanya diseru.

Ezrel pusingkan tubuh menghadap Adib.

"Aku percayakan kau."

Tidak mahu Adib terus mengasak dirinya, Ezrel melaju keluar dari bilik itu.

Hilang bayangan Ezrel, Arumi merapatkan diri ke katil Adib semula. "Awak perlukan apa-apa?"

Adib geleng kepala. "Sayang marah abang?"

Giliran Arumi pula menggelengkan kepalanya.

"Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Abang tahu abang tak patut pertaruhkan sayang. Tapi abang tak tipu, Rumi. Cinta abang pada sayang tak tertanding nilainya."

"Saya percaya."

"Abang nak mintak sayang buat sesuatu untuk abang boleh?"

"Apa?"

"Abang nak sayang teruskan hidup. Abang nak sayang belajar bahagia tanpa abang di sisi sayang. Boleh, sayang?"

"Apa awak cakap ni?"

"Janji?" Mendesak.

"Tak nak. Saya nak awak ada dekat sisi saya. Sentiasa. Fullstop!"

"Hidup abang dah tak lama, sayang."

"Mana awak tahu?"

"Awak tengok keadaan saya ni, Arumi. Boleh ke saya bertahan hidup kalau macam ni?"

"Saya tak kira. Saya tetap nak awak yang sentiasa ada di sisi saya."

.

Adib perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Matanya bergerak mengikut hati. Tanpa sedar, tangan sudah melabuh di ubun-ubun Arumi yang sedang tertidur pulas dalam keadaan duduk tengkurap.

Arumi tersedar dari lenanya bila terasa satu tangan mengusap kepalanya perlahan. Dia angkat wajah merenung ke dalam mata Adib.

"Abang cintakan Arumi." Ungkapnya dengan pandangan yang sukar untuk dia gambarkan betapa besar cintanya pada Arumi.

Arumi telan ludahnya perih. Dia bangun memindahkan posisi duduknya di atas birai katil. Tangan kiri menyentuh wajah lelaki itu lembut. "Saya cintakan awak, Adib. Cintanya saya pada awak..." Tangan kanan menggapai tangan Adib lalu dibawa ke permukaan perutnya yang memboyot. "...sehingga hadirnya malaikat kecil ni yang akan menjadi penyeri hidup kita tak lama lagi. Saya ikhlas kandungkan anak awak, Adib. Adam anak kita. Anak saya dan awak. Jadi, kita yang kena besarkan dia sama-sama."

Diam.

"Betul kan?"

Adib merenung dalam mata isterinya itu. "Saya cintakan awak, Arumi."

"Adib? Awak takkan tinggalkan saya kan? Awak dah janji yang kita akan tempuh hari tua kita sama-sama kan?"

Matanya sesekali tertutup. "Saya cintakan awak, Malika Arumi."

"Saya tahu. Saya tahu awak cintakan saya. Saya tahu, Adib."

Nafas Adib mula tidak teratur. "Saya cintakan awak kerana Allah, Malika Arumi."

Pantas Arumi pandang ke arah Patient Monitor yang mula berbunyi abnormal. "Adib?"

"Jagakan Adam untuk saya ya, Rumi. Bagitahu dia yang abi sayangkan dia."

"Adib mengucap Adib. Mengucap ya, sayang?"

Adib ketika itu dengan payah mengucap dua kalimah syahadah.

"Doktor! Doktor!"

Terburu-buru seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk ke dalam bilik itu. Dalam pada itu, Tuan Ezhairi, Puan Rohani, Encik Arman, Puan Suraya dan kedua ibu bapa Adib yang baru tiba di Malaysia juga diikuti Ezrel turut masuk ke dalam bilik itu dengan tergesa-gesa.

Ketika itu, riuh rendah suara doktor dan jururawat dengan sedaya upaya mereka menyelamatkan pesakitnya.

"Ya Allah Adib anak ibu..." Bagai dibawa pergi nyawa seorang ibu yang melahirkan melihat keadaan kritikal anak yang pernah mendiami rahimnya selama 9 bulan itu. Lantas tubuh itu laju dipapah oleh Dato Hildan dan dibantu oleh Puan Rohani.

Dengan mata kepala mereka sendiri, mereka menyaksikan Adib berperang dengan nyawa. Bila melihat doktor seperti sudah menghentikan segala perlakuan penyelamatan, Arumi gelengkan kepala. Dia merapat. "Kenapa berhenti? Siapa suruh berhenti? Adib masih boleh diselamatkan. Teruskan kerja awak semua!"

"Maaf puan. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Tuan Adib tidak..."

"Cuba lagi!" Laju Arumi memotong bicara doktor lelaki itu cuba menafikan kenyataan pembicaraan yang seterusnya yang akan keluar dari mulut itu.

"Tapi..."

"Saya nak awak buat kerja awak sampai Adib berdiri depan mata saya. Sekarang!"

"Stop it, Malika Arumi!"

Seisi ruangan tersentak dengan pekikan itu. Ezrel. Ezrel yang bersuara. Arumi pandang Ezrel tajam.

"Kau siapa? Dia siapa? Kau dengan dia sama-sama manusia. Dia takde kuasa nak menghidupkan orang yang dah mati. Kerja dia ikhtiar. Selainnya adalah ketentuan Sang Pencipta."

Bagai tersedar, Arumi pandang wajah pucat Adib. Dia perlahan menghampiri tubuh itu. Dia peluk tubuh tak bernyawa Adib erat. "Awak dah janji nak buat saya bahagia, Adib. Awak dah janji nak perlakukan saya berbeza dengan orang lain perlakukan saya. Tapi awak sendiri mungkir janji awak, Adib Hilman." Menitis air matanya membasahi dada sejuk tak berdegup Adib.

"Awak cakap awak akan jadi ayah yang the best untuk Adam. Tapi sekarang ni, siapa yang akan jadi the best untuk Adam?"

"Awak yang dulu janji, awaklah yang kena tepati. Tapi awak tipu saya, Adib Hilman. Awak tipu saya, awak tipu anak kita."

"Arumi..." Puan Suraya menyentuh pundak Arumi lembut.

Arumi menegakkan tubuh. "Ibu..." Menatap wajah ibu, langsung dipeluk tubuh tua itu erat. "Adib dah tinggalkan Rumi, bu. Dah takde siapa yang boleh layan Rumi macam yang Adib buat. Takde siapa yang akan layan Rumi macam permaisuri lagi. Adib dah takde."

Share this novel

Aisyah Esya
2024-10-14 11:05:11 

sedihnya..adib macam dah tau dia nak pergi


NovelPlus Premium

The best ads free experience